Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Mei 30, 2009

Tembok Majis




Aku telah hidop hampir selama 26 tahun. Rumah penginapan aku di Kuantan pula telah aku jajahi selama 11 tahun. Rumah ini rumah teres. Rumah ini tidak besar. Rumah ini cuma ada 3 bilik. Cukup selesa bagi aku. Selama 10 tahun ini aku telah hidup dengan aman. Sungguh syok!

Namun sementelah aku pulang dari perantauan, terdapat mat-mat indon mula menjajah. Tutur kata bak Radja, atau persis Peter Pan. Namun mereka tidak pula pernah membuat konsert di sekitar rumahku. Badan berketul-ketul tidak seperti aku. Aku juga ada ketul tapi satu. KahKahKah!

Aku menghormati kepada mat-mat indon ini kerana mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki. Satu pengorbanan besar. Biarpun mereka pernah mencuri buah jambu madu rumah aku. Cis! Tidak mengapa. Aku halalkan. Sebab aku pon tak termakan buah itu. Oh Indon, kamu bernasib baik!

Kemasukan mat-mat indon secara borong dan pukal ini terjadi kerana terdapat satu projek perumahan di sekitar rumah aku. Ini bukan 'Satu Lagi Projek Baresan Nasiyonal'. Ini juga bukan projek entot-entot lari. Ini projek bagi orang-orang yang ingin membeli rumah atau ingin menjadi penduduk Kuantan. Aku tak amik pot. Biarkan mereka. Tolak tepi. Bukan itu fokus utama aku kali ini.

Sepurnama kemudian, aku terlihat satu pembinaan majis. Sungguh misteri. Apa keperluan pembinaan ini? Aku menjadi bingung. Ini bukan tembok Berlin yang gah di Jerman. Ini juga bukan Tembok Besar China yang berabad lama usianya. Ini tembok sungguh tidak kool dan groovy. Tidak kena dengan jiwa muda aku.

Melihat ketidakseimbangan ekologi di kawasan perumahan aku ini, aku mula bertemu-bual dan beramah-mesra dengan kejiranan aku. Apakah punca terbinanya tembok ini. Mengikut cakap-cakap orang, kejiranan telah mengadu bahawa terdapat binatang-binatang liar keluar dari tempat pembinaan itu memasuki rumah mereka. Di samping itu, kejiranan juga mengadu damba bahawa tahap kebisingan dan pendebu tuju-tuju, menyesakkanku, walau malammu berkelip neon yang indah...oh, maaf. Itu lagu sampingan. Klip musik dari def-gab-c, Ibu Kota Cinta. Dapatkan yang original.

Dengan itu, pihak kontrektor dan pihak bertanggungjawab telah membina tembok ini. Namun aku tidak berpuas hati. Untuk keperluan tembok ini, anda tidak perlu belajar jurusan kejuruteraan awam. Anda tidak perlu belajar di UiTM di hatiku. Anda tidak perlu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris pon. Budak-budak tadika juga tahu ini tindakan yang ngok. Sungguh leceh!

Tumbangnya satu blok tembok ini menambahkan ketidakpuasan hati aku. Bagi aku, tembok itu perlu. Tapi biarlah sopan dan berguna. Sila rujuk gambar. Apa pendapat anda? Tidakkah ia selekeh dan tidak berkeperimanusiaan? Ini betul-betul leceh.

Cerialah!

Jumaat, Mei 29, 2009

Oh Keramaian

Hari ini hari jumaat.
Hari penuh syafaat.
Hari aku akan berhijrah.
Meninggalkan segala sejarah.
Woit, pencuri sliper jepun...pulangkan sliper burok aku tu.
Aku nak gi smayang jumaat nih!

*kedish!*

Rakan-rakan yang baek.
Aku telah mendapat panggilan hangit dari majikan baru ku.
Aku bukan ke sana untuk membuat longkang kampung kerinci.
Atau merempit di lebuhraya Duke yang baru.
Aku ke sana untuk mencari rezeki.
Aku akan lapor diri di Ibu Pejabat Wilayah Persekutuan.
Aku akan jadi warga KL kelak nanti.
KahKahKah...

Geng Keramaian.
Sila hubungi aku untuk meleser di KL.
Sila jgn pilih KLCC atau KL tower.
Saya suka lepak Yaw Chuan atau Kg baru saja.
Lepak di NZ Garden pon bolih juga.
Kahkahkah...

Rabu, Mei 20, 2009

Live At Crocodile Rock

Kepada saudara-saudari yang baek,

Mari merayakan kemudaan selagi maseh muda
Mari raikan dunia kerana dunia ini adalah milek anak-anak muda
Setiap gerakan di dalam dunia ini tanpa anak muda adalah gerakan yang gagal.

4 Jun 2009 - KeRAMAIan akan menganjurkan satu acara dimana kawan kita saudara Hadi akan mengadakan persembahan muzik secara 'live' khas untuk kita - anak-anak muda.

Jangan ketinggalan. Kalau tak ada berhala bergerak sila tumpang kawan-kawan yang ada berhala bergerak. Tong-tong duit minyak. Kalau tak ada juga sila naek motor jadi macam mat rempit cilok kiri dan kanan. Tak ada juga sila naek bas Park May. Tak ada juga sila jalan kaki atau tumpang teksi.

Yang ada awek cun sila bawak sekali. Ada bini sila kepong sekali. Tapi kalau ada balak tolonglah jangan buat semak. Tinggalkan balak untuk 4 jam.

Tak perlu berbaju batek. Tak perlu bertali leher. Sila pakai pakaian yang paling rock.

Saudara Hadi akan menyanyikan salah satu lagunya adalah lagu sedih. Khas buat yang kecewa kerana chenta. Khas untuk yang sedang berputus asa dan khas untuk yang 'give up'.

KahKahKah

Jumpa disana
Sila Jangan Buat Leceh.
Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baek.

Selasa, Mei 19, 2009

Baju dan Tanggapan

Baju hitam. Betul-betul kool. Tidak mungkin tidak menonjol. Biar warna tak menyerlah. Lebih kool jika anak-anak muda yang berpakaian hitam. Tampak bergaya, cukup menawan.

Singgah di kedai makan, semua pekerjanya berbaju hitam. Menutup penampilan yang ada sedikit kekusaman. Pasti dapat melindung apa yang cacat. Tompok-tompok cebisan makanan di calit-calit baju juga sukar diperlihat. Inilah taktik baju hitam.

Menumpang tandas adalah perkara biasa. Pelanggan lelaki atau wanita yang bertandas juga perkara biasa. Bertanyakan di mana tandas adalah perkara biasa. Tetapi pelanggan yang mengambil order pelanggan adalah perkara LUAR BIASA. Semuanya gara-gara berbaju hitam.

Kahkahkah! Pelanggan komplen masakan ikan stim kepada pelanggan berbaju hitam adalah sangat tidak stim. Kahkahkah!

Kahkahkah!
Cerialah

p/s: tidak semua insan berbaju batik lengan panjang berkancing, rambut sikat belah tepi itu skema.

Ahad, Mei 17, 2009

Hari Pegawai Pendidikan

Saudara-saudara yang baek sekalian.

Hari 16 Mei telah ditabalkan menjadi hari bersejarah dalam kalendar Malaysia.
Dari kecil hingga ke tua kita berkenalan dengan makhluk ini. Makhluk yang bergelar Guru. Tapi apa salahnya jika kita menaiktaraf jawatannya kepada Pegawai Pendidikan. Baru glemer. Baru cool. Baru chicky. KahKahKah!

Sebagai insan yang memegang jawatan ini, mereka berdepan tugas yang sememangnya tidak mudah. Melayan karenah anak-anak mentah yang kosong pemikirannya. Perlu kesabaran, ketabahan dan ketekunan. Betul-betul leceh. Oleh itu saya angkat tangan letak di pinggir dahi menyatakan salut pada insan ini yang berani mendidik anak-anak mentah. Jika tidak percaya, mari kita bertemu ramah dengan Cikgu Farid Abdillah yang cekal mengajar biarpun hatinya remuk kecewa kerana cinta. Mari bertanya Cikgu Nazrah yang pernah menangis teresak-esak melayan kekurang-hajaran anak murid. Mari tanya Encik Amz yang sentiasa berdepan dugaan menjawab idea-idea radikal anak-anak muda. Mari tanya Cikgu Asri yang pernah berlari-lari macho mengejar anak muridnya yang hyper aktif. Mari tanya Cikgu Noral. Mari tanya Cikgu Nisa. Mari tanya Cikgu Shilawati. Oh,ramai juga rupanya kawan aku jadi pendidik nih.

Ibu bapa. Tok guru. Pensyarah. Tutor. Sahabat. Teman. mereka juga adalah guru. Mari kita meraikan hari bagus ini. Mari!

Selamat Hari Pendidik!

Cerialah!

Jumaat, Mei 15, 2009

Unfinished Song

Saudara-saudara yang baek sekalian,
Aku perlukan komen anda semua. Encik Pared, ini lagu yang anda mahu...sila siapkan liriknya. Kahkahkah!

Mari berkenalan dengan Encik RON

Heboh. Ini bukan cerita Ronaldo yang mempunyai name timangan Ron. Ini bukan cerita hantu.
Ini Ron mempunyai nombor. Jangan suka-suka tikam ini nombor. Pasti takkan jumpa di kedai Sukan Totot. Kalau Ronaldo pakai nombor 7 di MU, Ron ini ada macam-macam nombor.

Paling kini, RON 95 diperkenalkan. Hajat nak ganti RON97. Apa tujuannya? Untuk mengaut keuntungan yang lebih. Keuntungan siapa? Sendiri fikirlah, brader. Kata Pak Menteri, Pakcik bawak motor kapcai C70 akan tersenyum gembira. Jimat katanya. Tauke stesen minyak pula akan tersenyum manje. Wang datang sentiasa. Tolak tepi.

Apa kejadah RON ini? RON bermaksud Research Octane Number. Kandungan octane di dalam petrol. Jika anda dari jurusan sains dan belajar matapelajaran kimia, pasti anda berjumpa dengan makhluk octane ini. Jangan khuatir, ia bukan alien. Tapi octane telah lama menakluk bumi. kahkahkah!

Nombor Octane yang tinggi akan melambatkan penjanaan letusan. Ini bermakna akan selamat enjin anda kerana kurangnya 'knocking'. Di fahami juga, Nombor octane yang tinggi bermakna letusan lebih sekata. Bukan saya kata. Se yang kata. Itu kajian mereka. Kata mereka, tidak banyak beza. Hakikatnya, ia bergantung pada jangka masa panjang penggunaan petrol ini.

Saudara bolih berfikir apa yang terbaik untuk enjin kesayangan anda. Kenaikan harga untuk RON 97 kepada RM2/liter pada September ini sangat saya tak setuju. Ia satu taktik bodoh yang cuba dikaburi dengan memperkenalkan RON95 yang murah hanya 5 sen dari harga RON97 sekarang. RON 97 sekarang adalah RM1.80/liter. Persoalannya, mengapa tidak dikekalkan sahaja harga asal RON97 dan memperkenalkan RON95 pada harga lebih murah. Saya cadangkan RM1.60/liter iaitu harga yang lebih munasabah.

Apa bezanya petrol di Petronas, Shell, BHP, Caltex dan lain-lain? Jawapannya 'additive'. Setiap syarikat minyak akan menambahkan sejenis bahan 'additive' bagi meningkatkan keupayaan bahan bakar ini. Sila jangan keliru antara additive dan addicitive. Additive adalah bahan penambah rasa. Addictive adalah bahan setiap masa. Kahkahkah!

Oleh itu, rajin-rajinkan diri anda mencari perbezaan dan manfaat jenis-jenis petrol ini. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian juga ada pendapatan. Tapi terlewat sudah.

Cerialah!

Rabu, Mei 13, 2009

Peringatan Dari Yang Satu - Am'z & Amie



Dari Mana Semua
Masih Lagi Lupa
Kehadiranmu Kedunia
Bukanlah Untuk Suka-suka

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Tak Mungkin Dapat Kau Elakkan
Walau Sembunyi Dikayangan
Cubalah Jalanmu Sendiri
Andai Kau Fikir Kau Yang Berkuasa

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Kehidupan Kau Persiakan
Terimalah Akan Balasan
Tak Kira Siapakah Engkau
Jadi Neraka Tetap Neraka

Ahad, Mei 10, 2009

Dulu dan kini...

Kesah semalam, aku berombong ke Klang meraikan kemenangan sepupu aku menyunting si dara. Ini perkara baik. Perkara yang baik harus dirai. Ibu bapaku dari Terengganu telah sampai ke rumah ku sehari sebelum itu dan kami akan bergerak bersama ke Klang.

Kami gembira setelah sekian lama tidak berjumpa saudara mara, kini hajat tertunai. Berjumpa saudara memang meriah! Ramai sepupu sudah berkahwin dan beranak pinak. Aku hanya tumpang gembira biarpun diri belum berjaya berkeluarga seperti mereka. Aku turut serta menolong dalam kenduri tersebut. Tepat jam 5 petang, kami sekeluarga bertolak pulang. Aku, abang dan mak ayah aku bersatu di dalam satu kereta. Biarpun perjalanan tidaklah begitu lama, hanya 3 jam setengah namun aku rasa sangat mengantuk. Ayah yang memandu pulang. Badan aku ni punya la penat sampai rasa cam nak angkat kepala pon berat.

Sampai sahaja di rumah, aku terjaga. Aku tak buang masa, terus ke pintu rumah dan buka pintu. Abang dan ayah aku angkat beg masuk rumah. Tiba-tiba mak memanggil aku.

"Did...tolong ma kejap", mak biasa membahasakan dirinya ma kepada adik-beradikku.

Aku yang kepenatan seakan malas nak layan tapi kerana rasa tanggung jawab sebagai anak masih tebal, aku terus kembali ke muka pintu kereta.

"Kenapa ma?", tanya aku lemah lembut. "Ma sakit kaki. Pinggang rasa sakit-sakit. Tolong pimpin ma masuk." katanya yang tercungap-cungap kerana mengidap asma. Aku terkejut. Rasa sangat bersalah kerana aku ada perasaan 'malas' di awal tadi. Aku pegang erat tangannya. Sejuk. Aku peluk bahunya. Perlahan-lahan aku pimpin mak. Terhincut-hincut mak masuk ke dalam rumah dan aku bawa terus ke biliknya. Mak baringkan badannya di atas katil dan terus terlelap.

Aku terus terkenang saat aku masih kecil. Bagaimana mak aku menggagahkan diri hantar ambil aku pulang ketika masih kecil. Mengusung aku setiap masa tidak jemu. Kini dia lemah tidak bermaya. Jasanya pada aku sangat besar jika ditulis di dalam blog ini pasti berdarah mata pembaca membacanya kerana tidak akan abis kisah pengorbanannya. Aku rasa sangat menyesal kerana aku masih ada sikap kurang ajar terhadap mak. Aku tahu badan yang mengayun buaian...yang memimpin aku melintas jalan...mendukung...menyuap... ah, terlalu banyak jasanya! kini di mamah usia. Semakin lemah tak berdaya.

Pernah dahulu aku berkorban masa meninggalkan pengajian semata-mata untuk menjaga mak. Ketika itu mak keseorangan di rumah dan keluarga alami krisis yang tenat. Biarpun aku bolih membuat rayuan untuk menyambung pengajian tapi aku abaikan, hanya kerana mak. Mak sedang mengalami penyakit asma yang kronik. Pernah sekali mak masuk ICU dan aku sangat risau akan kehilangannya. Setahun aku menjaganya dan alhamdulillah dia semakin sehat. Selepas itu, aku teruskan misi hidup aku dan kakak pula menjaga mak. Aku rasa itulah saat paling rapat antara aku dan mak.

Kini, setelah beberapa lama tidak bersama, aku sedar bahawa aku seakan 'terlupa' mengenai mak. Jika aku hidup lagi seribu tahun juga belum tentu aku berjaya membalas jasanya. Aku kini tawar hati untuk berkeluarga. Biarlah adik-beradikku berkeluarga dahulu. Aku ingin menjaga mak. Biarlah aku jaganya selagi berkesempatan. Maafkan aku mak.

Selamat Hari Ibu!

p/s: aku menangis beb...sila jangan buat leceh!

Selasa, Mei 05, 2009

Berita TerKini - Pasangan Bakal Mengawan Lagi

Saudara-Saudari Yang Baik,

Malam ini ada berita baru yang telah diterima. Berita ini telah sampai dari sabuah Kafe Siber di Ipoh.

Berita ini kelihatan saheh dan lebih saheh dari berita-berita yang telah ditulis olih Johan Jaafar mahupun Johan Farid Khairuddin (JFK). Berita ini juga kelihatan betul dan wajib dilihat bermanfaat dari berita-berita dari Akhbar Bacaria.

Bagini Beritanya - pehak keluarga Doktor Hadi telah menjemput keRAMAIan ke rumahnya :

alamat : No 15 Lorong bukit Ubi 12 Bukit Ubi Kuantan - Belakang Hotel
Luxury berdekatan dengan Stadium darul Makmur
Tarikh : 6 Jun 2009

Encik Razak dan Puan Maimon akan menikahkan anak mereka iaitu Boi Saidi dengan bakal menantunya Raja Nur Ain (tiada kena mengena dengan Cinta Untuk Ain)

Sila jangan buat-buat lupa. Ini hari penting pasangan yang sehati sejiwa menghalalkan sabuah perhubungan. Ini hari sejarah mereka berdua. sebagai anak semua bangsa mari kita sama-sama raikan hari mengawan ini.

Kalau ada awek sila bawak awek. Kalau ade anak bini sila usung anak bini. Kalau anak maseh dalam kandongan sila seret kandongan.

Kepada yang ade balak mintak tolong jangan lah potong line. Tinggalkan balak untuk setengah hari. Kalau yang maseh bujang sila datang bolih 'usha' line.

tema - tidak perlu gerek berkot bertali leher. Tak perlu berkasut kulit. Jangan poyo berbaju batek. Seluar jeans koyak dialu-alukan bersama baju melayu butang sampai atas. songkok tinggi. Yang perempuan pakai seksi lagi syok tapi dosa lu tanggung sendiri lah Brader!!

Kahkahkah!!!

Sekian Jumpa Disana
Cheers
Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baek
Nora Zen

Isnin, Mei 04, 2009

Berita Suam: Meraikan anak muda!


Rakan-rakan sekalian...
Pada hari Jumaat yang lepas bertempat di Indera Mahkota 2...satu kejadian yang sangat dasyat telah berlaku. Sangat dasyat. Fuh! Gilang Gemilang. Pom pam pom pam!

Ini pesta untuk meraikan penuaan Elisya Jaseena dan Felisya Jaseena. (betul ke aku eja nama mereka?) Adik bradik ini keturunan susur galur rakan keramaian, Dayana. Hot Mama ini telah mengadakan majelis meraikan harijadi anak muda ini dengan menjempot rakan-rakan keramaian. Agak malang karena pada waktu dan ketika itu, ramai ahli-ahli keramaian tidak dapat menyertai majelis ini. Tapi tak mengapa, masa terus berlalu tidak menunggu.

Antara tetamu yang hadir adalah KakPah dan anaknya Yasmin, Huda, Pok Leh dan gadisnya Deon, Bob dan gadesnya Safura (kami berjaya bakar garesan untuk berkenalan dengan gades ini - kami tersenyum sambil mengangkat kening) juga turut hadir Siti Nur Farah yang ditemani suami dan anaknya, Ummar Rayyan. (cepat masa berlalu...dah besar rayyan ini!) juga ramai lagi tetamu yang menyusul selepas itu.

Satelah puas kami bermesra dan mengutok mengata, kek dipotong. Hidangan lazat dan istimewa tidak terlepas menjadi santapan kami. Berhibur dengan anak-anak muda sangat meriangkan. Ellisya, Felisya, Yasmin, Rayyan ini adalah anak-anak muda. Anak-anak muda ini baru mengenal dunia. Manja dan gembira. Bersorak, berlari, melompat lebih tinggi. Penat aku melayan mereka. Semoga mereka tua dengan sempurna.

Tahniah kepada Dayana kerana berjaya membesarkan anak kembarnya itu. Terima kasih kerana menjempot kami. Kek anda best! Semoga tahun depan kami dapat menikmati kek itu lagi. (kahkahkah!)

Berita Panas: Musim mengawan sudah tiba!

Rakan-rakan sekalian...

Ini ada berita panas. Ini berita sangat Cool! Aku telah menerima secupuk surat dari posmen hari ini.

Pertama sekali ingin aku memaki penulis surat tersebut kerana satelah bertahun aku berjanggut dan sejak kecil dia kenal aku dan janggutku, tak pernahnya nak betul dia mengeja nama aku. Tapi tak mengapa. Aku tidak mengambil pelabuhan (port). Aku ampunkan kesalahannya.

Aku buka sampul surat dan terdapat kad jemputan. Menurut kandungan kad itu, Pakcik Haji Mohammad Shariff bin Osman dan makcik Hajjah Khamsiah Binti Hassan dengan segala hormatnya menjemput aku dan rakan-rakan untok ke Majlis Perkahwinan kawan kita nih, Shakirin Binti Hj Mohamad Shariff. (Kawin akhirnya dia...alhamdulillah!)

Siapakah beliau?
Klik Sini: Kein

Tahniah!

Menurut kad ini lagi, kejadian bertempat di Kubang Pasu, Jitra, Kedah. (Ini pelabuhan orang tuanya) pada hari Ahad, 31 Mei 2009. Siapakah teruna itu? Menurut kad ini lagi, Encik Mohd Saiful telah bertuah setelah dipilih menjadi laki Shakirin. Ini perkara baik. Mari kita raikan. Kepada rakan-rakan yang ingin sertai rombongan ke majlis perkahwinan ini, mari kita berdiskusi bagi mengatur rancangan menyerbu beliau. Sila angkat tangan kepada mereka yang bolih hader.

Wassalam!
~buatlah apa saja asalkan baek~

Berita Ter-NOW: Manyak Syok!

Ke hadapan rakan-rakanku sekalian...

Atas keprihatinan dan sifat kemanusiaan, aku dgn ini ingin menyebarkan berita-berita saheh lagi benar mengenai rakan kita. Sila ambil pelabuhan (port) kerana ia akan mengubah sejarah peradaban manusia di Malaysia ini.

Rakan kelas kita Norhafizah Azizan telah berjaya menjadi ibu dengan memiliki cahaya mata berjantina perempuan. Puteri kecil milik ibu ini telah dinamakan Nur Alya Farzana. Pasti akan membesar menjadi gades cantik dan bergetah seperti ibunya. Kepada teruna-teruna yang maseh membujang, sila daftar dengan segera untuk menjadi calon menantu. kahkahkah!

Sekalong tahniah kepada beliau.
Sila hasilkan cahaya mata lagi. Kami sentiasa menyokong anda!
kahkahkah!

p/s: Projek Ziarah Cikgu Fauziah coming soon...

Iklan Tampal