Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Arts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arts. Papar semua catatan

Khamis, November 25, 2010

Chap Baru


Setelah sekian lama berkeladak telinga diterjah bertubi-tubi dengan suara-suara sumbang atas kegagalan mencipta logo untok geng tersohor ini...saya telah mengambil inisiatif selama 3 minit bagi mencipta logo ini. Anda bolih lihat ke atas tu. Logo baru geng keramaian.
Amacam? Kool tak?

Berikut adalah komen-komen dari pakar:

"Gua seakan tak percaya logo ini dibuat dalam masa 3 minit. Dan bertambah tak percaya, budak hingusan yang bikin ini logo. Harap-harap akan ada sequel logo ini. Apa-apa pon, gua bagi dua ibu jari kaki ke atas!" - Steven Spilberk

"Inilah Art sebenar. 3 hari 2 malam aku menggigil terketap-ketap gigi akibat mimpi ngeri melihat orang-orang lidi itu menari. Art yang betol-betol hidop!" - Ei Samat Sait

"Saya sangat gembira dapat menjaringkan gol dalam sukan asia edisi kali ini. Semuanya berkat skill orang lidi ini. Saya bagi lima bintang-lah!" - Es Chan Turu

Sekarang...apa komen anda?!

Ahad, September 06, 2009

Old Skewl Fashion





KahKahKah!
Tiba-tiba terjumpa gambar nih. Sila kaji fesyen kami masa itu.
P/S: Muka watak utama di censored supaya kekacakan beliau tidak mempengaruhi penilaian justifikasi fesyen anda. Harap maklum!


Get your own Poll!

Isnin, Disember 08, 2008

Raya Korban Datang Lagi!!


Hari ini hari isnin.
Hujan.
Hari Raya Aidil Adha.
Hari kebesaran untuk binatang ternakan manusia.
Hari untuk kambing, biri-biri, lembu dan kerbau juga.
Unta juga turut serta.

Mengapa kita sering mengandaikan...
Bila hari ini tiba,
Binatang ini berasa gentar?
Binatang ini berasa gelisah?
Binatang ini berasa gundah?
Binatang ini berasa gelepor?
Apakah kita mengetahui perasaan mereka?

Hakikatnya,
Binatang ini bertuah.
Mereka pasti berbangga,
Binatang ini binatang terpilih.
Satu nikmat yang mereka nantikan.

Justeru itu.
Wahai kambing2,
lembu2,
kerbau2,
biri2,
unta2,
juga binatang kelas mereka,
Apabila hari penyembelihan tiba,
Usah gentar usah takut,
Sesungguhnya kamu telah dipilih untuk berjasa,
pastinya nanti kamu akan gembira.
Dan aku harap dapat berjumpa kamu semua..
di syurga sana!

Khamis, September 11, 2008

Puisiku untukmu, Murtabak

Murtabak,
bau ko mmg semerbak,
tapi bukan bau ketiak,
yang selalu buat orang sebak,
tak disangsi rupamu juga kacak,
dengan bentuk petak-petak.

Murtabak,
kenapa namamu sebegitu rupe,
bikin hati gundah gulane,
lagi-lagi bulan puase,
mane cukup sekali rase,
berjam-jam aku order,
tak berbungkus-bungkus lagik engkau ye!

Murtabak,
buat perawan tergile-gile,
gadis seksi memuje-muje,
biarpon mereka belum tentu puase,
sanggup berpanas, berhujan berjam-jam lamenye,
itulah punca aku suka,
bisa meruntun iman, terjojol bijik mate!

Murtabak,
ko telah musnahkan diet aku,
rasamu sehingga menjilat siku,
dengan kuah sirap bawang pulak tu,
gemuk habislah aku tak laku,
orang lain hanya mampu lihat terkaku.

p/s: majulah murtabak untuk bulan ramadan al-mubarak

Iklan Tampal

Powered By Blogger