Aku malas cakap banyak. Sebab memang aku tak bercakap pon. Aku menaip je. Saiko lah kalau korang dapat mendengar apa yang aku taip nih. Ngeri...ngeri...
Okeh, hajatnya aku menulis entri ini hanyalah untok memberi notis pemberitahuan. Kepada orang-orang kampong yakni orang-orang Kuantan - ketahuilah bahawasanya Faliq Haffiz Alawi akan berpadu dengan Ashratul Ashikin pada sabtu ini 22/1/2011. Oh, sweet gitu. Tak percaya? Percayalah! Majelis akan diadakan di Cheras. Aiseh, aku lupa letak kat mana kad jemputan dia. Untok Majelis kenduri makan-makan di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu iyaitu pada 29/1/2011. Menu makan-makan gagal saya perolehi. Untok rakan-rakan yang mengenali beliau, sila gegar Fesbuk beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjot.
Sebagai iklan, disini saya tampilkan gambar bakal pasangan pengantin ini. Sila nikmatinya dengan perlahan. TQ!
Aku sangat tidak suka demam. Demam juga sangat tidak suka aku. Kami sering elak mengelak. Biasanya aku dengan mudah menepis beliau. Tapi sejak akhir-akhir ini, demam dan aku menjadi akrab. Bagaikan pasangan laila dan majnun. Bagai uda dan dara. Bagai pinang dibelah dua. Bagai pipit sama pipit, enggang sama bangang. Aku seakan tidak percaya.
Saban hari aku bertemu demam. Seperti bulan lepas, aku dan demam berkepit selama hampir 2 minggu. Ini gara-gara Aedes yang memperkenalkan kami berdua. Memang cilaka. Kenapa Aedes tidak perkenalkan saja aku dengan Jesica Alba. Baru stim. Berkenalan dengan demam jenis ini membuatkan aku hidop sengsara. Gaya hidop elegan aku abaikan, aku menjadi hippies. Serabai. Tidak mandi 2 hari. Bulu-bulu muka pon tidak larat aku nak cukor. Tekak pula sangat tidak mengizinkan makanan melaluinya. Ditelan pahit, dibuang sayang. Demam ini jangan dibuat maen-maen. Aku terdampar kekeringan. Aku sudah lupakan demam ini.
Tapi kini ada demam yang aku tunggu-tunggu. Demam ini mengundang gades-gades latin bergelek samba, berjoget salsa. Dulu suam-suam kuku je, tapi kini dah makin panas. Doktor yang mengecek suhu badan aku mengesahkan aku sudah mencapai darejah tertinggi dalam demam, lebih tinggi dari gunung kinabalu - 32 derajah selsius. Aku menjadi kaget. Doktor mengesyorkan aku berkongsi virus-virus ini bersama rakan-rakan bagi mengebahkan demam ini. Aku memutoskan untok sebarkan saja kepada geng-geng keramaian. Aku dah mengidap demam Piala Dunia. Anda bagaimana?
Bagi memenohi permintaan orang ramai, mulai hari ini aku akan bercerita mengenai lajenda-lajenda Piala Dunia pada edisi terdahulu. Olih itu,sudilah kiranya anda semua memasokkan sumbangan iklas ke akaun Maybank saya (saya? sopannya. tadi aku) bagi membeli tiket kapal terbang dan penginapan di hotel-hotel serta shoping2 di dalam menjayakan rancangan saya untok menginterbiu wira-wira yang sudah kerepot ini. Lebih manes jika anda sapot juga tiket bagi menyaksikan perlawanan2 piala dunia nanti. Amacam? Ada beran?
Ingin aku tegaskan disini, aku bukanlah bomoh dalam meramal keputusan perlawanan nanti. Segala sessi interbiu akan datang bukanlah 100% tepat. Olih itu, kepada penjudi-penjudi halal jangan berpandukan ramalan aku. (lagu bekgraun~ramalanku benar belaka - umbrella). Aku juga telah dijempot untok menjadi pengulas sukan jempotan sepanjang musim Piala Dunia ini nanti. Sila jangan cemburu. Setia di mukasurat ini bagi mendapatkan berita hangat ok. TQ!
Kita beri dahulu laluan kepada penaja rancangan dan sekembalinya nanti, saya akan hidangkan liputan-liputan yang lebih menarik dari Berger Otai Jalan Plumbum Seksyen 7 Shah Alam. Layan...
Sejak-sejak akhir ini aku diajukan soalan-soalan yang berbentuk pengetahuan bahasa pendek. Untok manfaat bersama, di sini aku selitkan beberapa bentok bahasa pendek yang kerap digunakan di zaman moden ini:
RSVP - "Réspondez s'il vous plaît" : ini bahasa Ferancis. Thierry Henry slalu guna bahasa ini apabila sms aku dulo. maksudnya 'Tolong Respons'. Dia juga slalu sms Victor Valdes perkataan ini apabila Barca maen bola. Ironiknya, keeper kena respon cepat supaya dapat menangkis bola daripada membolos gol.
XOXO - maksudnya, "ceum,pelok,ceum,pelok". Asal singkatan ini maseh misteri. Ada mitos mengatakan seorang lelaki gila seks mencipta simbol ini bagi memuaskan nafsu secara simbolik dalam dunia siber. Aneh ah!
BRB - Ini maksudnya "Be Right Back" atau dlm bahasa melayunya, "akan kanan belakang". Percaya ke? Kau terlalu naif. Belajar lagi bahasa inggeris tahap tinggi.
ASL - "Age, Sex, Location" atau dalam bahasa melayu kita, Usia, Seks, Di mana. Oh, bunyi sangat lah lucah. Tolong perbetulkan minda anda.
Ok, setakat ini dahulu kelas bahasa pendek kita. Sila SMS kepada aku jika ada perkataan-perkataan yang ingin anda ketahui. oh lupa, SMS - Short Messanging System. Message ye...bukan Massage. Kahkahkah!
Ini gaya hidop yang kool. Makan di Mek Di bukan perkara kool. Berdiskusi sesuatu yang intelek itu kool. Ada idea, teros atas-tarikh dalam net. Memang kool! Apakah idea itu?