Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label stomach pain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stomach pain. Papar semua catatan

Isnin, Mei 24, 2010

Demam datang lagi.

Aku sangat tidak suka demam. Demam juga sangat tidak suka aku. Kami sering elak mengelak. Biasanya aku dengan mudah menepis beliau. Tapi sejak akhir-akhir ini, demam dan aku menjadi akrab. Bagaikan pasangan laila dan majnun. Bagai uda dan dara. Bagai pinang dibelah dua. Bagai pipit sama pipit, enggang sama bangang. Aku seakan tidak percaya.

Saban hari aku bertemu demam. Seperti bulan lepas, aku dan demam berkepit selama hampir 2 minggu. Ini gara-gara Aedes yang memperkenalkan kami berdua. Memang cilaka. Kenapa Aedes tidak perkenalkan saja aku dengan Jesica Alba. Baru stim. Berkenalan dengan demam jenis ini membuatkan aku hidop sengsara. Gaya hidop elegan aku abaikan, aku menjadi hippies. Serabai. Tidak mandi 2 hari. Bulu-bulu muka pon tidak larat aku nak cukor. Tekak pula sangat tidak mengizinkan makanan melaluinya. Ditelan pahit, dibuang sayang. Demam ini jangan dibuat maen-maen. Aku terdampar kekeringan. Aku sudah lupakan demam ini.

Tapi kini ada demam yang aku tunggu-tunggu. Demam ini mengundang gades-gades latin bergelek samba, berjoget salsa. Dulu suam-suam kuku je, tapi kini dah makin panas. Doktor yang mengecek suhu badan aku mengesahkan aku sudah mencapai darejah tertinggi dalam demam, lebih tinggi dari gunung kinabalu - 32 derajah selsius. Aku menjadi kaget. Doktor mengesyorkan aku berkongsi virus-virus ini bersama rakan-rakan bagi mengebahkan demam ini. Aku memutoskan untok sebarkan saja kepada geng-geng keramaian. Aku dah mengidap demam Piala Dunia. Anda bagaimana?

Bagi memenohi permintaan orang ramai, mulai hari ini aku akan bercerita mengenai lajenda-lajenda Piala Dunia pada edisi terdahulu. Olih itu,sudilah kiranya anda semua memasokkan sumbangan iklas ke akaun Maybank saya (saya? sopannya. tadi aku) bagi membeli tiket kapal terbang dan penginapan di hotel-hotel serta shoping2 di dalam menjayakan rancangan saya untok menginterbiu wira-wira yang sudah kerepot ini. Lebih manes jika anda sapot juga tiket bagi menyaksikan perlawanan2 piala dunia nanti. Amacam? Ada beran?

Ingin aku tegaskan disini, aku bukanlah bomoh dalam meramal keputusan perlawanan nanti. Segala sessi interbiu akan datang bukanlah 100% tepat. Olih itu, kepada penjudi-penjudi halal jangan berpandukan ramalan aku. (lagu bekgraun~ramalanku benar belaka - umbrella). Aku juga telah dijempot untok menjadi pengulas sukan jempotan sepanjang musim Piala Dunia ini nanti. Sila jangan cemburu. Setia di mukasurat ini bagi mendapatkan berita hangat ok. TQ!

Kita beri dahulu laluan kepada penaja rancangan dan sekembalinya nanti, saya akan hidangkan liputan-liputan yang lebih menarik dari Berger Otai Jalan Plumbum Seksyen 7 Shah Alam. Layan...

Sabtu, April 10, 2010

Lagi berita gempar!!

Ini berita pecah khas dari empunya diri.
Lu kenal Shakirin?
Lakinya Saiful.
Tawon lepas diorang kahwin.

Ceritanya...begini,
Angkara Saiful, Shakirin yang nama manjanya Kein telah bunting selama 9 bulan.
Dan semalam, Kein telah selamat melahirkan bayi.
Untok berita lanjot, sila pukol talian talipon panas beliau.
Sediakan juga hadiah untok bayi beliau - ini pesanan kein sendiri.

Tahniah, Kein!
Kahkahkah!!!

p/s: Woi, ko (pembaca) bila lagi?

Rabu, Januari 06, 2010

Belajar Bahasa Kami

Setelah belajar bahasa pendek itu hari, kita belajar pula bahasa keramaian. Bahasa ini penting bagi mengelakkan pembaca-pembaca tersalah faham dalam penyampaian info-info kami.

MBOWH! - Ini menunjokkan ekspresi ngade-ngade...maksud dia macam "gedik gila".

HANNYAA - Maksud ini agak susah nak dijelaskan. Maksud perkataan ini bolih jadi "paling" atau "bersungguh".

GELEPOR - Perkataan ini memberi gambaran betapa teruja membuat sesuatu.

EUW! - Geli ah.

HURMMM... - lagak kool dan bersahaja tapi dalam hati terasa. Intonasi kena betol.

Pah ka ka, Pah Ka Ka - sepatotnya bermaksud, "Lepas kau kau, Lepas kau kau". Memberi gambaran bahawa takde peluang dah nak bagi kat orang lain.

KKA - Ops! yang ini menyentoh kesensitiviti harmoni masyarakat kita. nak tau? Text me! Kahkahkah!
----------

Berikot adalah contoh ayat yang bolih kita bina daripada perkataan di atas:

Pada suatu hari, Herol dan Salleh mengajak aku lepak-lepak Starbucks.
"MBOWH! Starbucks? takde tempat lain ke? Coffee Street sudoh!" kata aku.

Lalu berkumpollah kami di Coffee Street. Kami mencari pot paling cun lalu punggong masing-masing pon berlaboh. Datanglah waiter untok mengambil pesanan sambil membawa menu.

Herol pon kusyuk mengkaji menu, "Teh O Ais RM2.00? Hannyaa mahal!"

Prit yang baru sampai terus merampas menu dari tangan Herol. "Aku gelepor nak minum kopi o, brader." Lantas Prit pon membelek-belek menu tersebut. Usya harga barangkali. "Kopi O se!" Kata Prit.

"Kopi O? Euw...tak anak muda langsong!" Herol buat muka kerut.

"Hurmmm..." Kata Prit sambil mengeluarkan henpon untok sms bunga beliau.

Herol kembali merampas menu. Salleh pon berkata, " Pah ka ka, Pah ka ka...aku nak order gak!"

Herol sengih manje. Lalu menghulurkan menu kepada Salleh. Dan pada masa itulah muncol seorang gadis cun comel molek manes bergetah yang entah dari mana asalnya menerpa masok. Kesemua mata kami tertumpu kepada gades itu.

"PERGH! KKA!!" kata kami serentak. Kahkahkah!

-------------

Cerialah.

Sabtu, Oktober 31, 2009

Ucapan Selamat Dari Keramaian

Kepada saudara-saudara keramaian yang mengambil peperiksaan.
Selamat menjawab peperiksaan.
Coba yang terbaek.

Kepada bakal dokter,
kepada bakal jurutera,
kepada bakal guru,
Juga kepada bakal-bakal pemburoh.


Usah gentar, usah risau, usah bimbang.
Kami di Keramaian sentiasa mendoakan untok saudara semua.
Semoga keputusannya berseri-seri selalu.

Cerialah!

Ahad, Oktober 11, 2009

Tangisan Dalam Syurga


Adakah kau tahu namaku,
Jika ku lehat kau di syurga.
Apakah ia akan sama,
Jika ku lehat kau di syurga.

Aku harus kuat,
Dan teruskan juga.
Kerna ku tahu,
Ku tak layak berada di syurga ini.

Adakah kau akan genggam tanganku,
Jika ku temui kau di syurga.
Bolihkah kau bangkitkan aku,
Jika ku temui kau di syurga.

Aku akan cari jalanku sendiri,
Siang dan malam silih berganti.
Kerna ku tahu aku tak bolih terus berada,
Di syurga ini.

Masa bolih menjatuhkan kita,
Masa bolih buat kita melutot,
Masa bolih hancorkan hati kita,
Perlukah kau merayu...dan terus merayu?

Di sebalik pintu itu,
Ku pasti ada kedamaian,
Dan aku tahu pasti tiada lagi,
Tangisan dalam syurga.

Pesanan: tolong jangan sedih...sob! sob!

Khamis, September 10, 2009

Hot Chicks

Panas.
Betol-betol bikin hati gua panas.
Berani betol lah mereka.
Bersepah bertebaran di jalanan.

Yang putih gebu ada.
Yang montok ada.
Yang hitam manis ada.
Malah sanggup bermadu pon ada!

Pandang kanan...chicks!
Pandang kiri...chicks!
Depan belakang...chicks!
Panas! Panas! Panas!

Berbogel bertogel tanpa rasa malu.
Ada duit, semua mahu!
Bikin iman luluh.
Bikin dahi berpeluh.

Chicks di bazar ramadan...
ayam stim, ayam madu, ayam berempah.
mana satu pilihan hati?
Pilih! pilih! pilih!

Ahad, September 06, 2009

Bukti Prihatin

Membeli juadah untuk berbuka puasa adalah satu aktiviti yang sangat tidak aku gemari. Kalau di kampong-kampong, pasar Ramadan adalah satu tempat yang menarik bagi aku tapi di kota konkrit ini semuanya tidak indah. Mahal. Kurang sedap. Kurang perisa. Betul-betul membantutkan selera makan.

Gades-gades kampong juga jauh lebih manes. Cuma di kota ini gades-gades ini sedikit tawar. Ketawaran gades-gades ini coba ditutupi dengan keseksian mereka. Buat hati pria bergelojak, bikin pahala ditolak. Pak Haji juga bolih sakit otak.

Namun apa yang lebih memeranjatkan aku, di pasar Ramadan ini terdapat sekumpulan kanak-kanak cacat meminta sedekah. Pada awal bulan Ramadan, golongan mereka ini tidak kelihatan tetapi tetiba sahaja mereka muncol. Membuatkan hati aku tidak enak. Bukan kerana jijik melihat mereka tetapi kerana aku yakin mereka dipergunakan.

Kata orang, bulan mulia adalah saat yang tepat untuk memperbanyak amal ibadat. Harus derma sebanyak mungkin. Tetapi biarlah ikhlas. Oleh kerana hati sudah tidak ikhlas, aku tidak dermakan sebarang wang. Aku hanya belikan kuih popia dan diberi kepada mereka. Popia itu sememangnya aku ikhlas berikan kepada mereka. Kerana popia itu aku yakin dapat melapik perut mereka yang kelaparan. Bukan melapik perut orang yang disebalik tabir yang mana aku sangat yakin perut orang disebalik tabir ini sudah pon berlapik-lapik.

Aku betol-betol prihatin. Aku bukanlah ingin mengiklankan diri seperti di dalam kotak telivisen juga ada iklan seperti ini dimana akhir iklan itu akan diberitahu bahawa, “Bukti kerajaan prihatin”. Sila tercokoh di televisyen jika ada iklan ini. Bukti Did Prihatin!
Kahkahkah!
Cerialah.

Khamis, September 03, 2009

Formal dan Tidak Formal

Kaunter. Di mana-mana badan perkhidmatan, kaunter merupakan barisan hadapan. Kaunter memberi pandangan pertama bagi mereka. Persepsi pelanggan bergantung dan bergayut kepada penjaga-penjaga kaunter itu.

Gadis cun bergetah berbedak tebal, bergincu merah dan jejaka kacak, segak berkemeja, berambut belah tepi sering menjadi hiasan di kaunter. Namun ada juga makcik-makcik menjadi penjaga kaunter. Itu kes terpencil. Budaya korporat memerlukan khidmat mereka ini. Itu tidak dapat kita nafikan. Mereka memang berguna.

Aku juga sering memerhatikan penjaga-penjaga kaunter. Tidak kira kaunter pertanyaan, kaunter tiket mahupun kaunter strike. Anda tidak tahu kaunter strike? Sila Tanya anak-anak muda yang celik IT. Atau tanya saja Lebai Google dan Mat Yahoo.

Tidak lama dahulu, aku pernah pergi ke salah sebuah Klinik Kesihatan di Negara kita ini. Hajat di hati ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka begitu tenang dan senang sekali melayan karenah pengunjung. Gadis berseragam putih yang tidak ku tahu maseh dara atau tidak tersenyum mesra. Manis sekali. Yang jantan juga tersenyum,tetapi tidak pula aku ambil pot statusnya. Namun sifat-sifat mesra ini jauh sekali berbeza sewaktu aku kecil.

Pernah dahulu ketika berumur dalam lingkungan 7 tahun, aku telah jatuh demam bagai nak mati, sedang menunggu untuk didaftarkan. Bukan hendak mengata tetapi memang niat nak mengutuk. Penunggu kaunter itu betul-betul perlahan. Kami tercegat dihadapannya untuk dilayan. Nak dikata mempunyai masalah mental terencat, tidak pula kerana waktu itu penjaga kaunter yang mungkin sedikit cantek daripada selipar jepun bergambar ultraman aku itu, sedang asyik berborak dengan rakannya yang hangat begosip mengenai macik itu dan janda itu. Aku pon dah tak ingat cerita gosip dia daaa...padahal aku yang bagai nak mati ini ditenangkan berkali-kali olih bonda tercinta biarpon kata-katanya sedikit pon tidak dapat menyejukkan hati aku yang membara waktu itu. Aku rasa bagaikan menunggu ajal.

Mujurlah tidak malaikat maut yang menjempot aku, tetapi gadis berseragam putih yang menjempot aku. Huhuhu!

Waktu itu, hanya pakaian saja melambangkan betapa formal insan yang menjaga kaunter ini. Hakikatnya perangai mereka sungguh tidak formal. Aku lebih rela mat-mat rock kapak menjaga kaunter. Biarpon berambut panjang berseluar jeans ketat koyak di lutut tetapi sekurang-kurangnya mereka bolih bermain gitar disaat aku menunggu giliran. Terhibur juga hatiku yang mendidih ditahap 100 darejah Celsius ini.

Hari ini aku sekali lagi singgah di kaunter. Kaunter pertanyaan di Klinik Kesihatan. Suasana sibuk tetapi maseh terkawal. Terkejut aku kerana penunggu kaunter berbaju batik. Kahkahkah! Geli hatiku. Apa-apa sajalah kawan, janji pakaian formal itu selari dengan sikap dan gerak kerja formal kau. Cerialah!

p/s: Gua betul-betul tidak berjiwa formal. Bolih meleser bersama mat-mat rock kapak lah.

Ahad, Ogos 02, 2009

LANGSUNG dan EKSKLUSIF




Ini yang terjadi pada hari minggu di tengah-tengah kota. Cantek dan meriah. Semangat setiakawan jelas terpancar. Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain turut serta. Perayaan yang menyatukan satu Malaysia. ;)

Rabu, Julai 29, 2009

Apakah?


Sila buat kesimpulan sendiri.
Cerialah!

Sabtu, Mei 30, 2009

Tembok Majis




Aku telah hidop hampir selama 26 tahun. Rumah penginapan aku di Kuantan pula telah aku jajahi selama 11 tahun. Rumah ini rumah teres. Rumah ini tidak besar. Rumah ini cuma ada 3 bilik. Cukup selesa bagi aku. Selama 10 tahun ini aku telah hidup dengan aman. Sungguh syok!

Namun sementelah aku pulang dari perantauan, terdapat mat-mat indon mula menjajah. Tutur kata bak Radja, atau persis Peter Pan. Namun mereka tidak pula pernah membuat konsert di sekitar rumahku. Badan berketul-ketul tidak seperti aku. Aku juga ada ketul tapi satu. KahKahKah!

Aku menghormati kepada mat-mat indon ini kerana mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki. Satu pengorbanan besar. Biarpun mereka pernah mencuri buah jambu madu rumah aku. Cis! Tidak mengapa. Aku halalkan. Sebab aku pon tak termakan buah itu. Oh Indon, kamu bernasib baik!

Kemasukan mat-mat indon secara borong dan pukal ini terjadi kerana terdapat satu projek perumahan di sekitar rumah aku. Ini bukan 'Satu Lagi Projek Baresan Nasiyonal'. Ini juga bukan projek entot-entot lari. Ini projek bagi orang-orang yang ingin membeli rumah atau ingin menjadi penduduk Kuantan. Aku tak amik pot. Biarkan mereka. Tolak tepi. Bukan itu fokus utama aku kali ini.

Sepurnama kemudian, aku terlihat satu pembinaan majis. Sungguh misteri. Apa keperluan pembinaan ini? Aku menjadi bingung. Ini bukan tembok Berlin yang gah di Jerman. Ini juga bukan Tembok Besar China yang berabad lama usianya. Ini tembok sungguh tidak kool dan groovy. Tidak kena dengan jiwa muda aku.

Melihat ketidakseimbangan ekologi di kawasan perumahan aku ini, aku mula bertemu-bual dan beramah-mesra dengan kejiranan aku. Apakah punca terbinanya tembok ini. Mengikut cakap-cakap orang, kejiranan telah mengadu bahawa terdapat binatang-binatang liar keluar dari tempat pembinaan itu memasuki rumah mereka. Di samping itu, kejiranan juga mengadu damba bahawa tahap kebisingan dan pendebu tuju-tuju, menyesakkanku, walau malammu berkelip neon yang indah...oh, maaf. Itu lagu sampingan. Klip musik dari def-gab-c, Ibu Kota Cinta. Dapatkan yang original.

Dengan itu, pihak kontrektor dan pihak bertanggungjawab telah membina tembok ini. Namun aku tidak berpuas hati. Untuk keperluan tembok ini, anda tidak perlu belajar jurusan kejuruteraan awam. Anda tidak perlu belajar di UiTM di hatiku. Anda tidak perlu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris pon. Budak-budak tadika juga tahu ini tindakan yang ngok. Sungguh leceh!

Tumbangnya satu blok tembok ini menambahkan ketidakpuasan hati aku. Bagi aku, tembok itu perlu. Tapi biarlah sopan dan berguna. Sila rujuk gambar. Apa pendapat anda? Tidakkah ia selekeh dan tidak berkeperimanusiaan? Ini betul-betul leceh.

Cerialah!

Jumaat, Mei 29, 2009

Oh Keramaian

Hari ini hari jumaat.
Hari penuh syafaat.
Hari aku akan berhijrah.
Meninggalkan segala sejarah.
Woit, pencuri sliper jepun...pulangkan sliper burok aku tu.
Aku nak gi smayang jumaat nih!

*kedish!*

Rakan-rakan yang baek.
Aku telah mendapat panggilan hangit dari majikan baru ku.
Aku bukan ke sana untuk membuat longkang kampung kerinci.
Atau merempit di lebuhraya Duke yang baru.
Aku ke sana untuk mencari rezeki.
Aku akan lapor diri di Ibu Pejabat Wilayah Persekutuan.
Aku akan jadi warga KL kelak nanti.
KahKahKah...

Geng Keramaian.
Sila hubungi aku untuk meleser di KL.
Sila jgn pilih KLCC atau KL tower.
Saya suka lepak Yaw Chuan atau Kg baru saja.
Lepak di NZ Garden pon bolih juga.
Kahkahkah...

Khamis, April 02, 2009

Kisah ATM dan aku.

Aku ada 4 akaun bank.
Public Bank
Maybank
CIMB
BSN
dan kesemua bank aku mempunyai wang berdigit puluh dan sa sahaja.

Public bank adalah lubuk wang aku apabila cukup bulan.
Tapi hari ini sudah 2hb April tapi pabila aku cocok2 menatang mesin duit itu dengan kad aku...
aku kecewa. Lebih kecewa dari Encik Prit yang putus cinta di hari derita.
Teda wang. Teda gaji. Teda suka.
Perlu ke aku menyanyi lagu saleem itu...
~mengapa ini semua harus berlaku...apakah ini semua kerna diriku!~
Cukup! Kerana suara aku tak semerdu bunyi mesin duit yang bolih mengeluarkan duit.

Aku mencoba 3 kali. Di cocok-cocok lobangnya. Di tekan-tekan punatnya.
Jumlah yang sama di paparan skrin. RM49.75.
Sungguh tidak adil donia ini.
Hidup dikawal olih duit.

Anda kasihan? Ingin membantu?
Sila taip ON DERMA ke 012 954 57*0
No akaun akan diberi.
KahKahKah!

Adoyai...

Rabu, Mac 18, 2009

Berhala Bergerak? Nope!

Ini cinta baru saya.
Cinta ini bukan cinta organik.
Cinta ini ciptaan manusia.
Cinta ini bukan berhala bergerak.
Cinta ini boleh buat saya menangis tiap-tiap bulan.
Sila jangan buat leceh..
kahkahkah!!






Ahad, Mac 15, 2009

Hari Ceria, Malam Duka, Hati Gundah-gulana!

Semalam aku sepatutnya membuat kerja lebih masa. Tapi itu semua aku tolak tepi! Aku sudah mual dengan pentadbiran syarikat aku. Aku tidak sanggup mendera fizikal dan mental untuk membuat amal kebajikan. Aku tidak sekental dan semulia itu. Aku bukan anjing yang hanya menurut jari telunjuk tuannya. Hari ini adalah hari berehat.

Aku ada temujanji hari ini. Temujanji dengan Kak Yati. Dia cantik. Beranak dua. Dia sudah berkahwin tapi masih bergetah. Jangan berfikiran songsang. Aku hanya bertemujanji kerana urusan perniagaan. Aku bukan serigala gatal. Kak Yati cuma orang perantara. Ini semua hanya kerana aku ingin meminang bini baru aku itu. Dia minta aku menjelaskan mas kahwinnya. RM425 yang tertunggak. Tujuan aku pergi temujanji itu juga untuk melihat bakal bini aku itu. Cukup sifat. Hanya menunggu masa untuk aku membawanya pergi. Tapi bukan hari ini. Mungkin hari Selasa nanti. Melihat saja sudah membuatkan aku girang. Hati berdebar. Mata bertentang mata. Biarpun hitam tapi hati suka. Sabar...sabar...hari itu pasti akan tiba!

Selesai urusan itu, Hati berhajat untuk bersuka-ria. Malangnya, Bob ke KL. Prit di kampung bersiap untuk ke penang. Yah bersama rombongan kahwin abangnya ke Rompin. Misa? Oh, jangan diganggu orang yang sedang berusaha keras mencari pewaris. KahKahKah! Beralih arah mencari kawan perempuan. Azni? Entah ke mana. Tiqah? Dalam perjalanan pulang. Qas? kacau saham dia nanti. DLL...? Semua sudah berkahwin. Niat berfoya-foya tidak menjadi nampaknya.
Lalu aku pulang ke rumah layan kartun. Aku duduk depan TV seharian. Yang aku ingat last cerita aku tonton cerita hindi, Krissh. Kahkahkah! Selepas itu 'Tutup Bawah' (shut down). Bukan TV itu tapi aku.

Malam pula satu rancangan yang aku nanti-nantikan. Akademi Fantasia! Bukan. Aku bukan peminat fanatik AF. Tapi orang rumah aku. Hampeh. Malam itu pasti ada kejadian berdarah. Aku dan abang aku tak sabar menunggu EPL. MU vs Liverpool. Aku MU, Abang aku Liverpool. Kami tidak sebulu tapi kami berbulu dengan penonton AF di rumah kami. Aku dan abang aku dari petang bertentang mata,sambil mengeluarkan laser tanda sengit persengketaan perlawanan nanti. Tapi AF potong stim kami. KahKahKah!

Ada iklan, baru dapat tengok bola bergolek. Saat MU gol, Aku senyum sinis saja. Pastu layan AF kejap. Tukar balik channel. Torres pula skor. Abang aku balas senyum sinis. Cis! Pastu Af lagi. Lagu apa, tidak aku endah. Bukak laptop depan TV. Layan YM dengan Qas. Kahkahkah! Pastu iklan, kembali ke EPL. Aik sudah 3 gol bolos? Kali ini abang aku tergolek-golek gelak. Kahkahkah! Aku turut sama gelak. Ini memang lawak. Lebih lawak dari Amir Raja Lawak... I'm Sorry!! KahKahKah...

Akhirnya malam itu adalah malam duka. Pada perlawanan itu, 1-4. Siapa yang dapat 1 itu? MU. yang 4 itu? Lu pikir lah sendiri. KahKahKah!!! Assalamualaikom!

Sabtu, Februari 28, 2009

Janji manis

Hidup dalam dunia serba moden,
Banyak penipuan.
Semuanya nak tipu.
Pakwe tipu makwe.
Abang tipu adik.
Saya tipu saya sendiri pon ada.

Dulu mase aku kecik-kecik...
Aku tertipu dengan cokelat kotak sperti dindang dan tora.
Depan ada gambar robot-robot.
Pasti ada robot di dalam.
Sanggup simpan 20 sen sehari untuk membelinya.
Dalam hati, pasti dapat memiliki robot.
Tapi apabila sudah dibeli, haram jadah...
Cuma ada cokelat 2 biji dan sebiji getah ape ke nama aku tidak berpengetahuan.
Neraka apakah ini? Karut sungguh aku!

Yang terkini, ada sebuah kompeni fabrikasi.
Kompeni nih tidaklah besar mana tapi ada nama di dunia 'oil n gas'.
Sudah berdiri selama 10 tahun. Kompeni 100% bumiputera.
Dan sejak 2 tahun sebelum ini, kompeni ini mengalami kemerosotan.
Staf teknikal yang pakar dan berpengetahuan, semuanya berhijrah.
Hanya tinggal staf bahagian pengurusan dan akaun.
Kemasukan 2 anak muda telah menjana kembali pendapatan kompeni ini.

2 anak muda ini tidak berkira kerja.
2 anak muda inilah despatch, purchaser, projek koordinator, logistik dan kuli.
2 anak muda ini tidak ada pengalaman yang dalam.
2 anak muda ini terpaksa menggali, selongkar dan belajar sendiri.
2 anak muda ini tidak ada mentor dan sifu.
2 anak muda ini berkorban masa selama hampir 5 bulan.

Hasilnya, penat lelah mereka mencari projek telah berjaya.
Kompeni kini boleh menarik nafas lega.
Ada projek, ada kerja, ada duit, ada gaji.
Big bos dan pengurus adakan mesyuarat.
Berjanji akan menaikkan gaji dan memberi pangkat baru.

Namun malangnya, keringat 2 anak muda ini tidak dihargai.
Gaji yang dijanji akan naik tidak ditunaikan.
Pangkat baru hanyalah mimpi.
Bahagian pengurusan dan akaun pertikaikan O.T dan Claim 2 anak muda ini.
Mereka tidak memahami skop kerja 2 anak muda ini.
Dengan gaji sekadar cukup makan, mereka mahu 2 anak muda ini buat kerja yang diluar skop jawatan yang sepatutnya. Tapi tidak pula memahami beban yang 2 anak muda ini pikul.
2 anak muda ini rasa tertindas, dibuli dan diambil kesempatan.
Sungguh tidak adil.

Salah seorang anak muda ini cuma ditawarkan gaji rm1400 sebulan.
Kerja yang dilakukan kini sepatutnya bergaji dalam lingkungan rm5000-6000 sebulan.
Pengurus lembik dan hipokrasi. Cuma tahu bercinta dengan awek simpanannya.
Kebajikan pekerja diabaikan. Hanya tahu, tiap bulan mesti ada duit masuk.
2 anak muda ini sudah penat, sudah sampai batasan kemampuan.
Cukup bulan, anak muda ini akan beralih arah dan berhijrah.
Kini baru anak muda ini mengerti mengapa staf sebelum ini lari.
Selamat tinggal kompeni tak mengenang budi.
"i'm sori!!" - amir raja lawak 3.

KahKahKah!!!

Isnin, Februari 23, 2009

Sunyi sepi aku sendiri

Malam tadi.
Kelaparan menghantui perut gebuku.
Hari minggu aku ditinggalkan sendirian.
Kemalasan meresap tubuhku.
Seharian tidakku bangkit dari kamar...
Sudah lama tidak aku lakukan perangai tidak bermoral ini.

Ini semua berpunca dari perancangan tidak menjadi.
Hajat berkaraoke dengan Prit...semuanya mimpi.
Beliau ada program famili.
Bob pula kunun nak ajak menonton muvie,
Tapi hari minggu datang pulak kerja busy.

Aku hanya tidur di siang hari.
Dari pagi hingga ke senja.
Namun tidak pula ku tidur separuh bogel.
Nahas jika ada sesiapa merakam aksiku nanti.
KahKahKah!

Di senja hari,
Aku mengatur satu aktiviti dengan teliti.
Tetiba pula berhajat nak makan mi kari,
Call sana sini untuk bertemujanji.
Tidak sabar rasanya untuk berkumpul di planet kari.

Malangnya,
Planet Kari enggan melayanku lagi.
Hari Ahad...mereka semua cuti!
Kami beralih arah dan selera ke Chili.
Hahaha...ini satu evolusi!
Apa terjadi di Chili??
Bacalah link ini:

HaHaHa!!

Isnin, Februari 09, 2009

nasionalis

Bapakku dan aku pergi meninjau kedai kereta...
seketul kereta untuk aku di masa depan.
kereta yang aku kaji,
Toyota, Nissan dan Honda.
Semuanya nama-nama jepun.
Proton dan Perodua langsung tidak aku jengah!
Nasionaliskah aku?
Derhakakah aku?

Menurut seorang teman yang juga merupakan pendidik bangsa..
Dalam soal kereta...nasionalis tolak tepi!
Dalam soal kereta...awek duduk tepi (ape kejadah duduk tengah...camne nak tukar gear?)
Dalam soal kereta...produk yahudi tolak sampai mati!

Jadi apekah yang harus kita tolak tengah?
Aku selalu terbaring memikirkannya.
Tapi tidak pula aku berbaring di tengah jalan.
Aku baring kerana aku sering fikirkan tentang hal yang satu ini.
Sambil lengan kanan empuk berehat di atas dahi.
Tangan kiri menggaru-garu perut tak berisi.

Tahulah aku kini...sebagai pengguna hanya satu kita perlu tolak tengah!
Duit kita! kahkahkah....

Jumaat, Januari 16, 2009

ntahapehapentah


penat
serabut
serabai
mamai

sedar
kejar
kerja
banyak
sibuk

ngantuk
teruk
nguap
senyap

lapar
makan
solat
doa

kerja
tenet
YM
senyum
ceria

pandu
balik
penat!

~ntahapehapentah~

Selasa, Januari 13, 2009

Boikot

Sana sini kedengaran.
Mari boikot!
Boikot apa?
Boikot barangan yahudi laknat.
Yang menindas bangsa selain mereka.
Tidak terhad kepada orang Islam saja.
Tetapi kepada semua umat manusia
Bagi yahudi, mereka paling mulia.
Padahal merekalah paling hina!

Sedarkah kita,
Mereka juga telah menguasai minda kita,
Berabad-abad lamanya,
Buat kita beranggapan...
Produk mereka paling hebat,
Produk mereka paling groovy,
Paling Cool...Paling Chill!!
Seme yang pepaling mereka kuasai! EmmmBOH!!!

Dari kecil aku baca kekejaman mereka,
tapi ketika itu aku tidak memahaminya.
tidak merasa apa itu kejam...
tidak pernah sikit pon rasa ditindas...
kerana tika itu aku hidup selesa di Malaysia.

Ketika aku kecil,
Masih comel dan berkulit gebu,
Bangun saja pagi,
aku disuap nestum.
aku diberi minum milo.
sungguh indah saat itu.
Cap yahudi rupanya Nestle ini!

Malah,dari kecil...Waktu sekolah,
Nurse cun dan bergetah
Sabar mengajar aku menggosok gigi.
Menggunakan ubat gigi jenama Colgate,
Di pinggir longkang.
sungguh indah saat itu.
Cap yahudi rupanya ubat gigi aku guna!

Kini aku makin keliru,
Gelisah, resah...
marah berbaur geram,
Busuk berbau masam!
Bagaimana nak mula?
Aku berazam untuk boikot.
Mampukah aku?

Pulang ke rumah,
Produk yahudi menguasai segenap ruang,
Hampeh...
Mampukah aku?

Mungkin aku tak mampu berjuang di medan perang,
Menggunakan bom mortar atau senapang, pedang.
Mungkin aku tak mampu berdepan musuh,
Menembak dan gempur, tanpa gentar membunuh.

Tapi ini yang aku mampu perjuangkan.
Boikot!

Iklan Tampal

Powered By Blogger