Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label hati kecil berkata.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati kecil berkata.... Papar semua catatan

Sabtu, Januari 23, 2010

Nah, Surat Untok Kau!

Sudah 15 tahun kita berkawan. Rasanya baru semalam aku berkenalan dengan kau. Dari tingkatan satu sehinggalah habis SPM, sekalipon aku tidak pernah berenggang dengan kau. Biarpon terpisah oleh kelas yang berlainan, itu tak menghalang kita membuat kecoh di sekolah.

Kau seorang kawan yang baek. Aku mula berkenalan dengan kau semasa kita memasuki SABS. Kebetulan kita sekelas. Kau nakal dan Cikgu Che Hasnah meletakkan kau di sebelah aku kerana sangkanya aku adalah pelajar yang baek. Padahal kita sekepala hebatnya dan aku bernasib baek kerana pandai berhipokrit depan guru kita itu berbanding dengan kau. Tapi dari situ aku tahu kau seorang kawan yang jujur.

Cikgu Che Hasnah juga mahu kau belajar dari aku. Biarpon kau bengap dalam pembelajaran tetapi kau gigih dan tidak pernah mengalah. Mujurlah aku jenis kool dan tidak mudah melenting semasa mengajar kau. Harap kau maafkan aku akibat luku-luku yang singgah di kepala kau. Aku tahu kau kuat dan kepala kau keras. Tak sakit kan?

Masehkah kau ingat, semasa kita berbuat bising dan kita telah didenda olih penyelia petang? Kita dikehendaki menulis ‘Saya tidak akan membuat bising di dalam kelas lagi’ sebanyak 200 kali dan perlu dihantar kepadanya pada keesokkan hari. Kau telah menolong aku menulisnya. Pada waktu itulah aku mula kagum dengan kau. Kau seorang yang setiakawan. Kau juga kreatif. Kau telah mengikat 3 pen sekaligus dan dapat menulis 3 baris ayat serentak. Dan kita berjaya menipu penyelia petang dengan turutan nombor yang tidak betul di setiap pangkal ayat. Kahkahkah! Kau memang seorang penipu yang hebat.

Aku kira kau juga seorang atlit yang aktif dan seorang pemain bolasepak yang handal. Dengan imej seluar pendek londeh berwarna kuning dan Jersi Slazenger ‘tuck-in’, kau iras-iras Alan Davidson. Sememangnya dia idola kau kan? Kau pernah mengajak aku pergi pemilihan pemain bolasepak bawah 15 tahun di Akademik Bolasepak Pahang. Malangnya jurulatih itu tidak pernah nampak kehebatan bakat kita. Satu kerugian bagi mereka.

Kau juga sering mengetuai pembikinan pasukan bagi menyertai kejohanan-kejohanan bolasepak haram di sekitar Kuantan. Bakat tidak penting tetapi persefahaman jitu yang penting kata kau...dan juga duit RM10 seorang bagi yuran penyertaan. Malah kau juga seorang pakar strategi! Aku maseh ingat setiap kali subjek Pendidikan Jasmani tiba, kau akan mengaturkan formasi dan posisi setiap kawan-kawan kita. Seorang pon tidak pernah membantah strategi kau kerana akhirnya mereka langsung tidak mengikut posisi yang kau tetapkan. Tapi kau peduli apa, kau tetap bermain dengan riang dan gembira.

Kau juga adalah pelopor kepada Keramaian. Setelah rakan-rakan lain berhijrah keluar dari SABS, kau tetap dengan semangat setiakawan kau. Tanpa mengira saiz dan warna kulit, kau berjaya menganjurkan gathering pertama Keramaian. Rakan-rakan kita semua begitu gembira dengan kewujudan Keramaian ini. Kau memiliki sentuhan keajaiban yang membuatkan setiap acara yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan meriah. Itulah yang membuatkan aku kagum dan aku coba belajar dari kau. Sehingga kini jika kau ingin tahu, Keramaian maseh wujod. Terima kaseh kepada kau.

Saat terakhir kita bersua adalah di medan selera Center Point. Kita berempat. Kau, aku, Herol dan Yah. Berjumpa untok minum petang. Bergelak ketawa kerana setiap dari kita punya misi berbeza pada keesokan harinya. Kau akan memulakan hari pertama pekerjaan kau. Yah pula menjadi driver bondanya, Herol pula menjadi despatch ibunya dan aku pula berkarier sebagai peniaga kebab. Hujan turun dengan lebat petang itu, dan aku sempat bertukar sweater dengan kau. Maseh aku ingat pesanan kau agar menyimpan elok-elok sweater yang ditukar itu. Dan itulah pesanan terakhir kau sebelom kau beredar pergi.

Petang keesokannya kau telah tiada. Pergi selama-lamanya. Meninggalkan kami terpinga-pinga.

Kini sudah 9 tahun pemergian kau. Begitu pantas. Sehingga kini aku maseh belom berjumpa peganti kau. Sehingga kini kami di sini begitu terasa kehilangan kau. Sehingga kini Keramaian merindui kau.

Apakah kau tahu Yah sudah berkahwin? Apakah kau tahu Herol telah putos tunang? Apakah kau tahu apa pekerjaan aku? Apakah kau tahu apa yang telah kami bertiga lalui sepanjang ketiadaan kau? Apakah kau tahu apa yang telah ditempohi rakan-rakan kita? Apakah kau tahu apa aktiviti Keramaian kita selama ini? Sememangnya aku terkilan kerana kau tiada.

Aku hanya mampu berharap kau tenang di sana. Kami di Keramaian sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kau, Zulfikri Bin Roselan. 18 Januari 2010 genap sembilan tahun pemergian kau. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Al-Fatihah!

P/S: Sweater kau maseh aku simpan baek-baek.


Tribute to arwah Zulfikri Bin Roselan passed away on 18th January 2001.

Ahad, Oktober 11, 2009

Tangisan Dalam Syurga


Adakah kau tahu namaku,
Jika ku lehat kau di syurga.
Apakah ia akan sama,
Jika ku lehat kau di syurga.

Aku harus kuat,
Dan teruskan juga.
Kerna ku tahu,
Ku tak layak berada di syurga ini.

Adakah kau akan genggam tanganku,
Jika ku temui kau di syurga.
Bolihkah kau bangkitkan aku,
Jika ku temui kau di syurga.

Aku akan cari jalanku sendiri,
Siang dan malam silih berganti.
Kerna ku tahu aku tak bolih terus berada,
Di syurga ini.

Masa bolih menjatuhkan kita,
Masa bolih buat kita melutot,
Masa bolih hancorkan hati kita,
Perlukah kau merayu...dan terus merayu?

Di sebalik pintu itu,
Ku pasti ada kedamaian,
Dan aku tahu pasti tiada lagi,
Tangisan dalam syurga.

Pesanan: tolong jangan sedih...sob! sob!

Khamis, September 17, 2009

Berita Penting - Kesah Saorang Sahabat


Kepada saudara-saudari pembaca yang baek,

Bekas penjaga gol terbaik asia Khairul Azman Mohamad sedang berada dalam kesusahan. Dia mengalami kesakitan di lutot akibat dari kecederaan lama ketika karier sebagai pemain bola sepak.

Menurut satu sumber - Khairul perlu menjalani pembedahan untok memasokkan besi kedua-dua belah lutotnya

Harga pembedahan bagi kedua-dua lutot ini adalah semahal RM 16,000. Dipercayai besi ini akan dapat bertahan selama tujoh hingga lapan tahon.

Untok pengetahuan orang ramai - Khairul sudah pencen dari bermain bola sepak dan sekarang tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Untok Rekod :

Antarabangsa

Kelab

Bersama Sabah

Bersama Pahang

Individu

Untok derma - 564847005696 (maybank) atas nama yayasan kebajikan atlet kebangsaan
atau sms menaip YAKEB1 (RM1) YAKEB2 (RM2) YAKEB3 (RM3) YAKEB5 (RM5) YAKEB10 (RM10)

Bantulah kepada yang memerlukan
Bantu ketika kita senang
Bantu ketika kita maseh diberi kesempatan untok membantu

Terima Kaseh.

Ahad, September 06, 2009

Bukti Prihatin

Membeli juadah untuk berbuka puasa adalah satu aktiviti yang sangat tidak aku gemari. Kalau di kampong-kampong, pasar Ramadan adalah satu tempat yang menarik bagi aku tapi di kota konkrit ini semuanya tidak indah. Mahal. Kurang sedap. Kurang perisa. Betul-betul membantutkan selera makan.

Gades-gades kampong juga jauh lebih manes. Cuma di kota ini gades-gades ini sedikit tawar. Ketawaran gades-gades ini coba ditutupi dengan keseksian mereka. Buat hati pria bergelojak, bikin pahala ditolak. Pak Haji juga bolih sakit otak.

Namun apa yang lebih memeranjatkan aku, di pasar Ramadan ini terdapat sekumpulan kanak-kanak cacat meminta sedekah. Pada awal bulan Ramadan, golongan mereka ini tidak kelihatan tetapi tetiba sahaja mereka muncol. Membuatkan hati aku tidak enak. Bukan kerana jijik melihat mereka tetapi kerana aku yakin mereka dipergunakan.

Kata orang, bulan mulia adalah saat yang tepat untuk memperbanyak amal ibadat. Harus derma sebanyak mungkin. Tetapi biarlah ikhlas. Oleh kerana hati sudah tidak ikhlas, aku tidak dermakan sebarang wang. Aku hanya belikan kuih popia dan diberi kepada mereka. Popia itu sememangnya aku ikhlas berikan kepada mereka. Kerana popia itu aku yakin dapat melapik perut mereka yang kelaparan. Bukan melapik perut orang yang disebalik tabir yang mana aku sangat yakin perut orang disebalik tabir ini sudah pon berlapik-lapik.

Aku betol-betol prihatin. Aku bukanlah ingin mengiklankan diri seperti di dalam kotak telivisen juga ada iklan seperti ini dimana akhir iklan itu akan diberitahu bahawa, “Bukti kerajaan prihatin”. Sila tercokoh di televisyen jika ada iklan ini. Bukti Did Prihatin!
Kahkahkah!
Cerialah.

Khamis, September 03, 2009

Formal dan Tidak Formal

Kaunter. Di mana-mana badan perkhidmatan, kaunter merupakan barisan hadapan. Kaunter memberi pandangan pertama bagi mereka. Persepsi pelanggan bergantung dan bergayut kepada penjaga-penjaga kaunter itu.

Gadis cun bergetah berbedak tebal, bergincu merah dan jejaka kacak, segak berkemeja, berambut belah tepi sering menjadi hiasan di kaunter. Namun ada juga makcik-makcik menjadi penjaga kaunter. Itu kes terpencil. Budaya korporat memerlukan khidmat mereka ini. Itu tidak dapat kita nafikan. Mereka memang berguna.

Aku juga sering memerhatikan penjaga-penjaga kaunter. Tidak kira kaunter pertanyaan, kaunter tiket mahupun kaunter strike. Anda tidak tahu kaunter strike? Sila Tanya anak-anak muda yang celik IT. Atau tanya saja Lebai Google dan Mat Yahoo.

Tidak lama dahulu, aku pernah pergi ke salah sebuah Klinik Kesihatan di Negara kita ini. Hajat di hati ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka begitu tenang dan senang sekali melayan karenah pengunjung. Gadis berseragam putih yang tidak ku tahu maseh dara atau tidak tersenyum mesra. Manis sekali. Yang jantan juga tersenyum,tetapi tidak pula aku ambil pot statusnya. Namun sifat-sifat mesra ini jauh sekali berbeza sewaktu aku kecil.

Pernah dahulu ketika berumur dalam lingkungan 7 tahun, aku telah jatuh demam bagai nak mati, sedang menunggu untuk didaftarkan. Bukan hendak mengata tetapi memang niat nak mengutuk. Penunggu kaunter itu betul-betul perlahan. Kami tercegat dihadapannya untuk dilayan. Nak dikata mempunyai masalah mental terencat, tidak pula kerana waktu itu penjaga kaunter yang mungkin sedikit cantek daripada selipar jepun bergambar ultraman aku itu, sedang asyik berborak dengan rakannya yang hangat begosip mengenai macik itu dan janda itu. Aku pon dah tak ingat cerita gosip dia daaa...padahal aku yang bagai nak mati ini ditenangkan berkali-kali olih bonda tercinta biarpon kata-katanya sedikit pon tidak dapat menyejukkan hati aku yang membara waktu itu. Aku rasa bagaikan menunggu ajal.

Mujurlah tidak malaikat maut yang menjempot aku, tetapi gadis berseragam putih yang menjempot aku. Huhuhu!

Waktu itu, hanya pakaian saja melambangkan betapa formal insan yang menjaga kaunter ini. Hakikatnya perangai mereka sungguh tidak formal. Aku lebih rela mat-mat rock kapak menjaga kaunter. Biarpon berambut panjang berseluar jeans ketat koyak di lutut tetapi sekurang-kurangnya mereka bolih bermain gitar disaat aku menunggu giliran. Terhibur juga hatiku yang mendidih ditahap 100 darejah Celsius ini.

Hari ini aku sekali lagi singgah di kaunter. Kaunter pertanyaan di Klinik Kesihatan. Suasana sibuk tetapi maseh terkawal. Terkejut aku kerana penunggu kaunter berbaju batik. Kahkahkah! Geli hatiku. Apa-apa sajalah kawan, janji pakaian formal itu selari dengan sikap dan gerak kerja formal kau. Cerialah!

p/s: Gua betul-betul tidak berjiwa formal. Bolih meleser bersama mat-mat rock kapak lah.

Ahad, Ogos 30, 2009

Kehebatan Individu

Aku terpaksa menghadiri kursus. Kursus di hari minggu sangat tidak kool. Hari minggu bagi aku adalah hari kebebasan minda dari cengkaman aura-aura kerja. Hari minggu seharusnya diluangkan di atas tilam bersama bantal empuk dan jika berbini...harus dihabiskan masa itu dengan bini. Atau lebih syok jika masa itu dihabiskan di atas tilam empuk dengan bini. Kahkahkah!

Kali ini aku sebilik dengan seorang yang tidak dikenali. Lelaki. Sudah tentu lelaki kalau perempuan pasti sudah lama kami kena cekup. Nak mampus? Rakan sebilik ini lelaki sejati. Tidak lembut dan tidak auw. Aku yakin kerana beliau sudah berbini. Di bilik itu kami berkenalan. Kerana kursus ini, aku telah berjaya berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup hebat ini. Aku katakan beliau hebat kerana beliau akhirnya berjaya kawin hanya setelah berumur 30 tahun. Maknanya misi hidup beliau bergelar lelaki telah hampir berjaya...dan terbukti berjaya jika beliau mendapat zuriat kelak.

Berkenalan dengan insan baru yang hebat membuatkan aku teringat seseorang. Seorang insan yang sangat aku kagum. Ingatan aku menerjah ke sepuloh tahun nan lalu. Ketika itu aku maseh di alam persekolahan. Biarpon aku telah mengetahui nama dan wajahnya sebelum ini, tapi setelah 3 tahun baru aku dapat berkenalan dengan beliau secara mendalam. Beliau ini juga insan yang sangat hebat. Sesiapa yang mula berkenalan dengan beliau pasti teruja dan kagum dengan kehebatan beliau.

Biarlah aku kenalkan beliau dengan nama SS (bukan nama tipu). Sewaktu pertama kali bersalaman dengan SS, beliau menggenggam tangan aku dengan kuat. Lalu timbullah urat-urat saraf dan ketul-ketul muscle beliau. Biarpon muka aku berkerut kerana tidak mengerti kenapa perlu bersalaman sebegitu rupa tapi aku kagum kerana beliau seorang yang tegap dan kuat.

Kemudian terus SS ini berkisah tentang bagaimana dia mendapat tubuh sebegitu rupa. Menurutnya beliau adalah salah seorang dari atlit projek sukan kebangsaan dan juga budak projek bolasepak negeri. Beliau juga adalah atlit olahraga. Malangnya, otot lutut beliau tidak lagi secergas dulu. Aku ternganga. Tapi tak lama kerana aku perlu sorok kekaguman itu. Aku khuatir nanti SS akan riak. Juga khuatir nanti serangga dan virus-virus tidak patot masok ke rongga halkum aku nanti.

Selang beberapa bulan kemudian dia berkisah tentang gadis yang tergila-gilakannya pula. Katanya dia juga berkenan cuma malu. Lalu dia berkisah mengenai bekas-bekas aweknya. Si gadis itu, Si awek itu, Si polan itu, Si anu itu, Si yamang itu dan segala-gala Si pernah dia kapel. Aku dah pening lalu mengabaikan saja cerita beliau. Ini kisah yang tidak kena jiwa aku biarpon mengusik gadis-gadis adalah hobi waktu lapang aku ketika itu. Oh, terkantoi sudah.

Tamat persekolahan, kami semua mendapat keputusan SPM. Beliau gagal mendapat keputusan cemerlang lalu ingin membuat rayuan menyemak semula keputusan tersebut dengan Kementerian. Selang beberapa minggu kemudian dia berkisah mengenai keputusannya kepada aku dan rakan-rakan. Beliau mendapat 5A. Itu satu kejutan budaya bagi aku. Kata SS, beliau akan melanjutkan pelajaran ke Jerman. Berkerut muka aku sebentar tapi kemudian aku senyum.

2 tahun setelah tamat persekolahan, aku mendapat berita bahawa dia telah melanjutkan pelajaran di salah satu IPTA di Malaysia. Kisah ini aku dapat dari kawan baik aku, Y (juga bukan nama bohong). Secara kebetulan beliau satu rumah dengan SS. Menurut Y, SS sering bercerita kehebatan beliau bermain bolasepak, ragbi dan olahraga kepada rakan-rakan rumah lain. Tetapi ada sesuatu lebih hebat. Beliau mempunyai ilmu batin secara semulajadi. Ini satu kisah yang tidak aku ketahui ketika sama sekolah dengan SS. Menurutnya ilmu itu adalah warisan nenek moyang SS ini.

Kemudian Y berkisah lagi, SS yang sering bersukan ini tahu ilmu mengurut. Lalu suatu hari, seorang rakan rumah mereka yang aktif dalam sukan di IPTA telah terseliuh dan tanpa dipinta SS urut. Menurut SS, semua gerak tangan dan urut-urut ini bukanlah datang dari dirinya tapi pendamping beliau. Dari satu tempat ke satu tempat semuanya adalah kerja pendamping beliau. Menurutnya lagi jika ada apa-apa masalah, harus dia yang urut. Seronoklah si rakan rumah ini kerana tiap-tiap hari dapat urutan percuma. Tidak kisahlah siapa yang urut. Asal lenguh sikit, disuruh SS ini picit bahu. Tekan-tekan betis dan tapak kaki. Dan tidak semena-mena satu rumah menyuruh SS ini mengurut. Aku kagum lagi.

Lalu lekatlah nama SS ini dengan gelaran Tok Batin. Gelaran ini tidak dikurniakan oleh raja-raja melayu. Gelaran ini tidak perlu diperolehi dari adat-istiadat pertabalan. Gelaran ini semulajadi datang dari mulut rakan-rakan. Wah, aku lagi-lagi kagum mendengar cerita Y ini!

Saat kemuncak kehebatan SS ini terserlah apabila rakan-rakan rumah beliau bercadang ingin mengusik Tok Batin ini. Waktu malam menjelma, malam jumaat. Mereka sudah siap membeli kemenyan dan dibakar. Asap-asap kemenyan ini di sebar-sebarkan di setiap pelusok rumah ketika Tok Batin ini tiada. Memang sesuai. Seorang rakan rumah mereka berlakon terkena sampok. Lakonan yang sangat meyakinkan.

SS yang baru pulang terus diterjah oleh rakan-rakan rumah yang lain. Mereka kata ada makhluk halus di rumah mereka dan telah merasuk si pelakon tadi. SS berkata yang beliau telah agak kerana dari tangga lagi beliau sudah terasa aura-aura makhluk ini. Firasat beliau ini telah dikuatkan lagi dengan bau-bau kemenyan.
Lalu dengan segera SS mengambil semangkuk air dan membaca jampi serapah yang tidak tahu butir maknanya. Pelakon yang berlakon tadi dipegang kaki dan tangan oleh rakan-rakan lain. ‘Dia datang dah! Dia datang dah!’ kata SS merujuk kepada makhluk halus apabila pelakon ini meronta-ronta. Lalu SS merenjis air jampinya ke muka pelakon ini supaya bertenang. Kemudian SS menjampi di setiap sudut untuk membuat satu segiempat. Katanya itu untuk memagar makhluk halus itu.

Rakan-rakan yang lain yang tidak tahan dengan telatah Tok Batin ini terbarai ketawa. Tanpa segan silu berdekah-dekah ketawa depan Tok Batin ini. Termasuklah si pelakon tadi sehingga menetes air mata. Air mata ini bukan air mata kesedihan kerana putos cinta, air mata ini kerana keceriaan dan kelucuan melampau. Tok Batin yang tersedar kekantoian beliau dengan segera meninggalkan rumah itu sambil menghempas pintu dengan kuat.

Menurut Y lagi, genap seminggu SS menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah lalu tersebarlah berita mengenai Tok Batin ini yang pergi bertapa. Aku yang mendengar cerita ini juga tidak tahan dengan kelucuannya lalu terbarai ketawa. Inilah kehebatan sebenar insan yang aku kenal semenjak sekolah menengah lagi. Beliau betul-betul kool.

Telatah rakan ini membuat aku terfikir sejenak. Sekurang-kurangnya beliau ada kehebatan yang diketahui ramai. Tapi aku maseh tercari-cari apakah kehebatan diri aku. Inilah kelemahan manusia. Kehebatan sendiri sukar dikenali tetapi kehebatan orang lain mudah saja dikesan. Kehebatan tidak semestinya yang positif saja.

KahKahKah!
Cerialah!

Isnin, Ogos 03, 2009

Satu Keluarga

Sabtu lalu aku menempuh satu fasa yang baru. Melakukan apa yang rasa betul. Keberanian perlu ada. Mungkin sedikit keliru tapi masih aku rasa tindakan itu betul.

Meleser bersama seorang rakan lama, berkongsi pengalaman benar. Meleser kali ini berbeza sama sekali dengan aktiviti peleseran biasa kami. Kami ingin mencari ruang untuk bertemu dan bermesra bersama demonstran. Menyelami maksud hati mereka. Kami menjadi wartawan bebas hanya untuk diri kami. Membuat liputan berita bagi sejarah hidup kami. Alami dan melihat sendiri. Detik yang hanya akan dirakam untuk warisan anak cucu kami.

Tengahari kami selamat sampai ke tempat yang dituju. Masih gagal mengesan siapa yang menyertai dan siapa yang hanya menempel untuk melihat perayaan ini. Orang tua, makcik-makcik, brader-brader juga turut ada. Orang-oranng seragam sudah pon bersiap sedia. Dalam trak sudah kelihatan ada orang ditahan.
Sebentar bersama mereka membuatkan aku sedar satu perkara. Keluarga. Demonstran ini tidak memaksa anak-anak dan isteri untuk turut serta berdemonstrasi. Berbilang bangsa, berbilang budaya. Semua demonstran ini saling bekerjasama sebagai satu keluarga. Tidak kira mereka dari keturunan sulu mahupon keturunan parameswara. Dari segenap pelusok negara turun keluar menuntut hak. Oleh itu aku faham benar mengapa ada segelintir masyarakat tidak berani menyertai perhimpunan ini. Hanya mampu menyokong dari jauh.

Keluarga selalu menjadi pertimbangan apabila memperjuangkan sesuatu. Bila bersuara, fikiran kepada keluarga. Bila pertempuran berlaku, ingatan melayang kepada keluarga. Begitu jugalah apabila tercetusnya perang, apakah semangat patriotik akan mengatasi kepentingan keluarga? Beruntunglah mereka yang mendapat sokongan keluarga. Keluarga memberi restu kepada mereka. Menjadikan semangat bertambah membara. Tapi nasib berbeza kepada demonstran yang tidak mendapat sokongan keluarga. Apa yang harus mereka lakukan?

Para demonstran ini mengetahui yang mereka tidak perlu gentar kerana mereka bergerak sebagai satu keluarga. Seorang jatuh tersembam, berpuluh-puluh tangan menghulur tangan. Membantu sama lain. Mereka semua ini tidak diupah, tidak bayar. Mereka membantu tanpa mengira bangsa atau agama. Sifat ini betul-betul membuatkan aku kagum.

Aku sibuk merakam gambar dan video apabila demonstran ini dikepung di Masjid Jamek. Keadaan Begitu tegang. Mereka disekat daripada keluar dari masjid. Apabila gas pemedih mata meletup, mereka merempuh keluar bersama. Berpaut tangan membentuk satu barisan meredah kepungan orang-orang seragam. Aku teruja kerana tidak sangka semangat mereka sebegitu tinggi. Nilai kesepakatan sangat terserlah.
Aku bertambah kagum apabila ketika kami dihambat pemedih mata dan semburan air, para demonstran dengan segera berlari memimpin anak-anak dan orang tua ke tempat selamat. Tidak kira yang terlibat dengan perhimpunan ini ataupon tidak. Menghulur air dan ubatan. Melindungi mereka daripada terus diasak. Ada seketika ketika aku dan rakan berehat di satu sudut selamat,kami disapa oleh demonstran. Sebelah kanan dari Terengganu manakala sebelah kira dari Penang.

Dengan ramah, mereka menghulurkan air dan aku menolak dengan sopan. Walaupon hanya sebentar bersama mereka, namun banyak cerita yang boleh kami kongsi bersama. Jelas terpancar wajah semangat memperjuangkan misi mereka. Kami beredar setelah keadaan reda. Rasanya inilah pengalaman yang sangat berharga yang hanya mampu diraih di Kuala Lumpur sahaja. Cerialah!

Ahad, Jun 21, 2009

Biawak dan Pengedar Tisu

Di satu malam yang sejuk dan tenang.
Peleseran terjadi antara aku,saorang gadis dan 2 orang mamat kacak.
Pot tidak elitis. Pot yang sesuai untuk anak-anak muda seperti kami.
Ataskota - Uptown dalam bahasa penjajahnya.
Suara-suara sengau kerap kedengaran di situ.
Ia terhasil akibat bakat terpendam dipaksa cungkil olih empunya diri.
Ia sepatutnya diteruskan pendam dan tenggelam. Betul2 tiada kesedaran diri beliau itu.

Sedang kami rancak berbicara dan bukan biarlah bulan bicara (dendangan Broery), meja kami disinggahi saorang warga OKU yang turut dipimpin olih orang sehat cergas. Mereka membawa tisu. Kerana kasihan dan tidak mahu perbicaraan terganggu, aku membeli tisu mereka dengan harga RM1. Lalu mereka pon beredar. Sedang kami berbicara, tiba-tiba meja kami disinggahi lagi. Saorang lagi warga OKU yang dipimpin oleh orang sehat cergas yang membawa tisu. Kerana rasa kurang selesa, aku menunjukkan tisu yang telah dibeli sambil senyum kelat. Mereka berlalu pergi. Kamudian baru aku perasan, makhluk jenis ini telah ramai membiak dan berlegar-legar di kawasan peleseran kami itu. Ah, betul-betul potong stim.

-----

Petang itu aku terasa lapar. Singgah sebentar di Taman Gelora. Taman ini ada tasik. Tasik ini ada teratai. Teratai ini bukanlah teratai layu di tasik madu.

Kali ini aku bertiga. Aku dan 2 orang perawan chantek bergetah. Menu petang itu adalah Rojak ayam. Betul2 menyelerakan. Ngup Ngap...Ngup Ngap...Burppp! Sound Efek doulby surrounded. Perut kenyang. Kami pon berbual, bergelak ketawa.

Tiba-tiba muncul biawak dari tasik. Datang menyapa ke meja kami. Sambil terjelir-jelir lidah bercabangnya. Betul-betul tidak kacaklah biawak ini. Kami terasa amat terganggu. Risau biawak ini akan menyerang kami. Biawak yang lapar akan menyerang - teringat National Geographic tentang biawak komodo di Indonesia. Betul-betul rakus. Biawak ini berlegar-legar dari meja ke meja. Pelanggan lain turut rasa kurang enak. Kami pon mengambil keputusan untuk beredar.

-----

Kesimpulannya, korang simpulkanlah sendiri. Kahkahkah!

Cerialah!

Sabtu, Mei 30, 2009

Tembok Majis




Aku telah hidop hampir selama 26 tahun. Rumah penginapan aku di Kuantan pula telah aku jajahi selama 11 tahun. Rumah ini rumah teres. Rumah ini tidak besar. Rumah ini cuma ada 3 bilik. Cukup selesa bagi aku. Selama 10 tahun ini aku telah hidup dengan aman. Sungguh syok!

Namun sementelah aku pulang dari perantauan, terdapat mat-mat indon mula menjajah. Tutur kata bak Radja, atau persis Peter Pan. Namun mereka tidak pula pernah membuat konsert di sekitar rumahku. Badan berketul-ketul tidak seperti aku. Aku juga ada ketul tapi satu. KahKahKah!

Aku menghormati kepada mat-mat indon ini kerana mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki. Satu pengorbanan besar. Biarpun mereka pernah mencuri buah jambu madu rumah aku. Cis! Tidak mengapa. Aku halalkan. Sebab aku pon tak termakan buah itu. Oh Indon, kamu bernasib baik!

Kemasukan mat-mat indon secara borong dan pukal ini terjadi kerana terdapat satu projek perumahan di sekitar rumah aku. Ini bukan 'Satu Lagi Projek Baresan Nasiyonal'. Ini juga bukan projek entot-entot lari. Ini projek bagi orang-orang yang ingin membeli rumah atau ingin menjadi penduduk Kuantan. Aku tak amik pot. Biarkan mereka. Tolak tepi. Bukan itu fokus utama aku kali ini.

Sepurnama kemudian, aku terlihat satu pembinaan majis. Sungguh misteri. Apa keperluan pembinaan ini? Aku menjadi bingung. Ini bukan tembok Berlin yang gah di Jerman. Ini juga bukan Tembok Besar China yang berabad lama usianya. Ini tembok sungguh tidak kool dan groovy. Tidak kena dengan jiwa muda aku.

Melihat ketidakseimbangan ekologi di kawasan perumahan aku ini, aku mula bertemu-bual dan beramah-mesra dengan kejiranan aku. Apakah punca terbinanya tembok ini. Mengikut cakap-cakap orang, kejiranan telah mengadu bahawa terdapat binatang-binatang liar keluar dari tempat pembinaan itu memasuki rumah mereka. Di samping itu, kejiranan juga mengadu damba bahawa tahap kebisingan dan pendebu tuju-tuju, menyesakkanku, walau malammu berkelip neon yang indah...oh, maaf. Itu lagu sampingan. Klip musik dari def-gab-c, Ibu Kota Cinta. Dapatkan yang original.

Dengan itu, pihak kontrektor dan pihak bertanggungjawab telah membina tembok ini. Namun aku tidak berpuas hati. Untuk keperluan tembok ini, anda tidak perlu belajar jurusan kejuruteraan awam. Anda tidak perlu belajar di UiTM di hatiku. Anda tidak perlu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris pon. Budak-budak tadika juga tahu ini tindakan yang ngok. Sungguh leceh!

Tumbangnya satu blok tembok ini menambahkan ketidakpuasan hati aku. Bagi aku, tembok itu perlu. Tapi biarlah sopan dan berguna. Sila rujuk gambar. Apa pendapat anda? Tidakkah ia selekeh dan tidak berkeperimanusiaan? Ini betul-betul leceh.

Cerialah!

Selasa, Mei 19, 2009

Baju dan Tanggapan

Baju hitam. Betul-betul kool. Tidak mungkin tidak menonjol. Biar warna tak menyerlah. Lebih kool jika anak-anak muda yang berpakaian hitam. Tampak bergaya, cukup menawan.

Singgah di kedai makan, semua pekerjanya berbaju hitam. Menutup penampilan yang ada sedikit kekusaman. Pasti dapat melindung apa yang cacat. Tompok-tompok cebisan makanan di calit-calit baju juga sukar diperlihat. Inilah taktik baju hitam.

Menumpang tandas adalah perkara biasa. Pelanggan lelaki atau wanita yang bertandas juga perkara biasa. Bertanyakan di mana tandas adalah perkara biasa. Tetapi pelanggan yang mengambil order pelanggan adalah perkara LUAR BIASA. Semuanya gara-gara berbaju hitam.

Kahkahkah! Pelanggan komplen masakan ikan stim kepada pelanggan berbaju hitam adalah sangat tidak stim. Kahkahkah!

Kahkahkah!
Cerialah

p/s: tidak semua insan berbaju batik lengan panjang berkancing, rambut sikat belah tepi itu skema.

Ahad, Mei 17, 2009

Hari Pegawai Pendidikan

Saudara-saudara yang baek sekalian.

Hari 16 Mei telah ditabalkan menjadi hari bersejarah dalam kalendar Malaysia.
Dari kecil hingga ke tua kita berkenalan dengan makhluk ini. Makhluk yang bergelar Guru. Tapi apa salahnya jika kita menaiktaraf jawatannya kepada Pegawai Pendidikan. Baru glemer. Baru cool. Baru chicky. KahKahKah!

Sebagai insan yang memegang jawatan ini, mereka berdepan tugas yang sememangnya tidak mudah. Melayan karenah anak-anak mentah yang kosong pemikirannya. Perlu kesabaran, ketabahan dan ketekunan. Betul-betul leceh. Oleh itu saya angkat tangan letak di pinggir dahi menyatakan salut pada insan ini yang berani mendidik anak-anak mentah. Jika tidak percaya, mari kita bertemu ramah dengan Cikgu Farid Abdillah yang cekal mengajar biarpun hatinya remuk kecewa kerana cinta. Mari bertanya Cikgu Nazrah yang pernah menangis teresak-esak melayan kekurang-hajaran anak murid. Mari tanya Encik Amz yang sentiasa berdepan dugaan menjawab idea-idea radikal anak-anak muda. Mari tanya Cikgu Asri yang pernah berlari-lari macho mengejar anak muridnya yang hyper aktif. Mari tanya Cikgu Noral. Mari tanya Cikgu Nisa. Mari tanya Cikgu Shilawati. Oh,ramai juga rupanya kawan aku jadi pendidik nih.

Ibu bapa. Tok guru. Pensyarah. Tutor. Sahabat. Teman. mereka juga adalah guru. Mari kita meraikan hari bagus ini. Mari!

Selamat Hari Pendidik!

Cerialah!

Selasa, April 07, 2009

Kisah Klasik

Kesah Sedih

Lagi kesah sedih di hari derita. Berlaku juga pada teman aku. Mengalir air mata berkesahkan cinta di khianati pihak ketiga..bukan aku yang mengalir air mata itu. Tapi dia. Dia seorang Lelaki. Lelaki yang tewas kerana cinta. Lelaki yang mengalir air mata kerana cinta. Cinta Agung adalah cinta yang tidak kesampaian. Cinta Agung adalah milik Yang Maha Agung. Cinta agung bukan milik Yang Di-Pertuan Agong. Aku hanya mampu berkata 'Sabar'. Perkataan yang pastinya tembus menerobos telus dari telinga kanan keluar telinga kiri...atau jika dia kidal, dari telinga kiri keluar telinga kanan. Begitulah sakitnya jiwa diluka kerana cinta. Selamat Datang ke Kelab Jiwa Luka, kawan! Kahkahkah!!! Sila amati kata-kata dari adinda Cekgu Farid..."Percayalah kepada hukum karma, setiap perbuatan ada balasan".

Kesah Hantu

Ini kesah lucu lagi menggerunkan. Worksyop fabrikasi di mana tempat aku bekerja adalah tempat kejadian. Projek sedang rancak berjalan. Semua pekerja teknikal perlu bekerja lebih masa. Tepat jam 12 malam kedengaran suara wanita bergelak nyaring. Salah seorang staf terlihat kelibat wanita berbaju putih berambut panjang di celah-celah tong gas welding. Kihkihkih...bunyi gelak tawa susok tuboh itu. Bergetar seluruh badan staf ini lalu berlari lintang-pukang keluar dari situ. Staf-staf lain tercengang. Sedangkan semua staf tahu yang sifatnya lebih dasyat dari hantu. kahkahkah! Terlupa aku ingin bertanya pada staf itu, apakah susok tubuh wanita itu mantol dan bergetah? Apekah beliau lebih mungil dari Rozita Che Wan? ataupun lebih mantap dari Chef Wan? Yang pastinya, aku sendiri pon dah tak berani lepak sampai malam kat opis. Kahkahkah!

Kesah Benar

Aku membawa bini aku CCJ686 buat pertama kalinya ke opis.
KahKahKah!!!

Ahad, April 05, 2009

Penawar Sepi

Hari minggu. Saat dinanti-nantikan setiap umat yang bekerja.
Ini hari di mana kita bolih rehat. Bolih golek-golek. Bolih buat tahi mata.
Tapi hati ini tidak tenang. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Tapi tiada buaya di rumah aku. Tiada sesiapa. Cuma sendiri. Sepi.

Ibu bapak di kampong halaman. Abang adik di perantauan. Aku di rumah tidak berteman.
Ah! Aku sangat suka hari tidak bekerja. Tapi apa makna kalau dudok sendiri kebosanan?

Aku mencangkong di parkir rumah. Termenong. Bertentang mata sama bini aku.
Aku jeling dia. Dia jeling aku. Sesekali aku tersenyum. KahKahKah! Inilah namanya cinta.
Cuma dia setia menemani. CCJ 686.
Kadang kala rasa nak menangis juga. Cukup bulan duit harus keluar.

Ape kejadah dudok lama-lama di depan kereta. Aku masuk ke dalam rumah.
Menekan punat untuk menghidupkan TV Plasma yang masih berhutang.
Pagi sabtu. Layan Karton. Sudah menjadi rutin sejak kecil.
Karton melayu, jepon, omputeh semua layan.
Ini memang sejok. Cool. Bolih bikin hati sepi jadi hepi.
Kahkahkah. Gelak-gelak sehingga matahari tegak.

Pukol 1 sudah. Tiada lagi karton. Giliran hindi ambil port. Bukan jiwa aku.
Tekan punat alat kawalan...mati sudah TV.

Termenong kembali.
Bosan.
Sepi.
Tidur.

Iklan Tampal

Powered By Blogger