Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label siapalah sengal baca ni?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siapalah sengal baca ni?. Papar semua catatan

Khamis, Mei 27, 2010

Dana

Gua bukan bercerita mengenai Dana Scully - watak siri X-Files. Tapi dana kantong duit - untok perbelanjaan gua. Maradona sudah twitter gua maki-maki. Platini mengamok kat Fesbuk gua. Shukor Adan bakar-bakar line sebab gua tanak interbiu dia - dengki lah tu. Tapi Valderrama tetap kool dalam telepon biarpon gua mungkir janji - siap bagi kata-kata semangat sambil membelai rambutnya. Cilaka, bila korang nak bank in nih! Gua tidak sabar nak pergi interbiu diorang, der!!

Rabu, Januari 06, 2010

Belajar Bahasa Kami

Setelah belajar bahasa pendek itu hari, kita belajar pula bahasa keramaian. Bahasa ini penting bagi mengelakkan pembaca-pembaca tersalah faham dalam penyampaian info-info kami.

MBOWH! - Ini menunjokkan ekspresi ngade-ngade...maksud dia macam "gedik gila".

HANNYAA - Maksud ini agak susah nak dijelaskan. Maksud perkataan ini bolih jadi "paling" atau "bersungguh".

GELEPOR - Perkataan ini memberi gambaran betapa teruja membuat sesuatu.

EUW! - Geli ah.

HURMMM... - lagak kool dan bersahaja tapi dalam hati terasa. Intonasi kena betol.

Pah ka ka, Pah Ka Ka - sepatotnya bermaksud, "Lepas kau kau, Lepas kau kau". Memberi gambaran bahawa takde peluang dah nak bagi kat orang lain.

KKA - Ops! yang ini menyentoh kesensitiviti harmoni masyarakat kita. nak tau? Text me! Kahkahkah!
----------

Berikot adalah contoh ayat yang bolih kita bina daripada perkataan di atas:

Pada suatu hari, Herol dan Salleh mengajak aku lepak-lepak Starbucks.
"MBOWH! Starbucks? takde tempat lain ke? Coffee Street sudoh!" kata aku.

Lalu berkumpollah kami di Coffee Street. Kami mencari pot paling cun lalu punggong masing-masing pon berlaboh. Datanglah waiter untok mengambil pesanan sambil membawa menu.

Herol pon kusyuk mengkaji menu, "Teh O Ais RM2.00? Hannyaa mahal!"

Prit yang baru sampai terus merampas menu dari tangan Herol. "Aku gelepor nak minum kopi o, brader." Lantas Prit pon membelek-belek menu tersebut. Usya harga barangkali. "Kopi O se!" Kata Prit.

"Kopi O? Euw...tak anak muda langsong!" Herol buat muka kerut.

"Hurmmm..." Kata Prit sambil mengeluarkan henpon untok sms bunga beliau.

Herol kembali merampas menu. Salleh pon berkata, " Pah ka ka, Pah ka ka...aku nak order gak!"

Herol sengih manje. Lalu menghulurkan menu kepada Salleh. Dan pada masa itulah muncol seorang gadis cun comel molek manes bergetah yang entah dari mana asalnya menerpa masok. Kesemua mata kami tertumpu kepada gades itu.

"PERGH! KKA!!" kata kami serentak. Kahkahkah!

-------------

Cerialah.

Isnin, September 14, 2009

Selamat Hari Raya


Kirimkan Ucapan Selamat Hari Raya Keramaian Disini
Bolih mintak maaf
Bolih mintak duit
Bolih menangis
Bolih meraung
Buatlah apa saja asalkan yang baek

Jangan lupa semasa raya akan diadakan perjumpaan keramaian
Macam biasa Mister Trafik Light akan mengeLOLAkan (bukan lola drummer XPDC) perjumpaan ini. Dia boss. Dia chief!!

Selamat hari raya maaf zahir batin
kahkahkah!! kahkahkah!! kahkahkah!!

Sila perhatikan kemana QASSrina menghilang!! Sila jejaki kemana RAISAdora menghilang!! Sila cari kemana HEROL Padeli menghilang!! Sila usha kemana Zaki menghilang!!

Tak jumpa makhlok- makhlok ni masa raya sila repot polis!!
kahkahkah. Jangan buat leceh.

Kak Pah apa cerit? Dah sampai tanah ayer atau raya penoh ayer mata di rantauan?
KahKahKah!!

Jumpa di hari raya!!!!..... Main mercon hati-hati..... Tunggang motor dengan selamat... pandu kereta dengan cermat... yang dah kahwin bertinju dengan baek!! KahKahKah!!!

Khamis, September 03, 2009

Formal dan Tidak Formal

Kaunter. Di mana-mana badan perkhidmatan, kaunter merupakan barisan hadapan. Kaunter memberi pandangan pertama bagi mereka. Persepsi pelanggan bergantung dan bergayut kepada penjaga-penjaga kaunter itu.

Gadis cun bergetah berbedak tebal, bergincu merah dan jejaka kacak, segak berkemeja, berambut belah tepi sering menjadi hiasan di kaunter. Namun ada juga makcik-makcik menjadi penjaga kaunter. Itu kes terpencil. Budaya korporat memerlukan khidmat mereka ini. Itu tidak dapat kita nafikan. Mereka memang berguna.

Aku juga sering memerhatikan penjaga-penjaga kaunter. Tidak kira kaunter pertanyaan, kaunter tiket mahupun kaunter strike. Anda tidak tahu kaunter strike? Sila Tanya anak-anak muda yang celik IT. Atau tanya saja Lebai Google dan Mat Yahoo.

Tidak lama dahulu, aku pernah pergi ke salah sebuah Klinik Kesihatan di Negara kita ini. Hajat di hati ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka begitu tenang dan senang sekali melayan karenah pengunjung. Gadis berseragam putih yang tidak ku tahu maseh dara atau tidak tersenyum mesra. Manis sekali. Yang jantan juga tersenyum,tetapi tidak pula aku ambil pot statusnya. Namun sifat-sifat mesra ini jauh sekali berbeza sewaktu aku kecil.

Pernah dahulu ketika berumur dalam lingkungan 7 tahun, aku telah jatuh demam bagai nak mati, sedang menunggu untuk didaftarkan. Bukan hendak mengata tetapi memang niat nak mengutuk. Penunggu kaunter itu betul-betul perlahan. Kami tercegat dihadapannya untuk dilayan. Nak dikata mempunyai masalah mental terencat, tidak pula kerana waktu itu penjaga kaunter yang mungkin sedikit cantek daripada selipar jepun bergambar ultraman aku itu, sedang asyik berborak dengan rakannya yang hangat begosip mengenai macik itu dan janda itu. Aku pon dah tak ingat cerita gosip dia daaa...padahal aku yang bagai nak mati ini ditenangkan berkali-kali olih bonda tercinta biarpon kata-katanya sedikit pon tidak dapat menyejukkan hati aku yang membara waktu itu. Aku rasa bagaikan menunggu ajal.

Mujurlah tidak malaikat maut yang menjempot aku, tetapi gadis berseragam putih yang menjempot aku. Huhuhu!

Waktu itu, hanya pakaian saja melambangkan betapa formal insan yang menjaga kaunter ini. Hakikatnya perangai mereka sungguh tidak formal. Aku lebih rela mat-mat rock kapak menjaga kaunter. Biarpon berambut panjang berseluar jeans ketat koyak di lutut tetapi sekurang-kurangnya mereka bolih bermain gitar disaat aku menunggu giliran. Terhibur juga hatiku yang mendidih ditahap 100 darejah Celsius ini.

Hari ini aku sekali lagi singgah di kaunter. Kaunter pertanyaan di Klinik Kesihatan. Suasana sibuk tetapi maseh terkawal. Terkejut aku kerana penunggu kaunter berbaju batik. Kahkahkah! Geli hatiku. Apa-apa sajalah kawan, janji pakaian formal itu selari dengan sikap dan gerak kerja formal kau. Cerialah!

p/s: Gua betul-betul tidak berjiwa formal. Bolih meleser bersama mat-mat rock kapak lah.

Khamis, Julai 09, 2009

Aku bukan budak jahat

Kebelakangan ini kami terbabit kemalangan kecil.
Buah hati tersayang mengalami sedikit parut dan benjol.
Maafkan aku.
Ini sudah takdir.
Ini kehendak ilahi.

Jangan gusar, jangan gundah gulana.
Aku juga terasa hiba.
Rupamu itu akan aku mekap.
Biar poket dah berkeladak.
Akan aku pastikan kau kembali seperti sedia kala.
Berlari-lari merempuh dingin kota.

Ini semua gara-gara galah putih yang menghalang.
Ini semua gara-gara sekatan yang sepatutnya hak milik bersama.
Ini semua gara-gara sikap tamak manusia.
Duit sentiasa kemaruk, Servis sentiasa buruk

Kelak kita akan kembali menari bersama.
Kelak kita akan kembali bergembira.
Kelak kita akan berronggeng di segenap kota.
Dari KLCC sehingga Chow Kit Road sana.
Tiada siapa akan menganggu kita.

KahKahKah!


Aku bukan budak jahat.
Aku cuma sayang dia.

Isnin, Mac 16, 2009

Dingin Malam...

Hujan di siang hari berlanjutan hingga ke malam ini.
Sejuk sekali! Aku bikin air kopi tongkat ali.
Aku hirup dengan berhati-hati.
Fuh! Sungguh nyaman.
Sukar digambarkan dengan perkataan.

Malam semakin larut. Hujan sudah surut.
Mata aku masih belum mengantuk.
Esok aku perlu bangkit.
Meneruskan kerja dengan hati yang perit.

Namun mata bagaikan terbuka kaku.
Masa tak menunggu, terus berlalu.
Aku petik kord gitar satu per satu.
Akhirnya tersusun menjadi satu lagu.
Lagu yang tercipta tanpa lirik.
Layan sendirian aku dalam bilik.
Dengan harapan aku akan mengantuk.
Bersama alunan irama yang teruk.
Mata merenung jauh ke sudut gelap di luar tingkap.
Angin berhembus sejuk tapi mata tidak juga lelap.


Sepi.

Sunyi.

Kesunyian membawa ketenangan.
Ketenangan membawa kenangan.
Kenangan membawa impian.

Bahana Tongkat Ali.
Mata terus segar, enggan bermimpi.
Buka blog, lalu tercoret kisah ini.

Adoyai!

Jumaat, Mac 06, 2009

Sengal

Sengal
badanku sengal
semalam aku buat senaman
berlari bak gaya zulhamizan zakaria
dengan harapan perutku mengempis
ah...sengalnya!

Sengal
Bos aku juga sengal
bukan badan tapi otaknya
berjalan bak gaya donald trump
kunun kaya la...macam haram
Ah...sungguh sengal!

Sengal
bila bergaul dengan orang sengal
sanggup pijak kepala kita untuk naik
nak naik,cari la tangga sendiri
Ah...memang sengal!!

Ahad, Mac 01, 2009

Evolusi

Ini Tahun 1984

Ini Tahun 1992

Ini Tahun 1995

Ini Tahun 1998

Ini Tahun 2000

Ini Tahun 2003

Ini Tahun 2004

Ini Tahun 2006

Ini Tahun 2008


Tapi identiti sebenarnya...



kini....







KahKahKah!

Khamis, Februari 05, 2009

Sang Bulan dan Sangap

Sang Bulan
saat mengambang
tidak kuhirau
TV plasma kutatapi
Pro Evolution Soccer 2009 aku layani...
Sedang berusaha menjadi lagenda
dalam versi 'Become a legend'
tak ku sedari,
jam menghampiri angka 5 pagi...
mata kuyu layu tak bermaya
aku masuk bilik tidur...

kini
masuk kantor...
mata membulat
bukan semulajadi tapi terpaksa
supaya tidak tertutup terkatup rapi
kerana aku ngantok
sangap yang amat!

Iklan Tampal

Powered By Blogger