Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Januari 22, 2010

Jemputan khas

"Salam todos. Puedo hacer que mi anuncio, he pensado profundamente. En primer lugar, pido disculpas en primer lugar porque no tenía tiempo que la circulación de tarjetas de invitación, 15 de febrero de 2010, el Consejo invitó a todos kawan2 matrimonio vine en Batu 26, Jln Nur Siti Hasmah, Kg Baru Cherating, Kuantan. Si la invitación llegó en Kuantan. salam amigos :)"

Itulah kata-kata dambaan pilu saorang sahabat kita. Saya rasa kita perlu hadir ke majelis beliau. Tolonglah kawan-kawan berkumpol di rumah beliau bagi meraikan hari kemuliaan beliau ini. Sehari sahaja, tidak lama. Bagi yang tidak memahami bahasa di atas, di sini saya telah terjemahkan kepada bahasa ibonda kita.

"salam semua..saya nk wat pengumuman,saya dah fikir masak2.pertama sekali sy nk mintak maaf dulu sbb sy xsempat nk edar kad jemputan,15hb febuari 2010 dijemput semua kawan2 datang Majlis Perkahwinan sy di Batu 26, Lrg Nur Siti Hasmah, Kg Baru Cherating, Kuantan. Kalau ada kt Kuantan jemput datang ye..salam sahabat :) "

Siapakah beliau?

Dia ini.

Dahulu Kong, kini Mohd Effendy.

Rabu, Januari 06, 2010

Belajar Bahasa Kami

Setelah belajar bahasa pendek itu hari, kita belajar pula bahasa keramaian. Bahasa ini penting bagi mengelakkan pembaca-pembaca tersalah faham dalam penyampaian info-info kami.

MBOWH! - Ini menunjokkan ekspresi ngade-ngade...maksud dia macam "gedik gila".

HANNYAA - Maksud ini agak susah nak dijelaskan. Maksud perkataan ini bolih jadi "paling" atau "bersungguh".

GELEPOR - Perkataan ini memberi gambaran betapa teruja membuat sesuatu.

EUW! - Geli ah.

HURMMM... - lagak kool dan bersahaja tapi dalam hati terasa. Intonasi kena betol.

Pah ka ka, Pah Ka Ka - sepatotnya bermaksud, "Lepas kau kau, Lepas kau kau". Memberi gambaran bahawa takde peluang dah nak bagi kat orang lain.

KKA - Ops! yang ini menyentoh kesensitiviti harmoni masyarakat kita. nak tau? Text me! Kahkahkah!
----------

Berikot adalah contoh ayat yang bolih kita bina daripada perkataan di atas:

Pada suatu hari, Herol dan Salleh mengajak aku lepak-lepak Starbucks.
"MBOWH! Starbucks? takde tempat lain ke? Coffee Street sudoh!" kata aku.

Lalu berkumpollah kami di Coffee Street. Kami mencari pot paling cun lalu punggong masing-masing pon berlaboh. Datanglah waiter untok mengambil pesanan sambil membawa menu.

Herol pon kusyuk mengkaji menu, "Teh O Ais RM2.00? Hannyaa mahal!"

Prit yang baru sampai terus merampas menu dari tangan Herol. "Aku gelepor nak minum kopi o, brader." Lantas Prit pon membelek-belek menu tersebut. Usya harga barangkali. "Kopi O se!" Kata Prit.

"Kopi O? Euw...tak anak muda langsong!" Herol buat muka kerut.

"Hurmmm..." Kata Prit sambil mengeluarkan henpon untok sms bunga beliau.

Herol kembali merampas menu. Salleh pon berkata, " Pah ka ka, Pah ka ka...aku nak order gak!"

Herol sengih manje. Lalu menghulurkan menu kepada Salleh. Dan pada masa itulah muncol seorang gadis cun comel molek manes bergetah yang entah dari mana asalnya menerpa masok. Kesemua mata kami tertumpu kepada gades itu.

"PERGH! KKA!!" kata kami serentak. Kahkahkah!

-------------

Cerialah.

Sabtu, Januari 02, 2010

Bahasa BorangPendek (shortform)

Sejak-sejak akhir ini aku diajukan soalan-soalan yang berbentuk pengetahuan bahasa pendek.
Untok manfaat bersama, di sini aku selitkan beberapa bentok bahasa pendek yang kerap digunakan di zaman moden ini:

RSVP - "Réspondez s'il vous plaît" : ini bahasa Ferancis. Thierry Henry slalu guna bahasa ini apabila sms aku dulo. maksudnya 'Tolong Respons'. Dia juga slalu sms Victor Valdes perkataan ini apabila Barca maen bola. Ironiknya, keeper kena respon cepat supaya dapat menangkis bola daripada membolos gol.

XOXO - maksudnya, "ceum,pelok,ceum,pelok". Asal singkatan ini maseh misteri. Ada mitos mengatakan seorang lelaki gila seks mencipta simbol ini bagi memuaskan nafsu secara simbolik dalam dunia siber. Aneh ah!

BRB - Ini maksudnya "Be Right Back" atau dlm bahasa melayunya, "akan kanan belakang". Percaya ke? Kau terlalu naif. Belajar lagi bahasa inggeris tahap tinggi.

ASL - "Age, Sex, Location" atau dalam bahasa melayu kita, Usia, Seks, Di mana. Oh, bunyi sangat lah lucah. Tolong perbetulkan minda anda.

Ok, setakat ini dahulu kelas bahasa pendek kita. Sila SMS kepada aku jika ada perkataan-perkataan yang ingin anda ketahui. oh lupa, SMS - Short Messanging System. Message ye...bukan Massage. Kahkahkah!

Cerialah!

Ahad, Disember 27, 2009

Diskusi Anak Muda





Ini gaya hidop yang kool.
Makan di Mek Di bukan perkara kool.
Berdiskusi sesuatu yang intelek itu kool.
Ada idea, teros atas-tarikh dalam net. Memang kool!
Apakah idea itu?

...

Itu maseh misteri.
Kahkahkah!
Cerialah!

Hari Jumaat Hari Cuti.

Bulan ini pada hari Jumaat setiap minggu adalah cuti.
Agak 'rare'.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan:

1- Selamat Menyambut Awal Muharam
2- Selamat Menyambut Hari Natal.
3- Selamat Menyambut Tahun Baru.

Tahun Baru?! Alamak...usia kita dah bertambah!
KAHKAHKAH!!!

Apa ada pada usia. Cerialah!

Rabu, Disember 16, 2009

Cuti

Jumaat ini cuti.
Sabtu ini cuti.
Ahad pastinya cuti.

Engkau orang berada di mana?
Ada projekkah?
Sila bagi cadangan.

Jangan malu-malu.
Jangan segan silu.
Kami sedia membantu.

Cerialah~!

Ahad, Disember 06, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU: ASRAF(YAH) DAN NAZRAH

Inilah Raja Sehari dan Memanda Menterinya (belakang)

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua.Semoga murah rezeki dan kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada rakan-rakan yang telah hadir ke majlis pernikahan dan majlis disebelah pengantin perempuan pada 22 November 2009 di Telok Panglima Garang diucapkan terima kasih kerana hadir dan membawa hadiah (kalau bawaklah,heheh...) .Aku sendiri tidak dapat hadir ke majlis sebelah sana dan insyaAllah akan hadir di sebelah menyambut menantu di Kuantan kelak.

Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir sebelum ini,boleh mengqada' kan diri dengan hadir ke rumah Asraf aka Yah di Beserah pada 2 januari 2010 Sabtu beralamat Teratak Desa,No. 1/1475,Kampung Masjid 26100 Beserah,Kuantan,Pahang D.M. kita meriahkan pula disebelah Kuantan dengan paluan kompang..Potong...potong...potong...heheheh...

Sekian
Wassalam

Khamis, Disember 03, 2009

Kau dulu dan kau kini!

Kau dulu.
Bertuboh kechil.
Namun punya jiwa besar.
Ligat membola.
Sehebat Azhar.
Pemburu cinta.
Yang tidak kenal usia.
Bijak berbicara.
Bikin teman ketawa.
Jaoh mengembara.
Dan pernah hilang seketika.

Kau kini.
Sudah besar.
Juga panjang.
Sebesar dan panjangnya jiwa kau.
Maseh membola.
Kerana dihati punya idola.
Tapi kini kau banyak memekik.
Kerana kau pengatur tektik.
Karier pemburu cinta tak pernah mati.
Kerana yang dinanti maseh tercari-cari.
Bernyanyi dan berdangdut menjadi hobi.
Bagi mengisi hati yang sunyi.

Dan kau kini.
Farid Abdillah Bin Abu Talib.
Kau anak muda.
Kau yang semakin tua.
Selamat Hari Laher.
Cerialah!

Halamak. Kita sebayalah! Kahkahkah!!!

Iklan Tampal

Powered By Blogger