Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Mac 19, 2015

BIAR BETUL!!! Gadis Ini Pada Mulanya Ingin Dirogol Oleh Perogol Tetapi Apa Yang Terjadi Selepas Itu Bakal Mengejutkan Anda...


sekadar gambar hiasan
"Kalau kau nak ro gol akupun rog ollah, aku tak kisah!!" gambar diatas ialah S. Kalaichelvi... mula-mula diro gol, kini dia dipenjara....

Kalau korang seorang wanita dan rumah korang diceroboh, lalu muncul seorang lelaki mahu m ero gol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!

Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dir og ol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa ro g ol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan per og ol tersebut telah menyebabkan kematian pe ro gol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba mempe rk os anya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, pe ro gol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata pe ro g ol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, per o g ol  itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba me ro go l nya. Pukulan itu menyebabkan si-per o g ol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap per o g ol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan mer o g ol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada pe r og ol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya dipe rk o sa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. P e r og ol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk me r og ol nya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk me r o go l mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas me ro g olnya, pe ro g o l itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Sumber : Koleksi Berita Viral

Selasa, Mac 10, 2015

Google Translate dan Yahudi




Gambar : google translate~

BAHASA MELAYU : ikut yahudi ada kejayaan
Traslate to ENGLISH : follow Judaism there is success.

BAHASA MELAYU : ikut Islam ada kejayaan
Traslate to ENGLISH : follow islam no success.

Satu lagi konspirasi dari yahudi. Kalau dilihat betul-betul, ejaan permulaan Judaism dimulakan dengan huruf besar. Tetapi ejaan untuk islam pula tidak ditranslate dengan huruf besar. Ini dapat mengukuhkan lagi bukti yang mana Google pun terlibat dalam memesongkan akidah umat Islam. Kalau ada error sekali pun dalam system tranlate ni, takkan ejaan Judaism tu je yang boleh auto capital letter kan? Kenapa Google tak nak buat template yang sama untuk translation tu. Ermmmm....fikir-fikirkan lah.

Jumaat, Mac 06, 2015

BILA TELEFON BIMBIT JATUH KE DALAM AIR

Anda boleh menggunakan tips yang diajar untuk menyelamatkan telefon bimbit anda dari rosak terkena air. Selamat mencuba!



Isnin, Januari 27, 2014

Rekod Baru!

20 Januari 2011 sehingga 27 Januari 2014.

3 Tahun dan 1 minggu!


Hah! Aku tolong post skit blog ni.
Punyalah lama aku tunggu, takde orang pon post dalam blog ni.
Kahkahkah!

Ini rekod baru brader!

P/S: agak-agak boleh masuk Malaysian Book of Record tak?

Khamis, Januari 20, 2011

Oih...Berpadulah kamu berdua!

Aku malas cakap banyak. Sebab memang aku tak bercakap pon. Aku menaip je. Saiko lah kalau korang dapat mendengar apa yang aku taip nih. Ngeri...ngeri...

Okeh, hajatnya aku menulis entri ini hanyalah untok memberi notis pemberitahuan. Kepada orang-orang kampong yakni orang-orang Kuantan - ketahuilah bahawasanya Faliq Haffiz Alawi akan berpadu dengan Ashratul Ashikin pada sabtu ini 22/1/2011. Oh, sweet gitu. Tak percaya? Percayalah!
Majelis akan diadakan di Cheras. Aiseh, aku lupa letak kat mana kad jemputan dia.
Untok Majelis kenduri makan-makan di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu iyaitu pada 29/1/2011. Menu makan-makan gagal saya perolehi.
Untok rakan-rakan yang mengenali beliau, sila gegar Fesbuk beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjot.

Sebagai iklan, disini saya tampilkan gambar bakal pasangan pengantin ini. Sila nikmatinya dengan perlahan.
TQ!

Selasa, Januari 18, 2011

Salut Untok Kamu

Hari ini genap 10 tahon kau meninggalkan kami.
Semoga perjalanan kau di dunia sana tiada masalah.
Terima kaseh atas segala lawak-lawak yang telah kau beri.
Ternyata ia telah menceriakan hari-hari kami.
Percayalah - sehingga kini kami maseh belom punya pengganti.
Untok mengisi ruang kosong yang telah kau tinggalkan.

Biarpon kita di dunia berlainan - kawan tetap kawan.
Biarpon kami di mamah usia - kau tetap di ingatan.

Kerana kau - wujudnya keramaian.
Kerana kau - wujudnya persahabatan.
Kerana kau - wujudnya kebahagiaan.


Salut Untok Kau!

Zulfikri Bin Roselan

(1983-2001)


- AL-FATIHAH -

Khamis, November 25, 2010

Chap Baru


Setelah sekian lama berkeladak telinga diterjah bertubi-tubi dengan suara-suara sumbang atas kegagalan mencipta logo untok geng tersohor ini...saya telah mengambil inisiatif selama 3 minit bagi mencipta logo ini. Anda bolih lihat ke atas tu. Logo baru geng keramaian.
Amacam? Kool tak?

Berikut adalah komen-komen dari pakar:

"Gua seakan tak percaya logo ini dibuat dalam masa 3 minit. Dan bertambah tak percaya, budak hingusan yang bikin ini logo. Harap-harap akan ada sequel logo ini. Apa-apa pon, gua bagi dua ibu jari kaki ke atas!" - Steven Spilberk

"Inilah Art sebenar. 3 hari 2 malam aku menggigil terketap-ketap gigi akibat mimpi ngeri melihat orang-orang lidi itu menari. Art yang betol-betol hidop!" - Ei Samat Sait

"Saya sangat gembira dapat menjaringkan gol dalam sukan asia edisi kali ini. Semuanya berkat skill orang lidi ini. Saya bagi lima bintang-lah!" - Es Chan Turu

Sekarang...apa komen anda?!

Khamis, Oktober 07, 2010

Ucapan Raya

Olih kerana besok adalah hari terakhir dalam bulan Syawal, saya paparkan ucapan Selamat Hari Raya yang dikirimkan olih kawan-kawan keramaian. Sila baca di bawah ini:

Syadid
Shah Alam
saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat mak pak kat terengganu, akak & abg ipar kat ganu gak, Abg2 & kak2 ipar, Adik & adik ipar kat kuantan serta kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini. Juga tak dilupai kepada bekas awek2 dan bakal awek2 saya. (hikhikhik) Harap ampon dan maaf jika ada terkasar bahasa mahupon terkasar lawak. akhir kata, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. TQ!

Ulasan: Setelah diteliti olih cikgu BM. Saya wajib dapat A+.


Herol
Damansara
saya juga ingin mengucapkan salam edulfitri buat mak dan bapak saya di kuantan...tak lupa juga kepada awek2 saya yg ada di seluruh malaysia...juga kepada kawan2 dan sahabat2 yg kenal secara langsung mahupun tak langsung...mohon ampun dan maaf zahir serta batin...
pecah kelapa pecah kepala,sudah baca harap gantung...kah3...

Ulasan: wajib gantong kepala budak ni.


John Leh
Selamat Berbuka Puasa.
Tq

Ulasan: Aku tak tahu nak marah ke nak gelak. Cilaka...lari tema!

Ada 3 je ucapan untok tahon ni. Memang mendapat sambutan hangatlah. Sebab tahon lepas langsong takde. Kahkahkah! TQ.

Sabtu, September 18, 2010

Bersama Menerobos Ke Alam Gua


Seperti yang kalian tahu, sudah lama geng Keramaian bercadang ingin menjelajah ke dalam gua. Aku pon tak tahulah apa yang best sangat dalam gua ni. Namon begitu, idea yang dicampakkan olih saudara Hairul ini tidak dipandang sepi mahupon dipandang serong. Cadangan yang pada mulanya mahu dilaksanakan ketika raya haji - memang kurang waras mamat ini - kini menjadi realiti. Setelah tundaan punya tundaan, akhirnya satu tarikh muktamad telah ditetapkan - 9 Oktober 2010. Tiada mesyuarat diadakan bagi menetapkan tarikh ini. Hanya tinjauan secara rambang. Mereka semua setuju. Hairul bantah. Tetapi aku peduli apa. Takkan mahu ke gua pada hari raya lagi? Getus hati kecilku.


Untok kalian yang belom pernah ke gua - termasok aku, sini ada beberapa tips yang Pakcik Google bagi. Antaranya:

1. Sila pakai baju yang senonoh. Contohnya baju pakai t-shirt bukan kemeja bertali leher atau baju batik, Seluar pulak hendaklah berkain jeans bukan seluar kain licin lipat bawah lidah batman. Untok gades-gades, rasa2 nak tayang body, kami menadah saja mata ini. Jangan mengada pakai kasot kulit atau hi-heel. Rase2 kebal nak berkaki ayam, suka hati koranglah tetapi ikot Pakcik Google kata biar kasot yang ada grip.

2. Bawa air mineral. Nak bawak air sirap bandong pon bolih. Tetapi haroslah di dalam botol, bukan teko atau jag - kita bukan nak berpiknik. Makanan tak perlu bawa. Cikedis pon tak payah. Kalau bawak jugak, aku makan.

3. Lampu picit atau lampu suloh perlu dibawa. Kita buat back-up biarpon kita punya tourist guide sudah ada. Lilin jangan mengada-ngada nak bawak. Ini bikin leceh. Bersihkan hati, Terangkan minda.

4. Baju salin. Bukan baju bersalin tetapi baju untok kita salin selepas keluar dari gua. Ini wajib ada kerana selalunya baju kita akan compang camping selepas keluar gua. Kalau sempat, kita mandi sungai. yeay!

5. Kamera mahal-mahal tak payah la bawa. Leceh brader. Aku akan bawa kamera gila murah punya pakai kodak. Henpon pon tak payah la bawak masok gua. Kita tinggalkan dalam kereta je. Kalau ada barang elektronik yang nak dibawa masok juga, seeloknya diletakkan dalam beg plastik tidak bolos air. Rokok dan pemetik api juga sama.

6. Bawa sekali alatan asas first aid. Untok sebarang kecemasan kan? Untok yang ada penyakit tak kiralah siplis atau batu karang, sila info dahulu. Jangan malu, jangan segan. Kita ada doktor dalam team kita. Kalau ada ubat, bawa ubat masing-masing.

Kita juga dinasihatkan untok membawa beg plastik sampah sendiri. Elakkan diri dari mencemarkan alam dengan sisa-sisa sampah. Cukoplah dengan sampah-sampah masyarakat yang sedia ada kat negara ni.

Bayaran untok masok adalah sebanyak RM22. Duit minyak dan tol pergi balik - tong2 tambah tolak bahagi - korang peruntokkan lah dalam rm50-60 seorang. Kita berkonvoi dari KL pada pukol 7 pagi. Sila hubungi saya atau Hairul untok maklumat lanjot.

Sekian, terima kaseh.

Rabu, Ogos 25, 2010

Meraikan Ramadan

Sempena bulan mulia ini, saya ingin menyebarkan berita gembira buat geng-geng keramaian. Berikot adalah pengisytiharan daripada ketua geng keramaian:

"Saya, Nazrsyadid Kadri selaku Ketua geng keramaian dengan ini mengisytiharkan bahawa satu majelis membatalkan puasa akan diadakan pada Sabtu ini, 28 Ogus 2010 selepas waktu maghrib di satu tempat di daerah Kuantan. Tempat akan diumumkan kelak sehingga satu majelis jawatankuasa bersidang."

"Hoorey!!", itu reaksi geng-geng keramaian yang menyaksikan pengisytiharan ini. Pengisytiharan ini dibuat di sebuah kedai mamak bernama Alif yang disaksikan olih dua orang geng keramaian iyaitu Farid yang lengkap berbaju melayu bersongkok tinggi dan Amz yang lengkap berkaen pelikat berbaju t-shirt tak berkolar - sambil menelan roti canai. Untok info lebih lanjot, geng-geng keramaian bolih melayari facebook keramaian - jangan malu, jangan segan.

Sebelom itu, untok geng-geng keramaian yang jaoh di perantauan - anda juga bolih menghadiri majelis batalkan puasa yang dianjorkan olih Puan Dayana di Putrajaya pada 4 September 2010, hari sabtu. Masa juga sama - selepas waktu maghrib. Jangan gatal-gatal batalkan puasa waktu laen. Untok info lebih dalam menyelam, sila kontek Puan Dayana atau layari Fesbuk beliau.

Pihak Keramaian juga ingin memberi kesempatan kepada rakan-rakan keramaian yang jaoh di perantauan untok menyampaikan salam aidilfitri di blog ini. Anda bolihlah menaip (nama) (lokasi anda) (ucapan) dan hantarkan kepada bahagian komen ini. Nanti saya akan kepilkan dalam entri baru. Haros diingat, Salam Aidilfitri ini bukan Salam Pantai Timor - sila jangan keliru.

Salam Ramadhan dan selamat beramal!

Jumaat, Julai 23, 2010

Lagi Majelis Berpadu-padu!


Sahabat kita ini akan menamatkan jaman bujangnya esok. Sila meramaikan majelis persandingan beliau. TQ!

MASA: Sabtu 24 Julai 2010
LOKASI: no. 8, lorong 13, permatang badak baru, kuantan

Sabtu, Jun 19, 2010

Bila bola itu pon disepak-sepak...

Kepada sahabat sekalian,
memandangkan ini musim piala dunia, haroslah kita berkumpol di satu tempat bagi memekik terlolong kerana sebiji bola yang disepak-sepak. Jangan segan silu, sila 'roger-roger bola satu kepada bola dua' saya untok kita kembali berkumpol. Kalau bolih di hari minggu. TQ!


view dari Peter Mokaba Stadium, Palokwane - Cantekkan?
Ok, saya tipu!

Jumaat, Jun 04, 2010

Ya...lagi majelis kahwin!

Mamat ini mahu kahwin.





Sila meriahkan majelis beliau. Pesanan beliau - "Mohon ampon dan maaf kepada kawan-kawan kerana tidak sempat menghantar kad kahwin. Sudilah kiranya saudara semua bertandang ke majelis saya ini. TQ!"

P/S: Satu lagi ahli keramaian yang bakal kehilangan terunanya...tahniah! ;)

Khamis, Mei 27, 2010

Dana

Gua bukan bercerita mengenai Dana Scully - watak siri X-Files. Tapi dana kantong duit - untok perbelanjaan gua. Maradona sudah twitter gua maki-maki. Platini mengamok kat Fesbuk gua. Shukor Adan bakar-bakar line sebab gua tanak interbiu dia - dengki lah tu. Tapi Valderrama tetap kool dalam telepon biarpon gua mungkir janji - siap bagi kata-kata semangat sambil membelai rambutnya. Cilaka, bila korang nak bank in nih! Gua tidak sabar nak pergi interbiu diorang, der!!

Isnin, Mei 24, 2010

Demam datang lagi.

Aku sangat tidak suka demam. Demam juga sangat tidak suka aku. Kami sering elak mengelak. Biasanya aku dengan mudah menepis beliau. Tapi sejak akhir-akhir ini, demam dan aku menjadi akrab. Bagaikan pasangan laila dan majnun. Bagai uda dan dara. Bagai pinang dibelah dua. Bagai pipit sama pipit, enggang sama bangang. Aku seakan tidak percaya.

Saban hari aku bertemu demam. Seperti bulan lepas, aku dan demam berkepit selama hampir 2 minggu. Ini gara-gara Aedes yang memperkenalkan kami berdua. Memang cilaka. Kenapa Aedes tidak perkenalkan saja aku dengan Jesica Alba. Baru stim. Berkenalan dengan demam jenis ini membuatkan aku hidop sengsara. Gaya hidop elegan aku abaikan, aku menjadi hippies. Serabai. Tidak mandi 2 hari. Bulu-bulu muka pon tidak larat aku nak cukor. Tekak pula sangat tidak mengizinkan makanan melaluinya. Ditelan pahit, dibuang sayang. Demam ini jangan dibuat maen-maen. Aku terdampar kekeringan. Aku sudah lupakan demam ini.

Tapi kini ada demam yang aku tunggu-tunggu. Demam ini mengundang gades-gades latin bergelek samba, berjoget salsa. Dulu suam-suam kuku je, tapi kini dah makin panas. Doktor yang mengecek suhu badan aku mengesahkan aku sudah mencapai darejah tertinggi dalam demam, lebih tinggi dari gunung kinabalu - 32 derajah selsius. Aku menjadi kaget. Doktor mengesyorkan aku berkongsi virus-virus ini bersama rakan-rakan bagi mengebahkan demam ini. Aku memutoskan untok sebarkan saja kepada geng-geng keramaian. Aku dah mengidap demam Piala Dunia. Anda bagaimana?

Bagi memenohi permintaan orang ramai, mulai hari ini aku akan bercerita mengenai lajenda-lajenda Piala Dunia pada edisi terdahulu. Olih itu,sudilah kiranya anda semua memasokkan sumbangan iklas ke akaun Maybank saya (saya? sopannya. tadi aku) bagi membeli tiket kapal terbang dan penginapan di hotel-hotel serta shoping2 di dalam menjayakan rancangan saya untok menginterbiu wira-wira yang sudah kerepot ini. Lebih manes jika anda sapot juga tiket bagi menyaksikan perlawanan2 piala dunia nanti. Amacam? Ada beran?

Ingin aku tegaskan disini, aku bukanlah bomoh dalam meramal keputusan perlawanan nanti. Segala sessi interbiu akan datang bukanlah 100% tepat. Olih itu, kepada penjudi-penjudi halal jangan berpandukan ramalan aku. (lagu bekgraun~ramalanku benar belaka - umbrella). Aku juga telah dijempot untok menjadi pengulas sukan jempotan sepanjang musim Piala Dunia ini nanti. Sila jangan cemburu. Setia di mukasurat ini bagi mendapatkan berita hangat ok. TQ!

Kita beri dahulu laluan kepada penaja rancangan dan sekembalinya nanti, saya akan hidangkan liputan-liputan yang lebih menarik dari Berger Otai Jalan Plumbum Seksyen 7 Shah Alam. Layan...

Isnin, Mei 17, 2010

Peleseran Bakal Berlaku

Gambar sekadar hiasan.

Kepada ahli-ahli keramaian sekalian.
Sila kemukakan ide-ide yang bernas untok dijadikan aktiviti peleseran kita pada kali ini.
Tolong jangan malu, jangan segan untok singgah ke mukasurat:

http://www.facebook.com/event.php?eid=126886993992430&index=1

Jika tak berjaya melehat mukasurat ini, minta kebenaran dari tuan punya pencipta page kerana hanya ahli bolih lehat.

Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Belia.

Selamat berhibor
dan selamat beramal!

Cerialah!

Sabtu, April 10, 2010

Lagi berita gempar!!

Ini berita pecah khas dari empunya diri.
Lu kenal Shakirin?
Lakinya Saiful.
Tawon lepas diorang kahwin.

Ceritanya...begini,
Angkara Saiful, Shakirin yang nama manjanya Kein telah bunting selama 9 bulan.
Dan semalam, Kein telah selamat melahirkan bayi.
Untok berita lanjot, sila pukol talian talipon panas beliau.
Sediakan juga hadiah untok bayi beliau - ini pesanan kein sendiri.

Tahniah, Kein!
Kahkahkah!!!

p/s: Woi, ko (pembaca) bila lagi?

Isnin, April 05, 2010

Bila lagi BBQ?


ini kejadian 2 tahon yang lalu...


Kepada Ahli-ahli keramaian...

BILA LAGI NAK BBQ?!

Rabu, Mac 31, 2010

Gadis Cantek Molek Mahu Bernikah!

Kepada geng keramaian.

Lagi berita kahwin. Gades cantek molek yang kini menetap di Beserah mahu bernikah. Jangan burok sangka. Beliau bukan membuka tawaran kepada jejaka-jejaka kacak seperti saya. Beliau sudah punya pilihan sendiri. Terbaek dari ladang. Jejaka itu maseh belom diketahui identitinya tapi saya yakin beliau yang terbaek. Untok maklumat lanjut, sila kunjungi beliau di Fesbuk beliau iyaitu:
http://www.facebook.com/?sk=ff#!/profile.php?v=wall&id=1347468324

Kepada kengkawan, tolong beri alamat kalian melalui mesej fesbuk untok urusan pengeposan kad kahwin. Bersama kita memeriahkan majelis perkahwinan beliau ini. TQ!

Ini pula gambar terbaru beliau. Tahniah, Lydia! :)

Jumaat, Mac 12, 2010

Syahrol Songkok Nak Kawin!!



Kepada geng-geng keramaian.
Mari kita raikan rakan keramaian ini.

Dia maseh teruna.
Tapi tak lama.
Dia akan mengafankan zaman bujangnya.
Dia kini sudah berpunya.

Bagi meraikan permulaan zaman pemerintahan raja sehari, beliau telah menjempot kita semua ke majelis perkahwinan beliau.

Pengantin lelaki yang tertundok malu. Pengapit yang direjek pula bergaya kool sambil tangan menunjukkan simbol ROCK!!

Bila?
20 Mac 2010 bersamaan ari sabtu.
Kat ne?
H 124, Lorong Karyawan 11, Taman Guru, Kuantan.
Makan pe?
makan lah apa yang ada.
Dress code?
Sopan. Nak seksi...malam pertama. kahkahkah!
Sekian.

Iklan Tampal

Powered By Blogger