Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Ogos 25, 2010

Meraikan Ramadan

Sempena bulan mulia ini, saya ingin menyebarkan berita gembira buat geng-geng keramaian. Berikot adalah pengisytiharan daripada ketua geng keramaian:

"Saya, Nazrsyadid Kadri selaku Ketua geng keramaian dengan ini mengisytiharkan bahawa satu majelis membatalkan puasa akan diadakan pada Sabtu ini, 28 Ogus 2010 selepas waktu maghrib di satu tempat di daerah Kuantan. Tempat akan diumumkan kelak sehingga satu majelis jawatankuasa bersidang."

"Hoorey!!", itu reaksi geng-geng keramaian yang menyaksikan pengisytiharan ini. Pengisytiharan ini dibuat di sebuah kedai mamak bernama Alif yang disaksikan olih dua orang geng keramaian iyaitu Farid yang lengkap berbaju melayu bersongkok tinggi dan Amz yang lengkap berkaen pelikat berbaju t-shirt tak berkolar - sambil menelan roti canai. Untok info lebih lanjot, geng-geng keramaian bolih melayari facebook keramaian - jangan malu, jangan segan.

Sebelom itu, untok geng-geng keramaian yang jaoh di perantauan - anda juga bolih menghadiri majelis batalkan puasa yang dianjorkan olih Puan Dayana di Putrajaya pada 4 September 2010, hari sabtu. Masa juga sama - selepas waktu maghrib. Jangan gatal-gatal batalkan puasa waktu laen. Untok info lebih dalam menyelam, sila kontek Puan Dayana atau layari Fesbuk beliau.

Pihak Keramaian juga ingin memberi kesempatan kepada rakan-rakan keramaian yang jaoh di perantauan untok menyampaikan salam aidilfitri di blog ini. Anda bolihlah menaip (nama) (lokasi anda) (ucapan) dan hantarkan kepada bahagian komen ini. Nanti saya akan kepilkan dalam entri baru. Haros diingat, Salam Aidilfitri ini bukan Salam Pantai Timor - sila jangan keliru.

Salam Ramadhan dan selamat beramal!

Iklan Tampal