Jumlah Paparan Halaman

Selasa, November 25, 2008

Gawat!


Gawat lagi...
Setiap orang alami
Setiap mamak mengerti
harga roti tak boleh tinggi
setiap hari
tabung dikorek untuk membeli
duit yang ada tak mencukupi
boleh mati aku camni!

Gawat lagi...
Gaji nak tinggi
tapi kerja tak siap2 gak lagi
hari2 bos nak maki
mane semangat nak kerja gini
ramai pulak staf lari
tinggal la aku terkapai-kapai
hanya mahu mencari sesuap nasi

tiada gawat lagi...
nasib baik claim dapat tadi
boleh la bernafas seminggu dua ni
adui,pening kepala..sakit ati,
cepat la abeh bulan ni,
dapat gaji..aku nak beronggi-ponggi!

~WARGHAHAHA~


Isnin, November 24, 2008

M.C.


Hari ni aku M.C
Kerana perutku sakit lagi
Membuat ku M.C lagi
M.C ku banyak lagi...

M.C
Kerana doktor aku M.C
Aku x nak M.C
Tapi die dah bagi
Aku terpaksa M.C
Kalau tak aku rugi..

M.C
Satu perkara yang susah boss nak bagi
tapi boss kene bagi
sebabnya kalau aku x dpt cuti
Aku selambe M.C...

M.C
Kadang2 boleh wat company rugi
Tapi nak wat camane
Memang dah diberi cuti M.C
M.C tipu pun boleh jadi
janji ade M.C...

M.C
Aku suka kalau hari2 M.C
Sebab dh xde OT
Aku malas nak wat keje lagi
jadi aku M.C...


p/s - gunakan segala kemudahan yang diberi oleh company anda


Merenung di kaki langit...


Apa ada minggu lepas?
aku lepak kedai pokdin dgn toyi, zaril
aku main snuker dgn mereka
aku kalah tapi tak mengapa
toyi payung semua.

Aku kerja macam biasa
aku keluar dgn bob dgn wan lak
budget nak layan after 7
tapi tak syok sebab penat
kami balik dan aku trus flat.

Hari minggu
Aku jalan-jalan bandar
bosan...aku pusing TC
cuti skolah ramai la budak2
tapi sronok sebab aku sorang
takde orang kaco.

Semalam
aku pergi kenduri ijan
bukan sorang tapi dgn syam dan pha
Kawin dah dia..majlis skali dgn abangnye
pastu aku pusing megamall
bosan...layan karok box
abeh karok,lepak stadium
pekena char kuey tiaw
pergh! boleh tahan beb...
balik aku tido!

p/s: prit...rase2 gian nak mkn char kuey tiaw..moh kite ke stadium..kg pelet jauh sgt!

Jumaat, November 21, 2008

Challenge

I dont know why i'm writting in english...
maybe because my boss just brainwashed me just a moment ago...he bla bla bla in english for about an hour. actually he just advicing me and my officemate about how we handle our own daily lifetime...even he is also not good practically,but i'm giving him a credit because he's good on advice and motivate us.

Here i would like to share with all of you about the true stories about my friends. I feel happy but at the same time i feel sad. I don't know and did not know how they handle their life but after about 2 years i'm totally standing with my own 2 legs, i witness myself...i learn from their experience...i explore the truth of life.

How many of us were ready to marry? actually this question keep bothering me for ages just because i saw many of my friends' mission are not accomplished. some of them got family problem, feels not suitable for each other and the crucial one is they did not have enough financial.

At this moment, i admit that our economy is not in the good stake. my ex-officemate told me before, if i dont get RM3k monthly...dont ever dream about getting married. That's sound scary! Scarrier tham scary movie! hehehe!! but it depends on the situation...if u lived in KL, RM3k is the most suitable salary to be lived comfortably.

Now, school holiday. Most of my friends are getting married. Seasons of being together. create a family. live happily. congrats to them! there's also friends getting enggaged. hope they can achieve what they dream of. good luck to them! It's a great a moment to saw my friends had a happy time.

Anyway, there is also friends in trouble. dilemma of how to get married. problem of financial. pity to them...i wish i could help them but what can i do. i am just a friends who can only bear to hear them talking about their problem. After so long long time being together, just because there is one big problem that they did not know how to solve...they decide to get separate. GOSH! the test of reality in our life. everyone have their own fall down moment. it is our job as a friend to give them a gut, a spirit to get up and beat all the challenges. forget the past, focus on the future!

Anyway, to my friends who have that problem...don't worry. We all in KERAMAIAN always be with u. we are not DIGI mascott that follow u every moment...but we all always lived inside of your heart. Don't shy to say to us your problem...we will guide you. YOSH!!!

Khamis, November 20, 2008

Tadi...


Tadi...
aku kena pergi kertih
aku kena merentasi hujan lebat
aku kena amik tender

Tadi...
aku pekena nasi sup
aku masuk PERWAJA
aku merentasi hujan lagi

Tadi...
aku sampai opis
aku berjaya siapkan satu part drawing
aku menari-nari shuffle tanda gembira

Skarang...
aku tgh menaip kat blog nih.

Rabu, November 19, 2008

Tragedi sebelum balik kampung...


Aku telah menjemput bakal org nak bertunang, Asraf Ab Rahman @ Yah di salah satu port di Sentul. Kami telah berjanji utk pulang ke kampung halaman bersama-sama pada malam itu. Aku dengan kelam-kabutnya pulang dari kerja utk tepati masa ku...tetapi biasa aa, melayu, ikutla janji melayu...hahaha...

Sesampainya di rumah jam 8 mlm, tiba-tiba dengan tidak semena-mena hidung ku tertusuk dengan satu bau-bauan yang kurang senang. Aku sangka Yah pijak t**k kucing...tapi aku tetap berdiam sebab nak amek hati org nak bertunang. Aku menguatkan nafsu hidungku untuk menjejaki bau ape kah itu...

Aku ke dapur rumahku dan di sini baunya semakin memuncak. Setelah aku buka pintu untuk ke dapur basah (wet kitchen dlm omputih) dan aku dapati seluruh bangkai drp sinki rumah tingkat atas telah berdebuk jatuh ke rumah ku...Habis bersepah dengan nasi, tulang ayam, tomato, rambut @ bulu jembut( x pasti) dan bermcm-mcm jenis sampah yang ade - korang bayangkan je la ape yang ade dlm sinki tersumbat.

Dan yang membuatkan aku paling terharu dan sedih apabila sebhgian drp smph2 tersebut telah masuk dlm mesin basuh kesayangan aku...ini membuatkan mesin basuhku terpaksa di basuh setelah sekian lama berkhidmat utk baju2 ku...

Saat hangin pun tiba...aku dicadangkan oleh Yah utk gegar je rmh atas...aku pun dengan selambe je 'Jom...tp ko folo aku la'....hehehe...Setelah sampai di rumah yang di tuju, aku membunyikan loceng rumah itu. Berkali-kali juga aku membunyikan loceng, tetapi tiada jwpn. Aku amat x puas hati dan menunggu di situ lebih kurang 10 - 15 minit. Dan kemudian...

Seorg budak pompuan, yang lengkap dengan telekungnya membuka pintu...hatiku tiba2 menjadi sejuk...dan aku rase jodoh dah sampai kot. Tp aku cuba ubah niat ku bhw ini bukan cari jodoh...Dengan tenang aku terus bertanya psl kejadian di rumahku...Rupa-rupanya waktu siang td dia ade dtg rumahku tp aku x de...so dia mmg tggu kehadiran ku di rumahnya...Mealui ceritanya mmg dia mengaku member die ade jolok lubang di singki rumahnya dan x semena-mena 'Cap Flow Trap' di rumahku tercabut membuatkan segala sisa sampah yang ade jatuh ke bawah. Mungkin agak kuat juga jolokannya itu...Kemudian selepas meminta maaf, die bertanyakan berapakah ganti rugi yang perlu dibyr...aku kaku...fikiranku berfikir mcm mane aku nak balik ktn ni...lalu dengan slamber aku bgtau budak pompuan tu, "Mcm ni la, takde ape yang perlu diganti. Cuma awak tlg bersihkan rumah saya je...tu pun dah cukup". Die terkedu "Gulp". Dan dengan mukanya yang nak tak nak, dia pun cakap baiklah...10 min lg die turun.

Setelah 10 min, aku terdgr ade org bg salam kat luar...Aku ngan Yah dah stby la nak wat muka garang...tp lama kelamaan x jd...2 org wanita bertudung dtg kerumahku dengan berpakaian org gaji. Dengan pantas aku menghulurkan peralatan membersih dan memberi tugas yang sesuai dgn mereka. Membasuh, menyental, mengilap dan me....dan aku tetap dengan mesin basuhku. Mengeluarkan semua yang ade dlm mesin basuh dan sental segilap mungkin...kerja pembersihan memakan masa sejam...aku penat.

Setelah setel semua, sekali lagi mereka meminta maaf kepadaku. Aku ckp pd mereka, "Xpela,yang dah tu dah la.Awak pun dah bersihkan rumah saya". Jwpnku padat dan membuatkan 2 wanita tersebut terus balik. Tetapi sebelum mereka balik, sempat la aku berkenalan dulu...(folo up on this week).

Aku lupa Yah ade dirumahku...Terus aku panggil Yah dan bersiap utk pulang ke Kuantan. Dan kami bertolak pulang dlm pukol 10 mlm. Sory Yah. X sengaja.
Itulah ceritera ku sebelum pulang ke Kuantan. Malang tapi rezeki datang...

Jumaat, November 14, 2008

Saat awan bertemu hujan


Lagi sekali...aku pon tak tau kenapa tajuk post aku aneh semacam.
tapi usah kalian bimbang, tajuk itu sekadar hiasan cuma.
aku pasti ada antara kamu yang merindukan tulisan blog aku.
sehingga kini masih ramai merayu berguling-guling kerana ketagih membaca penulisan aku ini.
bagi memenuhi permintaan ramai, aku berusaha sediakannya.
Di sini aku nak cerita apa yang terjadi seminggu dalam hidop aku.

Sabtu - aku dah lupa...ape ek dah terjadi??

Ahad- Yun datang. kami tgk cerita madagascar. gile lawak. lepak2 kat town sambil cari barang laptop. Yun balik temerloh ptg tu. aku balik rumah aku dan tido. hmm, aku cube ingat balik ape yang terjadi sabtu tu.

isnin - Aku kerja macam biasa. Siapkan drawing yang aku sendiri tak tau bile nak siap. asik ada tambahan je...nyampah! balik rumah, lepak2 layan PES2009 versi PS2 sampai muntah. Pastu tido...

Selasa - Kerja lagi. kali nih bos suh aku pi town kuantan, kereta dia rosak. aku bayar bil, ngulor kejap...tapi boring. balik opis lagi bagus...siapkan drawing. abeh keje, aku lepak minum2 dengan syam jay. cuci2 mata skit....hahaha! maghrib je, kami bersurai. malam tu cukup masa, aku tido. drawing tak sentuh langsung.

Rabu - Lagi lagi kerja...aku macam biasa, sentuh drawing...masih try explore apa yang patot. aku cuba siapkan permintaan manager. tetiba pulak nak isometric drawing. ape kes la...awal2 tanak cakap. pastu pipeline drawing tak boleh nak lukis sebab sketching takde, staff kat site tak bagi2 lagi. aku relaks saja, pasti kena bebel nanti. hahaha! malam misa ajak main futsal, main dalam IKIP. huh, mula2 aku malu2 la nak main. rilek2 saja main sambil korek hidung. pastu bila dah panas badan...fuh, segala skill terkeluar. gile mantap. sampai bola naik bumbung pon ada. hahaha! balik kol 11, badan kebal lagi. balik tido.

Khamis - bangun rasa sengal2. hape la muda2 dah sengal. kecik2 sengal otak, tua2 sengal badan pulak. hahaha! aku gi kerja...kali nih bos gelabah, CEO nak datang melawat opis isnin ni. Aku rilek jek. Bos aku punye gelabah, tetiba semua kerja suh aku buat. Tak pepasal aku kena pi kemaman. Bos pulak mengulor ntah ke mana. kunun nak release tensen aa tuh. Aku la yang kena hantar cek, hantar barang, beli barang. huh! tapi aku cool saja. aku pergi bukan seorang tapi berdua. berdua lebih baik. Aku pergi dgn PokYa. Beliau merupakan pekerja yang sgt bagus, penuh pengalaman dan bijak menutur maki hamun. beliau belanja aku makan nasik gulai kawah tgahri itu. slurrppp!! abeh keje, aku dgn syam pergi ECM. hajat nak beli kemeja tapi tak jadi. balik rumah,aku kepenatan. tak semena2 aku tetido...

Jumaat - hari ini. aku pergi kerja seperti biasa. apa terjadi belom aku ketahui. sampai sini sahaja...sebab hari jumaat belum berlalu lagi.

Jumaat, November 07, 2008

Resah...Gelisah...Gundah...

Best tak tajuk post aku? hahaha....
aku cuma ingin memberitahu bahawa keramaian sedang merancang satu grand reunion untuk pertama kalinya. Apa yang meresahkan aku, bimbang kalau-kalau dan jika-jika peristiwa ketua delegasi melarikan diri bersama skuternya ke KL, gara-gara berhutang Top-Up RM10 dengan Encik Mohd Hairul Fadli. Peristiwa itu masih menghantuiku. Hancur luluh harapan menggunung para sahabatku untuk melihat kejayaan perkumpulan gerombolan SABS. Tetapi tidak mengapa, belajarlah dari sejarah...belajarlah dengan cikgu sejarah, Encik Farid dan bukan dengan Encik Sulaiman Maidin kerana beliau tidak lagi mengajar, beliau kini telah menjadi salah seorang pegawai tinggi di Jabatan pendidikan.

Untuk pengetahuan korang-korang semua, Cik Raisa sedang meneliti dan mengkaji aktiviti reunion. Syam Jay pula sedang riki-riku tempat kejadian. Manakala aku hanya bergoyang kaki sambil menterkinikan blog aku bagi santapan korang sekalian. Tugas aku paling mencabar kerana segala kritikan, kutukan dan maki-hamun akan dilepaskan korang kepada aku dan aku akan menyerapnya dengan muka tenang dan selamba. Plan awal mereka mahu mengadakan reunion ini pada hari raya korban bersamaan 6 Disember 2008. Malangnya usul yang dibentangkan mendapat bantahan dari pihak berkuasa dimana rata-rata mereka ini datangnya dari parti radikal. Mereka ingin menyambut lembu dan kerbau. Mereka ingin meraikan bersama sanak-saudara. Tetapi pihak kami paham, lalu kami akan usulkan lagi tarikh yang sesuai.

Oleh itu, kepada anda yang membaca blog aku nih. Tahniah! rajin betul korang bace...dah takde keje ke? hahaha! bagus, amalkan selalu! eh, sebenarnya pesanan aku untuk korang...tolong la bagi cadangan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis ini. Dan satu lagi ingin aku sampaikan...kemungkinan yuran kali ini akan mencecah RM50 satu kepala hanggok. itu adalah budget 2008 yang dibentangkan aku sorang-sorang dan masih belum mendapat persetujuan Yang Di Pertuan Agong. Beliau pon takde masa nak layan budget aku. Majlis ini akan dibuat separa formal dan tempat juga belum ditetapkan. oleh itu...Bersedialah untuk satu lagi projek keramaian! HIYAARKKKK KEDISH!! (bunyi tumbukan ke udara tanda semangat gile!)

Selasa, November 04, 2008

Kerja...Kerja...Kerja...

Lapar...perut sudah berbunyik!
tidak sabar nak balik, cekau nasi..nyam2!
Punye la bz sampai takde masa nak kluar lunch.
Ntah hape hape aku. saje je malas kuar...

Kini kerja aku dah setel.
Aku check email, frenster, myspace, facebook...
giler..bertimbun2 inbox. kencang2...

okla, saje nak berlebel kat sini...
masa utk aku rehat! YOSH!!

Sabtu, November 01, 2008

Terlepas Lagi....


Arghhh....agak tensen aku bila mengetahui tarikh yang telah ditetapkan utk gath beramai-ramai bersama Members of Keramaian....aku tak berdaya untuk melawan masa dan masa juga amat cemburu kepadaku...

Anyway, thanks for all the Keramaian Members especially Misa and Bob (yang setia pada Kuantan)yang bertungkus lumus menyiapkan projek BBQ dan telah dirancang dalam masa yang singkat!...Thanx Bro!...Did, cepat le update...tak sabo nak tengok gambo nih!

Aku mintak maaf kat korang semua sebab aku memang betul2 bz skrg nih...memang rasa terkilan di hati ini, sebab benda yang yang aku dah rancang tapi aku sendiri tak leh nak attend...arghhhhh....!!!

Tapi aku tetap berbangga dengan sahabatku Nazrsyadid bin Kadri, kerana beliau memang tak putus2 untuk menyatukan kita semua...walau dengan apa cara sekali pun!....termasuk lah blog ni...Did, thanks!

Aku harap lepas ni, ape saje aktiviti aku akan cuba untuk attend dan tak akan ku lepaskan walau satu pun...(hehehe...yeke???)

Dan aku cuba untuk merancang satu lagi aktivi keramaian yang dalam pembikinan sebagai aktiviti "GoodBye 2008"....hmmmm....Did, yeke?

Iklan Tampal