Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, November 14, 2008

Saat awan bertemu hujan


Lagi sekali...aku pon tak tau kenapa tajuk post aku aneh semacam.
tapi usah kalian bimbang, tajuk itu sekadar hiasan cuma.
aku pasti ada antara kamu yang merindukan tulisan blog aku.
sehingga kini masih ramai merayu berguling-guling kerana ketagih membaca penulisan aku ini.
bagi memenuhi permintaan ramai, aku berusaha sediakannya.
Di sini aku nak cerita apa yang terjadi seminggu dalam hidop aku.

Sabtu - aku dah lupa...ape ek dah terjadi??

Ahad- Yun datang. kami tgk cerita madagascar. gile lawak. lepak2 kat town sambil cari barang laptop. Yun balik temerloh ptg tu. aku balik rumah aku dan tido. hmm, aku cube ingat balik ape yang terjadi sabtu tu.

isnin - Aku kerja macam biasa. Siapkan drawing yang aku sendiri tak tau bile nak siap. asik ada tambahan je...nyampah! balik rumah, lepak2 layan PES2009 versi PS2 sampai muntah. Pastu tido...

Selasa - Kerja lagi. kali nih bos suh aku pi town kuantan, kereta dia rosak. aku bayar bil, ngulor kejap...tapi boring. balik opis lagi bagus...siapkan drawing. abeh keje, aku lepak minum2 dengan syam jay. cuci2 mata skit....hahaha! maghrib je, kami bersurai. malam tu cukup masa, aku tido. drawing tak sentuh langsung.

Rabu - Lagi lagi kerja...aku macam biasa, sentuh drawing...masih try explore apa yang patot. aku cuba siapkan permintaan manager. tetiba pulak nak isometric drawing. ape kes la...awal2 tanak cakap. pastu pipeline drawing tak boleh nak lukis sebab sketching takde, staff kat site tak bagi2 lagi. aku relaks saja, pasti kena bebel nanti. hahaha! malam misa ajak main futsal, main dalam IKIP. huh, mula2 aku malu2 la nak main. rilek2 saja main sambil korek hidung. pastu bila dah panas badan...fuh, segala skill terkeluar. gile mantap. sampai bola naik bumbung pon ada. hahaha! balik kol 11, badan kebal lagi. balik tido.

Khamis - bangun rasa sengal2. hape la muda2 dah sengal. kecik2 sengal otak, tua2 sengal badan pulak. hahaha! aku gi kerja...kali nih bos gelabah, CEO nak datang melawat opis isnin ni. Aku rilek jek. Bos aku punye gelabah, tetiba semua kerja suh aku buat. Tak pepasal aku kena pi kemaman. Bos pulak mengulor ntah ke mana. kunun nak release tensen aa tuh. Aku la yang kena hantar cek, hantar barang, beli barang. huh! tapi aku cool saja. aku pergi bukan seorang tapi berdua. berdua lebih baik. Aku pergi dgn PokYa. Beliau merupakan pekerja yang sgt bagus, penuh pengalaman dan bijak menutur maki hamun. beliau belanja aku makan nasik gulai kawah tgahri itu. slurrppp!! abeh keje, aku dgn syam pergi ECM. hajat nak beli kemeja tapi tak jadi. balik rumah,aku kepenatan. tak semena2 aku tetido...

Jumaat - hari ini. aku pergi kerja seperti biasa. apa terjadi belom aku ketahui. sampai sini sahaja...sebab hari jumaat belum berlalu lagi.

5 ulasan:

raisadora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
raisadora berkata...

saat awan bertemu hujan jadi apa ya? mungkin terjumpa dewi hati? ke pari2 angin? ha3 xda kena mengena sebenarnya... hmmm jumaat da berlalu esok pula sabtu... nak balik ktn jumpa kwn2 n tentu kamu juga :( ada pula keje nk kena buat... hmmm nasib2

Farid Abu Talib berkata...

kahkahkah. woit. saat awan bertemu hujan cuaca akan mendung. guruh berbunyi petir akan menjalar di langit biru. hati sudah tentu gundah gelana. bekalan elektrik mungkin akan putus. malam pasti bergelap. air tidak boleh dipam untuk naik ke tingkat empat flat ini. nak mandi pun susah. kahkahkah.

John Leh berkata...

Saat Awan Bertemu Hujaan.Saya masih menanti bila kan terjadi Saat Abas Saat Bertemu Alister Edwards.Pasti ramai yang teruja dengan pertemuan ini.

TehTarik.My berkata...

saat Hujan dan Meet Uncle Husin bertemu...

Iklan Tampal

Powered By Blogger