Jumlah Paparan Halaman

Ahad, September 28, 2008

Steamboat Chilli

Semalam aku sibuk dengan persiapan beraya. Encik Bob pula tipon-tipon. Hatiku hangat. Tapi sebab aku berpuasa, aku sejukkan hatiku. Nasib baik aku tidak apa-apakan tiponku. Bob ajak aku buka puasa. Kata beliau, ini adalah Rancangan Huda n the gang. Kak Pah yang duduk jauh juga turut serta. Aku On je! Biarpon rakan-rakan lain seperti Prit dan Misa tiada, aku tidak peduli!

Tepat jam 6.45 petang aku setat kereta aku. Ku pandu laju bak Louis Hamilton. Ku cilok sana, ku cilok sini tapi apakan daya McLaren Kancilku cuma mampu cecah 60km/j. Rasa macam dah cukup laju dengan angin menyapu kencang mukaku. Angin apakah yang menyapu bersih mukaku? Jalanraya ketika itu sesak dengan pelbagai kenderaan. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku pasti lewat.

Dalam perjalanan, aku terpegun apabila melihat satu budaya baru menular di kalangan rakyat Kuantan masa kini. Mungkinkah ini adalah gaya masa kini? Di padang MPK bersebelahan 'Param' (apa itu param? sila rujuk edisi terdahulu) dan berdepan dengan masjid, segerombolan orang-orang berpiknik dengan meriahnya. Wah! bagaikan pesta muda-mudi. Aku kagum. Ingin saja aku turut serta tapi mengenangkan janji manisku dengan Bob, aku pendamkan aje hasrat murni suciku itu.

Jam 7.10 malam aku buat satu parking yang cantik. Bergegas ke Chilli dan menyerbu masuk. Terpampang 3 orang sedang menyibukkan diri melihat ke arah rendaman lauk pauk dalam kuali. Kak Pah tersenyum menampakkan giginya sambil menawarkan kurma buatan Emirates. Aik? ke mana perginya pagar besi gigimu, Kak Pah? Aku ngap kurma beliau! Sedap!! Rasa seperti kurma. Lalu terbatallah puasa aku untuk hari itu. Eh, Huda tiada? Rancangan beliau ini tidak dapat dihadiri beliau kerana ada tetamu istimewa untuk masa depan bertandang ke rumah. Tidak mengapa.

Kemudian aku dikejutkan dengan kehadiran 2 wanita jemputan Bob. Amboi! Amboi! Amboi! 2 orang engkau sapu ye, Bob?! Abaikan. Aku melayan kesemua mereka sambil buat-buat rajin mereneh lauk-pauk steambot. Kami semua mentekedarah sehingga penuh tangki kami. Namun begitu, mengapa Kak Pah memiliki saiz perut sama dengan Bob? Banyakkah beliau makan? Haha! 4 bulan kata beliau.

Sesudah puas memuaskan nafsu perut-perut kami, tibalah masa nak melarikan diri. Bob menghulur duit beliau kepada Tauke kedai. Beliau nak berzakat katanya. Terima kasih Bob! lalu kami pon pulang ke pangkal jalan.

Jumaat, September 26, 2008

Mantera Beradu

Lirik Mentera Beradu :
Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....


Komen aku:
Aku suka lirik lagu nih biarpon agak kurang meminati lagu jenis rap atau hiphop. Seperti biasa, hasil dari Sifoo sememangnya puitis. Gandingan suara M.Nasir dan Malique juga masyuk. Korang cari ler video klip lagu nih kat youtube. Kalau korang nak download lagu nih? Klik aje link kat bawah tu:

Malique ft. M.Nasir-Mantera Beradu.mp3

Khamis, September 25, 2008

Harga 10 sen

Sepatutnya lepas berbuka semalam, aku ke masjid bagi menunaikan solat tarawih. Namun akibat keletihan luar biasa akibat tekanan kerja berat sebelah, aku terdampar letih.Aku buka tv. Tapi harus diingat! Aku bukanlah buka menggunakan screwdriver tetapi remote control.

NTV7 your feel good channel kata tv itu. Berita terpapar. Harga minyak turun lagi! WOW! Ini sudah bagus. Aku melonjak kegembiraan sehingga kepalaku terkena siling rumah. Aku tertanya-tanya apakah harga baru minyak Malaysia sekarang. Lalu dijawab sopan oleh pembaca berita tersebut. RM2.45 seliter bagi petrol. Diskaun 10 sen. 10 sen? 10 sen?! Ingin sahaja aku rewind kembali berita itu untuk kepastian. Yeah! I feel good, channel!

10 sen? Kalau gula-gula dah boleh dapat 2 biji di kedai mamak. Kalau chewing gum boleh dapat satu ketul dan percuma tatoo air di belakang kertas pembalutnya. Kalau SMS boleh dapat 2 helai, kalau anda activ10 dengan aku. Begitu berharganya 10 sen! Mungkin aku patot bagi duit raya bernilai 10 sen tahun ini. Aku contohi Pak Lah. Jangan marah, aku tak bersalah. Itulah pemberian duit raya Pak Lah kepada rakyat. Terima kasih! Aku bersyukur.

Mungkin itu satu tindakan bijak Pak Lah agar aku melompat kegembiraan tetapi tidak melompat parti biarpun aku bukan ahli parlimen pimpinan beliau. Adakah anda rasa aku melompat? Adakah anda turut melompat? Adakah kereta anda juga melompat? Naik mendadak, turun sedikit. Adakah harga barang runcit turun 10 sen juga? Aku tersenyum sendirian lalu terus ke bilik air untuk mandi kerana telah dibebel oleh bondaku. Apa nak jadi dengan aku.

Ramadhan Pecah Kopi...

Lagi cerita pasal geng keramaian membuat onar. Kali ini bertempat di Coffee Street, Kuantan. Apakah punca terjadinya kekecohan tersebut? Apa kejadahnya mereka berkumpul di situ? Ikuti laporan lengkap bersama wartawan kami, Encik Did.

Jangan khuatir para pembaca, intro yang suspen itu hanya sekadar gimik sahaja. Kejadian yang berlaku ini langsung tidak mengorbankan sebarang nyawa seekor tenuk ataupon seekor nyu atau penyu. Apa yang berlaku sebenarnya adalah geng keramaian yang berkumpul untuk berbuka puasa telah melepak di satu sudut Coffee Street bagi melepaskan penat lelah serta angin-angin yang ada.

Pada hari kejadian di mana mereka sebelum ini berbuka puasa di Annexe, telah merancang satu operasi khas yang dinamakan 'Ops I did it again' dimana objektif operasi ini adalah untuk mengejutkan Encik Mustafa Kamal Mazlan yang terkenal dengan lengkungannya. Misteri kehilangan beliau membuatkan Geng Keramaian membubuh tanda tanya di atas kepala mereka. Lalu operasi yang dikepalain Inspektor Mohd Hairul Fadli telah mengatur strategi bagi menjayakan operasi ini.

Kira-kira pukul 9.30 malam, pasukan terdiri dari 6 anggota dan berbekalkan 2 biji kereta telah menyerbu masuk East Coast Mall (ECM). Malangnya sebahagian mereka menyerbu ke tandas terlebih dahulu akibat makan berlebihan sewaktu berbuka. Antara ahli yang terlibat dalam operasi itu adalah Did, Bob, Syam, Raisa, Qas dan Inspektor Herol itu sendiri.

Setelah selesai ke tandas, menujulah mereka ke lokasi kejadian sambil menyanyi lagu tema 'Gerak Khas'. Malangnya hasil intipan dan siasatan ke atas orang ramai, mereka mendapati Pha telah pon pulang ke rumah. Hampa mereka. Bagi melepaskan ketensenan, mereka menuju ke Coffee Street.

Setiba di Coffee Street, mereka meneruskan agenda tersendiri. Sambil menonton perlawanan bolasepak liga Inggeris, melayan air kopi yang hangat, mereka turut memikirkan strategi seterusnya untuk menyambungkan kesinambungan operasi ini. Bagi mendapatkan idea-idea bernas, pasukan ini telah menghubungi Encik Prit yang tiba kira-kira setengah jam kemudian. Jem kata beliau. Tu lambat sikit tu. Turut dikontek adalah Encik Hamisa dan Isteri yang tiba di saat genting dimana mereka semua sudah mahu bersurai.

Namun hasil pengumpulan anggota-anggota ini langsung tidak memberi sebarang impak maksima malah seperti biasa hanya perlepakan membuang masa dan angin tanpa bunyi sahaja yang terjadi. Lalu tepat jam 1 pagi, kesemua mereka bersurai bagi menandakan berakhirnya era perlepakan pakatan keramaian. Apakah muslihat mereka seterusnya? Nantikan lagi laporan eksklusif di episod akan datang hanya di blog ini.

p/s: pecah kopi adalah coffee break

Isnin, September 22, 2008

Keramaian Ramadan 2008

Tersebutlah kisah bagaimana terciptanya sejenis majlis berbuka puasa beramai-ramai hasil pemikiran kreatif bekas warga SABS yang tidak pernah kering idea, kering gusi dan keringat. Dengan bertunjangkan tali rapia persahabatan ini, maka diaturkan satu majlis yang pasti akan menjadi satu lagi sejarah keramaian. Ikuti laporannya...

SABTU, 20 September 2008 - Seorang pemuda kacak bergaya bernama Nazrsyadid Bin Kadri yang dilantik oleh jari telunjuk rakan-rakannya untuk menjadi penganjur bersama Encik Mohd Hairul Fadli telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa. Walaupun perlantikan beliau sebagai penganjur mendapat bantahan dari diri beliau sendiri sebelum ini, tetapi langsung tidak dihiraukan ahli majlis mesyuarat. Lebih bermakna apabila beliau turut diberi tugas tambahan untuk menganjurkan majlis barbeque sempena Aidilfitri akan datang. Sungguh kurang asam mereka tetapi beliau redha. Mungkin gara-gara penganjur sebelum ini yang berhutang top-up rm10 dengan Encik Mohd Hairul Fadli, membikin hati mereka gerun untuk menggalas tugas berat ini.

Bagi menjayakan majlis ini, seminggu sebelum tarikh tersebut telah diperuntukkan oleh beliau untuk mengatur langkah bergaya. Tugas pertama beliau yang hanya mahu dikenali Did adalah untuk mencari ahli yang bakal hadir. Sibuklah beliau bermain internet mencari rakan-rakan yang hilang dan sepi sambil turut mencari jodoh. Ramai juga rakan-rakan yang tunjukkan minat untuk turut serta tapi tidak menjadi jodoh. Manakala gadis-gadis buruan jodoh langsung tidak berminat dengan beliau dan begitu yakin memberi kata putus. Namun, hasil tak seberapa ini tidak diendahkannya dan akhirnya telefon jua yang menjadi penghubung. Seramai 15 orang berjaya disenarai hitamkan sebagai peserta.

Tugas kedua pula ialah mencari tempat kejadian majlis berbuka puasa ini nanti. Dengan kepakaran yang ada, beliau membuat tinjauan dan undian dari rakan-rakan. Hasil dari kata sepakat rakan-rakan, majlis ini diputuskan untuk berlangsung di Santai, Tanjung Lumpur. Tetapi setelah mendapat tawaran hebat, Did menggunakan kuasa vetonya untuk menyerahkan bulat-bulat kepada Encik Ahmad Fairul Bin Latifi atau lebih dikenali sebagai Bob untuk diadakan di Annexe. Sungguh berkuasa luar biasa beliau!

Pada hari berlakunya kejadian ini, Encik Hairul telah mengutip Did di rumah tepat jam 5.23 petang waktu Kuantan. Sejurus itu mereka terus menuju ke rumah TokMi dan tiba kira-kira jam 6.08 petang bagi mengutip pula Cik Raisa. Hairul telah memperuntukkan 2 ketul kamera 0.4 inci, 6 megapixel bagi merakamkan majlis bersejarah ini. Seterusnya mereka terus sahaja pusing seraun ke TC sebelum menuju ke Annexe dengan semangatnya!

Pukul 6.13 petang mereka memarkir kereta dan menunggu peserta pertama. Cikgu Asry telah hadir dengan kereta Wira untuk menjadi peserta pertama, tepat pada pukul 6.20 p.m. Tahniah! Manakala Cikgu Farid adalah peserta seterusnya diikuti Encik Hamisa dan Isteri, Puan Gee. Peserta yang tiba seterusnya aku tidak pula ingat kerana perut sudah lapar. Hanya makanan yang ligat bermain di kepala hotak. Genap pukul 7 malam, muncullah Bob dari celah-celah kesibukan kota untuk menjemput kesemua mereka masuk ke dewan makan.

Menu pada hari itu adalah ikan patin masak tempoyak, tetapi hakikatnya bukanlah ikan patin! Berpunca dari ketidakcelikan ikan dari bob, rakan-rakan lain dikencing hancing dengan mengatakan lauk tersebut adalah gulai tempoyak ikan patin. Pun begitu, semuanya tidak menjadi masalah kepada perakus-perakus makanan ini. Bagi apa sahaja kepada mereka, pasti ditelan begitu sahaja. Turut serta dalam acara ini adalah lauk-pauk beraneka jenis ala kampung melayu. Bagi memeriahkan lagi menu, kuih muih hasil ciptaan ibunda Bob diselit di celah-celah pinggan mangkuk. Di saat kami syok menyantap makanan, tiba-tiba muncul peserta lewat yang potong stim. Tapi tak mengapa. Peserta yang lewat tiba itu adalah Cik Shakirin serta pasangannya, Encik Saiful serta pengiring beliau, Cik Aida dan Cik Mashi. Seterusnya ketibaan Encik Hanif bersama Encik Wear. Peserta paling akhir tiba adalah Encik Hisham.

Mereka semua berborak sakan tanpa mengira parti politik, bangsa, suku kaum dan agama walau hakikatnya semua peserta adalah melayu islam. Sessi fotografi 'kanderk' turut diselitkan dan bagi tatapan umum, sila klik link dibawah ye! Diingatkan, tiada sebarang unsur lucah mahupun ganas dalam foto tersebut.


Acara penutup bagi majlis ini adalah sessi bergambar beramai-ramai. Kaum lelaki dipaksa berpaut pada pagar pondok manakala kaum hawa duduk rileks saja. Terketar-ketar tangan-tangan kaum lelaki menahan diri bagi mencipta posing tercantik. Dan saat cemas adalah apabila Bob berpaut pada pagar itu. Kesemua kaum lelaki berpeluh-peluh melihat Bob berpaut tetapi mujur segalanya selamat. Selesai bergambar, kesemua mereka bertukar-tukar nombor handphone dan berjabat tangan menandakan berakhirnya satu lagi kisah klasik untuk masa depan. Jangan lupa untuk mengikuti pula laporan penuh bagi acara selepas majlis ini di episod akan datang di mana sebahagian dari kami membuat satu lagi projek barisan keramaian.

p/s: Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Gee, Encik Saiful, Cik Qas dan Cik Mashi atas kesudian mereka menjadi artis jemputan bagi memeriahkan majlis ini biarpun mereka bukanlah bekas warga SABS. Jasa baik pihak diorang, amat kami hargai.

Sabtu, September 20, 2008

Dari Kuantan Ke Sentol 2

sambungan...

Oleh kerana terdapat beberapa halangan berpagar untuk aku menceritakan pengalaman interview aku dengan gomen pimpinan Pak Lah dan bukan DSAI, disertai gesaan Farid, Hamisa dan ahli keramaian lain; aku berusaha keras menyiapkan karangan aku ini. Biarpun ini bukanlah kerja sekolah yang Cikgu Rahinah beri,namun aku cuba beri yang terbaik.

Dengan ini aku mulakan dengan ceritera di mana aku setelah selesai bersahur dan Hairul Fadli telah mencampakkan aku di stesen Komuter Sentul seawal jam 6 pagi. Walaupon tercampak, aku redha. Kali ini aku tidak bertemu dengan warga Radja mahupon Nidji. Namun sebaliknya aku lebih banyak berkecimpung dengan warga Padiyappa dan Simarasi. Kagum aku dengan kesungguhan mereka mencari rezeki seawal ini. Namun anehnya mereka ini tidaklah sekecoh seperti biasa sebaliknya duduk baik-baik saja..cuma kekadang tangan mereka membuat aksi 'SWOSH!' memberi isyarat kepada rakan-rakan. Aku pun tidak memahami maksudnya tetapi kagum dengan bunyi sound efek itu.

Aku tidak biasa ke Putrajaya menaiki ERL. Mujurlah ada Abang Guard muda memberi panduan kepadaku. Sungguh berhemah beliau. Bersegeralah aku ke kaunter tiket ERL. Saat aku melangkah nak masuk pintu ERL, ada satu mamat bertanyakan 'Ni ERL Putrajaya?' Aku dengan muka yakin jawab 'YA" padahal dalam hati goyang. Tanpa membuang masa dan ketika, aku terus masuk dan melabuh di sudut cantik sekali. Sudut yang ku sangka boleh memberi sumber ilham dan semangat untuk hari itu. Tapi hampa,langsung tiada penyeri pagi di situ. Hampeh! Aku redha lagi.

Aku sampai ke Putrajaya Sentral tidak tepat tetapi sipi-sipi jam 7.25 pagi. Sempat lagi kerana interview aku pukol 8. Oleh kerana aku sangat berhati kering dan gersang, aku hentam sajalah menaiki bas yang ada di situ. Tetapi sebenarnya ada si gadis yang mendorong aku menaiki bas itu. Girangnya dalam hati. Rupa-rupanya bukan dia sahaja si gadis yang cantik, malah ada lagi! Wahaha, melonjak aku kegembiraan tanpa sebab. Mahu saja aku melompat lebih tinggi tetapi aku masih waras dan berjaya kontrol diriku.

Aku cuba fokus kepada interview yang akan aku hadapi nanti. Abaikan para gadis kerana mereka tidak sehaluan denganku yang berhaluan kiri sebaliknya turun dahulu. Aku turun di destinasi seterusnya dengan disertai beberapa orang yang langsung tidak menarik perhatianku. Aku langsung menuju ke Blok C Aras 6. Terkejutnya beruk aku (walaupun aku tidak bela beruk) apabila ramai hadirin dan hadirat pertaruh nasib pada hari itu. Kesemuanya sibuk menghafal nama menteri dan kementerian. Aku masih tenang saja. Sambil menunggu giliran, aku berSMS dengan Encik Hairul. Beliau merayu domba supaya dapatkan seketul nombor. Bukan nombor ekor di puja tetapi nombor telefon gadis yang ada.

Pukul 10 giliran aku. Aku melangkah masuk dengan tenang. Setelah memberi salam, terus sahaja si penemuduga bertanya, 'binatang apakah itu?' merujuk kepada keychain pada beg aku. 'Kiwi' jawabku ringkas. Bermula di situ, mengarut parok la kami berbual seperti dunia kami yang punya. Langsung tidak ditanya mengenai menteri sebaliknya hanya menanyakan mengenai pekerjaanku yang lalu dan soal kehidupan semasa aku. Sangkaku semuanya berjalan lancar tetapi mendung di tengahari.

Penemuduga bertanya apakah yang dimaksudkan dengan intergriti. Aku menjawab dengan hebat dan persis sekali diselit dengan senyuman sinis. Kagum beliau! Beliau bertanya lagi, apakah pula maksud intergrasi? Kali ini aku tersenyum malu. Kalau Inter Milan aku tau, Encik Farid juga tahu tetapi intergrasi? aku tak pasti, Encik Farid juga tentunya tak pasti. (Ingin tahu? bertanyalah kepada Mat Google bin Mat Yahoo). Giliran penemuduga pula tersenyum sinis! Dendam nampak...berakhirlah sesi interview aku. Redha lagi aku!

Rabu, September 17, 2008

Dari Kuantan Ke Sentol

Salam ceria dan salam gembira buat kawan-kawanku semua,

Aku kini berada di rumah herol. Aku sangat teruja! Teruja melihatkan keadaan sekeliling yang sangat menguji keimanan aku ini. Masakan tidak, suasana berpuasa di negeri orang sudah tentu berbeza dengan suasana di tempat sendiri. Persamaannya, kedua-dua tempat ini masih memilih nasi sebagai makanan ruji dan bukannya gandum seperti negeri Fiji. Namun begitu, 40% (hentam je statistik ni) masyarakat di sini memilih meggi walaupon ia lari dari tradisi. Hidup berkelana, mengikat perut dengan tali pinggang, demi menyimpan seuncang wang ringgit malaysia agar dapat berhari raya di desa tercinta. Pasrah!

Semalam aku menaiki bas transnasional di mana terdapat 8 warganegara Peter Pan, Dewa dan Sheila On 7 di dalamnya. Berkonsertlah mereka di dalam bas itu. Tipu je! Mereka tidaklah berkonsert tapi yang memanaskan hati baginda, perbualan mereka sangatlah kuat sehinggakan pakcik sebelahku itu terkedu dalam tidurnya. Mujur pakcik itu kool...tidak gelepor! Aku biarkan sahaja warga-warga Radja itu. Pedulikan sama mereka, mengantuk menguasai mindaku lalu hitam pandanganku...

Sedarku bangkit dari tidur rupa-rupanya sudah tiba! Aku tiba di pekeliling tepat jam 6 petang. Kadang-kadang terpikir jugak aku kenapa nama tempat tu pekeliling. Bukannya ada cili giling mahupun tenggiling. Eh, sambung cerite... Aku terkaget! Kerana mamai aku tersauk beg amoi bergetah. Mujurlah aku tersedar dari lamunan terhenti aris ariwatan. Amoi terbabit hanya senyum sinis. Mungkin kerana mukaku yang kacak di selit pulak rambut kusut masai macam hero korea. Peduli apa aku! hahaha...

Agak lama aku tidak bertandang ke KL. namun begitu, di bulan ramadan ini aku rasa seakan tercabar dengan fenomena fantamorgana di ibukota ini. Keluar sahaja dari bas, pelbagai pemandangan dapatku lihat. Bukit-bukau berbagai saiz, bonjol sana bonjol sini, serta bermacam-macam pusat sentral ada! (korang tafsir sendiri la ye!) Indahnya ciptaan yang maha Esa. Maju sungguh KL. KL bro...

Aku bergegas ke kaunter tiket bas Plusliner untuk membeli tiket pulang di hari jumaat nanti. Gelepor aku sebentar apabila awek tak berapa comel itu kata habis. Rupa-rupanya beliau cuma bergurau manja denganku. Hish! Aku geram tapi aku suka. Hahaha! Mujur kau tak comel,awek. Jika tidak, pasti aku mintak nombor telefon bimbitmu biarpun masakini orang tidak membimbit telefon.

Kemudian aku bergegas pula ke stesen LRT menuju ke Sentul dimana terletaknya rumah Encik Mohd Hairul Fadli. Tidak ramai yang menaiki tren tersebut, mungkin kerana sudah diluar waktu puncak dan klimaks. Anehnya, apabila aku sampai di stesen LRT Sentul Timur, ramai pula gerombolan-gerombolan manusia. Dugaku pastinya mereka menuju Pesta Ramadan. Aku menunggu Encik Hairul. Tidak lama kemudian beliau sampai dan mengajak aku ke Baram. Ape kejadahnye Baram itu?

Aku ikutkan aje Encik Hairul. Diusungnya aku ke sana dengan motor skut ego beliau. Setibanya kami di lokasi ketahuilah aku rupa-rupanya Baram itu adalah Bazaar Ramadan. Bazaar+Ramadan = Baram! Peh, di saat harga minyak melambung dan memang sekarang musim save budget serta cut cost, semuanya nak jimat sampaikan perkataan pon nak kena jimat. Jimat skit air liur menyebutnya. Tidak mengapa...sudah menjadi adat orang di sini. Aku paham.



Oleh kerana aku tidak arif dan namaku bukan Cikgu Arif yang mengajar sains di SABS, aku folo rapat dengan pemandu pelancongku, Encik Hairul. Aku diberi penerangan setiap keistimewaan gerai-gerai terbabit. Bukan keistimewaan juadahnya tetapi gadis-gadis yang menjualnya. Dasar lelaki. Aku juga tak terkecuali. Hahaha!

Setelah puas kami meninjau Baram di situ, barulah kami membeli lauk-pauk untuk berbuka. Nasi goreng bujang, murtabak dan keropok lekor. Cukuplah untuk kami berdua. Kemudian air jus tembikai untuk mengeringkan tekak yang dahagakan kasih sayang. Pukul 7 malam, kami tidak melengahkan masa walaupun mata liar melihat manusia yang menarik bagi naluri kami. Habis 80% pahala aku di situ. Kami terus pulang untuk berbuka.



BERSAMBUNG...

Selasa, September 16, 2008

KL...here i come!


16th September 2008 - after a long period of time that i'm not using english, today i would like to write in english. As you can see (Or read), my english getting 'corrode'. nothing much i would like to say today, just want to inform to all my beloved friends that i'm going to KL today. I will take off (macam ler naik flight!) sharp on 2.30 PM at Terminal Makmur. Please...don't miss me! hehehe...i will come back with a much much more exciting story especially from Putrajaya.

My mission to KL is not to pursuade other political party's members to join me. It is not that i'm going to some 'Lawatan Sambil Belajar' about planting there. Anyway, what the heck am I going to learn if there is nothing about planting or gardening to learn there. It is not that I am arrested of ISA because 'skodeng' some girls while buying murtabak at Bazaar Ramadan.

I am going there just to attend an interview. Please do not misunderstanding. It is not an interview with a media. I am not that popular. Popular Bookstore is much more popular than me! I am not a politician, artist or superstar. I am no one who just try to be someone. It is interview for my new job. I hope it's going to be alright. Please pray for me. Pray for my success.

But still I have little bit upset. Yesterday i bought Transnasional bus ticket and I tought there is just a little increase on the cost. I almost got a heart attack after heard that ticket to KL increase from RM16.90 to RM22.00! Damn you, Transnasional! I don't have any choice so I bought it anyway...hahaha! Aidilfitri is so near and i have to spend money just for the ticket..'run' my budget 2008.



Diskusi Bersama YB

For my friends, there is a good news for all of you. I will bring back member. Once again this person is not BN member who try to jump parti. This person is our member, Mr. Mohd Hairul Fadli. All of us will break fast together in Kuantan as we planned before. Wait for this date, 20th September 2008. Wait for the latest news from us. Till then, see you in Kuantan. KL...here i come!!

Isnin, September 15, 2008

Minum Milo Di Coffee Street


Malam semalam, satu temujanji antara aku dan dia...antara siapa?? antara aku dan dia... (teringat satu konsert jamban bersama misa dan prit satu ketika dulu). Hish, awal-awal penulisan dah mengarut. ok sambung, temujanji yang diaturkan oleh aku untuk bertemu Encik Asraf (Pemakai Topi Merah), Encik Farid (Melayu Lelaki Terakhir) dan Encik Bob (Penternak Perut Tradisional). Apakah punca terjadinya satu temujanji tergempar itu? jeng jeng jenggggg!! Ikutilah kisahnya...

Sabtu, 13 September 2008 - Aku selaku pengerusi kekal di kerusi telah menghasut ketiga-tiga pemuda yang disebut di atas bagi lepak-lepak membincangkan isu semasa mahupun isu lampau. Bagi menghormati bulan Ramadan, aku tetapkan satu perjumpaan selepas solat terawih iaitu pukol 10 mlm bertempat di Coffee Street. Malah aku turut mengundang Encik Hamisa (Pembayar Zakat Terawal) untuk menyertai konfrantasi ini. namun malangnya segala usaha dan hasutan berbaur godaan gagal. "hatimu memang keras,roy!" -sedutan dialog gila-gila remaja. Oleh kerana aku masih mempunyai rasa kasihan terhadap beliau, last-last minit pon aku cuba menghasut beliau tapi keputusannya tetap sama.

Oleh itu, aku jalankan juga perjumpaan tergempar itu tanpa khidmat beliau. Tepat jam 10.10 malam seperti aku duga, janji melayu memang ditepati. Aku yang terawal, lalu aku pon order milo ais. 5 minit kemudian datanglah segerombolan Encik Farid bersama pakaian tradisi masyarakat melayu beliau. aku kagum. aku pon bertanya, "dari masjid ya?" tapi tidak dijawab pertanyaanku itu sebaliknya beliau gelak-gelak kerana MU kalah dikaki Liverpool biarpon Encik Tevez menjaringkan gol terlebih dahulu sambil mengkaver segannya kerana hanya beliau yang berpakaian sedemikian. Jelas kesimpulannya Encik Farid tidak pergi bertarawih kerana terpacak di depan TV melihatkan 22 orang berebut bola nan satu itu. Ini diakui sendiri oleh beliau sambil menyatakan beliau ditinggalkan keseorangan di rumah bagi menjaga keselamatan neneknya.

Tidak semena-mena,satu gegaran berukuran 0.2 skala richter telah melanda. rupa-rupanya encik Bob sedang menuju ke meja kami lalu menyapa kami. "dah lama sampai?" ayat biasa lalu kami pon bagi jawapan yang biasa. Tapi malangnya tiba-tiba skali lagi aku digelakkan kerana mereka berdua adalah penyokong Liverpool. Hampeh! abaikan. Seorang lagi ahli mesyuarat majlis kami masih belum sampai. lalu mereka berdua order milo juga. aku cuba mengubah topik lalu melencong ke Bolasepak Malaysia lalu timbullah bermacam-macam subjek. Pemain import tidak akan bermain musim depan, Tiket akan dicetak hitam putih, gaji tertunggak sehingga kepada komen kami mengenai rambut Azizul Kamaluddin yang menjadi idola, mempunyai ekor membuatkan beliau berlari kencang tapi lajunya tidak serta crosing Jalaludin Jaafar yang tidak mungkin pemain-pemain Liga Inggeris mampu lakukannya. mana mungkin pemain bisa crossing bola pergi ke belakang tiang gol! Aku kagum lagi. walaupun kami rancak berborak tetapi mata kami tetap tertumpu pada skrin putih yang memaparkan perlawanan antara Arsenal dan Blackburn. malah sesekali terjuih sedikit mata kami apabila melihat gadis-gadis menarik datang dan pergi. dasat sekali!

Setengah jam kemudian diumumkan kedatangan Encik Asraf dengan jersi biasa beliau. baju t-shirt dengan seluar jeans. selepas bersalaman, macam biasa bertanya khabar orang kampung. Jelas sekali beliau amat gembira duduk di negeri Cik Siti Wan Kembang biarpun sebenarnya beliau kini berkursus di Bangi selama 3 minggu. justeru itu menurutnya, tempoh seminggu beliau di sana seakan dikelilingi bidadari tapi imannya kental! aku percaya. percaya bab bidadari itu tapi tidak mengenai iman beliau. HAHAHA! "yah,gelak la weh!" lalu kami bertiga terus merapu dan merapu lalu aku mencelah. tujuan asal kami berkumpul sebenarnya bagi mengaturkan satu aktiviti berbuka puasa pada 20hb September ini tetapi masih belum mempunyai tempat. lalu aku bertanyakan pendapat mereka mengenai tempat yang sesuai dan bukan mengenai waktunya kerana sudah tentu kita berbuka pada waktu berbuka. Encik Asraf mengatakan beliau tidak dapat menyertai aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini kerana beliau perlu memandu untuk balik ke kelantan pada hari berkenaan. tidak mengapa, kami teruskan juga. hasilnya, langsung tiada kata putus sebaliknya perbualan kami teralih kepada isu kenapa gadis yang masuk tandas dari tadi masih belum keluar-keluar juga?

Encik Bob membuat andaian, mungkin sembelit. Encik Farid membuat andaian, mungkin dia sedang memakai pad. Aku buat andaian, mungkin dia sedang pakai Shin Pad! Kami terbarai gelak tapi Encik Asraf tidak gelak. "yah,gelak la weh" tapi beliau cume tersengih je. Natang guh! Jelas fizikal beliau di situ tetapi tidak jiwanya. melihatkan jam sudah hampir pukol 12, kami mencapai kata sepakat untuk berundur diri. tetapi tunggu! Arsenal dapat penalti. Setelah Encik Adebayor menjaringkan gol menerusi penalti, kami pon beredar. tiada keputusan mengenai tempat untuk aktiviti berbuka puasa nanti. kesimpulannya pada malam itu tiada apa yang kami dapat melainkan minum milo sambil menonton bolasepak dan gadis.

Khamis, September 11, 2008

Puisiku untukmu, Murtabak

Murtabak,
bau ko mmg semerbak,
tapi bukan bau ketiak,
yang selalu buat orang sebak,
tak disangsi rupamu juga kacak,
dengan bentuk petak-petak.

Murtabak,
kenapa namamu sebegitu rupe,
bikin hati gundah gulane,
lagi-lagi bulan puase,
mane cukup sekali rase,
berjam-jam aku order,
tak berbungkus-bungkus lagik engkau ye!

Murtabak,
buat perawan tergile-gile,
gadis seksi memuje-muje,
biarpon mereka belum tentu puase,
sanggup berpanas, berhujan berjam-jam lamenye,
itulah punca aku suka,
bisa meruntun iman, terjojol bijik mate!

Murtabak,
ko telah musnahkan diet aku,
rasamu sehingga menjilat siku,
dengan kuah sirap bawang pulak tu,
gemuk habislah aku tak laku,
orang lain hanya mampu lihat terkaku.

p/s: majulah murtabak untuk bulan ramadan al-mubarak

Selasa, September 09, 2008

Malam-malamku di Masjidil Kuantan


Aku baru sahaja pulang dari berjalan seharian di ECM hari ini mencari set tilam khas untuk bakal anak buah aku yang akan lahir dalam masa terdekat ini. Insyaallah! malah aku terkejut beruk matyeh apabila terjumpa lengkungan yang seakan aku kenal setelah sebegitu lama tidak ku jumpa rasa rindu dihati bertandang lagi. beliau yang aku maksudkan adalah encik Mustafa Kamal yang sedang bekerja di situ. kami sempat beramah mesra sebentar lalu aku ajak lepak-lepak pada waktu malam. lantaran itu dia menanyakan pada diriku ini, apakah aku tidak bertarawih? lalu aku pon mengisahkan cerita tarawih ini dalam coretan aku kali ini untuk menceritakan pengalaman aku bertarawih untuk tahun ini. beginilah kisahnya...

Sebenarnya malam tadi adalah saat aku rasa paling tak berkat solat tarawih aku. tahukah anda mengapa? tentulah anda tidak tahu kerana aku belum pon cerita. jadi aku pon nak ceritalah nih. Semalam setelah aku berSMS dengan Encik Mohd Hamisa Abd Hamid untuk mengompemkan akan kedatangan aku pada sessi solat tarawih malam tersebut, aku pon bersiap-siap. rasanya akulah orang paling kacak pada waktu itu. tepat jam 8 aku bergerak ke masjid. sampai saja di masjid, aku puas mencari port parking yang sesuai. untuk makluman para pembaca, aku membawa kereta ayahanda aku kerana kereta kancil masuk woksyop. dengan saiz kereta yang besor itu menyukarkan aku mencari parking yang sesuai. lalu aku hentam ajelah parking. masalahnya gaya parkingan aku sangat la huduh dan keji, lebih keji dari miji yang simpan gambar lucah dalam kasutnya semasa tingkatan tiga. tapi kerana sikap aku yang sangat rileks dan santai, dengan senang hati aku parkingkan aje sebegitu rupa. - kesalahan aku yang pertama.

selepas itu aku pon masuk lah masjid dengan niat berkobar-kobar nak mengerjakan solat tarawih nih. laungan azan pon berkumandang tidak lama kemudian. aku pon menunaikan solat isyak...semasa solat isyak,bermacam-macam bunyi dapat aku dengar. bersin batuk tak payah ceritalah, tapi turut ditambah dengan sound efek dari motor-motor rempit dan motobot serta motar yang sesat mana ntah! sungguh tidak kusyuk aku pada malam itu. saat solat tarawih pula lagi aku tidak puas hati, kali ini bukan pencemaran bunyi tetapi pencemaran bau. ada seorang mamat ini bau ketiaknya sangatlah 'harum' di saat beliau mengangkat takbir sehinggakan kurasa 3,4 saf boleh bau! Malah ada pula saudara seislamku yang bertarawih itu telah sedawa dan rasanya dia layan petai waktu berbuka. baunya sungguh masyuk! tidak cukup dengan itu, ada pulak saudara kita yang lain mengeluarkan udara melalui jalan belakang. mungkin kerana menggunakan silencer, jadi aku tidak dapat detect siapakah empunya angkara! dan saat kemuncak ketidak kusyukan aku bertarawih adalah apabila aku sudah masuk ke solat tarawih 8 yang terakhir, mamat di sebelahku ini duduk tahiyat akhir ketika baru rakaat pertama. nak terguling-guling macam tenggiling aku gelak kat dia (tapi dalam hati la). tak sabar nak balik ye bang! - kesalahan aku yang kedua.

kemudian aku pon selesaikan witir dengan perasaan yang gundah gulana kerana rasanya sangat tidak sempurna langsung tawarih aku malam itu. lepas aku buat witir, aku pon berjalanlah ke pintu keluar masjid. anehnya aku tidak berjumpa dengan seliparku. apakah seliparku telah balik ke rumah sendiri? atau selipar tersebut masih mengerjakan solat terawih? sungguh tidak masuk akal jika aku buat kesimpulan terbabit. yakinlah aku di saat itu ada seseorang telah mengambil seliparku tanpa kerelaanku. masa tersebut ada seorang saudara seislam tunggu di seseorang di tangga, tetapi segan pula aku nak bertanya tentang perihal seliparku. untuk pengetahun anda, seliparku bukanlah mahal pon, selipar asadi sudah setahun lebih aku gunakan khidmatnya. jadi selipar buruk tersebut dijadikan sasaran pencopet selipar sangatlah tidak waras pada hematku. lalu aku dengan muka selamba pula menyarung kaki dengan selipar asadi juga yang berbentuk sama dengan seliparku yang hilang itu tetapi saiznya agak kecil malah entah siapalah punya selipar itu, aku pon tak tahu sambil disaksikan saudara itu. wahahaha! aku buat kesimpulan mungkin tuan punya selipar ini tertukar denganku. - kesalahan aku yang kedua. eh, dah ketiga!

kemudian sebagai penutup segala kedasyatan malam ramadan aku pada hari itu, saat aku melepak di alif minum-minum membincangkan soal politik dan hal semasa di Malaysia bersama Encik Mohd Hamisa Abd Hamid. selepas membayar harga minuman, kami menuju ke kereta dan tidak semena-mena mataku terpana kepada 2 orang gadis yang baru sahaja sampai. dengan keunikan bentuk dan kehebatan gaya penampilan gadis itu buat aku teruja. terus aku memberitahu perkhabaran gembira itu kepada Hamisa, spontan encik hamisa berpaling mencari sasaran. lantas kami buat ukuran dan kesimpulan mengenai gadis terbabit. hahaha! - kesalahan aku yang berkali-kali.

dari cerita di atas, jelaslah memang tidak berkat tarawih aku. terasa sangat susah untuk mengerjakan solat tarawih 8 rakaat dengan kusyuk apatah lagi nak buat 20! semoga aku mengambil iktibar dari kejadian ini. untuk para pembaca, janganlah riak nak buat terawih sampai 20 rakaat kalau buat 8 rakaat pon tak kusyuk..renung-renungkan dan selamat beramal!

Isnin, September 08, 2008

Cabaran Bulan Puasa

Saat ini aku baru selesai explore mende jadah ini, walaupon aku sendri tak paham...tapi aku rase sudah cukup puas! puas doh decorate..sudah hampir seminggu aku cuba untuk decorate blog ini supaya dapat menjadi menarik malah aku isi bermacam2 benda dlm ni supaya dapat memenuhi tuntutan nafsu para pembaca...aku hentam2 aje la. rase2 ok tak? sile beri komen. huhuhu!

Kita abaikan dulu mengenai blog page aku yang kurang kreatif di mata kamu,tidak di hati aku. apa yang ingin aku ke tengahkan dan ketepikan tapi tidak ke belakangkan pada kali ini adalah mengenai bulan puasa yang sedang kita hadapi. sebenarnye baru-baru ini, malah hampir setiap hari aku pergi bazar ramadan...atau ada dikalangan kita panggil pasar ramadan...atau pesta makanan...atau ape-ape la yang sama maksud dengannya. apa itu pasar ramadan?? pasar ramadan adalah tempat dimana sekelompok orang yang dalam bilangan yang ramai menjual makanan kepada orang awam tidak kira lelaki atau wanita, tua dan muda, islam atau tidak untuk menjadi juadah berbuka puasa.

Namun bukan itu persoalannya...macam jawab soalan kertas bahasa melayu SPM pulak. Apa yang aku nak ceritakan kepada anda adalah mengenai juadah berbuka yang di jual di pasar ramadan terbabit. tahukah anda ada di kalangan peniaga mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini? aku dah terkena hampir setiap tahun. juadah yang dijual diperangat...dihangat...tapi bukan pengat, berkali-kali walaupon sebenarnya juadah itu telah pon basi. bayangkan...masa itu aku masih muda (sekarang muda juga) dan bujang, duduk pulak di perantauan, jauh dari ayahanda dan bonda tersayang. badanku amat penat hari itu kerana kuliah sepanjang hari bagi menggantikan kelas yang akan dicutikan selepas hari raya. sampaikan nak angkat kelopak mata pon dah tak larat ni! walaupon aku tak paham haram jadah apa encik pensyarah itu membebel di depan, aku tetap tekun berlakon seperti aku sangat paham malah tidak salah kalau aku katakan aku sepatutnya boleh menang anugerah pelakon harapan lelaki terbaik dalam anugerah bintang popular berita harian. malah rakan-rakanku semua sudah tertewas dengan penangan kemerepekan pensyarah tersebut menceritakan sesuatu yang sangat lucu bagi diri beliau tapi tidak bagi kami. oleh kerana aku mahu ambil hati dan ambil markah lebih, aku ketawa berdekah-dekah sorang-sorang mendengar ceritanya depan-depan. Pelakon Harapan Terbaik lah katakan! eh, rasa cam menyimpang jauh pulak dari motif dan visi aku dengan tajuk.

Ok, sambung balik...balik dari kuliah tu, aku nak beli la lauk buat berbuka. kepala dah pening nih hampir setiap hari pusing-pusing, lauk tu jugak aku beli. masa berbuka dah dekat dah ni. lauk pulak banyak dah habis. pastu aku tengok ada la gerai seorang perempuan gemuk yang langsung tiada orang saat itu,namun masih banyak lauknya. aku pon tapau la nasi dengan beliau. Menu aku hari itu sangat istimewa, gulai daging...semua skali RM4, gulai kawah katanya. pedulikan...yang penting aku ada lauk nak makan. satu lauk je aku amik,save skit...bujang la katakan! siap tapau terus aku balik. waktu berbuka tu, aku makan la ramai-ramai dengan rakan rumah yang lain. Gila dah lagu heavy metal perut aku ni! aku pon batalkan puasa hanya dengan air sirap suam lepas tu aku pon ngap la! suapan pertama... aku pelik, kenapa rasa macam gigit selipar jepun. suapan kedua, kenapa rasa masam pulak ni. suapan ketiga,SAH! lauk basi...haram jadah! tidak semena-mena saat itu aku hilang pahala puasa kerana maki-maki si penjual tidak beretika terbabit. damn!


Murtabak
(gambar sekadar hiasan)


Ada satu lagi perihal yang telah mengeletek hati aku tapi tidak ketiakku yang berlaku di pasar ramadan. Baru-baru ini aku telah singgah ke satu bazar ramadan (lokasi sebenar dirahsiakan). hujan rintik-rintik saat itu. aku sudah pon target untuk membeli murtabak pada hari terbabit. sangat meriah ketika aku sampai sehinggakan aku rasa seperti satu kuantan datang beramai-ramai berkumpul di situ. macam biasa, aku suka survey dulu juadah untuk berbuka ni. berjalanlah aku dalam kemeriahan orang ramai itu. dalam keasyikkan aku mencari gerai terpilih untuk aku membeli murtabak, pandanganku teralih kepada seorang gadis yang sangat cantik, montok dan gebu. Wow! dengan baju baby-t dan seluar tight, tidak semena-mena aku hilang pahala puasa pada hari itu. bukan sekali aku pandang malah berkali-kali...hahaha! namun demikian, aku juga sangat pasti bukan aku seorang sahaja yang hilang pahala puasa pada hari itu! sebenarnya perkara tersebut sangat memeningkan kepala aku kerana bukan gadis itu seorang sahaja yang berpakaian sebegitu rupa tapi hampir 50% gadis yang datang ke pasar ramadan itu berpakaian sangat mejolok, mencucuk mata serta iman.

kemudian perkara yang lucunya...seorang gadis cina yang aku sangat pasti bukan islam, berpakaian sangat sopan. langsung tidak menampakkan bonjol-bonjol sana-sini atau mendedahkan kulit yang tidak patut diperlihat kepada kaum adam. dari perbualan gadis terbabit dengan peniaga di situ, dapat aku simpulkan bahawa beliau ini tahu untuk menghormati bulan ramadan tetapi apa sudah jadi dengan para gadis muda islam di negara kita ini? salah siapakah? patutkah kita risau? memang la patut kita risau! rugi la aku puasa sebulan camtu weh!! malah yang sangat lucu lagi terbahak-bahak aku nak ketawa apabila seorang gadis yang sangat tidak cun dan tidak menarik potongan badannya berpakaian seksi. sangat jelek dan memuntahkan semua hadirin dan hadirat sekalian..rasa nak bagi je tapak kaki kat muka dia. god curse you! hahaha....

Selasa, September 02, 2008

Under Construction.

aku masih pening kerana aku cube menghasilkan satu bloq yg cantik dan jitu, lalu aku cube add menatang gadget itu namun ia masih tak cun lalu aku amik sikit masa nak membetulkan page ini.

so kengkawan arap bersabar menanti berite terkini selepas iklan ini....

harap maklum!

-salam ramadhan dan selamat beribadah!-

Iklan Tampal