
SABTU, 20 September 2008 - Seorang pemuda kacak bergaya bernama Nazrsyadid Bin Kadri yang dilantik oleh jari telunjuk rakan-rakannya untuk menjadi penganjur bersama Encik Mohd Hairul Fadli telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa. Walaupun perlantikan beliau sebagai penganjur mendapat bantahan dari diri beliau sendiri sebelum ini, tetapi langsung tidak dihiraukan ahli majlis mesyuarat. Lebih bermakna apabila beliau turut diberi tugas tambahan untuk menganjurkan majlis barbeque sempena Aidilfitri akan datang. Sungguh kurang asam mereka tetapi beliau redha. Mungkin gara-gara penganjur sebelum ini yang berhutang top-up rm10 dengan Encik Mohd Hairul Fadli, membikin hati mereka gerun untuk menggalas tugas berat ini.
Bagi menjayakan majlis ini, seminggu sebelum tarikh tersebut telah diperuntukkan oleh beliau untuk mengatur langkah bergaya. Tugas pertama beliau yang hanya mahu dikenali Did adalah untuk mencari ahli yang bakal hadir. Sibuklah beliau bermain internet mencari rakan-rakan yang hilang dan sepi sambil turut mencari jodoh. Ramai juga rakan-rakan yang tunjukkan minat untuk turut serta tapi tidak menjadi jodoh. Manakala gadis-gadis buruan jodoh langsung tidak berminat dengan beliau dan begitu yakin memberi kata putus. Namun, hasil tak seberapa ini tidak diendahkannya dan akhirnya telefon jua yang menjadi penghubung. Seramai 15 orang berjaya disenarai hitamkan sebagai peserta.
Pada hari berlakunya kejadian ini, Encik Hairul telah mengutip Did di rumah tepat jam 5.23 petang waktu Kuantan. Sejurus itu mereka terus menuju ke rumah TokMi dan tiba kira-kira jam 6.08 petang bagi mengutip pula Cik Raisa. Hairul telah memperuntukkan 2 ketul kamera 0.4 inci, 6 megapixel bagi merakamkan majlis bersejarah ini. Seterusnya mereka terus sahaja pusing seraun ke TC sebelum menuju ke Annexe dengan semangatnya!
Pukul 6.13 petang mereka memarkir kereta dan menunggu peserta pertama. Cikgu Asry telah hadir dengan kereta Wira untuk menjadi peserta pertama, tepat pada pukul 6.20 p.m. Tahniah! Manakala Cikgu Farid adalah peserta seterusnya diikuti Encik Hamisa dan Isteri, Puan Gee. Peserta yang tiba seterusnya aku tidak pula ingat kerana perut sudah lapar. Hanya makanan yang ligat bermain di kepala hotak. Genap pukul 7 malam, muncullah Bob dari celah-celah kesibukan kota untuk menjemput kesemua mereka masuk ke dewan makan.
Acara penutup bagi majlis ini adalah sessi bergambar beramai-ramai. Kaum lelaki dipaksa berpaut pada pagar pondok manakala kaum hawa duduk rileks saja. Terketar-ketar tangan-tangan kaum lelaki menahan diri bagi mencipta posing tercantik. Dan saat cemas adalah apabila Bob berpaut pada pagar itu. Kesemua kaum lelaki berpeluh-peluh melihat Bob berpaut tetapi mujur segalanya selamat. Selesai bergambar, kesemua mereka bertukar-tukar nombor handphone dan berjabat tangan menandakan berakhirnya satu lagi kisah klasik untuk masa depan. Jangan lupa untuk mengikuti pula laporan penuh bagi acara selepas majlis ini di episod akan datang di mana sebahagian dari kami membuat satu lagi projek barisan keramaian.
p/s: Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Gee, Encik Saiful, Cik Qas dan Cik Mashi atas kesudian mereka menjadi artis jemputan bagi memeriahkan majlis ini biarpun mereka bukanlah bekas warga SABS. Jasa baik pihak diorang, amat kami hargai.
5 ulasan:
perhimpunan tertutup yang berjaya..syabas En Did dan En Hairul...Gambar2 yg spontan dan hasil perbincangan yg mantap dan mampan...teruskan lagi S'ATU LAGI PROJEK KERAMAIAN' haha
berbuka kt annexe ek??asal x buka kat lips bum bum ke...ruang legar kompleks teruntum ke???hehe...baru masyuk woooo....
tu je ke gmabo nye? mana lagi?? aku nak tgk pic yg semua jejaka menunjukkan muscle2 kamu sume dblakang jejaki...hahaha...
kita ada beberapa lagi Projek Barisan Keramaian'. salah satunya aku cadangkan kita jejak kasih dengan kekasih hati kite iaitu cikgu maziah dan cikgu rahinah. boleh tgk nasik lemak ropol-ropol. kahkahkah. woi jgn jadi ngok. aku pun nk tgk gambo cemas ketike bob memaut pagar annexe. kahkahkah
Syabas mere syabas!...gath yang berjaya sket walaupun dihadiri oleh 16 org para2 cendiakawan!...setelah bertengkar dgn en rodikoby aka did, barulah kata putus keramaian di buat...akhirnya kuasa veto did telah d guna pki oleh en bob yang memutuskan di annexe resthouse shj...simple dan agresif...ikan patin bertukar menjadi bermacam-macam ikan ade...
Tpi ape pun mmg enjoy!....ayat ko mmg x leh bla aa did dlm blog...puitis bermadah btol!...hahaha...
Selepas ini kita sama2 nanti kan event2 yang akan diadakan oleh para barisan KeramaiaN!
Tunggu haaa...
Catat Ulasan