Aku kini berada di rumah herol. Aku sangat teruja! Teruja melihatkan keadaan sekeliling yang sangat menguji keimanan aku ini. Masakan tidak, suasana berpuasa di negeri orang sudah tentu berbeza dengan suasana di tempat sendiri. Persamaannya, kedua-dua tempat ini masih memilih nasi sebagai makanan ruji dan bukannya gandum seperti negeri Fiji. Namun begitu, 40% (hentam je statistik ni) masyarakat di sini memilih meggi walaupon ia lari dari tradisi. Hidup berkelana, mengikat perut dengan tali pinggang, demi menyimpan seuncang wang ringgit malaysia agar dapat berhari raya di desa tercinta. Pasrah!
Semalam aku menaiki bas transnasional di mana terdapat 8 warganegara Peter Pan, Dewa dan Sheila On 7 di dalamnya. Berkonsertlah mereka di dalam bas itu. Tipu je! Mereka tidaklah berkonsert tapi yang memanaskan hati baginda, perbualan mereka sangatlah kuat sehinggakan pakcik sebelahku itu terkedu dalam tidurnya. Mujur pakcik itu kool...tidak gelepor! Aku biarkan sahaja warga-warga Radja itu. Pedulikan sama mereka, mengantuk menguasai mindaku lalu hitam pandanganku...
Sedarku bangkit dari tidur rupa-rupanya sudah tiba! Aku tiba di pekeliling tepat jam 6 petang. Kadang-kadang terpikir jugak aku kenapa nama tempat tu pekeliling. Bukannya ada cili giling mahupun tenggiling. Eh, sambung cerite... Aku terkaget! Kerana mamai aku tersauk beg amoi bergetah. Mujurlah aku tersedar dari lamunan terhenti aris ariwatan. Amoi terbabit hanya senyum sinis. Mungkin kerana mukaku yang kacak di selit pulak rambut kusut masai macam hero korea. Peduli apa aku! hahaha...
Agak lama aku tidak bertandang ke KL. namun begitu, di bulan ramadan ini aku rasa seakan tercabar dengan fenomena fantamorgana di ibukota ini. Keluar sahaja dari bas, pelbagai pemandangan dapatku lihat. Bukit-bukau berbagai saiz, bonjol sana bonjol sini, serta bermacam-macam pusat sentral ada! (korang tafsir sendiri la ye!) Indahnya ciptaan yang maha Esa. Maju sungguh KL. KL bro...
Aku bergegas ke kaunter tiket bas Plusliner untuk membeli tiket pulang di hari jumaat nanti. Gelepor aku sebentar apabila awek tak berapa comel itu kata habis. Rupa-rupanya beliau cuma bergurau manja denganku. Hish! Aku geram tapi aku suka. Hahaha! Mujur kau tak comel,awek. Jika tidak, pasti aku mintak nombor telefon bimbitmu biarpun masakini orang tidak membimbit telefon.
Kemudian aku bergegas pula ke stesen LRT menuju ke Sentul dimana terletaknya rumah Encik Mohd Hairul Fadli. Tidak ramai yang menaiki tren tersebut, mungkin kerana sudah diluar waktu puncak dan klimaks. Anehnya, apabila aku sampai di stesen LRT Sentul Timur, ramai pula gerombolan-gerombolan manusia. Dugaku pastinya mereka menuju Pesta Ramadan. Aku menunggu Encik Hairul. Tidak lama kemudian beliau sampai dan mengajak aku ke Baram. Ape kejadahnye Baram itu?
Aku ikutkan aje Encik Hairul. Diusungnya aku ke sana dengan motor skut ego beliau. Setibanya kami di lokasi ketahuilah aku rupa-rupanya Baram itu adalah Bazaar Ramadan. Bazaar+Ramadan = Baram! Peh, di saat harga minyak melambung dan memang sekarang musim save budget serta cut cost, semuanya nak jimat sampaikan perkataan pon nak kena jimat. Jimat skit air liur menyebutnya. Tidak mengapa...sudah menjadi adat orang di sini. Aku paham.
Oleh kerana aku tidak arif dan namaku bukan Cikgu Arif yang mengajar sains di SABS, aku folo rapat dengan pemandu pelancongku, Encik Hairul. Aku diberi penerangan setiap keistimewaan gerai-gerai terbabit. Bukan keistimewaan juadahnya tetapi gadis-gadis yang menjualnya. Dasar lelaki. Aku juga tak terkecuali. Hahaha!
Setelah puas kami meninjau Baram di situ, barulah kami membeli lauk-pauk untuk berbuka. Nasi goreng bujang, murtabak dan keropok lekor. Cukuplah untuk kami berdua. Kemudian air jus tembikai untuk mengeringkan tekak yang dahagakan kasih sayang. Pukul 7 malam, kami tidak melengahkan masa walaupun mata liar melihat manusia yang menarik bagi naluri kami. Habis 80% pahala aku di situ. Kami terus pulang untuk berbuka.
BERSAMBUNG...
2 ulasan:
kahkahkah. encik hairul fadli itu pulang atau tidak minggu ini? jadi ke kita berbuka puasa beramai2 hujung mggu ini? carilah port yang ramai awek yang cun lagi bergetah. sekurang-kurangnya getahnya sama tahap dengan getah dalam makmal cikgu arif. baru cool. utk interview, jgn terperangkap dengan soalan politik. pastikan hati kau jauh dari hati nuha jika tidak buruk padahnya. kahkahkah? siapa nuha? xperlu tanya mat google bin mat yahoo tepuk dada.. tepuk dada kau ok.. tanya selera. kahkahkah
beh gileeeeeeee!!!!dapat lepak KL tuuuuu.....siap g baram lagik.kteorg kt sini x panggil baram, tp lebih mesra dan manja dipanggil param!!!lu pk la sendirik...
Catat Ulasan