Semalam aku sibuk dengan persiapan beraya. Encik Bob pula tipon-tipon. Hatiku hangat. Tapi sebab aku berpuasa, aku sejukkan hatiku. Nasib baik aku tidak apa-apakan tiponku. Bob ajak aku buka puasa. Kata beliau, ini adalah Rancangan Huda n the gang. Kak Pah yang duduk jauh juga turut serta. Aku On je! Biarpon rakan-rakan lain seperti Prit dan Misa tiada, aku tidak peduli!
Tepat jam 6.45 petang aku setat kereta aku. Ku pandu laju bak Louis Hamilton. Ku cilok sana, ku cilok sini tapi apakan daya McLaren Kancilku cuma mampu cecah 60km/j. Rasa macam dah cukup laju dengan angin menyapu kencang mukaku. Angin apakah yang menyapu bersih mukaku? Jalanraya ketika itu sesak dengan pelbagai kenderaan. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aku pasti lewat.
Dalam perjalanan, aku terpegun apabila melihat satu budaya baru menular di kalangan rakyat Kuantan masa kini. Mungkinkah ini adalah gaya masa kini? Di padang MPK bersebelahan 'Param' (apa itu param? sila rujuk edisi terdahulu) dan berdepan dengan masjid, segerombolan orang-orang berpiknik dengan meriahnya. Wah! bagaikan pesta muda-mudi. Aku kagum. Ingin saja aku turut serta tapi mengenangkan janji manisku dengan Bob, aku pendamkan aje hasrat murni suciku itu.
Jam 7.10 malam aku buat satu parking yang cantik. Bergegas ke Chilli dan menyerbu masuk. Terpampang 3 orang sedang menyibukkan diri melihat ke arah rendaman lauk pauk dalam kuali. Kak Pah tersenyum menampakkan giginya sambil menawarkan kurma buatan Emirates. Aik? ke mana perginya pagar besi gigimu, Kak Pah? Aku ngap kurma beliau! Sedap!! Rasa seperti kurma. Lalu terbatallah puasa aku untuk hari itu. Eh, Huda tiada? Rancangan beliau ini tidak dapat dihadiri beliau kerana ada tetamu istimewa untuk masa depan bertandang ke rumah. Tidak mengapa.
Kemudian aku dikejutkan dengan kehadiran 2 wanita jemputan Bob. Amboi! Amboi! Amboi! 2 orang engkau sapu ye, Bob?! Abaikan. Aku melayan kesemua mereka sambil buat-buat rajin mereneh lauk-pauk steambot. Kami semua mentekedarah sehingga penuh tangki kami. Namun begitu, mengapa Kak Pah memiliki saiz perut sama dengan Bob? Banyakkah beliau makan? Haha! 4 bulan kata beliau.
Sesudah puas memuaskan nafsu perut-perut kami, tibalah masa nak melarikan diri. Bob menghulur duit beliau kepada Tauke kedai. Beliau nak berzakat katanya. Terima kasih Bob! lalu kami pon pulang ke pangkal jalan.
2 ulasan:
Bob sudah slim...maka dengan kemajuan yang terbaru itu, beliau meneruskan lagi kemajuan beliau dengan menyapu 2 segaligus..dari kecik lagi dia sudah memainkan strategi, iaitu berkawan baik dengan abg2 mereka..supaya apabila sudah besar..dapatlah encik Bob kita menyapu keduanya sekaligus..hahahah...
ko pulang ke pangkal jln?baguslah klu da insap....hehe...raya pon da dekat.....
Catat Ulasan