Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Mac 30, 2009

Mendung Yang Tertangkap



Hari Berleser Dengan Gadis Sabah

Hari Jumaat.
Mengejutkan apabila si gadis Sabah menelefon aku memberitahu bahawa dia mahu mengunjungi aku. Katanya ingin mencari ketenangan. Gadis bergetah dari Sabah ini belajar di UiTM Shah Alam. Kami berkenalan di sana. Jiwanya serabut dan keserabutan Shah Alam menambahkan lagi perasaan tensennya. Nama gadis ini Suzi. Selamat datang, Suzi!

Aku pulang dari kerja terus saja menghubungi Suzi bagi memastikan jam berapa dia akan tiba. Katanya jam 10.30 malam dia bertolak dan itu bermaksud pukul 3 pagi dia akan tiba. Aku pon tidur awal kerana penat dan mahu bangun pukul 3 pagi. Zzz...

Kring! Kring! (ringtone tipon aku) - sungguh terkejut. Jam 3.30 pagi. Suzi sudah tiba. Aku bergegas ke Terminal Bas. Aku memandu bak Jenson Button dan Jenson Button juga memandu bak aku. Screeett!! Sound efek dari mulut aku sendiri. Berhenti betul-betul depan Suzi. Suzi tersenyum melihat aku. Dia menaiki keretaku tanpa perlu dijemput dan kami mula merancang apa perlu dibuat pagi-pagi buta ni.

Aku mencadangkan kepada dia supaya kita melepak saja kerana hari sudah mahu cerah. Kerugian jika periksa-masuk hotel waktu ini. Pagi besok saja bolih Check-In. Jimat satu malam. Olih itu kami berpusu-pusu ke Teluk Cempedak. Port biasa bagi warga Kuantan untuk melepak.

Pukol 4 pagi. Masih ramai yang melepak di sana. Apa kejadah mereka masih berjaga pada waktu ini? Suzi tersenyum saja. Mungkin dia bersangka warga-warga berjaga ini senasib dengannya. KahKahKah! Sungguh tidak masuk akal. Kami berborak panjang di pantai itu selama hampir 3 jam. Menariknya, kami sempat melihat aura-aura cahaya matahari terbit. Nak menangis aku melihatnya. Sudah lama aku tidak melihat matahari terbit semenjak aku habis sekolah.

Seterusnya aku tunaikan kewajipan aku. Dan mencari makan pagi. Kami sarap di Tanjung Api. Nyam2! Sa-telah kenyang, kami terus mencari Hotel. Berbagai Hotel di cari. Melihat mata-mata memandang kami, aku rasa kurang enak. Tapi aku tetap berpikiran positif dan berniat suci. KihKihKih! Sementara mencari hotel, kami pergi memandikan bini aku dan melepak di kedai mamak. Setelah itu, kami sambung mencari hotel.

Akhirnya dia mendapat Hotel yg berpatutan, cuma RM50 untuk satu malam. Itu sudah bagus! Aku tinggalkan dia di hotel dan teruskan misi untuk mekap bini baruku. Hati sangat teruja. Aku membuat survey di setiap kedai yang ada. Akhirnya aku mendapat kedai yang menawarkan harga menarik. rm550 dan aku terus setuju! HaHaHa...pasti biniku itu bertambah jelita nanti.

Ku sangkakan cerah hingga ke petang, rupanya hujan renyai-renyai. Aku pula terpaksa menunggu selama 6 jam hanya untuk 'menggelapkan' cermin biniku itu. Mata dah layu, badan dah longlai. Namun demi bini tercinta, aku teruskan juga. Jam tepat menunjukkan 6.30 petang dan aku terus ke JomHeboh anjuran TV3. Tujuan cuma satu, kerana terpaksa teman rakanku mencari pasal dengan orang ramai. Hampeh! Aku sangat tidak gemar menyelit dengan gerombolan orang ramai.

Malam itu, aku teruskan misi melayan gadis Sabah itu. Membawanya lepak di Taman Esplaned, untuk melihat 'jam bumi' (earth hour). Namun impian musnah kerana tiada langsung kesan di bandar Kuantan ini. Malah hati bertambah segan melihat papan tanda 'Kuanta' yang bernyala di seberang sungai - kehilangan huruf N. Apa kejadahnya ini? KahKahKah...terang benderang pulak tu!

Seterusnya aku bawa Suzi ke Planet Kari untuk menikmati Mee Kari paling hebat. Air liur meleleh-leleh di dalam kereta,tidak sabar untuk makan malam kerana perut sudah sangat lapar! Aku juga berjanji untuk berjumpa dengan Encik Prit di sini. Sesudah melayan Mee Kari, barulah Encik Prit tiba. Aku kenalkan dia dengan Suzi. Kami berborak panjang di situ. Akhirnya aku mencadangkan kepada Encik Prit untuk membawa Suzi pusing satu bandar Kuantan.

Start kereta, aku mengantuk. Tukar driver, Encik Prit memandu. Aku terus shut down.

Sedar sadar kami sudah ditempat asal. Encik Prit mengambil semula keretanya dan kami lepak di kedai mamak minum sepam. Untuk menyegarkan kembali mata aku ni. Borak-borak sehingga pukul 2 pagi. Lalu kami pulang ke lubuk asal.

Keesokan paginya, aku mengambil Suzi di hotel tepat jam 8.30. Kali ini dia sudah bersiap dengan begnya sekali. Bas bertolak ke Shah Alam pada pukul 11.30 pagi. Kami bersarap di gerai Indera Mahkota. Melayan Nasi Minyak. Fuh! Encik Prit tiba tak lama kemudian. Kami berhijrah ke Taman Bandar untuk melepak. Bergelak ketawa berborak dengan gadis Sabah. Jam pukul 11.10 pagi dan kami bertolak menuju ke Terminal Bas. Seperti biasa, aku menjadi 'pawong' tak bergaji. Apa itu pawong? sila bertanya gadis sabah.

Sekali lagi kesabaranku di uji...bukan Uji Rashid. Gerombolan manusia menyesakkan lalulintas. Kami terlewat hanya sedetik pabila bas bertolak. Cis! Kami mengejar dengan bersungguh dan brader bas itu belom menghabiskan sebatang rokok ketika menunggu kami di masjid Indera Mahkota. Mujurlah! Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Suzi secara ringkas dan mengucapkan terima kasih kepada brader bas kerana sanggup menunggu kami.

Setelah selesai itu... Ada misi rahsia. Lorong 26. Itu aku cerita kemudian. Sekian untuk kali ini. KahKahKah!

Jumaat, Mac 27, 2009

Malam Bikin Suspen...

Ini malam mari kita meraikan...
Keraian apakah?
aku pon tak tau.
Kata Encik Prit biarkan misteri.
Bolih bikin hati suspen.

Ada wang...
anda bolih bikin mejik.
Tapi ini malam...
Malam bikin suspen!
Aku mane gaji lagi.
Aku mane ada duit.
Aku tak bolih bikin mejik.

Sila lah datang ambik aku, Encik prit.
Aku tunggu penuh suspen!
KahKahKah!!

Rabu, Mac 18, 2009

Berhala Bergerak? Nope!

Ini cinta baru saya.
Cinta ini bukan cinta organik.
Cinta ini ciptaan manusia.
Cinta ini bukan berhala bergerak.
Cinta ini boleh buat saya menangis tiap-tiap bulan.
Sila jangan buat leceh..
kahkahkah!!






Isnin, Mac 16, 2009

Dingin Malam...

Hujan di siang hari berlanjutan hingga ke malam ini.
Sejuk sekali! Aku bikin air kopi tongkat ali.
Aku hirup dengan berhati-hati.
Fuh! Sungguh nyaman.
Sukar digambarkan dengan perkataan.

Malam semakin larut. Hujan sudah surut.
Mata aku masih belum mengantuk.
Esok aku perlu bangkit.
Meneruskan kerja dengan hati yang perit.

Namun mata bagaikan terbuka kaku.
Masa tak menunggu, terus berlalu.
Aku petik kord gitar satu per satu.
Akhirnya tersusun menjadi satu lagu.
Lagu yang tercipta tanpa lirik.
Layan sendirian aku dalam bilik.
Dengan harapan aku akan mengantuk.
Bersama alunan irama yang teruk.
Mata merenung jauh ke sudut gelap di luar tingkap.
Angin berhembus sejuk tapi mata tidak juga lelap.


Sepi.

Sunyi.

Kesunyian membawa ketenangan.
Ketenangan membawa kenangan.
Kenangan membawa impian.

Bahana Tongkat Ali.
Mata terus segar, enggan bermimpi.
Buka blog, lalu tercoret kisah ini.

Adoyai!

Ahad, Mac 15, 2009

Hari Ceria, Malam Duka, Hati Gundah-gulana!

Semalam aku sepatutnya membuat kerja lebih masa. Tapi itu semua aku tolak tepi! Aku sudah mual dengan pentadbiran syarikat aku. Aku tidak sanggup mendera fizikal dan mental untuk membuat amal kebajikan. Aku tidak sekental dan semulia itu. Aku bukan anjing yang hanya menurut jari telunjuk tuannya. Hari ini adalah hari berehat.

Aku ada temujanji hari ini. Temujanji dengan Kak Yati. Dia cantik. Beranak dua. Dia sudah berkahwin tapi masih bergetah. Jangan berfikiran songsang. Aku hanya bertemujanji kerana urusan perniagaan. Aku bukan serigala gatal. Kak Yati cuma orang perantara. Ini semua hanya kerana aku ingin meminang bini baru aku itu. Dia minta aku menjelaskan mas kahwinnya. RM425 yang tertunggak. Tujuan aku pergi temujanji itu juga untuk melihat bakal bini aku itu. Cukup sifat. Hanya menunggu masa untuk aku membawanya pergi. Tapi bukan hari ini. Mungkin hari Selasa nanti. Melihat saja sudah membuatkan aku girang. Hati berdebar. Mata bertentang mata. Biarpun hitam tapi hati suka. Sabar...sabar...hari itu pasti akan tiba!

Selesai urusan itu, Hati berhajat untuk bersuka-ria. Malangnya, Bob ke KL. Prit di kampung bersiap untuk ke penang. Yah bersama rombongan kahwin abangnya ke Rompin. Misa? Oh, jangan diganggu orang yang sedang berusaha keras mencari pewaris. KahKahKah! Beralih arah mencari kawan perempuan. Azni? Entah ke mana. Tiqah? Dalam perjalanan pulang. Qas? kacau saham dia nanti. DLL...? Semua sudah berkahwin. Niat berfoya-foya tidak menjadi nampaknya.
Lalu aku pulang ke rumah layan kartun. Aku duduk depan TV seharian. Yang aku ingat last cerita aku tonton cerita hindi, Krissh. Kahkahkah! Selepas itu 'Tutup Bawah' (shut down). Bukan TV itu tapi aku.

Malam pula satu rancangan yang aku nanti-nantikan. Akademi Fantasia! Bukan. Aku bukan peminat fanatik AF. Tapi orang rumah aku. Hampeh. Malam itu pasti ada kejadian berdarah. Aku dan abang aku tak sabar menunggu EPL. MU vs Liverpool. Aku MU, Abang aku Liverpool. Kami tidak sebulu tapi kami berbulu dengan penonton AF di rumah kami. Aku dan abang aku dari petang bertentang mata,sambil mengeluarkan laser tanda sengit persengketaan perlawanan nanti. Tapi AF potong stim kami. KahKahKah!

Ada iklan, baru dapat tengok bola bergolek. Saat MU gol, Aku senyum sinis saja. Pastu layan AF kejap. Tukar balik channel. Torres pula skor. Abang aku balas senyum sinis. Cis! Pastu Af lagi. Lagu apa, tidak aku endah. Bukak laptop depan TV. Layan YM dengan Qas. Kahkahkah! Pastu iklan, kembali ke EPL. Aik sudah 3 gol bolos? Kali ini abang aku tergolek-golek gelak. Kahkahkah! Aku turut sama gelak. Ini memang lawak. Lebih lawak dari Amir Raja Lawak... I'm Sorry!! KahKahKah...

Akhirnya malam itu adalah malam duka. Pada perlawanan itu, 1-4. Siapa yang dapat 1 itu? MU. yang 4 itu? Lu pikir lah sendiri. KahKahKah!!! Assalamualaikom!

Jumaat, Mac 13, 2009

Kemahiran Hidup

Akhir-akhir ini aku sering terfikir mengenai masa depan. Corak perjalanan hidup aku dari kecil sehingga dewasa. Dari zaman tadika membesar masuk ke sekolah rendah dan meningkat remaja menempuh zaman persekolahan peringkat menengah kemudian akhirnya merentasi zaman universiti di peringkat belia. Kini aku masih lagi belia. Tidak muda sangat dan tidak remaja sangat tapi masih lagi kool dan groovy. Masih mantol dan kemas, tidak longgar. Masih mempunyai pakej untuk memasang empat walaupun yang satu itu pon masih tercari-cari. Itu kita tolak ke tepi!

Cuma akhir-akhir ini aku terpanggil mengenai bantahan golongan professional mengenai PPSMI. Maaf, zaman aku tidak bertakhtakan bahasa inggeris. Aku tidak tahu apa rasanya menjawab kertas peperiksaan dalam bahasa inggeris melainkan kertas subjek bahasa inggeris itu sendiri. Tapi bukan ini yang aku nak ketengahkan. Ini bukan dalam bidang kepakaran aku. Aku sudah terdidik dalam bahasa ibunda. Peringkat universiti juga aku sudah terdidik dalam dwi-bahasa. Ketika di KUiTTHO, subjek-subjek diajar dalam bahasa malaysia. Tapi aku ini terlalu groovy dan cool lalu aku keluar KUiTTHO dan menerobos ke UiTM. Aku mengalami sedikit kejutan budaya. Kerana kali ini aku didampingi oleh mambang-mambang melayu tetapi subjek yang aku belajar bahasa orang putih. Wah! Kahkahkah...Eh, bukan ini yang aku ingin kisahkan.

Berbalik kepada tajuk kita. Kemahiran Hidup. Kemahiran untuk hidup atau hidup berkemahiran? Aku terpikir kerana subjek ini diajar dalam tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Malah masa aku di sekolah rendah juga,subjek ini diajar. Apakah yang terkandung dalam intipati pengajaran subjek ini? Masa sekolah rendah, aku diajar membuat penyangkut baju dari dawai. Ini sangat jimat. Aku juga di ajar membuat keychain dari kad telefon. Ini kreatif. Ini bagus. Ini bolih bikin duit!

Kemudian di sekolah menengah, aku semakin maju. Aku diajar pertukangan. Aku diajar barang-barang elektronik, membikin kotak berbunyi dengan litar elektrik tapi bukan litar sepang. Aku turut diajar menjahit. Ini kemahiran asas untuk hidup. Ini bermanfaat. Aku cukup setuju. Ini serius! Cuma selepas 9 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku mula terfikir. "Mengapa ini semua harus berlaku...apakah ini semua kerna diriku..." - ini lagu harus anda karaoke apabila sedih. Pasti sangat catchy dan menangkap kalbu. Eh, kembali kepada persoalan kita. Apakah aku menggunakan kemahiran hidup aku ini sewajarnya?

Jawapannya hanya aku yang tahu. KahKahKah! Malangnya, kemahiran hidup yang dididik di sekolah masih tidak mencukupi. Aku sangat pasti. Masih ada yang tertinggal seperti lagu cintaku tertinggal di Malaysia. Ada 3 bab yang harus di ajar di sekolah. Bab pertama yang tertinggal itu adalah bab kemahiran bercinta. Ini juga kemahiran hidup. Bagaimana menguruskan cinta. Bagaimana mencari cinta. Bagaimana rasanya putus cinta. Kahkahkah! Ini kerana pelajar abad sekarang sangat maju. Tanpa cinta, kejadian buli bulih terjadi. Gedebak gedebuk, sehingga maut. Mengalahkan cinta tamil. Cuma pengakhiran realiti dan cerita tamil berbeza. Hero saorang lawan orang jahat berpuluh-puluh, hero akan menang tetapi kalau realiti sekarang, hero ini akan menang juga...menang-gung sakit parah. Tanpa cinta, Maksiat berleluasa. Tanpa cinta, pelajar kurang hajar dengan guru. Tanpa cinta, pelajar merempit tanpa segan silu. Cinta yang ditekankan bukanlah hanya cinta antara teruna dan dara sahaja. Cinta kepada tuhan, cinta kepada ibubapa, cinta kepada guru, cinta kepada ilmu malah tidak lupa cinta kepada diri sendiri.

Bab seterusnya yang harus ada dalam subjek kemahiran hidup adalah bab kemahiran berdikari. Mengapa harus ada bab ini? Ini pengalaman hidup. Sesudah aku tamat pengajian, aku cukup sukar mendapatkan kerja setaraf kelulusan yang aku ada. Aku pernah bekerja separuh masa, juga kekasih separuh masa. Biarpun aku ada pengalaman bekerja di 7-Eleven, Kilang Mengitar barang letrik, Menguruskan Pesta Berakit, Pesta Air dan Pesta muda-mudi...namun semua itu dipandang sepi. Bertungkus-lumus aku mencari duit untuk hidup. Bekerja sementara luar dari bidang kelulusan aku hanya untuk mencari duit halal, untuk hidup! Ini kemahiran hidup! Melainkan ibubapa pelajar sekarang kaya raya dan senang lenang? Harta tak luak untuk 7 generasi? Itu usah kita peduli. Berdikari untuk menguruskan wang, menguruskan kredit dan debit, menguruskan masa, menguruskan badan juga tidak terkecuali. Ini penting untuk menjadi insan bergetah dan mantol!

Dan keduanya, kemahiran bersosial. Ini cukup serius. Kita perlu bersukan. Keluar ke donia luar, mengembara. Keluarkan peluh masam sikit. Apa yang dapat aku lihat zaman sekarang, untuk berjaya dalam kerjaya anda perlu pandai bersosial. Maksud sosial bagi aku adalah beramah-mesra dan bertegur-sapa. Cara berinteraksi, cara mengambil hati, cara berdiskusi. Ini sangat penting. Jangan silap bersosial kerana padah hidup kita nanti. Pengalaman kerja aku mengajar segalanya. Segala rahsia keuntungan syarikat, aku tahu. Keuntungan aku? Aku tak sanggup telan. Biarlah mereka telan. Sosial bukan sehingga lupakan agama. Tapi jelas itu yang berlaku skarang. Semoga kita dapat mendidik pelajar kita menjadi seorang insan yang berjaya.

Inilah subjek kemahiran hidup sebenar.
Bersambung...? Tidak cukup sini saja. Kahkahkah!

Ahad, Mac 08, 2009

Ini berita gempar...!

Salam sejahtera.
Di sini ingin saya timurkan, tidak utarakan, perkara yang telah berlaku sabtu lepas.
Kejadian pertama yang amat saya gemparkan adalah kejadian meminang. Abang saya telah pon berjaya (tahniah!) meminang bakal kakak ipar saya. Perkara ini telah pun dijangka keputusannya memandangkan adiknya sendiri pon tidak kurang hebat dan kacaknya. Namun begitu, nama penuh bakal kakak ipar pon masih saya belum ketahuan. Cukup sekadar saya kenalkan dengan nama Ellie Farhana. Kejadian yang berlaku pada pukul 1 tengahari waktu Malaysia telah menempatkan majlis di Brickfields, Kuala Lumpur. Dari rumah itu jelas kelihatan KL Sentral. Saya kagum. Saya kaget tapi masih mampu mengawal ketampanan gaya orang Kuantan.

Cobaan Ijat untuk menyamar diri sebagai bapa mertua tidak menjadi akibat kantoi dengan aku.

Lebih meriah apabila tiba acara makan-makan di mana saya telah merasmikan jeli kelapa. Fuh, emang masyuk! Saya makan dua. Selebihnya masuk dalam beg plastik. Untuk bekalan kemudian hari. Olih kerana saya telah makan jeli kelapa, makan nasi tidak laju seperti biasa. Namun begitu, keluarga pihak saya sangat berpuas hati dengan layanan mereka. Rasanya jika berkesempatan, kami mungkin akan membuat penempatan setinggan di situ kerana mereka sangat ramah. Tetapi malangnya kami harus meneruskan perjalanan hidup ini. Jadi pulanglah kami ke tempat asal dengan misi yang berwarna terbang. (flying colors!)

Kejadian kedua adalah sahabat keramaian, Sharifah Hafizah Syed Jaafar telah berjaya melahirkan seorang lagi umat muhammad yang berjantina lelaki. Tahniah! Seperti ingin meraikan hari kebesaran keputeraan rasulullah s.a.w, sahabat kita ini melahirkan ahli baru untuk kita renungkan kebesaran kurniaan rezeki tuhan. Apa yang kami ketahui, bayi seberat 3.33 kg itu berjaya dilahirkan dengan selamatnya pada pukul 2.24 minit petang. Si ibu dan anak jelas kelihatan sihat selepas proses yang amat memeritkan. Kalau Encik Prit membaca cerita satu per satu bagaimana proses kelahiran itu berlaku, pastinya telah lama pengsan dan turut sama terlantar di katil seperti ibu yang baru lepas bersalin. Menurut Kak Pah, beliau terpaksa menunggu selama...jap nak kira...(4.30 pagi sehingga 14.30 petang...) 10 jam! sebelum berjaya lahirkan bayi yang comel itu.

Dan pada hari kejadian itu, saya dan beberapa teman pergi bertandang untuk membuat kecoh. Ahli yang ada adalah saya, Bob, Prit, Qas, Ayu dan Chacha (ini awek bergetah). Kami sempat menghadiahkan barangan berupa barang keperluan bayi tanda kami mengalu-alukan kewujudan ahli baru itu. Kami juga tidak sabar mahu beramah mesra dengan seorang lagi ahli keramaian iaitu bayi tersebut. Malangnya bayi itu enggan melayan diriku lagi...buat masa ini kerana dia lebih selesa tidur. KahKahKah! Photographer kami iaitu saya sendiri telah berjaya merakam beberapa aksi lincah bayi tersebut ketika tidur. Holoh...Holoh...Holoh! Comel sungguh!! Comel itu tuju pada bayi dan bukan saya. Sila rujuk gambar di bawah:


Ahli baru menunjukkan penumbuk tanda dia sedia berjuang!

Perot, Ibu dan Bayi.

Sekian sahaja laporan saya, Nazrsyadid Kadri buat masa ini. Nantikan foto terkini dari ibu bayi itu sendiri nanti. Sila layari buku-muka (facebook) ibu tersebut untuk mendapat posing yang lebih anggun dan bergaya.
Akhir kata dari saya, Jika melentur buluh,biarlah tidak patah. Anak ibarat kain tidak bercorak...ibu bapa yang harus mencoraknya tidak kira corak batik mahupon corak kotak-kotak.

Salam ceria dan Salam Maulud Nabi dari saya. Assalamualaikom!

Jumaat, Mac 06, 2009

Sengal

Sengal
badanku sengal
semalam aku buat senaman
berlari bak gaya zulhamizan zakaria
dengan harapan perutku mengempis
ah...sengalnya!

Sengal
Bos aku juga sengal
bukan badan tapi otaknya
berjalan bak gaya donald trump
kunun kaya la...macam haram
Ah...sungguh sengal!

Sengal
bila bergaul dengan orang sengal
sanggup pijak kepala kita untuk naik
nak naik,cari la tangga sendiri
Ah...memang sengal!!

Rabu, Mac 04, 2009

Who's the boss?

We always questioned what we are.
Because we are not at the best so far.
Always argue the things that not right.
Because the burden is so heavy,it's not light!

And one thing i know...
He's the boss!
Damn!!

I always wonder when i will be like him.
Every months, wait for the money to come in.
And my pockets always full for never-ending.
He's not my idol but his money is.

And one thing i know...
He's the boss!
Damn!!

Maybe i'm not tough enough
Waiting for the right time to laugh.
The life challanges is making me mad.
Because i'm tired for all the things i had.

And the true thing i know...
I'm the boss for myself!
KahKahKah!!!


-press...tekan...presure...tekanan...mental...mantol...-
~lalala...~

Ahad, Mac 01, 2009

Evolusi

Ini Tahun 1984

Ini Tahun 1992

Ini Tahun 1995

Ini Tahun 1998

Ini Tahun 2000

Ini Tahun 2003

Ini Tahun 2004

Ini Tahun 2006

Ini Tahun 2008


Tapi identiti sebenarnya...



kini....







KahKahKah!

Iklan Tampal