Hujan di siang hari berlanjutan hingga ke malam ini.
Sejuk sekali! Aku bikin air kopi tongkat ali.
Aku hirup dengan berhati-hati.
Fuh! Sungguh nyaman.
Sukar digambarkan dengan perkataan.
Malam semakin larut. Hujan sudah surut.
Mata aku masih belum mengantuk.
Esok aku perlu bangkit.
Meneruskan kerja dengan hati yang perit.
Namun mata bagaikan terbuka kaku.
Masa tak menunggu, terus berlalu.
Aku petik kord gitar satu per satu.
Akhirnya tersusun menjadi satu lagu.
Lagu yang tercipta tanpa lirik.
Layan sendirian aku dalam bilik.
Dengan harapan aku akan mengantuk.
Bersama alunan irama yang teruk.
Mata merenung jauh ke sudut gelap di luar tingkap.
Angin berhembus sejuk tapi mata tidak juga lelap.
Sepi.
Sunyi.
Kesunyian membawa ketenangan.
Ketenangan membawa kenangan.
Kenangan membawa impian.
Bahana Tongkat Ali.
Mata terus segar, enggan bermimpi.
Buka blog, lalu tercoret kisah ini.
Adoyai!
2 ulasan:
kasihan. telan ubat batuk kunyah ubat selesema. lena sampai pagi.
mimpilah apa saja asalkan indah
buatlah apa saja asalkan baik.
voila!!
kenangan, kenangan juga. benda yg sudah jgn dikenang ya. isu kekalahan sila letak tepi.
vamos..!!
Catat Ulasan