Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, September 18, 2010

Bersama Menerobos Ke Alam Gua


Seperti yang kalian tahu, sudah lama geng Keramaian bercadang ingin menjelajah ke dalam gua. Aku pon tak tahulah apa yang best sangat dalam gua ni. Namon begitu, idea yang dicampakkan olih saudara Hairul ini tidak dipandang sepi mahupon dipandang serong. Cadangan yang pada mulanya mahu dilaksanakan ketika raya haji - memang kurang waras mamat ini - kini menjadi realiti. Setelah tundaan punya tundaan, akhirnya satu tarikh muktamad telah ditetapkan - 9 Oktober 2010. Tiada mesyuarat diadakan bagi menetapkan tarikh ini. Hanya tinjauan secara rambang. Mereka semua setuju. Hairul bantah. Tetapi aku peduli apa. Takkan mahu ke gua pada hari raya lagi? Getus hati kecilku.


Untok kalian yang belom pernah ke gua - termasok aku, sini ada beberapa tips yang Pakcik Google bagi. Antaranya:

1. Sila pakai baju yang senonoh. Contohnya baju pakai t-shirt bukan kemeja bertali leher atau baju batik, Seluar pulak hendaklah berkain jeans bukan seluar kain licin lipat bawah lidah batman. Untok gades-gades, rasa2 nak tayang body, kami menadah saja mata ini. Jangan mengada pakai kasot kulit atau hi-heel. Rase2 kebal nak berkaki ayam, suka hati koranglah tetapi ikot Pakcik Google kata biar kasot yang ada grip.

2. Bawa air mineral. Nak bawak air sirap bandong pon bolih. Tetapi haroslah di dalam botol, bukan teko atau jag - kita bukan nak berpiknik. Makanan tak perlu bawa. Cikedis pon tak payah. Kalau bawak jugak, aku makan.

3. Lampu picit atau lampu suloh perlu dibawa. Kita buat back-up biarpon kita punya tourist guide sudah ada. Lilin jangan mengada-ngada nak bawak. Ini bikin leceh. Bersihkan hati, Terangkan minda.

4. Baju salin. Bukan baju bersalin tetapi baju untok kita salin selepas keluar dari gua. Ini wajib ada kerana selalunya baju kita akan compang camping selepas keluar gua. Kalau sempat, kita mandi sungai. yeay!

5. Kamera mahal-mahal tak payah la bawa. Leceh brader. Aku akan bawa kamera gila murah punya pakai kodak. Henpon pon tak payah la bawak masok gua. Kita tinggalkan dalam kereta je. Kalau ada barang elektronik yang nak dibawa masok juga, seeloknya diletakkan dalam beg plastik tidak bolos air. Rokok dan pemetik api juga sama.

6. Bawa sekali alatan asas first aid. Untok sebarang kecemasan kan? Untok yang ada penyakit tak kiralah siplis atau batu karang, sila info dahulu. Jangan malu, jangan segan. Kita ada doktor dalam team kita. Kalau ada ubat, bawa ubat masing-masing.

Kita juga dinasihatkan untok membawa beg plastik sampah sendiri. Elakkan diri dari mencemarkan alam dengan sisa-sisa sampah. Cukoplah dengan sampah-sampah masyarakat yang sedia ada kat negara ni.

Bayaran untok masok adalah sebanyak RM22. Duit minyak dan tol pergi balik - tong2 tambah tolak bahagi - korang peruntokkan lah dalam rm50-60 seorang. Kita berkonvoi dari KL pada pukol 7 pagi. Sila hubungi saya atau Hairul untok maklumat lanjot.

Sekian, terima kaseh.

Iklan Tampal