Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Februari 28, 2009

Janji manis

Hidup dalam dunia serba moden,
Banyak penipuan.
Semuanya nak tipu.
Pakwe tipu makwe.
Abang tipu adik.
Saya tipu saya sendiri pon ada.

Dulu mase aku kecik-kecik...
Aku tertipu dengan cokelat kotak sperti dindang dan tora.
Depan ada gambar robot-robot.
Pasti ada robot di dalam.
Sanggup simpan 20 sen sehari untuk membelinya.
Dalam hati, pasti dapat memiliki robot.
Tapi apabila sudah dibeli, haram jadah...
Cuma ada cokelat 2 biji dan sebiji getah ape ke nama aku tidak berpengetahuan.
Neraka apakah ini? Karut sungguh aku!

Yang terkini, ada sebuah kompeni fabrikasi.
Kompeni nih tidaklah besar mana tapi ada nama di dunia 'oil n gas'.
Sudah berdiri selama 10 tahun. Kompeni 100% bumiputera.
Dan sejak 2 tahun sebelum ini, kompeni ini mengalami kemerosotan.
Staf teknikal yang pakar dan berpengetahuan, semuanya berhijrah.
Hanya tinggal staf bahagian pengurusan dan akaun.
Kemasukan 2 anak muda telah menjana kembali pendapatan kompeni ini.

2 anak muda ini tidak berkira kerja.
2 anak muda inilah despatch, purchaser, projek koordinator, logistik dan kuli.
2 anak muda ini tidak ada pengalaman yang dalam.
2 anak muda ini terpaksa menggali, selongkar dan belajar sendiri.
2 anak muda ini tidak ada mentor dan sifu.
2 anak muda ini berkorban masa selama hampir 5 bulan.

Hasilnya, penat lelah mereka mencari projek telah berjaya.
Kompeni kini boleh menarik nafas lega.
Ada projek, ada kerja, ada duit, ada gaji.
Big bos dan pengurus adakan mesyuarat.
Berjanji akan menaikkan gaji dan memberi pangkat baru.

Namun malangnya, keringat 2 anak muda ini tidak dihargai.
Gaji yang dijanji akan naik tidak ditunaikan.
Pangkat baru hanyalah mimpi.
Bahagian pengurusan dan akaun pertikaikan O.T dan Claim 2 anak muda ini.
Mereka tidak memahami skop kerja 2 anak muda ini.
Dengan gaji sekadar cukup makan, mereka mahu 2 anak muda ini buat kerja yang diluar skop jawatan yang sepatutnya. Tapi tidak pula memahami beban yang 2 anak muda ini pikul.
2 anak muda ini rasa tertindas, dibuli dan diambil kesempatan.
Sungguh tidak adil.

Salah seorang anak muda ini cuma ditawarkan gaji rm1400 sebulan.
Kerja yang dilakukan kini sepatutnya bergaji dalam lingkungan rm5000-6000 sebulan.
Pengurus lembik dan hipokrasi. Cuma tahu bercinta dengan awek simpanannya.
Kebajikan pekerja diabaikan. Hanya tahu, tiap bulan mesti ada duit masuk.
2 anak muda ini sudah penat, sudah sampai batasan kemampuan.
Cukup bulan, anak muda ini akan beralih arah dan berhijrah.
Kini baru anak muda ini mengerti mengapa staf sebelum ini lari.
Selamat tinggal kompeni tak mengenang budi.
"i'm sori!!" - amir raja lawak 3.

KahKahKah!!!

Khamis, Februari 26, 2009

Kawe dok pahe...

Kawe baru pah kelik kelate.
Cito dio, kawe punye staf eksiden.
Jari putuh tekepik kak chen-blok.
Nok cite diteil takuk kore dok pahe.
Panje pulok cito nanti.
Sebak tanok panje, kawe buwi hok pendek deh.

Cito pendek dio, kawe ni keno la gi jenguk staf ni.
Nok setel hok mane patok. Bayor duik bedoh dio belako-belako la.
Nayo ko dio sebak doh nok masuk 3 hari dok bedoh2 jugok.
Staf kawe ni kabo jari berdenyuk-denyuk sakik ni.
Kawe tanye la bik boh nok buak guano...bik boh kabo molek buat praibesi serjeri.
kawe pon uruh la dio punyo pembayare nok bagi derah staf ni sehak molek.

Hok menariknyo...(bukan tarik nyior, tapi menariknye)
Hospita hok staf kawe dudok nih hospita usm kube kerie.
holoh...holoh...holoh...!!
Come come la cek mek kijo sano.
Staf kawe hok dok teriok sakik pon dok jadik teriok.
Hati terubak dok nengok bidadari merawak.
Kawe pulok hok nok leleh air mato nengok ko jari staff ni dok jadi leleh!
Air liur pulok leleh nengok misi-misi di nu.
tamboh pulok dokter-dokter pelatih segar bugar...meme molek sangak la.

Kawe pulok under-kaver molek.
Belakon kemah, dok longga.
Kecek kelate pah perabih belako cayo kawe ore kelate.
Kahkahkah! siot je.

2 hari di kelate, kawe sempak la jumpo Yah geng keramaiye ni.
Kawe paw make tengohari. Timo kaseh banyok la, Yah!
Kenye peruk kawe make Nasik Ule (ulam) cicoh denge budu!
Sek'eh peruk kawe tengohari tuh.

Pete pah aso, kawe pon kelik smula ko kuate.
On de Wei tuh, saing kawe teringin pulok nok minum air nira.
Singgoh la kejak warung tepi jale.
Pah abeh minum, kawe denge dio sibuk cari mempele mudo.
Cito dio, bini dio kak umoh ngidam.
Cari-cari...jumpo la. Kabo saing kawe hok beloh ganu...kelate musim mempele lor nih.
Tempak lain tadok. Kawe doh dapak mempele tuh, teruh kelik teke sampa 130 km/j.
Sampa la kawe kak kuate ni kol 11.45 male. Penak abeh kawe!!

(paham ke? buat2 paham la...)

Isnin, Februari 23, 2009

Sunyi sepi aku sendiri

Malam tadi.
Kelaparan menghantui perut gebuku.
Hari minggu aku ditinggalkan sendirian.
Kemalasan meresap tubuhku.
Seharian tidakku bangkit dari kamar...
Sudah lama tidak aku lakukan perangai tidak bermoral ini.

Ini semua berpunca dari perancangan tidak menjadi.
Hajat berkaraoke dengan Prit...semuanya mimpi.
Beliau ada program famili.
Bob pula kunun nak ajak menonton muvie,
Tapi hari minggu datang pulak kerja busy.

Aku hanya tidur di siang hari.
Dari pagi hingga ke senja.
Namun tidak pula ku tidur separuh bogel.
Nahas jika ada sesiapa merakam aksiku nanti.
KahKahKah!

Di senja hari,
Aku mengatur satu aktiviti dengan teliti.
Tetiba pula berhajat nak makan mi kari,
Call sana sini untuk bertemujanji.
Tidak sabar rasanya untuk berkumpul di planet kari.

Malangnya,
Planet Kari enggan melayanku lagi.
Hari Ahad...mereka semua cuti!
Kami beralih arah dan selera ke Chili.
Hahaha...ini satu evolusi!
Apa terjadi di Chili??
Bacalah link ini:

HaHaHa!!

Jumaat, Februari 20, 2009

Aku, Keramaian, Teh o Ais Limau, Berger, Hujan dan Awek Cun Bergetah...


Tepat jam 8.30 malam waktu Syadid (bukan waktu Malaysia yang tepat), Encik Prit tiba di depan rumahku. Tujuan kami sama, berdiskusi membincangkan hal sosial rakan-rakan bersama-sama dengan sahabat handai yang telah lama bersedia di Kopitiam Kemaman. Atau bahasa mudah dan sopannya, kami berpeleseran dan bergosip.

Dalam perjalanan ke kedai, kami menyentuh mengenai soal moral. Moral murid-murid, moral pemuda-pemudi, malah moral para pemimpin turut kami sentuh. Kami hanya sentuh secara rohaniah dan bukan secara fizikal. Kalau sentuh secara fizikal, itu sudah dikira meraba. Maka tergolonglah kami dengan golongan tidak bermoral jika perkara sedemikian berlaku. Biarpun Encik Prit bukanlah seorang guru pendidikan moral namun beliau mengerti maksud sebenar moral. Dan secara jelas dan terperinci, beliau telah menerangkan 'apa itu moral' kepada aku. Kesimpulannya, setelah diskusi selama 10 minit, dapat aku simpulkan...kesemua rakan-rakanku yang aku kenal termasuklah aku adalah tidak bermoral. KahKahKah!

Eh, cerita lari tajuk ni...aku kejar balik. Malam yang dingin diiringi angin yang agak laju sepoi bahasanya telah menusuk lemak-lemakku. Kehadiran selebriti, pendidik, housewife sepenuh masa, pelukis pelan, kontraktor dan pelbagai lagi orang-orang berkerjaya telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk berdiskusi. Cerita dimulakan dengan Cik Nita dan Encik Prit yang bersekolah sama ketika bersekolah rendah tapi kedua-duanya langsung tidak mengenali antara satu sama lain. KahKahKah! Encik Prit, adakah anda terlalu kerdil waktu itu sehingga rakan sekolahmu tidak perasan kewujudan anda pada ketika itu?? Sungguh kejam dunia ini.

Kemeriahan diskusi kami tidak terhenti di sini. Sebaliknya hasutan selebriti untuk mengena seketul burger yang disifatkannya 'the best in the world' telah menyerap pemikiran rakan-rakan yang lain. Ditambah pula dengan nama-nama unik seperti 'berger-tah', 'berger-mbire', 'berger-lak' dan macam2 lagi nama yang aneh telah menambahkan keinginan kami semua untuk merasa. Biasalah, kami ini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat radical-lous (ridicalous + radical).

Kami menuju ke sana....berpesanlah kami kepada brader berger akan hajat kedatangan kami itu. sambil menunggu, aku turut memesan teh o ais limau. sungguh nyaman! tidak cukup dengan itu, mata kami terpana akan gadis manes bergetah yang turut memesan berger. ini cukup bagus! ini cukup hebat! ini tempat harus jadik port kami di masa akan datang.

Ketibaan ahli-ahli yang tadi merancakkan lagi suasana. Di sini kami sambung berdiskusi. Di sini kami bergelak ketawa, di sini kami bercanda. Kami berbicara tentang cinta, tentang jodoh dan pertemuan, tentang keburukan sosial kenalan, dan bermacam lagi tentang yang gila kentang! Namun kerancakan kami berbebel terhenti setelah hujan turun membasahi bumi dan bulan enggan melayan diriku lagi. Kami bersurai buat masa ini. Nantikan kemunculan perkumpulan peleseran kami di masa akan datang.

Ahad, Februari 15, 2009

Hari Cinta!


kahkahkah...
hari kekasih...neraka apakah? (What the hell)
Asal-usul hari terbabit pon sudah ramai yang dah tahu
tapi mereka bikin buat-buat tak tahu
kepada mereka yang belum tahu tapi berminat nak tahu,
sila kemukan persoalan anda kepada pakcik mat google bin mat yahoo

kahkahkah...
Metro hari ni terpampang pasangan kekasih yang kantoi
dicekup pihak berkuasa sedang memadu asmaradana.
tanpa segan silu mereka port di tempat awam. Neraka apakah?
Mengapa tidak mereka port di porto? Sungguh tak pandai kaver line.
tapi paling aku nak tergelak...
setelah mereka dikantoi dan ditangkap,
mereka diberi kaunseling...kaunseling je?
Oh,negaraku Malaysia!
Mengapa tidak kita hantar sahaja mereka ini ke palestin.
Jadikan mereka ini sukarelawan kita.
letak sminggu pon jadi la...hahaha!

Kahkahkah...
Mengapa perlu sambutan hari ini?
kasehani-lah rakan-rakanku yang berstatus sperti Farid Abdillah dan Ahmad Fairul,
Mereka tidak bersalah...mereka tidak gay...cuma jodoh tidak kelihatan.
Malah temanku Salleh Nur yang memiliki kekasih bergetah juga tolak tepi.
Dia gam hari kekasih. Syok lagi hidu gam dari hari hidu kekasih...kahkahkah!
Adoyai..hari kekasih

KahKahKah...
Jadi smlm aku tidak meraikan hari valentine...
aku juga tidak meraikan valentino rossi.
Semuanya aku push aside (tolak tepi)
Aku meraikan hari cinta...
tidak ke mana-mana cuma di rumah sahaja,
memadu kasih bersama bantal empukku.
Yang telah setia bersamaku 15 tahun lamanya,
Walaupon dikunyah usia namun cintaku tidak berubah.
Tido bersama saban hari
namun tidak pula kantoi kerana aku pandai kaver line.
KahKahKah!

Khamis, Februari 12, 2009

Dari Jalan Kopi - Gades Itu

Cerita dari Jalan Kelang Lama. Di suatu seminar.
Ada seorang awek. Cun. Bergetah.
Awek ini lain dari yang lain. Awek ini tak 'hot'.
Tak macam awek Jalan Telawi. Tak Macam awek Jalan Kopi.

Awek ini awek tudung labuh. Berstokin dikaki.
Nampak lemah lembut. Cair hati dan perasaan.
Dalam hati ini runtuh rantah. Dalam hati dia siapa tahu.
Saya selalu terserempak dengan wajah ayu ini.
Nak makan tengok muka dia. Nak minum tengok muka dia.
Dengar gedebe berucap nampak muka dia. Naik lif dengan dia. Turun lif jumpa lagi.

Dia memang tidak hot tetapi dia ayu. Lebih ayu dari Ifa Raziah.
Jalan pun muka tunduk ke bawah.
Tiada tudung Arini. Tiada spek Gigli. Tiada gincu Mabelin. Tiada kasut Converse.

Anak siapa dia ini? Dari mana dia datang? Sudah ada yang punya?
Kahkahkah. Kahkahkah. Kahkahkah.
Anak buluh betung!! Sumpah saya tak tahu. Nak ambil pot tapi tak nak ambil pot.
Buat-buat 'cool'.
Simpan dalam hati. Tulis dalam blog sudehhhh!!!
Kahkahkah. Kahkahkah. Kahkahkah

Isnin, Februari 09, 2009

Dari Jalan Kopi - Derhaka

Keadaan bertambah gawat. Hari-hari telinga saya yang ‘cute’ lagi jambu ini mendengar satu perkataan yang semakin popular – derhaka. Woit!! Apa dia derhaka ini? Pernah dengar cerita klasik Indonesia Malim Kundang? Pernah dengar kesah dolu-dolu Si Tenggang dari Tanah Melayu. Cerita ini cerita derhaka. Cerita ini cerita yang memberikan gambaran yang jelas mengenai derhaka. Cerita ini memberikan kita tanda dan makna derhaka. Jangan buat bengap. Kalau tak tahu makna derhaka sila masuk geng Mahmoud Abbas dan Yitzhak Rabin. Duduk diam-diam di Baitul Laham. Makan daging kibas.

Tapi ini cerita bukan cerita derhaka biasa. Cerita mengenai derhaka kepada Sultan. Semasa saya mengaji sejarah dahulu, dikatakan sesiapa yang menderhaka terhadap sultan akan kena tulah.

Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tidak ada sebarang pengalaman mengenai penderhakaan terhadap sultan. Jika mau berkesah mengenai cinta – kita boleh berkesah sampai dinihari. Jika ingin berkesah mengenai jiwa yang luka – kita boleh berkesah sampai embun menitis di hujung pohon berembang.

Sebenarnya penderhakaan terhadap sultan ini bukan kelmarin, semalam, hari ini, esok atau lusa. Tetapi telah berlaku lama dulu. Di dalam kitab-kitab Melayu ada dinyatakan mengenai penderhakaan ini. Sangat jelas antara orang-orang yang menderhaka terhadap sultan ini adalah orang-orang yang hebat-hebat belaka.

Setahu saya makcik warung jalanan, pakcik gerai R&R dan ketua kampung di Felda Kumai tidak sesekali ambil ‘pot’ mengenai pernderhakaan terhadap sultan.

Hang Tuah – seorang pahlawan unggul dalam sejarah Melayu Melaka. Hang Tuah ini juga adalah penderhaka kepada sultan. Hang Tuah ini telah melanggar tatatertib istana. Begini ceritanya. Hang Tuah telah bercinta dengan seorang gadis yang bernama Melor. Melor ini anak seorang guru silat. Anak guru silat Hang Tuah yang bernama Adiputra dari Gunung Ledang.

Dalam pencarian Melor ini dia telah ditipu oleh Pateh Kermawijaya dengan dijadikan sebagai gundik istana. Gundik istana ini adalah hak milik sultan. Tetapi demi cinta Hang Tuah telah ber’dating’ dengan Melor di dalam istana. Lalu Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Tuah dihukum bunuh kerana telah derhaka terhadap sultan. Mengorat awek sultan – mana boleh.

Hang Jebat – mendengar Hang Tuah dihukum bunuh, Hang Jebat telah mengamuk dan ingin menuntut bela. Dengan slogan keramat ‘ Sultan adil sultan disembah. Sultan zalim sultan disanggah’ Hang Jebat melarikan keris Taming Sari dan menuntut bela ke atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat ingin membunuh sultan.

Akhirnya keperwiraan Hang Jebat ini telah tamat dibunuh oleh Hang Tuah. Hang Jebat dibunuh kerana telah derhaka kepada sultan kerana mahu membunuh sultan atas kematian Hang Tuah.

Tun Perak ialah seorang arkitek empayar agung Kesultanan Melayu Melaka. Jika tidak kerana kebijaksanaan Tun Perak jangan haraplah Melaka akan menjadi tarikan pedagang antarabangsa. Mungkin Melaka akan sama seperti di bawah Tun Ali Rustam. Wakakaka. Bagi gelaran Dato’ kepada seorang pelakon tambi dari Mumbai. Lain kali bagilah kepada Vaneedah Imran ke Rashidi Ishak ke Faizal Hussein ke Meet Uncle Hussein ke. Wakakakaka.

Tun Perak juga adalah penderhaka. Setelah sultan mempercayai bahawa Hang Tuah telah berasmaradana dengan Melor si gadis manis dari gunung – sultan amanahkan hukuman bunuh itu dijalankan oleh Tun Perak. Sebaliknya Tun Perak telah melanggar titah perintah sultan dengan hanya menyurukkan Hang Tuah belakang jamban. Woit!! Sultan suruh bunuh lah bukan suruk. B.U.N.U.H bukan S.U.R.U.K. Tak sekolah ker?

Tun Perak sebenarnya tahu bahawa hukuman dari sultan itu tidak adil kerana Hang Tuah tidak bersalah. Tetapi pokoknya perintah sultan sudah Tun Perak ingkar. Pangkatnya tetap sama. D.E.R.H.A.K.A. ada paham???????

Terpulang kepada rakyat Perak untuk memilih untuk menjadi Hang Tuah, Hang Jebat atau Tun Perak. Jangan jadi Tun Teja sudah. Jika jadi Tun Teja kena bersedia – saya ingin masuk meminang. Wakakakakaka.

nasionalis

Bapakku dan aku pergi meninjau kedai kereta...
seketul kereta untuk aku di masa depan.
kereta yang aku kaji,
Toyota, Nissan dan Honda.
Semuanya nama-nama jepun.
Proton dan Perodua langsung tidak aku jengah!
Nasionaliskah aku?
Derhakakah aku?

Menurut seorang teman yang juga merupakan pendidik bangsa..
Dalam soal kereta...nasionalis tolak tepi!
Dalam soal kereta...awek duduk tepi (ape kejadah duduk tengah...camne nak tukar gear?)
Dalam soal kereta...produk yahudi tolak sampai mati!

Jadi apekah yang harus kita tolak tengah?
Aku selalu terbaring memikirkannya.
Tapi tidak pula aku berbaring di tengah jalan.
Aku baring kerana aku sering fikirkan tentang hal yang satu ini.
Sambil lengan kanan empuk berehat di atas dahi.
Tangan kiri menggaru-garu perut tak berisi.

Tahulah aku kini...sebagai pengguna hanya satu kita perlu tolak tengah!
Duit kita! kahkahkah....

Khamis, Februari 05, 2009

Sang Bulan dan Sangap

Sang Bulan
saat mengambang
tidak kuhirau
TV plasma kutatapi
Pro Evolution Soccer 2009 aku layani...
Sedang berusaha menjadi lagenda
dalam versi 'Become a legend'
tak ku sedari,
jam menghampiri angka 5 pagi...
mata kuyu layu tak bermaya
aku masuk bilik tidur...

kini
masuk kantor...
mata membulat
bukan semulajadi tapi terpaksa
supaya tidak tertutup terkatup rapi
kerana aku ngantok
sangap yang amat!

Isnin, Februari 02, 2009

Dari Jalan Kopi - Satu Pandangan Bukan Satu Cadangan

Ini adalah kali kedua saya menulis mengenai Barack Hussein Obama. Saya menulis kali kedua ini kerana kehairanan saya masih belum pudar. Saya telah menjadi begitu hairan apabila melihat orang-orang Melayu menyokong Barack Hussein Obama. Saya masih gagal melihat sebab musabab yang kukuh bagaimana sokongan kali ini terhadap seorang presiden kulit hitam begitu mendalam di jiwa melayu.

Saya sendiri semasa kecil sangat mengagumi Nelson Mandela seorang yang berkulit hitam menjadi Presiden Afrika Selatan. Tetapi Nelson Mandela adalah cerita yang berbeda dengan Obama.

Di dalam negara Amerika Syarikat ini kulit putih menjadi penduduk majoritas manakala kulit hitam menjadi penduduk minoritas. Selama ini hanya kulit putih sahaja yang diberikan peluang menjadi Presiden Amerika. Dari George Washington hingga George Bush. Putih – Putih dan Putih.

Situasinya sama sahaja dengan Malaysia. Orang Melayu sebagai penduduk majoritas dan berbangga dengan ketuanan melayunya. Manakala orang India/Cina ini adalah asalnya golongan imigran dan menjadi penduduk minoritas di Malaysia.

Saya tertanya-tanya adakah orang Melayu akan memberi sokongan kepada orang India untuk menjadi Perdana Menteri di Tanah Melayu seandainya orang India itu sehebat Obama? Adakah orang Melayu akan memberi sokongan untuk sosok India ini menjadi ketua negara? Rasa saya jika dikerat jari kelingking tangan kanan pun orang Melayu tidak akan bersetuju. Jadi mengapa disibukkan sangat dengan Obama ini? Ini yang menjadikan tanda-tanya kepada saya siang dan malam.

Jika sosok peribadi yang diperjudikan. Maksud saya sosok Obama ini kelihatan lebih baik dan sederhana. Nanti dulu. Apa yang saya belajar ketika menganalisis politik ialah kita tidak boleh mencampuradukan impian indah dengan realiti sebenar. Saya sampai sekarang tidak pernah mempercayai sosok individu mampu untuk mengubah nasib sesebuah bangsa.

Sosok individu Obama tidak mempunyai sebarang nilai. Sedarkah kita siapa pelobi-pelobi besar di belakang Obama? Obama telah dibiayai oleh pelobi-pelobi besar mazhab zionis yang cenderung untuk meletupkan bumi Gaza. Pelobi-pelobi ini adalah sosok yang akan menentukan siapa yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Mana-mana individu samada Republican atau Democrat, kesemua mereka mendapat dana dari pelobi-pelobi besar bermazhab zionis. Untuk menang, individu untuk bertanding sebagai presiden wajib mengikut telunjuk yang dituding oleh pelobi-pelobi besar zionis ini. Sama ada Democrat yang menang atau Republican yang kecenderungan untuk menyokong pandangan politik zionisme adalah muktamad. Sama ada Obama yang menang atau Mc Cain yang menang kecenderungan untuk membunuh anak-anak Palestin adalah muktamad.

Saya hampir terguling-guling mendengar hujah seorang kenalan apabila dia menyokong Barack Hussein Obama kerana ditengah-tengah nama Obama adanya nama Islam iaitu Hussein. Hah!! Baginya dengan adanya nama Islam ini Obama akan menjadi warak. Ini satu pandangan serong yang sangat lucu. Adakah dengan adanya nama Hussein itu Amerika menjadi aman dan permai? Adakah dengan nama Hussein itu Amerika akan pencen dari menjadi imperialis paling lucah di dunia?

Dahulu di Iraq kita ada Saddam Hussein. Sila bertanya dengan saudara-mara kita kaum Kurdish. Berapa ramai umat Kurdish ini telah berkecai badan dibedal oleh Saddam Hussein?

Nama tidak mempunyai sebarang nilai. Jika hanya nama akan melambangkan kewarakan seseorang individu, rasa saya ini satu pandangan yang salah. Dari menyokong Barack Hussein Obama dan Saddam Hussein ada baiknya menjadi penyokong kelab Meet Uncle Hussein.

Ahad, Februari 01, 2009

Percuma

Hari Ahad
Hari dimana aku percuma
Sudah lama tidak aku nikmatinya
AAaaaahhh...sungguh selesa!

Biarpun percuma, aku tak dapat tido lama-lama.
Sudah terbiasa, menjadi adat resam aku agaknye.
Mata ngantok tapi guling kiri guling kanan tak jugak lelap!
Oh, baru aku teringat...hari minggu, hari kartun...Ini plan yang mantap!

Aku bukak tv...berita! oh...pukol 7.30 baru...takpe layankan aje!
MU menang? 1-0? lorr...camane bleh terlepas tengok live ni!
takpe,berita seterusnya...Ntah camane aku lena depan tv tu.
sedar2 aku dikuis-kuis bonda suh mandi. Pukol 10??
berdesup aku bangun...tapi bukan pi mandi...
masuk bilik sambung tido! kahkahkah!!

tgh syok2 aku tido...aku terjaga...
jam dah pukul 2 ptg! baru aku teringat...
aku terlepas School Rumble dengan Sarjan Keroro!
damn...lama tak layan kartun! ketagih aku...
Lalu aku pon buka blog aku nih...
baru aku tau, ada rakan tak percuma hari ni...
menurut beliau...ia sangat tidak cool!
aku mengerti, aku alaminya minggu lepas.
kahkahkah...layarilah:
Memang tak cool!

Aku simpati padamu...
Ahhh...selesanya di hari percuma!

Iklan Tampal