Ini adalah kali kedua saya menulis mengenai Barack Hussein Obama. Saya menulis kali kedua ini kerana kehairanan saya masih belum pudar. Saya telah menjadi begitu hairan apabila melihat orang-orang Melayu menyokong Barack Hussein Obama. Saya masih gagal melihat sebab musabab yang kukuh bagaimana sokongan kali ini terhadap seorang presiden kulit hitam begitu mendalam di jiwa melayu.
Saya sendiri semasa kecil sangat mengagumi Nelson Mandela seorang yang berkulit hitam menjadi Presiden Afrika Selatan. Tetapi Nelson Mandela adalah cerita yang berbeda dengan Obama.
Di dalam negara Amerika Syarikat ini kulit putih menjadi penduduk majoritas manakala kulit hitam menjadi penduduk minoritas. Selama ini hanya kulit putih sahaja yang diberikan peluang menjadi Presiden Amerika. Dari George Washington hingga George Bush. Putih – Putih dan Putih.
Situasinya sama sahaja dengan Malaysia. Orang Melayu sebagai penduduk majoritas dan berbangga dengan ketuanan melayunya. Manakala orang India/Cina ini adalah asalnya golongan imigran dan menjadi penduduk minoritas di Malaysia.
Saya tertanya-tanya adakah orang Melayu akan memberi sokongan kepada orang India untuk menjadi Perdana Menteri di Tanah Melayu seandainya orang India itu sehebat Obama? Adakah orang Melayu akan memberi sokongan untuk sosok India ini menjadi ketua negara? Rasa saya jika dikerat jari kelingking tangan kanan pun orang Melayu tidak akan bersetuju. Jadi mengapa disibukkan sangat dengan Obama ini? Ini yang menjadikan tanda-tanya kepada saya siang dan malam.
Jika sosok peribadi yang diperjudikan. Maksud saya sosok Obama ini kelihatan lebih baik dan sederhana. Nanti dulu. Apa yang saya belajar ketika menganalisis politik ialah kita tidak boleh mencampuradukan impian indah dengan realiti sebenar. Saya sampai sekarang tidak pernah mempercayai sosok individu mampu untuk mengubah nasib sesebuah bangsa.
Sosok individu Obama tidak mempunyai sebarang nilai. Sedarkah kita siapa pelobi-pelobi besar di belakang Obama? Obama telah dibiayai oleh pelobi-pelobi besar mazhab zionis yang cenderung untuk meletupkan bumi Gaza. Pelobi-pelobi ini adalah sosok yang akan menentukan siapa yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Mana-mana individu samada Republican atau Democrat, kesemua mereka mendapat dana dari pelobi-pelobi besar bermazhab zionis. Untuk menang, individu untuk bertanding sebagai presiden wajib mengikut telunjuk yang dituding oleh pelobi-pelobi besar zionis ini. Sama ada Democrat yang menang atau Republican yang kecenderungan untuk menyokong pandangan politik zionisme adalah muktamad. Sama ada Obama yang menang atau Mc Cain yang menang kecenderungan untuk membunuh anak-anak Palestin adalah muktamad.
Saya hampir terguling-guling mendengar hujah seorang kenalan apabila dia menyokong Barack Hussein Obama kerana ditengah-tengah nama Obama adanya nama Islam iaitu Hussein. Hah!! Baginya dengan adanya nama Islam ini Obama akan menjadi warak. Ini satu pandangan serong yang sangat lucu. Adakah dengan adanya nama Hussein itu Amerika menjadi aman dan permai? Adakah dengan nama Hussein itu Amerika akan pencen dari menjadi imperialis paling lucah di dunia?
Dahulu di Iraq kita ada Saddam Hussein. Sila bertanya dengan saudara-mara kita kaum Kurdish. Berapa ramai umat Kurdish ini telah berkecai badan dibedal oleh Saddam Hussein?
Nama tidak mempunyai sebarang nilai. Jika hanya nama akan melambangkan kewarakan seseorang individu, rasa saya ini satu pandangan yang salah. Dari menyokong Barack Hussein Obama dan Saddam Hussein ada baiknya menjadi penyokong kelab Meet Uncle Hussein.
4 ulasan:
hahaha...aku stuju...
sperti nama aku...nazrsyadid kadri.
dgn nama di tengah2... ...(spacebar)
ada ape dgn nama ditengah2? ia tak melambangkan SABS, lambang MU atau lambang apa2!
jadi aku sgt stuju kalau kita menjadi peminat meet uncle hussein drp menjadi peminat barrack hussein obama!
so when can we meet?
mjumpa di jalan kopi la wehhhhh...
Pari-pari Bawah Angin satu!
Biar
Biar lah pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percayakan mu..
mic sudah di mulut. gitar sudah di tangan. pengetuk drum sudah dijari. awek di depan mata. tggu apa lagi. Mari rayakan zaman groovy.
Catat Ulasan