Keadaan bertambah gawat. Hari-hari telinga saya yang ‘cute’ lagi jambu ini mendengar satu perkataan yang semakin popular – derhaka. Woit!! Apa dia derhaka ini? Pernah dengar cerita klasik Indonesia Malim Kundang? Pernah dengar kesah dolu-dolu Si Tenggang dari Tanah Melayu. Cerita ini cerita derhaka. Cerita ini cerita yang memberikan gambaran yang jelas mengenai derhaka. Cerita ini memberikan kita tanda dan makna derhaka. Jangan buat bengap. Kalau tak tahu makna derhaka sila masuk geng Mahmoud Abbas dan Yitzhak Rabin. Duduk diam-diam di Baitul Laham. Makan daging kibas.
Tapi ini cerita bukan cerita derhaka biasa. Cerita mengenai derhaka kepada Sultan. Semasa saya mengaji sejarah dahulu, dikatakan sesiapa yang menderhaka terhadap sultan akan kena tulah.
Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tidak ada sebarang pengalaman mengenai penderhakaan terhadap sultan. Jika mau berkesah mengenai cinta – kita boleh berkesah sampai dinihari. Jika ingin berkesah mengenai jiwa yang luka – kita boleh berkesah sampai embun menitis di hujung pohon berembang.
Sebenarnya penderhakaan terhadap sultan ini bukan kelmarin, semalam, hari ini, esok atau lusa. Tetapi telah berlaku lama dulu. Di dalam kitab-kitab Melayu ada dinyatakan mengenai penderhakaan ini. Sangat jelas antara orang-orang yang menderhaka terhadap sultan ini adalah orang-orang yang hebat-hebat belaka.
Setahu saya makcik warung jalanan, pakcik gerai R&R dan ketua kampung di Felda Kumai tidak sesekali ambil ‘pot’ mengenai pernderhakaan terhadap sultan.
Hang Tuah – seorang pahlawan unggul dalam sejarah Melayu Melaka. Hang Tuah ini juga adalah penderhaka kepada sultan. Hang Tuah ini telah melanggar tatatertib istana. Begini ceritanya. Hang Tuah telah bercinta dengan seorang gadis yang bernama Melor. Melor ini anak seorang guru silat. Anak guru silat Hang Tuah yang bernama Adiputra dari Gunung Ledang.
Dalam pencarian Melor ini dia telah ditipu oleh Pateh Kermawijaya dengan dijadikan sebagai gundik istana. Gundik istana ini adalah hak milik sultan. Tetapi demi cinta Hang Tuah telah ber’dating’ dengan Melor di dalam istana. Lalu Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Tuah dihukum bunuh kerana telah derhaka terhadap sultan. Mengorat awek sultan – mana boleh.
Hang Jebat – mendengar Hang Tuah dihukum bunuh, Hang Jebat telah mengamuk dan ingin menuntut bela. Dengan slogan keramat ‘ Sultan adil sultan disembah. Sultan zalim sultan disanggah’ Hang Jebat melarikan keris Taming Sari dan menuntut bela ke atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat ingin membunuh sultan.
Akhirnya keperwiraan Hang Jebat ini telah tamat dibunuh oleh Hang Tuah. Hang Jebat dibunuh kerana telah derhaka kepada sultan kerana mahu membunuh sultan atas kematian Hang Tuah.
Tun Perak ialah seorang arkitek empayar agung Kesultanan Melayu Melaka. Jika tidak kerana kebijaksanaan Tun Perak jangan haraplah Melaka akan menjadi tarikan pedagang antarabangsa. Mungkin Melaka akan sama seperti di bawah Tun Ali Rustam. Wakakaka. Bagi gelaran Dato’ kepada seorang pelakon tambi dari Mumbai. Lain kali bagilah kepada Vaneedah Imran ke Rashidi Ishak ke Faizal Hussein ke Meet Uncle Hussein ke. Wakakakaka.
Tun Perak juga adalah penderhaka. Setelah sultan mempercayai bahawa Hang Tuah telah berasmaradana dengan Melor si gadis manis dari gunung – sultan amanahkan hukuman bunuh itu dijalankan oleh Tun Perak. Sebaliknya Tun Perak telah melanggar titah perintah sultan dengan hanya menyurukkan Hang Tuah belakang jamban. Woit!! Sultan suruh bunuh lah bukan suruk. B.U.N.U.H bukan S.U.R.U.K. Tak sekolah ker?
Tun Perak sebenarnya tahu bahawa hukuman dari sultan itu tidak adil kerana Hang Tuah tidak bersalah. Tetapi pokoknya perintah sultan sudah Tun Perak ingkar. Pangkatnya tetap sama. D.E.R.H.A.K.A. ada paham???????
Terpulang kepada rakyat Perak untuk memilih untuk menjadi Hang Tuah, Hang Jebat atau Tun Perak. Jangan jadi Tun Teja sudah. Jika jadi Tun Teja kena bersedia – saya ingin masuk meminang. Wakakakakaka.
2 ulasan:
Di kampung gua ada seorang sultan. Sultan ini ada sebuah kedai yang agak ol'skool. Banyak jual barang-barang rare dan berhabuk. Siapa yang ingin membeli beras dan gula yang sudah berhabuk sila ke kedai Sultan.
Perbuatan tidak membeli barang-barang dikedai Sultan ini tidak langsung dianggap derhaka.
Sultan : Mamak di Lorong 1.
kahkahkah...sultan itu sungguh lawak pokleh! sultan itu kita boleh buang negara. sultan itu kita boleh buat member. sultan itu tiada tulah. kahkahkah! aku respek sultan itu.
Catat Ulasan