Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Februari 09, 2009

nasionalis

Bapakku dan aku pergi meninjau kedai kereta...
seketul kereta untuk aku di masa depan.
kereta yang aku kaji,
Toyota, Nissan dan Honda.
Semuanya nama-nama jepun.
Proton dan Perodua langsung tidak aku jengah!
Nasionaliskah aku?
Derhakakah aku?

Menurut seorang teman yang juga merupakan pendidik bangsa..
Dalam soal kereta...nasionalis tolak tepi!
Dalam soal kereta...awek duduk tepi (ape kejadah duduk tengah...camne nak tukar gear?)
Dalam soal kereta...produk yahudi tolak sampai mati!

Jadi apekah yang harus kita tolak tengah?
Aku selalu terbaring memikirkannya.
Tapi tidak pula aku berbaring di tengah jalan.
Aku baring kerana aku sering fikirkan tentang hal yang satu ini.
Sambil lengan kanan empuk berehat di atas dahi.
Tangan kiri menggaru-garu perut tak berisi.

Tahulah aku kini...sebagai pengguna hanya satu kita perlu tolak tengah!
Duit kita! kahkahkah....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam soal ini syurga dan neraka tidak akan dipersoalkan. kebaikan dan kejahatan tidak akan ada kena mengena.

jangan dirunsingkan utk menjadi penderhaka kpd barang buatan nasional atau imperialis.

membeli kereta akan turun harganya. membeli y** akan menaikkan sesuatu.

Tanpa Nama berkata...

aku dah jadi penderhaka kpd barang buatan nasional..muahahaha.. showroom kat depan opis aku dah jadi opis kedua aku dah..hehehe...

Iklan Tampal

Powered By Blogger