Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Februari 20, 2009

Aku, Keramaian, Teh o Ais Limau, Berger, Hujan dan Awek Cun Bergetah...


Tepat jam 8.30 malam waktu Syadid (bukan waktu Malaysia yang tepat), Encik Prit tiba di depan rumahku. Tujuan kami sama, berdiskusi membincangkan hal sosial rakan-rakan bersama-sama dengan sahabat handai yang telah lama bersedia di Kopitiam Kemaman. Atau bahasa mudah dan sopannya, kami berpeleseran dan bergosip.

Dalam perjalanan ke kedai, kami menyentuh mengenai soal moral. Moral murid-murid, moral pemuda-pemudi, malah moral para pemimpin turut kami sentuh. Kami hanya sentuh secara rohaniah dan bukan secara fizikal. Kalau sentuh secara fizikal, itu sudah dikira meraba. Maka tergolonglah kami dengan golongan tidak bermoral jika perkara sedemikian berlaku. Biarpun Encik Prit bukanlah seorang guru pendidikan moral namun beliau mengerti maksud sebenar moral. Dan secara jelas dan terperinci, beliau telah menerangkan 'apa itu moral' kepada aku. Kesimpulannya, setelah diskusi selama 10 minit, dapat aku simpulkan...kesemua rakan-rakanku yang aku kenal termasuklah aku adalah tidak bermoral. KahKahKah!

Eh, cerita lari tajuk ni...aku kejar balik. Malam yang dingin diiringi angin yang agak laju sepoi bahasanya telah menusuk lemak-lemakku. Kehadiran selebriti, pendidik, housewife sepenuh masa, pelukis pelan, kontraktor dan pelbagai lagi orang-orang berkerjaya telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk berdiskusi. Cerita dimulakan dengan Cik Nita dan Encik Prit yang bersekolah sama ketika bersekolah rendah tapi kedua-duanya langsung tidak mengenali antara satu sama lain. KahKahKah! Encik Prit, adakah anda terlalu kerdil waktu itu sehingga rakan sekolahmu tidak perasan kewujudan anda pada ketika itu?? Sungguh kejam dunia ini.

Kemeriahan diskusi kami tidak terhenti di sini. Sebaliknya hasutan selebriti untuk mengena seketul burger yang disifatkannya 'the best in the world' telah menyerap pemikiran rakan-rakan yang lain. Ditambah pula dengan nama-nama unik seperti 'berger-tah', 'berger-mbire', 'berger-lak' dan macam2 lagi nama yang aneh telah menambahkan keinginan kami semua untuk merasa. Biasalah, kami ini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat radical-lous (ridicalous + radical).

Kami menuju ke sana....berpesanlah kami kepada brader berger akan hajat kedatangan kami itu. sambil menunggu, aku turut memesan teh o ais limau. sungguh nyaman! tidak cukup dengan itu, mata kami terpana akan gadis manes bergetah yang turut memesan berger. ini cukup bagus! ini cukup hebat! ini tempat harus jadik port kami di masa akan datang.

Ketibaan ahli-ahli yang tadi merancakkan lagi suasana. Di sini kami sambung berdiskusi. Di sini kami bergelak ketawa, di sini kami bercanda. Kami berbicara tentang cinta, tentang jodoh dan pertemuan, tentang keburukan sosial kenalan, dan bermacam lagi tentang yang gila kentang! Namun kerancakan kami berbebel terhenti setelah hujan turun membasahi bumi dan bulan enggan melayan diriku lagi. Kami bersurai buat masa ini. Nantikan kemunculan perkumpulan peleseran kami di masa akan datang.

4 ulasan:

John Leh berkata...

Meleser-leser tak ajak aku. Ini betul-betul leceh. Lagi leceh bila ada pulak awek. Haihh, tak cool!

Hanggokan berkata...

hajat di hati ingin mengajak tapi realiti dan kewarasan pemikiran mengatasi keinginan. mana mungkin diri anda yang jauh di sana menghadirkan diri? usah khuatir...minggu depan,pokleh! kita aturkan satu lagi pertemuan!

L.H.R berkata...

o0o
anda d kemamang yep
hehe

Dari Jalan Kopi berkata...

kahkahkah. bergertah. kahkahkah. sungguh syiok meleser bersama keramaian. jangan risau pokleh. mggu depan kita aturkan satu keramaian. kahkahkah. khas untuk kamu. weh!! cik anita juga kenal kamulah. kahkahkah.

Iklan Tampal

Powered By Blogger