Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Oktober 31, 2008

Unstoppable Works


Started from i went to PD last 2 weeks, my time was fully booked. Lots of appologize to Keramaian's members because i really didn't have time to write a report about our Barbeque Project at Cherating Beach last week. I am chasing my dateline. Suddenly they giving me last minute assignment.

Anyway, for Keramaian Members...lots of thanks because of all support. Don't worry to thoose who can't attend our project because we planned to organized one more project in the future, just keep in touch.

I end this post here first. I have to attend my friends wedding at Pasir Mas today. HoHo!

Isnin, Oktober 27, 2008

Hangatnya Bara

Petang itu,
Aku dan hujan,
Tidak kesorangan,
Tapi berteman,
Bagi mencari ketenangan,
Di pantai Cherating, Kuantan.

Malam itu,
Kami geng keramaian,
Sanggup meredah hujan,
Demi menjayakan perancangan,
Demi hubungan setiakawan,
Demi nafsu yang ingin makan,
Kami berbarbeque sakan.

Saat itu,
Kehangatan bara tidak terasa,
Karaoke sumbangnya suara,
Borak dan makan sesama kita,
Tanpa sedarkan masa,
Kita terpaksa berpisah jua.

Kini,
Tinggallah aku,
Dengan kehangatan malam itu,
Bukan kehangatan bara barbekue,
Tetapi kehangatan demam yang tidak ku alu!
Ditambah suara serak bak Ramli Sarip gitu.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Untuk Keramaian...

Wahai sahabatku semua...

Aku nak inform korang bahawa lokasi untuk BBQ kita malam ini adalah chalet Riverside 3 point beachview motel (Little Bali). Aku pon susah nak ingat nama chalet nih. Tolong bawa pakaian yang sesuai untuk aktiviti sukan pantai. Kami akan berada di sana bermula jam 3 p.m. Acara kemuncak adalah barbeque pada pukul 8.30 p.m. Sila inform kepada Bob Lat, Sham Jay atau Amz Campro jika terdapat sebarang kemusykilan. Kerjasama anda amatlah dihargai. TQ.

p/s: no hp aku: 012-9545760 (did) - sebarang sms tidak dilayan. Call sahaja. HeHeHe!

Rabu, Oktober 22, 2008

Dari Kuantan Ke PD balik ke Kuantan

Gile penat. Banyak gile drawing nak kena buat nih. Dengan wajah kacak ini, aku terpaksa meredah onak duri bagi menyiapkan projek lilin gergasi itu. Tapi aku tak hot, aku cool beb! 2 hari di sana sangat memeningkan kepala hanggok aku. Assignment aku adalah untuk mengambil ukuran mende alah nih dan lukis semula. Nampak senang kan? haa...lu pikir la sendri!

Dan untuk pengetahuan anda semua, beginilah rupa aku...


P/S: Geng keramaian, ada skit pengumuman...Projek BBQ berjalan seperti dirancangkan tetapi ada sedikit perubahan tempat kejadian. Jgn risau, ia masih di Cherating Bitch cuma chalet bertukar! hehehe...nantikan info terbaru!

Jumaat, Oktober 17, 2008

TERKINI!! Projek BBQ Keramaian 2008

Sahabatku sekalian,
Dengarkanlah pengumuman dari 'the choosen one' iaitu aku. Semalam aku buat site visit. Bukan stakat site visit untuk pekerjaan aku, tetapi juga site visit untuk BBQ keramaian. Di sini aku bagi la gambaran skit untuk bayangan kita semua tentang kemeriahan yang bakal terjadi di situ.


Aktiviti masih belum aku decide. Aku ada terima cadangan untuk buat Beach-ball, Bitch-boy dan Bitch-Sports. Namun aku ingin memberitahu kepada anda semua bahawa aktiviti kita akan berterusan dari petang sampai malam dan terus ke pagi keesokan harinya. Jangan khuatir kerana kita akan sewa 1 bilik chalet di situ untuk kegunaan kita semua. Kepada rakan-rakan yang tidak dapat join sessi malam, sila roger aku. Ini kerana aku bercadang kita buat sessi bakar2 makhluk berdaging pada waktu malam, sekitar jam 9 malam. Oleh itu, aku ingin memastikan kemuncak aktiviti ini akan dihadiri oleh semua rakan-rakan Keramaian. Tolong sediakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti kita nanti. Bagi yang ingin membawa pasangan, anda dibenarkan tetapi tolong inform kat aku ye. Setelah mesyuarat bersama MT keramaian, disini terdapat sedikit perubahan mengenai Projek BBQ Keramaian ini. Sila rujuk maklumat di bawah:

Tarikh: 25-26 Oktober 2008
Masa: Mula 3 p.m
Lokasi: Cherating Beach.
Yuran: RM15 per kepala hangguk
* Azim, adakah perlu untuk kita setelkan di akhirat nanti? HaHaHa!
Rujukan cadangan sebelum ini: Plan awal BBQ

Jika terdapat sebarang idea atau bantahan, sila kemukakan segera. Anda boleh kontek Encik Did Hanggokan, Encik Sham Jay, Encik Amz Campro atau Encik Bob Mesra. Target aku adalah untuk mengumpulkan rakan-rakan Ex-SABSians sekurang-kurangnya seramai 20 orang.
HooHoo...

Rabu, Oktober 15, 2008

Tajuk Karangan: Cerita 1 malam

Semalam aku ke KL. Misi aku adalah menjemput Valve Specialist Company aku di LCCT untuk Inspection di Kertih. Aku bertolak dari kuantan pukul 5.30 petang.

Aku bawak kereta Hyundai Elantra. Singgah ambik Sham Jay di Permatang Badak serta berhenti isi minyak di Petronas Kg Pandan sebanyak RM60.

Aku teruskan perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur bermula di Gambang. Berhenti sebentar di Temerloh, buang apa yang patut. Teruskan lagi perjalanan. Kami tidak putus-putus bergosip supaya tidak mengantuk. Sampai KL pukul 8.30 malam. Kami singgah di McD untuk membuncitkan perut. Kembali meneruskan misi pukul 9.15 malam.

Sampai KLIA hujan renyai-renyai...masa tu pukul 10.40 malam. Aku isi minyak lagi RM60. Sejurus itu, aku pergi jemput staff tu. Hujan makin lebat. Dia sampai tepat jam 11.10 malam. Kami terus bergerak balik ke kuantan dalam keadaan hujan lebat. Sangat mencabar. Sangat merbahaya. KL banjir lagi. Kami terpaksa mendayung bagi menempuh halangan berliku malam itu. Akhirnya kami berjaya.

Hujan berhenti setelah kami sampai di Karak. Kami teruskan lagi perjalanan. Sampai di Kuantan pukul 4 pagi. Penat gile! Lepas tu aku dapat tahu harga minyak turun. Rugi...rugi sebab semalam isi minyak awal sangat. Aku menyesal...
p/s: tahapehape aku...

Selasa, Oktober 14, 2008

BBQ untuk geng keramaian

Semalam aku lepak2. Tiba-tiba hanfon Nokia 3310 (oldskool beb!) berbunyi menandakan ada org SMS. Encik Hamisa menanyakan tentang sessi BBQ yang akan kita adakan. Sebelum ini juga ada yang menanyakan perkara serupa kepadaku.

Sedara dan sedari sekalian...disini aku ingin mengutarakan cadangan untuk Projek BBQ Keramaian kita pada kali ini.


BBQ Keramaian edisi 2007

Tarikh: 26 Oktober 2008
Lokasi: Pantai Cherating, Kuantan
Aktiviti: Membakar Ayam, Daging, Seafood serta Lemak2 yang ada.
Yuran: RM 10
(p/s: Belum ditetapkan, nak bayar lebih pon boleh!)
*azim hokhek, ko hutang aku!

Kepada Ahli-ahli MT Keramaian, Sila hubungi aku untuk satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan projek terbaru geng keramaian ini.

Kepada geng-geng keramaian, jika ada cadangan dan ingin menjadi pihak pembangkang; jangan malu-malu...letak je komen. Tapi pastikan anda memberi nama dan nombor kontek yang lengkap supaya mudah untuk aku FIRE balik!

Jumaat, Oktober 10, 2008

Babbling

KEDISH! KEDISH! That is the sound of my keyboard being hitted by me. Sometimes I just cannot understand how this AutoCAD works. I'm so mad and feels like to kick this PC in the ass. Oldschool PC, I hope boss will upgrade it. Thank god, there's no prohibitted to access website. Yahoo Messenger is the best friend for me to relax for awhile.

Lots of tension. Lots of work to do but still i can write in my blog. Well...please don't be surprise because i'm write in english...just to make sure my english is still in the best performance. It is not just only car that have to get a service, sometimes english has to get service too. Plus in this office, all of my officemate is fully bumiputera. So, it is hard to hear any other language than Malay or Ganu or Klate language!

Anyway, what am i doing right now? You can see the picture below. My first assignment in this office. The drawing makes me dizzy and headache! I love to playing around with AutoCAD but the main problem is, I don't know what am i drawing right now. I mean the real things...the model to what am i created. This is a disaster! Damn to those who leave this drawing incomplete! At least, leave me a drawing that is in right scale! so right now, i have to go to PD and make measurement to the real flack stare that have been modified. The funny thing is, supposed i'm design first before the construction begin. However in this case, they construct first and then i draw. Do as you wish, BOSS! I just follow your order. Don't blame me.

Rabu, Oktober 08, 2008

Jamming Aidilfitri 2008

Lenguh aku menatap AutoCAD haramjadah ini. Ofis sunyi. PC macam sial. Mujur ada internet. Tulis blog OK juge. So aku nak sambung skit la kesinambungan Projek Mega Raya geng-geng keramaian ini. Mari kita baca coretan bebelan aku di bawah ini.

Sesudah selesai beraya di rumah Liyana, kami meneruskan rancangan yang ada. Lagipon malam masih muda. Kami juga muda. Rancangan asal adalah menonton wayang beramai-ramai. Malangnya filem yang ada tidak menepati masa kami. Jadual dipinda. Kami berempat, Aku, Herol, Hadi dan Toyi pergi ke Terminal Makmur. Tujuan kami cuma satu. Kami mencari Man.

Siapakah Man? Man Studio. Man setahu aku sudah arwah, Studionya diwariskan kepada Mun (bukan nama sebenar sebab nama dia pon aku tak tau, selalu pun aku panggil dia bro). Herol set studio kecik. Ada drum, ada gitar, ada bass, ada mic. Ok, cantek! Kami set bunyi, ekjas2 skit tune dia. Toyi tak tahan, pergi membuang di satu sudut kecil tapi bukan dalam studio.



Toyi kembali ke pentas. Kami pon mulakan acara. Yeah! Alangkah bagus jika para pembaca dapat mendengar hasil petikan dan pukulan muzik kami. Malangnya kami tak rakam. Cume suka-suka. Lagu pertama yang kami mainkan, lagu kumpulan Muse. Aku pon tak ingat dah. Macam-macam lagu kami main malam tuh. Sehingga berbagai kejadian ngeri berlaku.



Herol memukul drum sehingga pecah stick. Aku layan Bass bertali karat. Ngeri...ngeri... apa-apa pun, korang tengok jek la video klip kami kat bawah nih. hehehe...video tak bergerak!


Ahad, Oktober 05, 2008

Projek Mega Raya 2

Pagi yang gelap. Cuaca cerah. Tengahari baru bangun. Suasana tenang. Tenang jangan disangka tiada buaya. Masa yang tepat untuk memulakan gerak gempur raya. Ahli yang ada; Aku, Herol, Hadi dan Bob. Yah terikat dengan program keluarga. Prit juga sama. Namun begitu, mereka akan join jika berkesempatan. Sebelum itu, Herol memerlukan pertolonganku. Lalu ku hulurkan tangan menyambut kunci keretanya untuk dihantar ke Hoi Keen. Kereta beliau kena langgar lagi. tapi bukan Hoi Keen yang langgar.

Hari Kedua beraya, kami meneruskan usaha menggempur rumah kenalan yang ada. Setelah selesai urusan dengan Hoi Keen, kami segera membuat intipan dan risikan. Hasilnya, kami menyerbu rumah Azlina atau lebih popular dengan panggilan Qas. HoHo! Dia lah mangsa pertama kami! Meriah rumah beliau, tidak putus-putus tetamu yang datang. Jika tetamu yang datang itu putus-putus, mungkin hantu barangkali. Rumah beliau mempunyai TV Sony yang canggih. Kagum aku.

Seperti biasa, dengan sifat pemalu yang tebal di dalam diri kami...kami makan dengan beradab sekali. tidak cukup dengan sepiring, ditambah lagi sepiring. Bukan piring yang kami makan, tetapi nasi dagang. Prit muncul di tengah-tengah kerancakan acara. Namun ia langsung tidak membantutkan semangat kami. Setelah ketawa terbahak-bahak dan kering tekak berborak, kami mengundurkan diri. Mangsa seterusnya, Nonoi!

Dalam perjalanan itu, aku berjaya mengambil gambar candid seekor lembu. Lembu juga menjadi mangsa. Hasil yang kemas dari tangan seorang pakar jurugambar. Seterusnya kami melilau di permatang badak masuk pulak ke sungai isap. Kami tunggu Yah. Dalam sessi penungguan itu, kami dihiburkan dengan video klip henset Bob. Teruja semua ahli di dalam kereta. Yah sampai. Kami terus ke rumah Nonoi.

Sampai rumah Nonoi, kami melihat segerombolan gadis sedang kusyuk meneliti seketul laptop. Dalam laptop itu mempunyai gambar-gambar pertunangan Nonoi. Patot la. Kami tidak menghiraukan mereka, dan mereka tidak menghiraukan kami. Tapi kami tetap merakamkan bukti perayaan kami di rumah Nonoi. Dalam edisi ini, Faliq sempat menyelit untuk turut serta dalam acara. Selesai rakam, kami semua menuju ke rumah Hisyam pula.

4 buah kereta berkonvoi ke rumah Hisyam. Sesat sebentar bersama kami, tetapi golongan yang tiada pengetahuan lokasi rumah ikut sahaja. Kami merempuh ombak badai dan liku-liku kehidupan sebelum berjaya sampai. Di rumah Hisyam, kami di sambut meriah bak seorang satria membawa pulang kepala naga. Kami di jamu dengan Spagetti. Tidak lupa, aksi-aksi terlarang turut dirakam di sini.

Mahu lihat aksi-aksi kami? klik di sini: Syawal 2008

Setelah kekenyangan, golongan gadis membawa haluan masing-masing. Kami meneruskan program gerak gempur raya. Mangsa seterusnya adalah Arwah Zulfikri Bin Roselan. Kami beraya sebentar bersama beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah!

Seterusnya kami ke rumah Dayana. Sudah lama tidak berjumpa. Jam ketika itu sudah pukul 6.40 petang. Kami turut disertai Laila. Anak kembar Dayana sudah besar. Begitu cepat masa berlalu. Tetapi mengapa mereka begitu malu denganku? Adakah aku terlalu kacak? Puas aku berkejaran untuk memberi duit raya. Biarkan ia menjadi misteri. Setelah puas bertanya khabar dan menjamu selera, tiba masa untuk ke rumah seterusnya.

Rumah seterusnya adalah rumah Liyana. Aku tak kenal sangat dengan beliau. Beliau merupakan rakan Huda, Bibik kami. Tapi adinda kepada Liyana menjadi tumpuan. Lupa, kami turut disertai Toyi kali ini. Tuan rumah sangat peramah, beliau kenal Pakcik Hashim...ayahanda Herol. Tuan rumah seterusnya kusyuk menatap TV bersama keluarganya.

Selesai beraya dengan Liyana, tibalah masanya kami semua beredar. Hajat menonton wayang terkubur dek kerana masa tidak mengizinkan. Kami ada projek lain. Nak tau? Tunggu laporan selanjutnya!

gambar ini kalau dah stop dan korang nak tengok skali lagi, tekan X kat hujung kanan tu ----->

Futsal Raya 2008

JUMAAT, 3 Oktober 2008 - Satu kejohanan futsal peringkat antarabangsa sempena aidilfitri telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Indera Mahkota 8. Perlawanan sengit di antara Harmony Garden dan Keramaian yang berlangsung selama 2 jam ini telah memihak kepada pasukan Harmony Garden. Namun begitu, pasukan keramaian tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya menjamu mata di court sebelah serta dapat main timbang-timbang bola.

Perlawanan yang begitu emosi dan penuh ketegangan otot-otot dan saraf ini terpaksa dihentikan kerana telah tamat tempoh 2 jam. Malah penjaga gol keramaian, Hasni telah cedera di jari tangan dan digantikan dengan penjaga beg kawan-kawan. Tamat perlawanan, kami terpaksa mengeluarkan modal sebanyak RM11.00 seorang begitu juga dengan pasukan lawan biarpon mereka menang untuk dibayar kepada tauke padang futsal. Berikut adalah aksi-aksi ngeri perlawanan ini.

p/s: Maaf kerana visual yang kurang menarik, segala kesulitan amat dikesali

Check foto ni kat facebook aku:
http://www.facebook.com/

Keramaian dan Harmony Garden


Jurus bayangan gurauan


Bagai Rooney lagaknya tapi tidak aksinya


Keramaian


Harmony Garden


Faliq senyum, Yah tegang


Peminat yang tidak puas hati dengan Ref


Sabtu, Oktober 04, 2008

Projek Mega Raya

Prghhh! Itulah ejaan yang kami kutip di satu kejadian di trafik light. Ejaan bagi menggambarkan betapa hebat dan meriahnya hari raya sehingga rasa sengal-sengal badan dan pemikiran. Fenomena semulajadi ini hanya berlaku setahun sekali...untuk sengal badan la, pemikiran tu memang sentiasa sengal!

Semuanya bermula ketika ketibaan aku dari kampung halamanku tepat jam 2.25 petang pada hari raya ketiga, hari Jumaat. Walaupon ketibaanku tak disambut meriah sebab tiada siapa di rumah, tetapi agenda tersembunyi tetap diteruskan. Encik Herol selaku Ketua Penyelia projek mega raya hello-hello aku. Janji melayu beliau untuk bertemu adalah pukul 3 petang. Namun yang tiba dahulu di rumahku adalah Encik Yah dan Cik Naz. Oleh kerana mereka adalah tetamu pertama, aku layan baek punya! Nasi dagang menjadi santapan mereka tetapi dengan tiba-tiba, entah muncul dari mana Herol dengan sedapnya melantak di ruang tamu saat aku menyediakan air di dapur. Sungguh mistik!

Projek kami diteruskan. Pelan peralihan kuasa dirangka bagi tidak menjahanamkan projek ini ditangan Herol. Kami beralih arah ke rumah Doc Hadi. Menu beliau adalah satay bersama kek durian. Sambil kami menikmati santapan, kami turut dihiburkan dengan alunan muzik dari piano dan gitar. Wow! Mujur kami tidak tersentap. Di rumah Hadi, selagi kali kami mengubah pelan asal. Dengan penyertaan Hadi dalam projek ini, kami meneruskan serbuan ke rumah Bob pula.

Kami di sambut mesra oleh tuan rumah setibanya di rumah Bob. Bob memang mesra! Kami tidak membuang masa terus sahaja ke meja makan di mana Yah dan Naz sudah pun get ready awal-awal. Untuk pengetahuan pembaca, Herol mengusulkan cadangan untuk sessi serbuan di setiap rumah hanya 20 minit. Tetapi mustahil..kerana beliau melantak sahaja sudah memakan masa 30 minit. Menu Bob adalah mee goreng. Sambil menunggu seorang lagi ahli projek ini, kami menjamu selera terlebih dahulu. Kami turut dilayan oleh sang bidadari kecil bernama Aisya. Sungguh comel! Yah dan Naz bergerak ke Indera Mahkota atas urusan keluarga. Rumah seterusnya tanpa kehadiran mereka.

Cik Huda tiba. Kami bergambar dulu. Puas menggayakan aksi-aksi terlarang, kami bergerak menuju ke rumah Lydia. Kereta bergerak selisih pula dengan Encik Faliq. Cantek! Biarpun Faliq tidak cantik kerana begitu serabai. Kata beliau, ramai sangat tetamu sehinggakan beliau curi-curi keluar dan tak sempat berhias. Lalu beliau pon join gerak gempur kami. Dalam perjalanan itulah kami terjumpa satu ejaan aneh, 'prghh' di trafik light simpang empat di depan Jabatan Ukur hala ke Beserah. Namun ia tidak merencatkan misi kami. Kami gagahkan jua kereta ke rumah Lydia.


Rumah Lydia menyediakan nasi minyak. Nyam! Nyam! Beliau bukanlah membuat kenduri kahwin mahupun kenduri berkhatan. Namun begitu bukanlah senang untuk merasa nasi minyak beliau. Ini kerana kami terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan nasi minyak yang menjadi kegilaan mereka. Siapakah mereka? Aku pon tak tau. Seperti biasa, kami merakamkan bukti-bukti kejadian yang menunjukkan bahawa kami beraya di sana. Sambil bergurau senda dan bermanja-manja tak sudah-sudah, tibalah saat kami bergerak ke rumah Yah. Jam menunjukkan pukul 7.25 lalu kami pon singgah di Masjid Beserah.

Selesai solat, kami teruskan misi. Rumah Yah pula. Kami makan laksa. Namun begitu kami tidak perlu beratur panjang kerana laksa beliau tidak menjadi kegilaan mereka. Siapakah mereka? Aku masih tidak tahu. Apa yang mengejutkan, biarpun sebenarnya tidak terkejut adalah mengenai layanan yang istimewa dari bakal 'puan rumah'. Tuan rumah pun tidak melayan kami seistimewa ini. Terima kasih kepada beliau. Yah hanya tersenyum malu. Gelak la, Yah! Seterusnya kami bergambar bagi mencari bukti-bukti CSI di rumah itu.

Kami tidak membuang masa, rumah Toyi destinasi terakhir untuk hari ini. Menu beliau adalah roti jala. Hoho! Jam ketika itu menunjukkan pukul 8.32 malam. Seperti biasa, bibik memulakan langkah bermesra dengan tuan rumah. Teruja Encik Toyi. Kami rilek saja. Lagi bukti kejadian dirakamkan supaya siasatan dapat dijalankan. Kami selamba makan-makan sehingga tangki kami penuh sedangkan agenda seterusnya adalah futsal selama 2 jam di Indera Mahkota. Gila! Kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama umat lalu menuju ke rumah masing-masing bagi meneruskan projek seterusnya. Nantikan sambungan Projek ini.

'SATU LAGI PROJEK KERAMAIAN'

Khamis, Oktober 02, 2008

Salam Aidilfitri

Saat dan ketika ini aku sedang berada di halaman kampungku di Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Sungguh canggih kampungku ini kerana ada line internet. Wahahaha! Aku sempat beraya di Kuantan pada hari raya pertama. Terima kasih kepada Hadi, Yah dan Bob sebab aku gempur rumah diorang dulu. Sebelah petangnya aku bergerak ke kampung ini.

Anyway, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir batin. Harap-harap segala salah dan dosa diampunkan. Kepada rakan-rakan Keramaian, tunggu kepulanganku. Kita kasi gegar raya di Kuantan. Adios!

'Satu Lagi Projek Keramaian'

Iklan Tampal

Powered By Blogger