Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Oktober 04, 2008

Projek Mega Raya

Prghhh! Itulah ejaan yang kami kutip di satu kejadian di trafik light. Ejaan bagi menggambarkan betapa hebat dan meriahnya hari raya sehingga rasa sengal-sengal badan dan pemikiran. Fenomena semulajadi ini hanya berlaku setahun sekali...untuk sengal badan la, pemikiran tu memang sentiasa sengal!

Semuanya bermula ketika ketibaan aku dari kampung halamanku tepat jam 2.25 petang pada hari raya ketiga, hari Jumaat. Walaupon ketibaanku tak disambut meriah sebab tiada siapa di rumah, tetapi agenda tersembunyi tetap diteruskan. Encik Herol selaku Ketua Penyelia projek mega raya hello-hello aku. Janji melayu beliau untuk bertemu adalah pukul 3 petang. Namun yang tiba dahulu di rumahku adalah Encik Yah dan Cik Naz. Oleh kerana mereka adalah tetamu pertama, aku layan baek punya! Nasi dagang menjadi santapan mereka tetapi dengan tiba-tiba, entah muncul dari mana Herol dengan sedapnya melantak di ruang tamu saat aku menyediakan air di dapur. Sungguh mistik!

Projek kami diteruskan. Pelan peralihan kuasa dirangka bagi tidak menjahanamkan projek ini ditangan Herol. Kami beralih arah ke rumah Doc Hadi. Menu beliau adalah satay bersama kek durian. Sambil kami menikmati santapan, kami turut dihiburkan dengan alunan muzik dari piano dan gitar. Wow! Mujur kami tidak tersentap. Di rumah Hadi, selagi kali kami mengubah pelan asal. Dengan penyertaan Hadi dalam projek ini, kami meneruskan serbuan ke rumah Bob pula.

Kami di sambut mesra oleh tuan rumah setibanya di rumah Bob. Bob memang mesra! Kami tidak membuang masa terus sahaja ke meja makan di mana Yah dan Naz sudah pun get ready awal-awal. Untuk pengetahuan pembaca, Herol mengusulkan cadangan untuk sessi serbuan di setiap rumah hanya 20 minit. Tetapi mustahil..kerana beliau melantak sahaja sudah memakan masa 30 minit. Menu Bob adalah mee goreng. Sambil menunggu seorang lagi ahli projek ini, kami menjamu selera terlebih dahulu. Kami turut dilayan oleh sang bidadari kecil bernama Aisya. Sungguh comel! Yah dan Naz bergerak ke Indera Mahkota atas urusan keluarga. Rumah seterusnya tanpa kehadiran mereka.

Cik Huda tiba. Kami bergambar dulu. Puas menggayakan aksi-aksi terlarang, kami bergerak menuju ke rumah Lydia. Kereta bergerak selisih pula dengan Encik Faliq. Cantek! Biarpun Faliq tidak cantik kerana begitu serabai. Kata beliau, ramai sangat tetamu sehinggakan beliau curi-curi keluar dan tak sempat berhias. Lalu beliau pon join gerak gempur kami. Dalam perjalanan itulah kami terjumpa satu ejaan aneh, 'prghh' di trafik light simpang empat di depan Jabatan Ukur hala ke Beserah. Namun ia tidak merencatkan misi kami. Kami gagahkan jua kereta ke rumah Lydia.


Rumah Lydia menyediakan nasi minyak. Nyam! Nyam! Beliau bukanlah membuat kenduri kahwin mahupun kenduri berkhatan. Namun begitu bukanlah senang untuk merasa nasi minyak beliau. Ini kerana kami terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan nasi minyak yang menjadi kegilaan mereka. Siapakah mereka? Aku pon tak tau. Seperti biasa, kami merakamkan bukti-bukti kejadian yang menunjukkan bahawa kami beraya di sana. Sambil bergurau senda dan bermanja-manja tak sudah-sudah, tibalah saat kami bergerak ke rumah Yah. Jam menunjukkan pukul 7.25 lalu kami pon singgah di Masjid Beserah.

Selesai solat, kami teruskan misi. Rumah Yah pula. Kami makan laksa. Namun begitu kami tidak perlu beratur panjang kerana laksa beliau tidak menjadi kegilaan mereka. Siapakah mereka? Aku masih tidak tahu. Apa yang mengejutkan, biarpun sebenarnya tidak terkejut adalah mengenai layanan yang istimewa dari bakal 'puan rumah'. Tuan rumah pun tidak melayan kami seistimewa ini. Terima kasih kepada beliau. Yah hanya tersenyum malu. Gelak la, Yah! Seterusnya kami bergambar bagi mencari bukti-bukti CSI di rumah itu.

Kami tidak membuang masa, rumah Toyi destinasi terakhir untuk hari ini. Menu beliau adalah roti jala. Hoho! Jam ketika itu menunjukkan pukul 8.32 malam. Seperti biasa, bibik memulakan langkah bermesra dengan tuan rumah. Teruja Encik Toyi. Kami rilek saja. Lagi bukti kejadian dirakamkan supaya siasatan dapat dijalankan. Kami selamba makan-makan sehingga tangki kami penuh sedangkan agenda seterusnya adalah futsal selama 2 jam di Indera Mahkota. Gila! Kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama umat lalu menuju ke rumah masing-masing bagi meneruskan projek seterusnya. Nantikan sambungan Projek ini.

'SATU LAGI PROJEK KERAMAIAN'

3 ulasan:

Amz CamPro berkata...

argh! ketika ini aku maseh di jaybee...xdpt join projek bilion2 ini...aku hampa...

fadzil hafiz berkata...

en pareddddd x join sekali ker???muahahaha....

Farid Abu Talib berkata...

en paredd berada di kg halaman. kahkahkah. masih merayakan kehidupan bersama datuk dan nenek kesayangannya. kahkahkah

Iklan Tampal

Powered By Blogger