Pagi yang gelap. Cuaca cerah. Tengahari baru bangun. Suasana tenang. Tenang jangan disangka tiada buaya. Masa yang tepat untuk memulakan gerak gempur raya. Ahli yang ada; Aku, Herol, Hadi dan Bob. Yah terikat dengan program keluarga. Prit juga sama. Namun begitu, mereka akan join jika berkesempatan. Sebelum itu, Herol memerlukan pertolonganku. Lalu ku hulurkan tangan menyambut kunci keretanya untuk dihantar ke Hoi Keen. Kereta beliau kena langgar lagi. tapi bukan Hoi Keen yang langgar.
Hari Kedua beraya, kami meneruskan usaha menggempur rumah kenalan yang ada. Setelah selesai urusan dengan Hoi Keen, kami segera membuat intipan dan risikan. Hasilnya, kami menyerbu rumah Azlina atau lebih popular dengan panggilan Qas. HoHo! Dia lah mangsa pertama kami! Meriah rumah beliau, tidak putus-putus tetamu yang datang. Jika tetamu yang datang itu putus-putus, mungkin hantu barangkali. Rumah beliau mempunyai TV Sony yang canggih. Kagum aku.
Seperti biasa, dengan sifat pemalu yang tebal di dalam diri kami...kami makan dengan beradab sekali. tidak cukup dengan sepiring, ditambah lagi sepiring. Bukan piring yang kami makan, tetapi nasi dagang. Prit muncul di tengah-tengah kerancakan acara. Namun ia langsung tidak membantutkan semangat kami. Setelah ketawa terbahak-bahak dan kering tekak berborak, kami mengundurkan diri. Mangsa seterusnya, Nonoi!
Dalam perjalanan itu, aku berjaya mengambil gambar candid seekor lembu. Lembu juga menjadi mangsa. Hasil yang kemas dari tangan seorang pakar jurugambar. Seterusnya kami melilau di permatang badak masuk pulak ke sungai isap. Kami tunggu Yah. Dalam sessi penungguan itu, kami dihiburkan dengan video klip henset Bob. Teruja semua ahli di dalam kereta. Yah sampai. Kami terus ke rumah Nonoi.
Sampai rumah Nonoi, kami melihat segerombolan gadis sedang kusyuk meneliti seketul laptop. Dalam laptop itu mempunyai gambar-gambar pertunangan Nonoi. Patot la. Kami tidak menghiraukan mereka, dan mereka tidak menghiraukan kami. Tapi kami tetap merakamkan bukti perayaan kami di rumah Nonoi. Dalam edisi ini, Faliq sempat menyelit untuk turut serta dalam acara. Selesai rakam, kami semua menuju ke rumah Hisyam pula.
4 buah kereta berkonvoi ke rumah Hisyam. Sesat sebentar bersama kami, tetapi golongan yang tiada pengetahuan lokasi rumah ikut sahaja. Kami merempuh ombak badai dan liku-liku kehidupan sebelum berjaya sampai. Di rumah Hisyam, kami di sambut meriah bak seorang satria membawa pulang kepala naga. Kami di jamu dengan Spagetti. Tidak lupa, aksi-aksi terlarang turut dirakam di sini.
Setelah kekenyangan, golongan gadis membawa haluan masing-masing. Kami meneruskan program gerak gempur raya. Mangsa seterusnya adalah Arwah Zulfikri Bin Roselan. Kami beraya sebentar bersama beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah!
Seterusnya kami ke rumah Dayana. Sudah lama tidak berjumpa. Jam ketika itu sudah pukul 6.40 petang. Kami turut disertai Laila. Anak kembar Dayana sudah besar. Begitu cepat masa berlalu. Tetapi mengapa mereka begitu malu denganku? Adakah aku terlalu kacak? Puas aku berkejaran untuk memberi duit raya. Biarkan ia menjadi misteri. Setelah puas bertanya khabar dan menjamu selera, tiba masa untuk ke rumah seterusnya.
Rumah seterusnya adalah rumah Liyana. Aku tak kenal sangat dengan beliau. Beliau merupakan rakan Huda, Bibik kami. Tapi adinda kepada Liyana menjadi tumpuan. Lupa, kami turut disertai Toyi kali ini. Tuan rumah sangat peramah, beliau kenal Pakcik Hashim...ayahanda Herol. Tuan rumah seterusnya kusyuk menatap TV bersama keluarganya.
Selesai beraya dengan Liyana, tibalah masanya kami semua beredar. Hajat menonton wayang terkubur dek kerana masa tidak mengizinkan. Kami ada projek lain. Nak tau? Tunggu laporan selanjutnya!
gambar ini kalau dah stop dan korang nak tengok skali lagi, tekan X kat hujung kanan tu ----->
4 ulasan:
amboi beraya sakan ko ek??aku da start kije smalam lg dah...skul da bukak blk...
boring gak...mood raya masih menebal...
Hahaha...memang meriah kali ni...dari sebuah rumah ke sebuah rumah...x sia-sia kertas kerja diadakan...aku rasa tahun depan kita x leh nak raya umh yang sama lagi coz tuan n puan rumah dah banned ahli keramaian nih...sebabnya letak la ape bende pun pasti abes...rugi pokcik niaga!
hahaha...
di sini saya mgucapkan ribuan terima kasih kepada ahli2 keramaian kerana melicinkan nasi dagang di rumah saya...mak saya suka kalau saya bawak kawan2 yg suka makan!!! hahhaha.betul nih...
ok mlm ni kita sekali lagi ke rumah rina. kahkahkah. kasik licin termasuk langsir yang anggun itu. kahkahkah
Catat Ulasan