JUMAAT, 3 Oktober 2008 - Satu kejohanan futsal peringkat antarabangsa sempena aidilfitri telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Indera Mahkota 8. Perlawanan sengit di antara Harmony Garden dan Keramaian yang berlangsung selama 2 jam ini telah memihak kepada pasukan Harmony Garden. Namun begitu, pasukan keramaian tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya menjamu mata di court sebelah serta dapat main timbang-timbang bola.
Perlawanan yang begitu emosi dan penuh ketegangan otot-otot dan saraf ini terpaksa dihentikan kerana telah tamat tempoh 2 jam. Malah penjaga gol keramaian, Hasni telah cedera di jari tangan dan digantikan dengan penjaga beg kawan-kawan. Tamat perlawanan, kami terpaksa mengeluarkan modal sebanyak RM11.00 seorang begitu juga dengan pasukan lawan biarpon mereka menang untuk dibayar kepada tauke padang futsal. Berikut adalah aksi-aksi ngeri perlawanan ini.
p/s: Maaf kerana visual yang kurang menarik, segala kesulitan amat dikesali
Check foto ni kat facebook aku:
http://www.facebook.com/Keramaian dan Harmony Garden
Jurus bayangan gurauan
Bagai Rooney lagaknya tapi tidak aksinya
Keramaian
Harmony Garden
Faliq senyum, Yah tegang
Peminat yang tidak puas hati dengan Ref
4 ulasan:
argh! aku tiada dlm kesebelasan..argh! simpanan pun xde...aku kecewa...
tu sebab kalah!!ko x invite star cam aku...STARLIGHT...
kamu kan sudah pulang bersama gie sbb hari hujan. kahkahkah. woi rooney yang dlm gambar tu rooney mane? rooney harun dari sabah ke? kahkahkah
haaa...tu la..Runi...name penuh die Wan Mohd Runi...tapi name manje DiD...pancit gak aa...kekalahan yang bergaya disamping gadis baju kuning di court sebelah...
Catat Ulasan