Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Oktober 08, 2008

Jamming Aidilfitri 2008

Lenguh aku menatap AutoCAD haramjadah ini. Ofis sunyi. PC macam sial. Mujur ada internet. Tulis blog OK juge. So aku nak sambung skit la kesinambungan Projek Mega Raya geng-geng keramaian ini. Mari kita baca coretan bebelan aku di bawah ini.

Sesudah selesai beraya di rumah Liyana, kami meneruskan rancangan yang ada. Lagipon malam masih muda. Kami juga muda. Rancangan asal adalah menonton wayang beramai-ramai. Malangnya filem yang ada tidak menepati masa kami. Jadual dipinda. Kami berempat, Aku, Herol, Hadi dan Toyi pergi ke Terminal Makmur. Tujuan kami cuma satu. Kami mencari Man.

Siapakah Man? Man Studio. Man setahu aku sudah arwah, Studionya diwariskan kepada Mun (bukan nama sebenar sebab nama dia pon aku tak tau, selalu pun aku panggil dia bro). Herol set studio kecik. Ada drum, ada gitar, ada bass, ada mic. Ok, cantek! Kami set bunyi, ekjas2 skit tune dia. Toyi tak tahan, pergi membuang di satu sudut kecil tapi bukan dalam studio.



Toyi kembali ke pentas. Kami pon mulakan acara. Yeah! Alangkah bagus jika para pembaca dapat mendengar hasil petikan dan pukulan muzik kami. Malangnya kami tak rakam. Cume suka-suka. Lagu pertama yang kami mainkan, lagu kumpulan Muse. Aku pon tak ingat dah. Macam-macam lagu kami main malam tuh. Sehingga berbagai kejadian ngeri berlaku.



Herol memukul drum sehingga pecah stick. Aku layan Bass bertali karat. Ngeri...ngeri... apa-apa pun, korang tengok jek la video klip kami kat bawah nih. hehehe...video tak bergerak!


6 ulasan:

Amz CamPro berkata...

ini bkn barisan asal emulous...?

fadzil hafiz berkata...

lu men bass ek??mmg gua suspek abes...siap goreng lagu mese tuh!!

caya lah!!

Jack a.k.a adDam berkata...

Oh, aku pon pernah patah drum stick mase tgh layan jamming.
Sebabkan aku profesional (kononnye)
Aku sambung jek hit hi hat dengan snare bertalu²...
Tp kantoi gak bile sampai part kene rolling kat toms.
Terpakse stop, sewa drum stick kt studio...
Aii~~~

Hanggokan berkata...

ya...bukan barisan asal emulous tapi akan kembali line up asal 1 hari nnt. betul, padel...aku main bass tanpa bunyi. hahaha! jack, ko penah kna hempap board tak mase main drum?

Farid Abu Talib berkata...

mana yah? yah juga boleh bermaen gitar kord Cm. kahkahkah.

TehTarik.My berkata...

ahah!...part jatuh papan tu yang paling ngeri...perghh...aku ingat time tu main lagu seram kot...dee dee dee dee dee dee dee dee(wat bunyi seram LabuLabi)...bukan setakat stick je patah...tapi kalau line up asal lagi power...siap stand symbal jatuh lagi tuh!!...hahaha...vokalis nak sambut,tapi tak sempat...last2 sepak je stand tuh...seingat aku time tu chop suey kat D.E.P kot...memang gua saspek aaa lu drummer!!...aku tak sabar nak tunggu line up Bennardurn ni...main depan abang ROM beb!...bass 5 strings...salah tune lagi...hahhahahaha...

Iklan Tampal

Powered By Blogger