Hari Jumaat.
Mengejutkan apabila si gadis Sabah menelefon aku memberitahu bahawa dia mahu mengunjungi aku. Katanya ingin mencari ketenangan. Gadis bergetah dari Sabah ini belajar di UiTM Shah Alam. Kami berkenalan di sana. Jiwanya serabut dan keserabutan Shah Alam menambahkan lagi perasaan tensennya. Nama gadis ini Suzi. Selamat datang, Suzi!
Aku pulang dari kerja terus saja menghubungi Suzi bagi memastikan jam berapa dia akan tiba. Katanya jam 10.30 malam dia bertolak dan itu bermaksud pukul 3 pagi dia akan tiba. Aku pon tidur awal kerana penat dan mahu bangun pukul 3 pagi. Zzz...
Kring! Kring! (ringtone tipon aku) - sungguh terkejut. Jam 3.30 pagi. Suzi sudah tiba. Aku bergegas ke Terminal Bas. Aku memandu bak Jenson Button dan Jenson Button juga memandu bak aku. Screeett!! Sound efek dari mulut aku sendiri. Berhenti betul-betul depan Suzi. Suzi tersenyum melihat aku. Dia menaiki keretaku tanpa perlu dijemput dan kami mula merancang apa perlu dibuat pagi-pagi buta ni.
Aku mencadangkan kepada dia supaya kita melepak saja kerana hari sudah mahu cerah. Kerugian jika periksa-masuk hotel waktu ini. Pagi besok saja bolih Check-In. Jimat satu malam. Olih itu kami berpusu-pusu ke Teluk Cempedak. Port biasa bagi warga Kuantan untuk melepak.
Pukol 4 pagi. Masih ramai yang melepak di sana. Apa kejadah mereka masih berjaga pada waktu ini? Suzi tersenyum saja. Mungkin dia bersangka warga-warga berjaga ini senasib dengannya. KahKahKah! Sungguh tidak masuk akal. Kami berborak panjang di pantai itu selama hampir 3 jam. Menariknya, kami sempat melihat aura-aura cahaya matahari terbit. Nak menangis aku melihatnya. Sudah lama aku tidak melihat matahari terbit semenjak aku habis sekolah.
Seterusnya aku tunaikan kewajipan aku. Dan mencari makan pagi. Kami sarap di Tanjung Api. Nyam2! Sa-telah kenyang, kami terus mencari Hotel. Berbagai Hotel di cari. Melihat mata-mata memandang kami, aku rasa kurang enak. Tapi aku tetap berpikiran positif dan berniat suci. KihKihKih! Sementara mencari hotel, kami pergi memandikan bini aku dan melepak di kedai mamak. Setelah itu, kami sambung mencari hotel.
Akhirnya dia mendapat Hotel yg berpatutan, cuma RM50 untuk satu malam. Itu sudah bagus! Aku tinggalkan dia di hotel dan teruskan misi untuk mekap bini baruku. Hati sangat teruja. Aku membuat survey di setiap kedai yang ada. Akhirnya aku mendapat kedai yang menawarkan harga menarik. rm550 dan aku terus setuju! HaHaHa...pasti biniku itu bertambah jelita nanti.
Ku sangkakan cerah hingga ke petang, rupanya hujan renyai-renyai. Aku pula terpaksa menunggu selama 6 jam hanya untuk 'menggelapkan' cermin biniku itu. Mata dah layu, badan dah longlai. Namun demi bini tercinta, aku teruskan juga. Jam tepat menunjukkan 6.30 petang dan aku terus ke JomHeboh anjuran TV3. Tujuan cuma satu, kerana terpaksa teman rakanku mencari pasal dengan orang ramai. Hampeh! Aku sangat tidak gemar menyelit dengan gerombolan orang ramai.
Malam itu, aku teruskan misi melayan gadis Sabah itu. Membawanya lepak di Taman Esplaned, untuk melihat 'jam bumi' (earth hour). Namun impian musnah kerana tiada langsung kesan di bandar Kuantan ini. Malah hati bertambah segan melihat papan tanda 'Kuanta' yang bernyala di seberang sungai - kehilangan huruf N. Apa kejadahnya ini? KahKahKah...terang benderang pulak tu!
Seterusnya aku bawa Suzi ke Planet Kari untuk menikmati Mee Kari paling hebat. Air liur meleleh-leleh di dalam kereta,tidak sabar untuk makan malam kerana perut sudah sangat lapar! Aku juga berjanji untuk berjumpa dengan Encik Prit di sini. Sesudah melayan Mee Kari, barulah Encik Prit tiba. Aku kenalkan dia dengan Suzi. Kami berborak panjang di situ. Akhirnya aku mencadangkan kepada Encik Prit untuk membawa Suzi pusing satu bandar Kuantan.
Start kereta, aku mengantuk. Tukar driver, Encik Prit memandu. Aku terus shut down.
Sedar sadar kami sudah ditempat asal. Encik Prit mengambil semula keretanya dan kami lepak di kedai mamak minum sepam. Untuk menyegarkan kembali mata aku ni. Borak-borak sehingga pukul 2 pagi. Lalu kami pulang ke lubuk asal.
Keesokan paginya, aku mengambil Suzi di hotel tepat jam 8.30. Kali ini dia sudah bersiap dengan begnya sekali. Bas bertolak ke Shah Alam pada pukul 11.30 pagi. Kami bersarap di gerai Indera Mahkota. Melayan Nasi Minyak. Fuh! Encik Prit tiba tak lama kemudian. Kami berhijrah ke Taman Bandar untuk melepak. Bergelak ketawa berborak dengan gadis Sabah. Jam pukul 11.10 pagi dan kami bertolak menuju ke Terminal Bas. Seperti biasa, aku menjadi 'pawong' tak bergaji. Apa itu pawong? sila bertanya gadis sabah.
Sekali lagi kesabaranku di uji...bukan Uji Rashid. Gerombolan manusia menyesakkan lalulintas. Kami terlewat hanya sedetik pabila bas bertolak. Cis! Kami mengejar dengan bersungguh dan brader bas itu belom menghabiskan sebatang rokok ketika menunggu kami di masjid Indera Mahkota. Mujurlah! Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Suzi secara ringkas dan mengucapkan terima kasih kepada brader bas kerana sanggup menunggu kami.
Setelah selesai itu... Ada misi rahsia. Lorong 26. Itu aku cerita kemudian. Sekian untuk kali ini. KahKahKah!
3 ulasan:
suzi ini saorang gades yang digilai olih azroy ketika di kolej. kahkahkah.
adakah suzi yang menjadi teman kamu ini juga sama cun dan bergetah saperti itu?
kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.
usah kau bertanya...kamu tahu jawapannya. kahkahkah!
jeles nyer...
Catat Ulasan