Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Mac 08, 2009

Ini berita gempar...!

Salam sejahtera.
Di sini ingin saya timurkan, tidak utarakan, perkara yang telah berlaku sabtu lepas.
Kejadian pertama yang amat saya gemparkan adalah kejadian meminang. Abang saya telah pon berjaya (tahniah!) meminang bakal kakak ipar saya. Perkara ini telah pun dijangka keputusannya memandangkan adiknya sendiri pon tidak kurang hebat dan kacaknya. Namun begitu, nama penuh bakal kakak ipar pon masih saya belum ketahuan. Cukup sekadar saya kenalkan dengan nama Ellie Farhana. Kejadian yang berlaku pada pukul 1 tengahari waktu Malaysia telah menempatkan majlis di Brickfields, Kuala Lumpur. Dari rumah itu jelas kelihatan KL Sentral. Saya kagum. Saya kaget tapi masih mampu mengawal ketampanan gaya orang Kuantan.

Cobaan Ijat untuk menyamar diri sebagai bapa mertua tidak menjadi akibat kantoi dengan aku.

Lebih meriah apabila tiba acara makan-makan di mana saya telah merasmikan jeli kelapa. Fuh, emang masyuk! Saya makan dua. Selebihnya masuk dalam beg plastik. Untuk bekalan kemudian hari. Olih kerana saya telah makan jeli kelapa, makan nasi tidak laju seperti biasa. Namun begitu, keluarga pihak saya sangat berpuas hati dengan layanan mereka. Rasanya jika berkesempatan, kami mungkin akan membuat penempatan setinggan di situ kerana mereka sangat ramah. Tetapi malangnya kami harus meneruskan perjalanan hidup ini. Jadi pulanglah kami ke tempat asal dengan misi yang berwarna terbang. (flying colors!)

Kejadian kedua adalah sahabat keramaian, Sharifah Hafizah Syed Jaafar telah berjaya melahirkan seorang lagi umat muhammad yang berjantina lelaki. Tahniah! Seperti ingin meraikan hari kebesaran keputeraan rasulullah s.a.w, sahabat kita ini melahirkan ahli baru untuk kita renungkan kebesaran kurniaan rezeki tuhan. Apa yang kami ketahui, bayi seberat 3.33 kg itu berjaya dilahirkan dengan selamatnya pada pukul 2.24 minit petang. Si ibu dan anak jelas kelihatan sihat selepas proses yang amat memeritkan. Kalau Encik Prit membaca cerita satu per satu bagaimana proses kelahiran itu berlaku, pastinya telah lama pengsan dan turut sama terlantar di katil seperti ibu yang baru lepas bersalin. Menurut Kak Pah, beliau terpaksa menunggu selama...jap nak kira...(4.30 pagi sehingga 14.30 petang...) 10 jam! sebelum berjaya lahirkan bayi yang comel itu.

Dan pada hari kejadian itu, saya dan beberapa teman pergi bertandang untuk membuat kecoh. Ahli yang ada adalah saya, Bob, Prit, Qas, Ayu dan Chacha (ini awek bergetah). Kami sempat menghadiahkan barangan berupa barang keperluan bayi tanda kami mengalu-alukan kewujudan ahli baru itu. Kami juga tidak sabar mahu beramah mesra dengan seorang lagi ahli keramaian iaitu bayi tersebut. Malangnya bayi itu enggan melayan diriku lagi...buat masa ini kerana dia lebih selesa tidur. KahKahKah! Photographer kami iaitu saya sendiri telah berjaya merakam beberapa aksi lincah bayi tersebut ketika tidur. Holoh...Holoh...Holoh! Comel sungguh!! Comel itu tuju pada bayi dan bukan saya. Sila rujuk gambar di bawah:


Ahli baru menunjukkan penumbuk tanda dia sedia berjuang!

Perot, Ibu dan Bayi.

Sekian sahaja laporan saya, Nazrsyadid Kadri buat masa ini. Nantikan foto terkini dari ibu bayi itu sendiri nanti. Sila layari buku-muka (facebook) ibu tersebut untuk mendapat posing yang lebih anggun dan bergaya.
Akhir kata dari saya, Jika melentur buluh,biarlah tidak patah. Anak ibarat kain tidak bercorak...ibu bapa yang harus mencoraknya tidak kira corak batik mahupon corak kotak-kotak.

Salam ceria dan Salam Maulud Nabi dari saya. Assalamualaikom!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awek bergetah itu malu dipangkuan ku..hahaha...kamu semua tak sempat melihat aksi awek tersebut mkn kurma sampai tertido kat kerusi... sungguh kasihan..hahha...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd Sharifah Hafizah Syed Jaafar atas kelahiran "org baru"

View Profile: Rantong™

John Leh berkata...

Saya tidak kenal dgn si ibu apatah lagi si anak kecil itu.

Namun, saya bersyukur atas kurniaan rezeki olih Yang Maha Esa.

tq

Dari Jalan Kopi berkata...

awek bergetah chacha itu sungguh oh lala. bolih dibuat isteri. kahkahkah.

rasa terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ayu yasmin yang juga cun dan bergetah.

Hanggokan berkata...

Azlina: kasihan chacha. beliau bersengkang mata hanya kerana mahu menjaga 'balak' baru itu. kehkehkeh!

Rantong: Orang baru, Resam baru!

PokLeh: Ada masa akan aku kenalkan anda dgn ibu dan anak itu. Pasti tidak kerugian.

Encik JalanKopi: awek bergetah itu sudah terpikat dgn org baru. Mahu Yasmin? sila minta ijin ibundanya. kihkihkih!

L.H.R berkata...

sgt comel.

fadzil hafiz berkata...

lu bila plak nak bertunang ke hapa?ingat, usia tidak menunggu kita..

TehTarik.My berkata...

Tahniah untuk Kak Pah...

Did :Resam baru,Resmi baru...

Hanggokan berkata...

cik ct: trima kasih, sy mmg comel. kihkihkih!

PAdel: jika udah jodoh tak ke mana. kahkahkah! lu bile plak,bro?!

Herol: mari kita raikan...hahaha!

Iklan Tampal

Powered By Blogger