Aku ada temujanji hari ini. Temujanji dengan Kak Yati. Dia cantik. Beranak dua. Dia sudah berkahwin tapi masih bergetah. Jangan berfikiran songsang. Aku hanya bertemujanji kerana urusan perniagaan. Aku bukan serigala gatal. Kak Yati cuma orang perantara. Ini semua hanya kerana aku ingin meminang bini baru aku itu. Dia minta aku menjelaskan mas kahwinnya. RM425 yang tertunggak. Tujuan aku pergi temujanji itu juga untuk melihat bakal bini aku itu. Cukup sifat. Hanya menunggu masa untuk aku membawanya pergi. Tapi bukan hari ini. Mungkin hari Selasa nanti. Melihat saja sudah membuatkan aku girang. Hati berdebar. Mata bertentang mata. Biarpun hitam tapi hati suka. Sabar...sabar...hari itu pasti akan tiba!
Selesai urusan itu, Hati berhajat untuk bersuka-ria. Malangnya, Bob ke KL. Prit di kampung bersiap untuk ke penang. Yah bersama rombongan kahwin abangnya ke Rompin. Misa? Oh, jangan diganggu orang yang sedang berusaha keras mencari pewaris. KahKahKah! Beralih arah mencari kawan perempuan. Azni? Entah ke mana. Tiqah? Dalam perjalanan pulang. Qas? kacau saham dia nanti. DLL...? Semua sudah berkahwin. Niat berfoya-foya tidak menjadi nampaknya.
Lalu aku pulang ke rumah layan kartun. Aku duduk depan TV seharian. Yang aku ingat last cerita aku tonton cerita hindi, Krissh. Kahkahkah! Selepas itu 'Tutup Bawah' (shut down). Bukan TV itu tapi aku.
Malam pula satu rancangan yang aku nanti-nantikan. Akademi Fantasia! Bukan. Aku bukan peminat fanatik AF. Tapi orang rumah aku. Hampeh. Malam itu pasti ada kejadian berdarah. Aku dan abang aku tak sabar menunggu EPL. MU vs Liverpool. Aku MU, Abang aku Liverpool. Kami tidak sebulu tapi kami berbulu dengan penonton AF di rumah kami. Aku dan abang aku dari petang bertentang mata,sambil mengeluarkan laser tanda sengit persengketaan perlawanan nanti. Tapi AF potong stim kami. KahKahKah!

Akhirnya malam itu adalah malam duka. Pada perlawanan itu, 1-4. Siapa yang dapat 1 itu? MU. yang 4 itu? Lu pikir lah sendiri. KahKahKah!!! Assalamualaikom!
5 ulasan:
saya tumpang gelak. kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah. daulah tidak selalunya menang. pecah hegemoni daulah ini petanda kehancuran tradisi. kahkahkah.
but u'll never walk alone. u walk wit all looser 'L'.
assalamualaikum.
"Qas? kacau saham dia nanti"
-->saham mana ni?? hahaha... tak sia2 aku tak tgk AF 1st concert... tak sia2 jugak aku tolong goreng kan chicken fingers and crab meat utk adik aku yg layan EPL..hahhaha...
tak sia-sia qass hantar lagu anima. kahkahkah.
hahahahahahahahahahaahahah!!!! i oredy know liverpool will win.. hahaha.. but ur post is very funny!! my god! laugh again! hahahahahahahahaahahahaha...
mencari perwaris?? ko memahami aku did..hahaha...tapi klau dah kena smpai 4 gol tu mesti xbyar gaji tu,mcm team pahang..hahahaha
Catat Ulasan