Akhir-akhir ini aku sering terfikir mengenai masa depan. Corak perjalanan hidup aku dari kecil sehingga dewasa. Dari zaman tadika membesar masuk ke sekolah rendah dan meningkat remaja menempuh zaman persekolahan peringkat menengah kemudian akhirnya merentasi zaman universiti di peringkat belia. Kini aku masih lagi belia. Tidak muda sangat dan tidak remaja sangat tapi masih lagi kool dan groovy. Masih mantol dan kemas, tidak longgar. Masih mempunyai pakej untuk memasang empat walaupun yang satu itu pon masih tercari-cari. Itu kita tolak ke tepi!
Cuma akhir-akhir ini aku terpanggil mengenai bantahan golongan professional mengenai PPSMI. Maaf, zaman aku tidak bertakhtakan bahasa inggeris. Aku tidak tahu apa rasanya menjawab kertas peperiksaan dalam bahasa inggeris melainkan kertas subjek bahasa inggeris itu sendiri. Tapi bukan ini yang aku nak ketengahkan. Ini bukan dalam bidang kepakaran aku. Aku sudah terdidik dalam bahasa ibunda. Peringkat universiti juga aku sudah terdidik dalam dwi-bahasa. Ketika di KUiTTHO, subjek-subjek diajar dalam bahasa malaysia. Tapi aku ini terlalu groovy dan cool lalu aku keluar KUiTTHO dan menerobos ke UiTM. Aku mengalami sedikit kejutan budaya. Kerana kali ini aku didampingi oleh mambang-mambang melayu tetapi subjek yang aku belajar bahasa orang putih. Wah! Kahkahkah...Eh, bukan ini yang aku ingin kisahkan.
Berbalik kepada tajuk kita. Kemahiran Hidup. Kemahiran untuk hidup atau hidup berkemahiran? Aku terpikir kerana subjek ini diajar dalam tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Malah masa aku di sekolah rendah juga,subjek ini diajar. Apakah yang terkandung dalam intipati pengajaran subjek ini? Masa sekolah rendah, aku diajar membuat penyangkut baju dari dawai. Ini sangat jimat. Aku juga di ajar membuat keychain dari kad telefon. Ini kreatif. Ini bagus. Ini bolih bikin duit!
Kemudian di sekolah menengah, aku semakin maju. Aku diajar pertukangan. Aku diajar barang-barang elektronik, membikin kotak berbunyi dengan litar elektrik tapi bukan litar sepang. Aku turut diajar menjahit. Ini kemahiran asas untuk hidup. Ini bermanfaat. Aku cukup setuju. Ini serius! Cuma selepas 9 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku mula terfikir. "Mengapa ini semua harus berlaku...apakah ini semua kerna diriku..." - ini lagu harus anda karaoke apabila sedih. Pasti sangat catchy dan menangkap kalbu. Eh, kembali kepada persoalan kita. Apakah aku menggunakan kemahiran hidup aku ini sewajarnya?
Jawapannya hanya aku yang tahu. KahKahKah! Malangnya, kemahiran hidup yang dididik di sekolah masih tidak mencukupi. Aku sangat pasti. Masih ada yang tertinggal seperti lagu cintaku tertinggal di Malaysia. Ada 3 bab yang harus di ajar di sekolah. Bab pertama yang tertinggal itu adalah bab kemahiran bercinta. Ini juga kemahiran hidup. Bagaimana menguruskan cinta. Bagaimana mencari cinta. Bagaimana rasanya putus cinta. Kahkahkah! Ini kerana pelajar abad sekarang sangat maju. Tanpa cinta, kejadian buli bulih terjadi. Gedebak gedebuk, sehingga maut. Mengalahkan cinta tamil. Cuma pengakhiran realiti dan cerita tamil berbeza. Hero saorang lawan orang jahat berpuluh-puluh, hero akan menang tetapi kalau realiti sekarang, hero ini akan menang juga...menang-gung sakit parah. Tanpa cinta, Maksiat berleluasa. Tanpa cinta, pelajar kurang hajar dengan guru. Tanpa cinta, pelajar merempit tanpa segan silu. Cinta yang ditekankan bukanlah hanya cinta antara teruna dan dara sahaja. Cinta kepada tuhan, cinta kepada ibubapa, cinta kepada guru, cinta kepada ilmu malah tidak lupa cinta kepada diri sendiri.
Bab seterusnya yang harus ada dalam subjek kemahiran hidup adalah bab kemahiran berdikari. Mengapa harus ada bab ini? Ini pengalaman hidup. Sesudah aku tamat pengajian, aku cukup sukar mendapatkan kerja setaraf kelulusan yang aku ada. Aku pernah bekerja separuh masa, juga kekasih separuh masa. Biarpun aku ada pengalaman bekerja di 7-Eleven, Kilang Mengitar barang letrik, Menguruskan Pesta Berakit, Pesta Air dan Pesta muda-mudi...namun semua itu dipandang sepi. Bertungkus-lumus aku mencari duit untuk hidup. Bekerja sementara luar dari bidang kelulusan aku hanya untuk mencari duit halal, untuk hidup! Ini kemahiran hidup! Melainkan ibubapa pelajar sekarang kaya raya dan senang lenang? Harta tak luak untuk 7 generasi? Itu usah kita peduli. Berdikari untuk menguruskan wang, menguruskan kredit dan debit, menguruskan masa, menguruskan badan juga tidak terkecuali. Ini penting untuk menjadi insan bergetah dan mantol!
Dan keduanya, kemahiran bersosial. Ini cukup serius. Kita perlu bersukan. Keluar ke donia luar, mengembara. Keluarkan peluh masam sikit. Apa yang dapat aku lihat zaman sekarang, untuk berjaya dalam kerjaya anda perlu pandai bersosial. Maksud sosial bagi aku adalah beramah-mesra dan bertegur-sapa. Cara berinteraksi, cara mengambil hati, cara berdiskusi. Ini sangat penting. Jangan silap bersosial kerana padah hidup kita nanti. Pengalaman kerja aku mengajar segalanya. Segala rahsia keuntungan syarikat, aku tahu. Keuntungan aku? Aku tak sanggup telan. Biarlah mereka telan. Sosial bukan sehingga lupakan agama. Tapi jelas itu yang berlaku skarang. Semoga kita dapat mendidik pelajar kita menjadi seorang insan yang berjaya.
Inilah subjek kemahiran hidup sebenar.
Bersambung...? Tidak cukup sini saja. Kahkahkah!
3 ulasan:
argh! aku rindu pelajaran kemahiran hidup...huhu...kita harus menyokong lagi 3 kemahiran hidup yg en did cadangkan itu..hahaha
Sewaktu di sekolah rendah subjek KH ini gua ada belajar sikit-sikit bab elektrik. Bab macamane mentol bolih menyala dan sebagainya. Ada juga ketika bila cikgu dah takda idea disogoknya kami dengan LEGO.
LEGO? Tak patut..
teringat kerja khusus kemahiran hidup
buat tempat letak kaset akhirnya tertinggal dalam bonet kereta cikgu rosmah *bkan rosmah mansur
sampai sekarang belum dikembalikan.
kahkahkah.
Catat Ulasan