Jumlah Paparan Halaman
Isnin, September 15, 2008
Minum Milo Di Coffee Street
Malam semalam, satu temujanji antara aku dan dia...antara siapa?? antara aku dan dia... (teringat satu konsert jamban bersama misa dan prit satu ketika dulu). Hish, awal-awal penulisan dah mengarut. ok sambung, temujanji yang diaturkan oleh aku untuk bertemu Encik Asraf (Pemakai Topi Merah), Encik Farid (Melayu Lelaki Terakhir) dan Encik Bob (Penternak Perut Tradisional). Apakah punca terjadinya satu temujanji tergempar itu? jeng jeng jenggggg!! Ikutilah kisahnya...
Sabtu, 13 September 2008 - Aku selaku pengerusi kekal di kerusi telah menghasut ketiga-tiga pemuda yang disebut di atas bagi lepak-lepak membincangkan isu semasa mahupun isu lampau. Bagi menghormati bulan Ramadan, aku tetapkan satu perjumpaan selepas solat terawih iaitu pukol 10 mlm bertempat di Coffee Street. Malah aku turut mengundang Encik Hamisa (Pembayar Zakat Terawal) untuk menyertai konfrantasi ini. namun malangnya segala usaha dan hasutan berbaur godaan gagal. "hatimu memang keras,roy!" -sedutan dialog gila-gila remaja. Oleh kerana aku masih mempunyai rasa kasihan terhadap beliau, last-last minit pon aku cuba menghasut beliau tapi keputusannya tetap sama.
Oleh itu, aku jalankan juga perjumpaan tergempar itu tanpa khidmat beliau. Tepat jam 10.10 malam seperti aku duga, janji melayu memang ditepati. Aku yang terawal, lalu aku pon order milo ais. 5 minit kemudian datanglah segerombolan Encik Farid bersama pakaian tradisi masyarakat melayu beliau. aku kagum. aku pon bertanya, "dari masjid ya?" tapi tidak dijawab pertanyaanku itu sebaliknya beliau gelak-gelak kerana MU kalah dikaki Liverpool biarpon Encik Tevez menjaringkan gol terlebih dahulu sambil mengkaver segannya kerana hanya beliau yang berpakaian sedemikian. Jelas kesimpulannya Encik Farid tidak pergi bertarawih kerana terpacak di depan TV melihatkan 22 orang berebut bola nan satu itu. Ini diakui sendiri oleh beliau sambil menyatakan beliau ditinggalkan keseorangan di rumah bagi menjaga keselamatan neneknya.
Tidak semena-mena,satu gegaran berukuran 0.2 skala richter telah melanda. rupa-rupanya encik Bob sedang menuju ke meja kami lalu menyapa kami. "dah lama sampai?" ayat biasa lalu kami pon bagi jawapan yang biasa. Tapi malangnya tiba-tiba skali lagi aku digelakkan kerana mereka berdua adalah penyokong Liverpool. Hampeh! abaikan. Seorang lagi ahli mesyuarat majlis kami masih belum sampai. lalu mereka berdua order milo juga. aku cuba mengubah topik lalu melencong ke Bolasepak Malaysia lalu timbullah bermacam-macam subjek. Pemain import tidak akan bermain musim depan, Tiket akan dicetak hitam putih, gaji tertunggak sehingga kepada komen kami mengenai rambut Azizul Kamaluddin yang menjadi idola, mempunyai ekor membuatkan beliau berlari kencang tapi lajunya tidak serta crosing Jalaludin Jaafar yang tidak mungkin pemain-pemain Liga Inggeris mampu lakukannya. mana mungkin pemain bisa crossing bola pergi ke belakang tiang gol! Aku kagum lagi. walaupun kami rancak berborak tetapi mata kami tetap tertumpu pada skrin putih yang memaparkan perlawanan antara Arsenal dan Blackburn. malah sesekali terjuih sedikit mata kami apabila melihat gadis-gadis menarik datang dan pergi. dasat sekali!
Setengah jam kemudian diumumkan kedatangan Encik Asraf dengan jersi biasa beliau. baju t-shirt dengan seluar jeans. selepas bersalaman, macam biasa bertanya khabar orang kampung. Jelas sekali beliau amat gembira duduk di negeri Cik Siti Wan Kembang biarpun sebenarnya beliau kini berkursus di Bangi selama 3 minggu. justeru itu menurutnya, tempoh seminggu beliau di sana seakan dikelilingi bidadari tapi imannya kental! aku percaya. percaya bab bidadari itu tapi tidak mengenai iman beliau. HAHAHA! "yah,gelak la weh!" lalu kami bertiga terus merapu dan merapu lalu aku mencelah. tujuan asal kami berkumpul sebenarnya bagi mengaturkan satu aktiviti berbuka puasa pada 20hb September ini tetapi masih belum mempunyai tempat. lalu aku bertanyakan pendapat mereka mengenai tempat yang sesuai dan bukan mengenai waktunya kerana sudah tentu kita berbuka pada waktu berbuka. Encik Asraf mengatakan beliau tidak dapat menyertai aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini kerana beliau perlu memandu untuk balik ke kelantan pada hari berkenaan. tidak mengapa, kami teruskan juga. hasilnya, langsung tiada kata putus sebaliknya perbualan kami teralih kepada isu kenapa gadis yang masuk tandas dari tadi masih belum keluar-keluar juga?
Encik Bob membuat andaian, mungkin sembelit. Encik Farid membuat andaian, mungkin dia sedang memakai pad. Aku buat andaian, mungkin dia sedang pakai Shin Pad! Kami terbarai gelak tapi Encik Asraf tidak gelak. "yah,gelak la weh" tapi beliau cume tersengih je. Natang guh! Jelas fizikal beliau di situ tetapi tidak jiwanya. melihatkan jam sudah hampir pukol 12, kami mencapai kata sepakat untuk berundur diri. tetapi tunggu! Arsenal dapat penalti. Setelah Encik Adebayor menjaringkan gol menerusi penalti, kami pon beredar. tiada keputusan mengenai tempat untuk aktiviti berbuka puasa nanti. kesimpulannya pada malam itu tiada apa yang kami dapat melainkan minum milo sambil menonton bolasepak dan gadis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
argh! aku begitu kecewa kerana tidak dapat menghadiri perjumpaan besar ala2 melompat parti itu!!! keadaan aku agak terdesak,aku lbh rela berdua di rumah dr membawa org rumah menggangu perbincangan kaum2 adam yg kelak akan merencatkan perbincangan kita kerana ada kaum hawa disitu..aku berkorban..uhuk
kahkahkah. nukilan paling best dlm blog kau. menjejes air mata aku membacanya. adeke patut gades yang cun dan bergetah itu membetulkan shin pad dlm tandas. kahkahkah. lawak hamjadah dr encik did memukau pengunjung coffe street. jumpa mggu depan. aku dengar misa nk lompat parti. yeke ? wei yah gelak la weh!!
hahaha...aku akan lompat parti dan pengumuman akan diumumkan 20sept kat anjung lumpur pas buka..hahahaha..lompat..jgn xlompat..bakpe yah tu?! gelok la weh!
yahooooooooo!!!!liverpool menang.....jgn kecewa sgt nooooo penyokong MU!!!hehe...
perjumpaan yang biasa tapi penuh dengan isu-isu luar biasa...ini karena tidak pernah ku ketemu gadis yang bergetah tetapi memakai shin pad dan menukarnya di tandas coffee street. Tambahan pula dilihat oleh kaum2 Adam yang tinggi nalurinya yang tak tercapai oleh akalnya...dan yang penting pada malam tu, walaupun aku tidak bersama-sama 'K Members' (Keramaian Members) pada malam itu, tapi hatiku tetap gembira kerana Liverfool berjaya menewaskan MU walaupun kedua-duanya dari warna yang sama (syaitan merah + calrberg)...kedua-duanya dari produk yang sama...done!
Catat Ulasan