sambungan...
Oleh kerana terdapat beberapa halangan berpagar untuk aku menceritakan pengalaman interview aku dengan gomen pimpinan Pak Lah dan bukan DSAI, disertai gesaan Farid, Hamisa dan ahli keramaian lain; aku berusaha keras menyiapkan karangan aku ini. Biarpun ini bukanlah kerja sekolah yang Cikgu Rahinah beri,namun aku cuba beri yang terbaik.
Dengan ini aku mulakan dengan ceritera di mana aku setelah selesai bersahur dan Hairul Fadli telah mencampakkan aku di stesen Komuter Sentul seawal jam 6 pagi. Walaupon tercampak, aku redha. Kali ini aku tidak bertemu dengan warga Radja mahupon Nidji. Namun sebaliknya aku lebih banyak berkecimpung dengan warga Padiyappa dan Simarasi. Kagum aku dengan kesungguhan mereka mencari rezeki seawal ini. Namun anehnya mereka ini tidaklah sekecoh seperti biasa sebaliknya duduk baik-baik saja..cuma kekadang tangan mereka membuat aksi 'SWOSH!' memberi isyarat kepada rakan-rakan. Aku pun tidak memahami maksudnya tetapi kagum dengan bunyi sound efek itu.
Aku tidak biasa ke Putrajaya menaiki ERL. Mujurlah ada Abang Guard muda memberi panduan kepadaku. Sungguh berhemah beliau. Bersegeralah aku ke kaunter tiket ERL. Saat aku melangkah nak masuk pintu ERL, ada satu mamat bertanyakan 'Ni ERL Putrajaya?' Aku dengan muka yakin jawab 'YA" padahal dalam hati goyang. Tanpa membuang masa dan ketika, aku terus masuk dan melabuh di sudut cantik sekali. Sudut yang ku sangka boleh memberi sumber ilham dan semangat untuk hari itu. Tapi hampa,langsung tiada penyeri pagi di situ. Hampeh! Aku redha lagi.
Aku sampai ke Putrajaya Sentral tidak tepat tetapi sipi-sipi jam 7.25 pagi. Sempat lagi kerana interview aku pukol 8. Oleh kerana aku sangat berhati kering dan gersang, aku hentam sajalah menaiki bas yang ada di situ. Tetapi sebenarnya ada si gadis yang mendorong aku menaiki bas itu. Girangnya dalam hati. Rupa-rupanya bukan dia sahaja si gadis yang cantik, malah ada lagi! Wahaha, melonjak aku kegembiraan tanpa sebab. Mahu saja aku melompat lebih tinggi tetapi aku masih waras dan berjaya kontrol diriku.
Aku cuba fokus kepada interview yang akan aku hadapi nanti. Abaikan para gadis kerana mereka tidak sehaluan denganku yang berhaluan kiri sebaliknya turun dahulu. Aku turun di destinasi seterusnya dengan disertai beberapa orang yang langsung tidak menarik perhatianku. Aku langsung menuju ke Blok C Aras 6. Terkejutnya beruk aku (walaupun aku tidak bela beruk) apabila ramai hadirin dan hadirat pertaruh nasib pada hari itu. Kesemuanya sibuk menghafal nama menteri dan kementerian. Aku masih tenang saja. Sambil menunggu giliran, aku berSMS dengan Encik Hairul. Beliau merayu domba supaya dapatkan seketul nombor. Bukan nombor ekor di puja tetapi nombor telefon gadis yang ada.
Pukul 10 giliran aku. Aku melangkah masuk dengan tenang. Setelah memberi salam, terus sahaja si penemuduga bertanya, 'binatang apakah itu?' merujuk kepada keychain pada beg aku. 'Kiwi' jawabku ringkas. Bermula di situ, mengarut parok la kami berbual seperti dunia kami yang punya. Langsung tidak ditanya mengenai menteri sebaliknya hanya menanyakan mengenai pekerjaanku yang lalu dan soal kehidupan semasa aku. Sangkaku semuanya berjalan lancar tetapi mendung di tengahari.
Penemuduga bertanya apakah yang dimaksudkan dengan intergriti. Aku menjawab dengan hebat dan persis sekali diselit dengan senyuman sinis. Kagum beliau! Beliau bertanya lagi, apakah pula maksud intergrasi? Kali ini aku tersenyum malu. Kalau Inter Milan aku tau, Encik Farid juga tahu tetapi intergrasi? aku tak pasti, Encik Farid juga tentunya tak pasti. (Ingin tahu? bertanyalah kepada Mat Google bin Mat Yahoo). Giliran penemuduga pula tersenyum sinis! Dendam nampak...berakhirlah sesi interview aku. Redha lagi aku!
3 ulasan:
Di zaman kegelapan seperti sekarang ni, semua benda pun kena cut cost...sampai air liyur pun kena jimat beb!...hahaha...tapi pengalaman berbuka seorang x sama dengan pengalaman berbuka dua orang!...happening dowh!!...
Trip kamu ke Sentul amat membuatku ingin menaiki LRT STAR setiap hari...disebabkab banyak pilihan bukit-bukau ciptaan yang Esa yang amat sempurna di mataku...
Takpe...kita nantikan next trip to Sentul...Euro Trip!
kahkahkah. teringat cerita tamil simmarasi dimana 'geng keramaian' mencipta sejarah pecah panggung di megamall. kahkahkah. jika encik herol memilih bukit bukau, saya hanya memanggilnya nasik lemak.
" nasi lemak gades cina itu adalah hak milek peribadinya. Terpulang kepadanya untuk berkongsi dengan saya" kahkahkah.
cikgu asri telah bercerita panjang lebar mengenai intergrasi. kamu masih tidak faham2 lagi?
hahaha....international pon aku tahu gak!!!mahu lulus ko mcm ni klu die peminat mourinho atau ibrahimovic!!!
Catat Ulasan