Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, November 07, 2008

Resah...Gelisah...Gundah...

Best tak tajuk post aku? hahaha....
aku cuma ingin memberitahu bahawa keramaian sedang merancang satu grand reunion untuk pertama kalinya. Apa yang meresahkan aku, bimbang kalau-kalau dan jika-jika peristiwa ketua delegasi melarikan diri bersama skuternya ke KL, gara-gara berhutang Top-Up RM10 dengan Encik Mohd Hairul Fadli. Peristiwa itu masih menghantuiku. Hancur luluh harapan menggunung para sahabatku untuk melihat kejayaan perkumpulan gerombolan SABS. Tetapi tidak mengapa, belajarlah dari sejarah...belajarlah dengan cikgu sejarah, Encik Farid dan bukan dengan Encik Sulaiman Maidin kerana beliau tidak lagi mengajar, beliau kini telah menjadi salah seorang pegawai tinggi di Jabatan pendidikan.

Untuk pengetahuan korang-korang semua, Cik Raisa sedang meneliti dan mengkaji aktiviti reunion. Syam Jay pula sedang riki-riku tempat kejadian. Manakala aku hanya bergoyang kaki sambil menterkinikan blog aku bagi santapan korang sekalian. Tugas aku paling mencabar kerana segala kritikan, kutukan dan maki-hamun akan dilepaskan korang kepada aku dan aku akan menyerapnya dengan muka tenang dan selamba. Plan awal mereka mahu mengadakan reunion ini pada hari raya korban bersamaan 6 Disember 2008. Malangnya usul yang dibentangkan mendapat bantahan dari pihak berkuasa dimana rata-rata mereka ini datangnya dari parti radikal. Mereka ingin menyambut lembu dan kerbau. Mereka ingin meraikan bersama sanak-saudara. Tetapi pihak kami paham, lalu kami akan usulkan lagi tarikh yang sesuai.

Oleh itu, kepada anda yang membaca blog aku nih. Tahniah! rajin betul korang bace...dah takde keje ke? hahaha! bagus, amalkan selalu! eh, sebenarnya pesanan aku untuk korang...tolong la bagi cadangan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis ini. Dan satu lagi ingin aku sampaikan...kemungkinan yuran kali ini akan mencecah RM50 satu kepala hanggok. itu adalah budget 2008 yang dibentangkan aku sorang-sorang dan masih belum mendapat persetujuan Yang Di Pertuan Agong. Beliau pon takde masa nak layan budget aku. Majlis ini akan dibuat separa formal dan tempat juga belum ditetapkan. oleh itu...Bersedialah untuk satu lagi projek keramaian! HIYAARKKKK KEDISH!! (bunyi tumbukan ke udara tanda semangat gile!)

10 ulasan:

Farid Abu Talib berkata...

Kahkahkah.mau belajar sejarah tuntut dgn sukarno. Dia sejarawan agung. Mau belajar sejarah belajar sama hishamudin rais dia pembuat sejarah agung.mari kita buat sejarah untuk gerombolan keramaian. Ayuh anak muda. Kita dobrak dunia.

TehTarik.My berkata...

hahahaha...encik farid tidak habis2 dengan dunia dobraknya...tetapi xpe, dengan pendobrakannya majlis Keramaian telah menghasilkan anak muda yang telah bejaya menghasilkan blog ini dengan suksesnya...hahaha...
Did, npe muka ko dlm gambo ni x nampak gelisah pun...macam si Tenang je...hehehe...

P/S - Arsenal 2 MU 1.

Hanggokan berkata...

barang yang lepas usah di kenang...sejarah biarkan menjadi sejarah. kite harus terus memandang ke hadapan utk terus maju... YEAH!!

p/s: awas bile jumpa kat old trafford nnt! hahaha...

Amz CamPro berkata...

hahaha...aku berharap ia menjdai kenyataan dan ia perlu dilaksanakan dgn jitu dn berkesan...sejarah mungkin berulang-newboyz...! HARK!

fadzil hafiz berkata...

gua pon resah gelisah juga!mana taknya...majlis keramaian tak pernah sampai ke telinga...

*xnak ajak gua sekali ke?

raisadora berkata...

kalau jadi kumpul this weekend pasti meriah walau encik photographer=farid xda... Tp semua balik ka??? Kalau balik nk balik gak... Best kan kalau jadi... Tp kena buat best2 laaa... Dan spt yg kita pernah bincang dlm kereta itu hari Erol apa kata kita usulkan goody bag utk kenangan... Memandangkan ada byk masa bole plan... Did jgn resah gelisah gundah... Anda nampak tenang tp kata hati tiada siapa yg tau...

John Leh berkata...

Saya kesal : tidak dapat join majlis perjumpaan semula rakan lama.Harap pihak tuan dapat mempertimbangkan untuk membuat satu kali lagi perjumpaan sedemikian rupa.

TehTarik.My berkata...

kepada encik Leh, meeting keramaian akan sentiasa di Updatekan...so, kene selalu bukak blog...
Kepada semua 'kipas mati MU',betol cakap Misa tu...sejarah akan berulang walau di stadium darul makmur sekali pun...

HAHAHAHA....

Hanggokan berkata...

waduh2! mendapat sambutan hangat!!
pasti akan ada satu lagi majlis keramaian,aku ingat nak bagi goodie pack brg2 MU la nnt. wahahaha!!!

TehTarik.My berkata...

wat da F

Iklan Tampal

Powered By Blogger