Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Januari 20, 2011

Oih...Berpadulah kamu berdua!

Aku malas cakap banyak. Sebab memang aku tak bercakap pon. Aku menaip je. Saiko lah kalau korang dapat mendengar apa yang aku taip nih. Ngeri...ngeri...

Okeh, hajatnya aku menulis entri ini hanyalah untok memberi notis pemberitahuan. Kepada orang-orang kampong yakni orang-orang Kuantan - ketahuilah bahawasanya Faliq Haffiz Alawi akan berpadu dengan Ashratul Ashikin pada sabtu ini 22/1/2011. Oh, sweet gitu. Tak percaya? Percayalah!
Majelis akan diadakan di Cheras. Aiseh, aku lupa letak kat mana kad jemputan dia.
Untok Majelis kenduri makan-makan di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu iyaitu pada 29/1/2011. Menu makan-makan gagal saya perolehi.
Untok rakan-rakan yang mengenali beliau, sila gegar Fesbuk beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjot.

Sebagai iklan, disini saya tampilkan gambar bakal pasangan pengantin ini. Sila nikmatinya dengan perlahan.
TQ!

Selasa, Januari 18, 2011

Salut Untok Kamu

Hari ini genap 10 tahon kau meninggalkan kami.
Semoga perjalanan kau di dunia sana tiada masalah.
Terima kaseh atas segala lawak-lawak yang telah kau beri.
Ternyata ia telah menceriakan hari-hari kami.
Percayalah - sehingga kini kami maseh belom punya pengganti.
Untok mengisi ruang kosong yang telah kau tinggalkan.

Biarpon kita di dunia berlainan - kawan tetap kawan.
Biarpon kami di mamah usia - kau tetap di ingatan.

Kerana kau - wujudnya keramaian.
Kerana kau - wujudnya persahabatan.
Kerana kau - wujudnya kebahagiaan.


Salut Untok Kau!

Zulfikri Bin Roselan

(1983-2001)


- AL-FATIHAH -

Iklan Tampal

Powered By Blogger