Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Disember 01, 2008

Kad Tumbuk Dan Aku


Vrrrooooommmm...!!
SCREETTTTT!
Saun efek tayar kereta kanch,
aku parkir
langsung tak ikut petak...
segera aku melihat jam tanganku,
8.19 pagi baru,
sempat lagi nih,
aku berlari ngade-ngade,
pintu opis dah terbuka,
itu tandanye ada orang lagi awal,
lebih awal daripada aku.
Bagus!

Kebiasaannye akulah yang kena congok,
melangok dihadapan pintu pagar,
menanti pagar dibuka,
aku tidak memiliki kuncinye,
dah aku tidak berhasrat mempunyai kunci itu,
itu semua kerana aku punya alasan tersendiri.

Hari ini aku mampu tersenyum...
aku tidak gelepor seperti minggu lepas,
jam opis awal 7 minit daripada biasa,
bermakna jam aku 8.23 dan jam opis 8.30 pagi.
8.30 adalah kemuncak segala permulaan hari kerjaku!

aku melangkah masuk,
aku pasang lampu dan penghawa dingin,
kemudian dengan gaya seorang model,
aku mengatur langkah,
menuju satu kotak kecil yang mempunyai jam.

aku mencari kad yang punyai namaku,
aku dengan bangganye memasukkan kad itu,
Chrreett! Chreett!
YEAH! dakwat hitam tercetak.
minggu lepas semua dakwat merah...
aku tak suka, satu persoalan berlegar dibenak akalku
kenapa masa aku harus ditentukan oleh kad tumbuk!

8 ulasan:

Farid Abu Talib berkata...

kehidupan manusia diikat dengan sehelai kad yg tidak bernyawa.

John Leh berkata...

Saya bengang dengan kad tumbuk.tapi saya suka makan kacang tumbuk.Saya bengang waktu kehadiran ke pejabat dinilai dengan kad tumbuk.Bos tempat kerja saya langsung tak penah menumbuk kad tumbuk ini.Ini memang sial.saya geram dan akan cuba menumbuk muka bos-bos saya di pejabat.Doakan kejayaan saya.

Hanggokan berkata...

kahkahkah...
mari kite bertumbuk!
dahulu warga 3B tidak panggil ia sebagai bertumbuk...tetapi POGO!!

John Leh berkata...

Did! Ada 3 jenis mangkuk jamban di pejabat saya.3 jenis mangkuk jamban ini memang liat dan susah untuk menumbuk kad tumbuk.Mungkin 1 hari nanti saya sendiri akan tumbuk muka 3 mangkuk ini.Hey, tolong la Encik Mangkuk Jamban.. Ini bukan zaman Dato'Harun jemput datang Muhamad Ali bertumbuk kat KL.Ini zaman groovy!

Farid Abu Talib berkata...

di 3B ada pogo. kahkahkah. memang betul. di 3B ada chin peng. di 3B ada ustaz zaid yang garang. di 3b ada cikgu maziah yang menggiurkan. di 3B ada cikgu ropol-ropol. kahkahkah. di 3B ada kedai gunting rambut. di 3B ada majalah. di 3B ada cikgu sulaiman maiden. di 3B ade orang tulis f*** M*h****r. di 3B ade arwah yang menjadi kesah lagenda. di 3B ada kita. kita yang merayakan kehidupan sebagai anak-anak muda remaja. naratif ini naratif untuk selamanya. naratif yang akan tersu dicheritakan smapai kita hilang dari muka bumi tuhan ini.

John Leh berkata...

Farid : Sila tolong jangan lupa, di 3B ada Zaki. Zaki ini class monitor yang berjiwa rakyat.Kesana-kemari sanggup bekorban.Di 3B ada haiwan jurasik T-REX.Di 3B ada haiwan moden PENYU BERAMBUT.Di 3B ada warna-warni BLACK.Di 3B ada anak bangsa MALAYSIA si PRABU, ada si MICHEAL, ada si HSIN LEONG.

Dan di 3B juga ada peminat ZIANA ZAIN. Ini dah macam Mat Mongol. Memang cool.

L.H.R berkata...

sy xpnh gne kad tumbuk
=)

Hanggokan berkata...

wah,meriah sungguh kehidupan warna-warni 3B! hehehe...

cik siti,anda bertuah kerana masa anda tidak perlu bergantung kpd kad tumbuk...kalau tidak,sudah tentu anda akan bertumbuk dgn kad tersebut setiap kali masuk kerja.

Iklan Tampal

Powered By Blogger