Kau seorang kawan yang baek. Aku mula berkenalan dengan kau semasa kita memasuki SABS. Kebetulan kita sekelas. Kau nakal dan Cikgu Che Hasnah meletakkan kau di sebelah aku kerana sangkanya aku adalah pelajar yang baek. Padahal kita sekepala hebatnya dan aku bernasib baek kerana pandai berhipokrit depan guru kita itu berbanding dengan kau. Tapi dari situ aku tahu kau seorang kawan yang jujur.
Cikgu Che Hasnah juga mahu kau belajar dari aku. Biarpon kau bengap dalam pembelajaran tetapi kau gigih dan tidak pernah mengalah. Mujurlah aku jenis kool dan tidak mudah melenting semasa mengajar kau. Harap kau maafkan aku akibat luku-luku yang singgah di kepala kau. Aku tahu kau kuat dan kepala kau keras. Tak sakit kan?
Masehkah kau ingat, semasa kita berbuat bising dan kita telah didenda olih penyelia petang? Kita dikehendaki menulis ‘Saya tidak akan membuat bising di dalam kelas lagi’ sebanyak 200 kali dan perlu dihantar kepadanya pada keesokkan hari. Kau telah menolong aku menulisnya. Pada waktu itulah aku mula kagum dengan kau. Kau seorang yang setiakawan. Kau juga kreatif. Kau telah mengikat 3 pen sekaligus dan dapat menulis 3 baris ayat serentak. Dan kita berjaya menipu penyelia petang dengan turutan nombor yang tidak betul di setiap pangkal ayat. Kahkahkah! Kau memang seorang penipu yang hebat.
Aku kira kau juga seorang atlit yang aktif dan seorang pemain bolasepak yang handal. Dengan imej seluar pendek londeh berwarna kuning dan Jersi Slazenger ‘tuck-in’, kau iras-iras Alan Davidson. Sememangnya dia idola kau kan? Kau pernah mengajak aku pergi pemilihan pemain bolasepak bawah 15 tahun di Akademik Bolasepak Pahang. Malangnya jurulatih itu tidak pernah nampak kehebatan bakat kita. Satu kerugian bagi mereka.
Kau juga sering mengetuai pembikinan pasukan bagi menyertai kejohanan-kejohanan bolasepak haram di sekitar Kuantan. Bakat tidak penting tetapi persefahaman jitu yang penting kata kau...dan juga duit RM10 seorang bagi yuran penyertaan. Malah kau juga seorang pakar strategi! Aku maseh ingat setiap kali subjek Pendidikan Jasmani tiba, kau akan mengaturkan formasi dan posisi setiap kawan-kawan kita. Seorang pon tidak pernah membantah strategi kau kerana akhirnya mereka langsung tidak mengikut posisi yang kau tetapkan. Tapi kau peduli apa, kau tetap bermain dengan riang dan gembira.
Kau juga adalah pelopor kepada Keramaian. Setelah rakan-rakan lain berhijrah keluar dari SABS, kau tetap dengan semangat setiakawan kau. Tanpa mengira saiz dan warna kulit, kau berjaya menganjurkan gathering pertama Keramaian. Rakan-rakan kita semua begitu gembira dengan kewujudan Keramaian ini. Kau memiliki sentuhan keajaiban yang membuatkan setiap acara yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan meriah. Itulah yang membuatkan aku kagum dan aku coba belajar dari kau. Sehingga kini jika kau ingin tahu, Keramaian maseh wujod. Terima kaseh kepada kau.
Saat terakhir kita bersua adalah di medan selera Center Point. Kita berempat. Kau, aku, Herol dan Yah. Berjumpa untok minum petang. Bergelak ketawa kerana setiap dari kita punya misi berbeza pada keesokan harinya. Kau akan memulakan hari pertama pekerjaan kau. Yah pula menjadi driver bondanya, Herol pula menjadi despatch ibunya dan aku pula berkarier sebagai peniaga kebab. Hujan turun dengan lebat petang itu, dan aku sempat bertukar sweater dengan kau. Maseh aku ingat pesanan kau agar menyimpan elok-elok sweater yang ditukar itu. Dan itulah pesanan terakhir kau sebelom kau beredar pergi.
Petang keesokannya kau telah tiada. Pergi selama-lamanya. Meninggalkan kami terpinga-pinga.
Kini sudah 9 tahun pemergian kau. Begitu pantas. Sehingga kini aku maseh belom berjumpa peganti kau. Sehingga kini kami di sini begitu terasa kehilangan kau. Sehingga kini Keramaian merindui kau.
Apakah kau tahu Yah sudah berkahwin? Apakah kau tahu Herol telah putos tunang? Apakah kau tahu apa pekerjaan aku? Apakah kau tahu apa yang telah kami bertiga lalui sepanjang ketiadaan kau? Apakah kau tahu apa yang telah ditempohi rakan-rakan kita? Apakah kau tahu apa aktiviti Keramaian kita selama ini? Sememangnya aku terkilan kerana kau tiada.
Aku hanya mampu berharap kau tenang di sana. Kami di Keramaian sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kau, Zulfikri Bin Roselan. 18 Januari 2010 genap sembilan tahun pemergian kau. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Al-Fatihah!
P/S: Sweater kau maseh aku simpan baek-baek.
Tribute to arwah Zulfikri Bin Roselan passed away on 18th January 2001.
4 ulasan:
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Aku menerima berita pemergian arwah di waktu pagi - hujan agak lebat menggila - aku demam - rambut kusut - badan kurus. Manusia bernama Penyu hubongi aku - aku terus tercengang.
Dah 9 tahun.
Zul - jumpa di sana nanti.
Tq
rindu lawak bernas dia... rindu ketawa dia... rindu dia... surat akhir dia adalah surat yang paling bukan macam dia tapi cuba menceria kita2 bila dia da tiada... surat akhir dia masih ada... al-fatihah untuk thn ke 9 ketiadaan dia...
malam semalam ak terjumpa semula buku catitan ketika aku mula mula belajar menulis.
buku catitan ini bertarikh 19 Januari 2001.
dia telah pergi. dalam hujan lebat. kita mengalir ayer mata pilu. mengenang sahabat yg tiada lagi.
lalu kita membaca altifatihah.
hari ini aku utuskan satu lagu buatmu..
TIADA LAGI KIDUNGMU!!
semoga roh-mu dicucuri rahmat!!
weih..mula2 baca mmg kau pandai karang ayat. gelak terbahak2 aku dalam ofis neh. tapi bila pengakhiran crita, aku jadik sebak..
sedih siot.. tak mo kawan baik aku tinggal aku dgn cara camtu.
neway, tabah hadapi ye. Allah S.W.T lebih sayang beliau
Catat Ulasan