Setelah sekian lama saya tidak menulis dalam blog nih, TERFIKIR pula saya bagaimana reaksi orang ramai yang akan BERFIKIR apa telah terjadi pada saya untuk tempoh menyepi sedikit masa lalu. hehehe...sebenarnye bukan itu tujuan saya menulis blog ini. Apa yang amat membingungkan saya adalah suasana kehidupan penduduk Malaysia khususnya orang-orang melayu yang begitu ambil berat tentang ilmu. tetapi sedalam manakah kita mengambil berat tentang ilmu? Adakah sekadar meminjam PTPTN dan habiskan 4 tahun di universiti untuk membuktikan cinta kita pada ilmu? Sekerap manakah kita mengunjungi majlis-majlis ilmu..adakah sekerap kita mengunjungi panggung wayang, atau sekerap ke pasar malam tanjung api? atau getah sekerap? adakah kita terfikir mengenai bebanan dan kelebihan dari konsep pinjam dulu bayar sekarang yang ada pada masa kini?
Dulu saya langsung tak kisah mengenai perihal ini tetapi setelah saya sendiri mengalaminya, saya rasa amat patutlah saya menyedarkan orang ramai mengenainya. kepada adik-adik yang bakal dan bercita-cita ke menara gading mahupon menara eifel, nasihat saya ELAKKAN dari meminjam PTPTN, jauh sekali dari ALONG. pernahkah kita berfikir mengapa perlunya kita menyimpan dari kecil? sikit-sikit lama-lama jadi bukit...ada bukit kita sondol sampai gondol. semasa kecil, setiap kali pulang beraya kita akan dapat duit yang banyak tetapi apa yang kita buat dengannya? menyimpan? sebenarnye itu adalah konsep yang salah. pernahkah anda terfikir mengapa islam menyuruh kita selalu bersedekah, berderma dan membayar zakat? kerana ia adalah PERLABURAN untuk diri kita di dunia dan di akhirat. Apa yg saya nak tekankan di sini bukanlah menyuruh anda menderma seluruh duit simpanan anda tetapi membuat PERLABURAN! jika menyimpan sahaja duit kita tidak akan bertambah...tetapi sebaliknya berlaku jika anda membuat perlaburan. tetapi harus diingat bahawa setiap perlaburan yang kita buat mesti berlandaskan ajaran islam supaya hasilnya adalah halal. pernahkah anda TERFIKIR??
Kemudian saya TERFIKIR lagi mengenai tabiat orang kita yang bagi pandangan saya amatlah lucu sehingga berguling-guling anak kucing sebelah rumah apabila saya ceritakan kepadanya. Bagi saya betullah kata pepatah, 'dah terantuk baru terngadah'. dan saya sambung lagi, 'dah tua kutuk buat orang menyampah' (untuk hiasan semata-mata). Apakah anda perasan bagaimana reaksi orang kita apabila timbulnya sesuatu isu? contohnya mengenai isu sumpah saiful terhadap anwar ibrahim, di situ barulah orang-orang kita mula menyibuk dan mendalami ilmu angkat sumpah ini. kenapa tidak sebelum ini lagi orang-orang kita sudah dilengkapi tentangnya? ataupon mengenai konsep islam hadhari? ataupon mengenai murbahalah? apakah sangat daif orang-orang malaysia sampaikan tidak tahu mengenainya? marilah kita BERFIKIR sejenak...
Sebenarnya saya amatlah kecewa dengan pemikiran pemikir-pemikir yang terdiri dari anak-anak muda harapan bangsa kini. mengikut pandangan majoriti anak-anak muda ini, mereka tidak perlu membebankan kepala hotak mereka dengan ilmu-ilmu tersebut. ini kerana semua itu tidak ada kaitan dan tidak ada perlunya bagi diri mereka. sebenarnya pemikiran mereka ini amatlah salah dan tidak betul dan songsang dan sewaktu dengannya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi kita berwajah tampan dan selagi lubang hidung menyedut oksigen...selagi itulah kita harus lengkapi diri kita dengan ilmu! Hidup kita tidak akan lengkap jika tiada ilmu, dan selagi anda hidup, tidak akan habis ilmu yang boleh anda terokai! TAK FIKIRkah anda?
3 ulasan:
Pada hemat saya pembelajaran seharusnya dinikmati secara percuma oleh rakyat. Cuba bayangkan ketika ini siapa ingin belajar anda perlu bersedia untuk berhutang.Ini satu cara yg membebankan.Kita tidak perlu bersumpah sampai ke mesjid galing kem atau bukit sagu untuk membebaskan diri kita dari dibelenggu hutang.
argh! menusuk kalbu dan jubur ku mmbaca fikiran mu itu...kesimpulannya,menabung dr skrg dan jika xdpt anak,guna tabung uji...hahaha..dlm kan lagi ilmu agama,jgn bile kes naik bru nak berdebat hal agama...tuntutlah ilmu sehinnga ke liang lahad tp bkn sehingga PHd...dan terakhir cukupkan dulu semayang 5waktu,puasa di bln ramadhan,tunaikan haji dan zakat,baru lah kita berdebat dlm agama...hehehe..mcm mufti siot...
aku sumpah kau jd sumpah-sumpah hahaha.. selamat berpuasa.. nnt malam lepas terawih kita tuntut ilmu di coffee street mcm biasa smapai sahur..
Catat Ulasan