Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Julai 09, 2009

Aku bukan budak jahat

Kebelakangan ini kami terbabit kemalangan kecil.
Buah hati tersayang mengalami sedikit parut dan benjol.
Maafkan aku.
Ini sudah takdir.
Ini kehendak ilahi.

Jangan gusar, jangan gundah gulana.
Aku juga terasa hiba.
Rupamu itu akan aku mekap.
Biar poket dah berkeladak.
Akan aku pastikan kau kembali seperti sedia kala.
Berlari-lari merempuh dingin kota.

Ini semua gara-gara galah putih yang menghalang.
Ini semua gara-gara sekatan yang sepatutnya hak milik bersama.
Ini semua gara-gara sikap tamak manusia.
Duit sentiasa kemaruk, Servis sentiasa buruk

Kelak kita akan kembali menari bersama.
Kelak kita akan kembali bergembira.
Kelak kita akan berronggeng di segenap kota.
Dari KLCC sehingga Chow Kit Road sana.
Tiada siapa akan menganggu kita.

KahKahKah!


Aku bukan budak jahat.
Aku cuma sayang dia.

2 ulasan:

fadzil hafiz berkata...

kamu memang baik lah did.sayang kereta umpama si dia.tapi aku juga begitu.mungkin ini sudah takdir buat teruna yg tidak berpunya.aku pasrah.

John Leh berkata...

Kau memang jahat lah..

Kahkahkah

Terima kaseh

Iklan Tampal

Powered By Blogger