Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Ogos 31, 2009

Diskusi Jalanan Keramaian

Malam ahad - malam minggu - malam merdeka.
Keramaian telah berkumpol tapi tanpa nama-nama besar.
Aku, Hadi, Yah, Toyi, Pok Leh, Faliq, Syam Jey n wife, Dayana dan Laila.
Kami berkumpol untuk berdiskusi. Semua perbincangan mengenai perkembangan masing-masing. Dan ada VIP jemputan iaitu Alia bagi memeriahkan majelis. Juga ada kunjungan mengejut dari Tuan Syahrul Songkok. Beliau betul-betul kool. Bersalaman dan bertegur sapa lalu beredar.

Nama-nama yang tidak hader:
Herol - Ada kelas.
Bob - Demam.
Misa n wife - Balik kampung.
Qas - Ada rahsia di sebalek kehaderan jejaka misteri.
Prit - Sesat di ibukota lalu muncol di jempol?
Raisa - Berada di Muar.
Din - Terkandas di TC.

Malam itu tiada majelis berbuka puasa. Tiada terawih bersama. Cuma diskusi dan tayangan Bolasepak Liga Inggeris.

Hasil diskusi berpendapat satu majelis berbuka puasa akan berlangsung di ibukota pada satu tarikh yang belom ditentukan. Akan diberitahu kelak.

Sekian, cerialah!

Ahad, Ogos 30, 2009

Kehebatan Individu

Aku terpaksa menghadiri kursus. Kursus di hari minggu sangat tidak kool. Hari minggu bagi aku adalah hari kebebasan minda dari cengkaman aura-aura kerja. Hari minggu seharusnya diluangkan di atas tilam bersama bantal empuk dan jika berbini...harus dihabiskan masa itu dengan bini. Atau lebih syok jika masa itu dihabiskan di atas tilam empuk dengan bini. Kahkahkah!

Kali ini aku sebilik dengan seorang yang tidak dikenali. Lelaki. Sudah tentu lelaki kalau perempuan pasti sudah lama kami kena cekup. Nak mampus? Rakan sebilik ini lelaki sejati. Tidak lembut dan tidak auw. Aku yakin kerana beliau sudah berbini. Di bilik itu kami berkenalan. Kerana kursus ini, aku telah berjaya berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup hebat ini. Aku katakan beliau hebat kerana beliau akhirnya berjaya kawin hanya setelah berumur 30 tahun. Maknanya misi hidup beliau bergelar lelaki telah hampir berjaya...dan terbukti berjaya jika beliau mendapat zuriat kelak.

Berkenalan dengan insan baru yang hebat membuatkan aku teringat seseorang. Seorang insan yang sangat aku kagum. Ingatan aku menerjah ke sepuloh tahun nan lalu. Ketika itu aku maseh di alam persekolahan. Biarpon aku telah mengetahui nama dan wajahnya sebelum ini, tapi setelah 3 tahun baru aku dapat berkenalan dengan beliau secara mendalam. Beliau ini juga insan yang sangat hebat. Sesiapa yang mula berkenalan dengan beliau pasti teruja dan kagum dengan kehebatan beliau.

Biarlah aku kenalkan beliau dengan nama SS (bukan nama tipu). Sewaktu pertama kali bersalaman dengan SS, beliau menggenggam tangan aku dengan kuat. Lalu timbullah urat-urat saraf dan ketul-ketul muscle beliau. Biarpon muka aku berkerut kerana tidak mengerti kenapa perlu bersalaman sebegitu rupa tapi aku kagum kerana beliau seorang yang tegap dan kuat.

Kemudian terus SS ini berkisah tentang bagaimana dia mendapat tubuh sebegitu rupa. Menurutnya beliau adalah salah seorang dari atlit projek sukan kebangsaan dan juga budak projek bolasepak negeri. Beliau juga adalah atlit olahraga. Malangnya, otot lutut beliau tidak lagi secergas dulu. Aku ternganga. Tapi tak lama kerana aku perlu sorok kekaguman itu. Aku khuatir nanti SS akan riak. Juga khuatir nanti serangga dan virus-virus tidak patot masok ke rongga halkum aku nanti.

Selang beberapa bulan kemudian dia berkisah tentang gadis yang tergila-gilakannya pula. Katanya dia juga berkenan cuma malu. Lalu dia berkisah mengenai bekas-bekas aweknya. Si gadis itu, Si awek itu, Si polan itu, Si anu itu, Si yamang itu dan segala-gala Si pernah dia kapel. Aku dah pening lalu mengabaikan saja cerita beliau. Ini kisah yang tidak kena jiwa aku biarpon mengusik gadis-gadis adalah hobi waktu lapang aku ketika itu. Oh, terkantoi sudah.

Tamat persekolahan, kami semua mendapat keputusan SPM. Beliau gagal mendapat keputusan cemerlang lalu ingin membuat rayuan menyemak semula keputusan tersebut dengan Kementerian. Selang beberapa minggu kemudian dia berkisah mengenai keputusannya kepada aku dan rakan-rakan. Beliau mendapat 5A. Itu satu kejutan budaya bagi aku. Kata SS, beliau akan melanjutkan pelajaran ke Jerman. Berkerut muka aku sebentar tapi kemudian aku senyum.

2 tahun setelah tamat persekolahan, aku mendapat berita bahawa dia telah melanjutkan pelajaran di salah satu IPTA di Malaysia. Kisah ini aku dapat dari kawan baik aku, Y (juga bukan nama bohong). Secara kebetulan beliau satu rumah dengan SS. Menurut Y, SS sering bercerita kehebatan beliau bermain bolasepak, ragbi dan olahraga kepada rakan-rakan rumah lain. Tetapi ada sesuatu lebih hebat. Beliau mempunyai ilmu batin secara semulajadi. Ini satu kisah yang tidak aku ketahui ketika sama sekolah dengan SS. Menurutnya ilmu itu adalah warisan nenek moyang SS ini.

Kemudian Y berkisah lagi, SS yang sering bersukan ini tahu ilmu mengurut. Lalu suatu hari, seorang rakan rumah mereka yang aktif dalam sukan di IPTA telah terseliuh dan tanpa dipinta SS urut. Menurut SS, semua gerak tangan dan urut-urut ini bukanlah datang dari dirinya tapi pendamping beliau. Dari satu tempat ke satu tempat semuanya adalah kerja pendamping beliau. Menurutnya lagi jika ada apa-apa masalah, harus dia yang urut. Seronoklah si rakan rumah ini kerana tiap-tiap hari dapat urutan percuma. Tidak kisahlah siapa yang urut. Asal lenguh sikit, disuruh SS ini picit bahu. Tekan-tekan betis dan tapak kaki. Dan tidak semena-mena satu rumah menyuruh SS ini mengurut. Aku kagum lagi.

Lalu lekatlah nama SS ini dengan gelaran Tok Batin. Gelaran ini tidak dikurniakan oleh raja-raja melayu. Gelaran ini tidak perlu diperolehi dari adat-istiadat pertabalan. Gelaran ini semulajadi datang dari mulut rakan-rakan. Wah, aku lagi-lagi kagum mendengar cerita Y ini!

Saat kemuncak kehebatan SS ini terserlah apabila rakan-rakan rumah beliau bercadang ingin mengusik Tok Batin ini. Waktu malam menjelma, malam jumaat. Mereka sudah siap membeli kemenyan dan dibakar. Asap-asap kemenyan ini di sebar-sebarkan di setiap pelusok rumah ketika Tok Batin ini tiada. Memang sesuai. Seorang rakan rumah mereka berlakon terkena sampok. Lakonan yang sangat meyakinkan.

SS yang baru pulang terus diterjah oleh rakan-rakan rumah yang lain. Mereka kata ada makhluk halus di rumah mereka dan telah merasuk si pelakon tadi. SS berkata yang beliau telah agak kerana dari tangga lagi beliau sudah terasa aura-aura makhluk ini. Firasat beliau ini telah dikuatkan lagi dengan bau-bau kemenyan.
Lalu dengan segera SS mengambil semangkuk air dan membaca jampi serapah yang tidak tahu butir maknanya. Pelakon yang berlakon tadi dipegang kaki dan tangan oleh rakan-rakan lain. ‘Dia datang dah! Dia datang dah!’ kata SS merujuk kepada makhluk halus apabila pelakon ini meronta-ronta. Lalu SS merenjis air jampinya ke muka pelakon ini supaya bertenang. Kemudian SS menjampi di setiap sudut untuk membuat satu segiempat. Katanya itu untuk memagar makhluk halus itu.

Rakan-rakan yang lain yang tidak tahan dengan telatah Tok Batin ini terbarai ketawa. Tanpa segan silu berdekah-dekah ketawa depan Tok Batin ini. Termasuklah si pelakon tadi sehingga menetes air mata. Air mata ini bukan air mata kesedihan kerana putos cinta, air mata ini kerana keceriaan dan kelucuan melampau. Tok Batin yang tersedar kekantoian beliau dengan segera meninggalkan rumah itu sambil menghempas pintu dengan kuat.

Menurut Y lagi, genap seminggu SS menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah lalu tersebarlah berita mengenai Tok Batin ini yang pergi bertapa. Aku yang mendengar cerita ini juga tidak tahan dengan kelucuannya lalu terbarai ketawa. Inilah kehebatan sebenar insan yang aku kenal semenjak sekolah menengah lagi. Beliau betul-betul kool.

Telatah rakan ini membuat aku terfikir sejenak. Sekurang-kurangnya beliau ada kehebatan yang diketahui ramai. Tapi aku maseh tercari-cari apakah kehebatan diri aku. Inilah kelemahan manusia. Kehebatan sendiri sukar dikenali tetapi kehebatan orang lain mudah saja dikesan. Kehebatan tidak semestinya yang positif saja.

KahKahKah!
Cerialah!

Ahad, Ogos 09, 2009

Majelis Berboka Puasa 2009

PERHATIAN! Satu majelis berboka puasa akan diadakan untuk ahli-ahli keramaian. Sesiapa yang pernah dan telah menjadi bekas-bekas pelajar Royal Ash Burn Academy atau lebih mesra dikenali sebagai Ahli Keramaian SABS dijempot hadir.

Aktiviti adalah makan-makan untok berboka puasa. Untok yang tidak berpuasa,anda juga bolih berlakon berboka puasa. Semoga anda tidak kantoi.

Selepas acara makan beramai-ramai, kita akan solat berjemaah dan seterusnya aktiviti bermesra-mesra manakala kepada ahli keramaian yang mendapat pelepasan khas dari Allah SWT dibenarkan membuat acara gaya bebas.

Untok makluman ahli-ahli keramaian, ini bukan acara formal. Anda dibenarkan membawa suami, isteri, madu-madu, pakwe dan makwe serta rakan-rakan yang cun bergetah. Jika rakan yang anda bawa sudah berpunya, sila beri notis terlebih awal bimbang akan berlaku pergaduhan tidak diingini. Perbelanjaan makan-makan adalah ditaja oleh poket anda sendiri dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Pakaian adalah sopan dan tidak ketat-ketat kerana khuatir akan terbeliak bijik mata para teruna lalu terbuka puasa sebelom waktunya. Sila ambil serius. Baju batek tidak dibenarkan. Tarikh maseh belom ditetapkan. Cadangan adalah pada 22 Ogos 2009 atau 29 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu. Tempat maseh dalam perbincangan ahli majelis tertinggi. Sila ikuti perkembangan ini dengan penoh minat. Jika ada masalah, sila SMS ‘ON MASALAH ke nombor talipon bimbit Encik Did Hanggokan atau Encik Herol.

Cerialah!

Isnin, Ogos 03, 2009

Satu Keluarga

Sabtu lalu aku menempuh satu fasa yang baru. Melakukan apa yang rasa betul. Keberanian perlu ada. Mungkin sedikit keliru tapi masih aku rasa tindakan itu betul.

Meleser bersama seorang rakan lama, berkongsi pengalaman benar. Meleser kali ini berbeza sama sekali dengan aktiviti peleseran biasa kami. Kami ingin mencari ruang untuk bertemu dan bermesra bersama demonstran. Menyelami maksud hati mereka. Kami menjadi wartawan bebas hanya untuk diri kami. Membuat liputan berita bagi sejarah hidup kami. Alami dan melihat sendiri. Detik yang hanya akan dirakam untuk warisan anak cucu kami.

Tengahari kami selamat sampai ke tempat yang dituju. Masih gagal mengesan siapa yang menyertai dan siapa yang hanya menempel untuk melihat perayaan ini. Orang tua, makcik-makcik, brader-brader juga turut ada. Orang-oranng seragam sudah pon bersiap sedia. Dalam trak sudah kelihatan ada orang ditahan.
Sebentar bersama mereka membuatkan aku sedar satu perkara. Keluarga. Demonstran ini tidak memaksa anak-anak dan isteri untuk turut serta berdemonstrasi. Berbilang bangsa, berbilang budaya. Semua demonstran ini saling bekerjasama sebagai satu keluarga. Tidak kira mereka dari keturunan sulu mahupon keturunan parameswara. Dari segenap pelusok negara turun keluar menuntut hak. Oleh itu aku faham benar mengapa ada segelintir masyarakat tidak berani menyertai perhimpunan ini. Hanya mampu menyokong dari jauh.

Keluarga selalu menjadi pertimbangan apabila memperjuangkan sesuatu. Bila bersuara, fikiran kepada keluarga. Bila pertempuran berlaku, ingatan melayang kepada keluarga. Begitu jugalah apabila tercetusnya perang, apakah semangat patriotik akan mengatasi kepentingan keluarga? Beruntunglah mereka yang mendapat sokongan keluarga. Keluarga memberi restu kepada mereka. Menjadikan semangat bertambah membara. Tapi nasib berbeza kepada demonstran yang tidak mendapat sokongan keluarga. Apa yang harus mereka lakukan?

Para demonstran ini mengetahui yang mereka tidak perlu gentar kerana mereka bergerak sebagai satu keluarga. Seorang jatuh tersembam, berpuluh-puluh tangan menghulur tangan. Membantu sama lain. Mereka semua ini tidak diupah, tidak bayar. Mereka membantu tanpa mengira bangsa atau agama. Sifat ini betul-betul membuatkan aku kagum.

Aku sibuk merakam gambar dan video apabila demonstran ini dikepung di Masjid Jamek. Keadaan Begitu tegang. Mereka disekat daripada keluar dari masjid. Apabila gas pemedih mata meletup, mereka merempuh keluar bersama. Berpaut tangan membentuk satu barisan meredah kepungan orang-orang seragam. Aku teruja kerana tidak sangka semangat mereka sebegitu tinggi. Nilai kesepakatan sangat terserlah.
Aku bertambah kagum apabila ketika kami dihambat pemedih mata dan semburan air, para demonstran dengan segera berlari memimpin anak-anak dan orang tua ke tempat selamat. Tidak kira yang terlibat dengan perhimpunan ini ataupon tidak. Menghulur air dan ubatan. Melindungi mereka daripada terus diasak. Ada seketika ketika aku dan rakan berehat di satu sudut selamat,kami disapa oleh demonstran. Sebelah kanan dari Terengganu manakala sebelah kira dari Penang.

Dengan ramah, mereka menghulurkan air dan aku menolak dengan sopan. Walaupon hanya sebentar bersama mereka, namun banyak cerita yang boleh kami kongsi bersama. Jelas terpancar wajah semangat memperjuangkan misi mereka. Kami beredar setelah keadaan reda. Rasanya inilah pengalaman yang sangat berharga yang hanya mampu diraih di Kuala Lumpur sahaja. Cerialah!

Ahad, Ogos 02, 2009

LANGSUNG dan EKSKLUSIF




Ini yang terjadi pada hari minggu di tengah-tengah kota. Cantek dan meriah. Semangat setiakawan jelas terpancar. Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain turut serta. Perayaan yang menyatukan satu Malaysia. ;)

Iklan Tampal

Powered By Blogger