Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Ogos 03, 2009

Satu Keluarga

Sabtu lalu aku menempuh satu fasa yang baru. Melakukan apa yang rasa betul. Keberanian perlu ada. Mungkin sedikit keliru tapi masih aku rasa tindakan itu betul.

Meleser bersama seorang rakan lama, berkongsi pengalaman benar. Meleser kali ini berbeza sama sekali dengan aktiviti peleseran biasa kami. Kami ingin mencari ruang untuk bertemu dan bermesra bersama demonstran. Menyelami maksud hati mereka. Kami menjadi wartawan bebas hanya untuk diri kami. Membuat liputan berita bagi sejarah hidup kami. Alami dan melihat sendiri. Detik yang hanya akan dirakam untuk warisan anak cucu kami.

Tengahari kami selamat sampai ke tempat yang dituju. Masih gagal mengesan siapa yang menyertai dan siapa yang hanya menempel untuk melihat perayaan ini. Orang tua, makcik-makcik, brader-brader juga turut ada. Orang-oranng seragam sudah pon bersiap sedia. Dalam trak sudah kelihatan ada orang ditahan.
Sebentar bersama mereka membuatkan aku sedar satu perkara. Keluarga. Demonstran ini tidak memaksa anak-anak dan isteri untuk turut serta berdemonstrasi. Berbilang bangsa, berbilang budaya. Semua demonstran ini saling bekerjasama sebagai satu keluarga. Tidak kira mereka dari keturunan sulu mahupon keturunan parameswara. Dari segenap pelusok negara turun keluar menuntut hak. Oleh itu aku faham benar mengapa ada segelintir masyarakat tidak berani menyertai perhimpunan ini. Hanya mampu menyokong dari jauh.

Keluarga selalu menjadi pertimbangan apabila memperjuangkan sesuatu. Bila bersuara, fikiran kepada keluarga. Bila pertempuran berlaku, ingatan melayang kepada keluarga. Begitu jugalah apabila tercetusnya perang, apakah semangat patriotik akan mengatasi kepentingan keluarga? Beruntunglah mereka yang mendapat sokongan keluarga. Keluarga memberi restu kepada mereka. Menjadikan semangat bertambah membara. Tapi nasib berbeza kepada demonstran yang tidak mendapat sokongan keluarga. Apa yang harus mereka lakukan?

Para demonstran ini mengetahui yang mereka tidak perlu gentar kerana mereka bergerak sebagai satu keluarga. Seorang jatuh tersembam, berpuluh-puluh tangan menghulur tangan. Membantu sama lain. Mereka semua ini tidak diupah, tidak bayar. Mereka membantu tanpa mengira bangsa atau agama. Sifat ini betul-betul membuatkan aku kagum.

Aku sibuk merakam gambar dan video apabila demonstran ini dikepung di Masjid Jamek. Keadaan Begitu tegang. Mereka disekat daripada keluar dari masjid. Apabila gas pemedih mata meletup, mereka merempuh keluar bersama. Berpaut tangan membentuk satu barisan meredah kepungan orang-orang seragam. Aku teruja kerana tidak sangka semangat mereka sebegitu tinggi. Nilai kesepakatan sangat terserlah.
Aku bertambah kagum apabila ketika kami dihambat pemedih mata dan semburan air, para demonstran dengan segera berlari memimpin anak-anak dan orang tua ke tempat selamat. Tidak kira yang terlibat dengan perhimpunan ini ataupon tidak. Menghulur air dan ubatan. Melindungi mereka daripada terus diasak. Ada seketika ketika aku dan rakan berehat di satu sudut selamat,kami disapa oleh demonstran. Sebelah kanan dari Terengganu manakala sebelah kira dari Penang.

Dengan ramah, mereka menghulurkan air dan aku menolak dengan sopan. Walaupon hanya sebentar bersama mereka, namun banyak cerita yang boleh kami kongsi bersama. Jelas terpancar wajah semangat memperjuangkan misi mereka. Kami beredar setelah keadaan reda. Rasanya inilah pengalaman yang sangat berharga yang hanya mampu diraih di Kuala Lumpur sahaja. Cerialah!

Tiada ulasan:

Iklan Tampal

Powered By Blogger