Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Januari 02, 2009

Al-kesahnya...

Agak lama tidakku tulis dalam blog ini,
namun perihal sahabatku buat hatiku terdetik untuk menulis disini,
perihalnya buatku terkenang kisah lalu,
ini bukan main-main...ini realiti hidup,
rancangan realiti yang dimainkan oleh kita sebagai watak utama.

Al Kesahnya,
Cinta sahabatku putus di tengah jalan,
Sakitnya bukan kepalang,
Merana saban malam,
Derita ditanggung tidak terperi,
Aku simpati, aku mengerti kerana aku juga pernah alami,
Namun hanya sokongan moral mampu ku beri.

Al Kesahnya,
Dia adalah mangsa cinta,
Cinta bikin bahgia,
Cinta juga bikin derita,
Cinta bikin ketawa,
Cinta juga bikin air mata,
Cinta mampu buat kita menjadi gila.

Al Kesahnya,
Jangan bersedih dan berduka,
Teman-teman di sisi tetap setia,
Keluarga menyokong setiap masa,
Dulu aku alaminya,
Teman2 yang lain juga sama,
Kini giliran hari dia pula,
Saat paling sukar dalam sejarah hidup manusia,
Aku yakin dia mampu harunginya,
Berusahalah sedaya upaya,
Kemudian berserahlah kepadaNya,
Hanya Dia tahu yang terbaik untuk kita.

P/S: Yosh!!! Bersemangatlah Encik Farid Abdillah....Keramaian sentiasa beri sokongan!

4 ulasan:

Amz CamPro berkata...

perjuangan belum lagi selesai...

TehTarik.My berkata...

aku sokong...masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan...get up stand up, get up for ur right bro!!!

fadzil hafiz berkata...

lu jgn riasu brader!!gua senantiasa berada di sisi beliau....

L.H.R berkata...

kim slm kt kwn
yep?
hehe

Iklan Tampal

Powered By Blogger