Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Januari 07, 2009

Tikus

Hari itu
Bertempat di opis ini
Saat aku tekun bekerja
Hidung aku ditusuk-tusuk
Bau busuk yang amat

Aku bukak pintu stor.

Terdampar sekujur bangkai tikus!
Mati akhirnya dia.
Sedih?
mungkin juga.

Masih aku ingat kejadian seminggu lalu
Juga pada masa aku dalam situasi ini
Sedang aku membelek2 komputer riba
kaki aku bergeli-geli tetiba
lalu aku jeling ke bawah meja
haram jadah!
tikus cium2 kaki aku.
Aku sepak tikus itu
bukan niat tapi respon spontan

Tikus itu bercicit-cicit melarikan diri
Aku dengan pantas ambil Shieldtox
dengan muka bengis, aku sembur tikus itu
namun beliau berjaya meloloskan diri
sejak itu tikus dan aku tidak bersapa lagi

Tapi hari itu
aku yakin tikus yang sama
pergi meninggalkan dunia

Sebenarnya bukan tikus itu yang bikin hatiku sedih
tapi tikus tak berekor ini
yang berbangsa China
baru 2 hari aku belai dan bermanja
kini tidak bernyawa
tidak bernyala
tidak berkuasa
kerana dia kehabisan bateri
lalu kerja aku terbengkalai.

Oh, tikus...tikus...
kenapa harus begini?
Kau sungguh busuk, tetikus!



4 ulasan:

TehTarik.My berkata...

Mbowh...tetikus PC fair...mmg aa mcm tu...

John Leh berkata...

Kahkahkah..
Mbohhh!

Aku paling risau bila anjing aku meragam dan buat hal.
Anjing aku ini telah meneman aku sejak 2005 lagi.
Oh Anjing ku..

Tanpa Nama berkata...

hahahaa...kesiann tikus dan tuan tetikus itu...

Hanggokan berkata...

tuan tetikus lebih kesian...cik azlina

natang guh tetikus PC fair...
nasib baik la ko beli kaspersky antivirus je kan erol? hihihi!

Anjing apekah pokleh?

Iklan Tampal

Powered By Blogger