Hari ini semakin ramai gedebe yang menjadi kapla-kapla kompeni besar membuat onar. Aku tidak kisah jika mereka tidak mengganggu hidup aku yang aman damai ini. Tapi aku cukup berbulu kalau kehidupan aku yang serba kekurangan kasih sayang ini dicemari dengan tingkah laku gedebe. Gedebe ini telah berkuasa ke atas diri aku selama 3 bulan. Cukup cuma 3 bulan kerana aku akan berhijrah selepas ini. Kahkahkah...
Gedebe.
Perkara pertama yang membuatkan para pekerja tidak respek dan suspek beliau adalah kerana beliau sungguh kerek dan berlagak tak kena tempat. Walhal bagi kami, perkara-perkara remeh seperti dapat mencari fail di dalam komputernya sendiri tidaklah perlu di kecohkan satu opis. Sedangkan dia sendiri telah meminta pertolongan aku untuk mencari fail yang telah dia selamatkan (save). Sendiri punya nyanyuk, aku di salahkan kerana tidak menjumpai fail di dalam komputernya. Bodoh! Siapa? Aku. Sebab pergi melayan gedebe ini. Setelah dia menyibuk dan mencari sendiri fail itu di depan aku, baru dijumpai. Kemudian dicanangkan ke segenap pelosok donia kehebatan dia berjaya menemui fail itu. Tahi sungguh!
Perkara kedua. Setelah ramai warga-warga pejabat menemui kecelakaan jalanraya, pihak syarikat telah insaf. Insaf kerana banyak projek telah diperolehi tapi langsung tidak menunjukkan kesyukuran. Mungkin kecelakaan jalanraya itu petunjuk kepada ketidaksyukuran gedebe-gedebe sebelum ini. Oleh itu, gedebe ini menyediakan satu majlis kesyukuran dan solat hajat selepas solat maghrib minggu lepas. Ketika solat ini, si gedebe menunaikan solat maghrib hanya 2 rakaat! Ya ampun. Dayus sungguh. Tapi di kaver dengan kata-kata alasan beliau yang tak masuk akal. Lebih elok jika aku tidak paparkan kata-katanya kerana khuatir akan terkeluar akidah rakan-rakan sekalian.
Ketika Pak Imam bertanya apakah hajat pihak syarikat untuk sama-sama dipohon dalam solat nanti, si gedebe ini terpinga-pinga. Sedangkan beliau adalah ketua kompeni. Akhirnya dia minta seorang Team Leader di kompeni kami bagitau. Apa ke jahil sangat gedebe ini? Hilang respek kami kepadanya sebagai seorang ketua. KahKahKah!
Perkara terakhir yang membuatkan aku tergolek-golek gelak adalah kejadian semalam. Seorang Technician berumur lingkungan lewat 50-an telah berjumpa dengan gedebe ini. Menurutnya ada tawaran tender daripada PERWAJA. Gedebe yang kunon terlalu sibuk ini mempersoalkan kenapa Technician ini sendiri tidak membuat Sebut Harga untuk tender itu. Technician itu terkejut lalu memberitahu bahawa itu bukan tugas dia. Si gedebe ini berkata pula, walaupun itu bukan dalam skop kerja Technician tapi apa salahnya tolong. KahKahKah! Si Technician bagi alasan yang dia tiada pengetahuan mengenai komputer untuk membuat Sebut Harga. Si Gedebe ini bertanya pula, kenapa tidak belajar komputer? KahKahKah! Aku rasa itu satu soalan yang langsung tidak relevan dari seorang ketua yang telah mengetahui selama 25 tahun ini, Technician yang sudah ingin bersara itu hanya mengadap besi-besi di dalam worksyop dan bukan kerja-kerja di pejabat.
Banyak lagi cerita mengenai gedebe ini ingin aku tulis di sini. Namun cukup untuk setakat ini. Cukup untuk tatapan umum supaya tidak menjadi gedebe. KahKahKah!
3 ulasan:
Bodoh punye gedebe.
Dia takde mintak surat ke?
Gedebe ini mempunyai kuasa verbal luar biasa. Tidak perlu hitam putih. Tapi anda perlu siap sedia menerima akibatnya kemudian hari.
gedebe oh gedebe.
nasib baik bukan gedebab.
kenapa tidak dipogo sahaja gedebe ini?
Catat Ulasan