Jumlah Paparan Halaman

Isnin, April 20, 2009

Peleser Kota (Malam 1)

Aku tidak tahu bagaimana ia terjadi. Kejadian ini tidak pernah dirancang. Tidak pernah ada dalam kalendar Keramaian. Tiada juga tercatit dalam I-Phone Cik Raisa yg baru dibeli (promot..promot..) Kejadian ini terjadi Ahad yang lalu bersamaan 12 April 2009.

Hasrat sebenarnya hanya ingin pergi bertemuduga di Shah Alam. Dalam kesempatan itu, aku mengambil kesempatan (Auw!...Auw!) menjengah rakan-rakan di Kuala Lumpur. Kebetulan pula seorang cikgu, Prit (bukan nama sebenar) juga ingin turut menumpang ke Kuala Lumpur bagi menghadirkan diri ke mesyuarat penting demi pendidikan anak bangsa malaysia di KL ini. (Gua bangge sama lu, brader!) Lalu jam 2 petang, bergeraklah kami menuju ke ibu kota.

Tepat jam 5.30 petang kami sampai di rumah Hairul Fadli yang bertempat di Sentul. Hujan lebat-lebat tidak renyai-renyai. Namun aku dan Cikgu Prit tidak kebasahan kerana dek duduk selesa di dalam mobil baru berwarna hitam. (senyum...senyum...) Setelah Hairul menaiki kereta, Aku terus sahaja menghantar Cikgu Prit ke Hotel Puteri Park di Jalan Raja Laut (belakang ada chow kit). Tergelak aku bahana apakah para cikgu bersidang di hotel ini? (*kahkahkah* gelak sebentar)

Seterusnya aku menuju ke One Utama a.k.a OU untuk bertemu Man. Man kawan Hairul. Man juga kawan saya tetapi Man maseh belom kenal Keramaian. Hajat utama mereka adalah makan tengahari biarpon waktu sudah senja. Sudah adat orang bujang lunch di waktu senja. Kenyang mereka. Aku tidak makan kerana perut berkotak enam ini maseh mantap dan kenyal, hanya berulamkan air pink guava bagi menemani mereka. (kahkahkah!) Kami berjalan-jalan dan singgah pula di TGI Friday untuk bertemu Wan. Wan juga kawan kami tapi tidak mengenali Keramaian. Pertama kali aku jejak kaki di situ dan aku teruja dengan cara tersendiri para pelayan mereka menyambut kami, juga adat mereka apabila meraikan sambutan harijadi pelanggan mereka. Happening Ngok!! (p/s: sila berhati-hati untuk muslim)

Kami hubungi Doktor Hadi. Hadi berada di Ipoh. Menunggu saat di pos. Hendak pos doktor ini tidak memerlukan setem. Doc Hadi bergegas turun ke KL setelah mendengar Keramaian berkumpul. (laju jek dia..) Tepat jam 930 malam, aku dan Hairul bergegas ke Tol Jalan Duta untuk menjemput Doc Hadi. Maseh hujan renyai-renyai. Kami tidak hiraukan semua itu. Setelah menjemput Doc Hadi kami terus sahaja menjemput Cikgu Prit. (belakang hotel ini Chow Kit...*gelak lagi*) Malam ini kami akan berdiskusi. Setelah bersidang, kami semua bersetuju untuk berkumpul di sebuah kafe di Jalan Yap Kwan Seng. (siapakah Yap Kwan Seng?...Yap Kwan Seng (1846 - 1902) was the last Chinese kapitan of Kuala Lumpur from 1889 to 1902 who was only 18 when came to Malaya to be a tin minner - sumber mat google)

Tiga lagi ahli yang akan turut serta dlm perhimpunan ini adalah PokLeh (pakar air2), Zaki (ketua darjah 3B dulu) dan Raisa (Dewi Pagi). Berikut adalah muka-muka wanted:









Kami memesan minuman dan bergelak ketawa sehingga larut malam. KahKahKah! sehingga penat. Berkisah kesah lama dan kesah cinta. Bertanya khabar berita dan perihal kerjaya masing-masing. Sehingga semua mata penat dan tekak kering, kami semua beredar dari kedai yang dari tadi coba menghalau kami kerana mereka hendak tutup kedai. (kahkahkah...leceh aaa brader!)

Aku seterusnya menghantar pulang Cikgu Prit ke Hotel Puteri Park (belakang ini ada Chow Kit...KahKahKah!!). Aktiviti sampingan sebelum hantar Cikgu Prit tetap ada. Ronda-ronda sekeliling hotel bagi memastikan keselamatan penginapan Cikgu Prit selamat. (kahkahkah!) Setelah itu kami terus sahaja pulang. Malam itu aku dan Doc Hadi akan bermalam di rumah Hairul Fadli.

...Bersambung...

2 ulasan:

Dari Jalan Kopi berkata...

meleser sangat menggiurkan brader.
cuma jangan buat leceh sama lindsay lohan.
nanti kena cekup
menanti sambungan cherita ini

kahkahkah.

fadzil hafiz berkata...

keramaian memang sungguh unite.itu aku tabik.bersatu kita teguh bercerai kita roboh.motto yang ini sangat cocok buat kalian.sungguh.

Iklan Tampal

Powered By Blogger