Jumlah Paparan Halaman

Rabu, April 22, 2009

Peleser Kota (Malam 2)

...Sambungan...

Aku dan Doc Hadi bermalam di rumah Hairul Fadli. Atau lebih tepat, berpagi di rumah Hairul Fadli kerana kami sampai tepat jam 3.30 pagi. Parkir badan di atas tilam empuk sangat mengasyikkan. Tapi sempat kami usya-usya internet dan Facebook sebelum mata terlelap. Perihal internet ini, biarlah kami saja yang tahu. (kahkahkah!) Facebook ini sangat penting di zaman kini. Ia menemukan kita dengan rakan-rakan lama dan baru. Kepentingan memiliki Facebook sukar dipertikaikan, kan Pok Leh? (bakar garesan, brader! kahkahkah!)

Siang harinya, Hairul bekerja. Tapi aku yang harus mengejutnya bangkit dari tidur. Mata kami semua maseh lalok. Jam 9 pagi kami keluar. Doc Hadi maseh terbongkang di tilam empuk. Tidak sedarkan diri atau memang dia tidak pernah sedar diri. (kahkahkah! lagi) Aku dan Hairul mengurung saja Hadi. Biarkan saja dia terjun bersama mimpi-mimpinya. Aku teruskan misi aku dan Hairul teruskan misi hidupnya.

Petang itu, sekembali aku dari misi aku...Doc Hadi kelaparan. Dia telah sedar dari tidurnya namun tak bermakna dia telah sedar diri. Kami ber es-em-es dengan Cikgu Prit. Kami mengambilnya di hotel penginapan rasmi Cikgu Prit ini (belakang hotel ini adalah Chow Kit...kahkahkah!) Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Doc Hadi telah membuat satu temujanji dengan salah seorang keramaian. Beliau maseh hot tapi sudah beranak 2. Aku tidak berminat dengan beliau tetapi sangat berminat dengan anak beliau kerana anaknya yang kembar 2 itu sangat comel. Mungkin bolih dibuat isteri di masa hadapan. (KahKahKah!)

Hot Mama ini telah menetapkan temujanji di Rawsha, sebuah restoran arab di sekitar Jalan Ampang. Restoran ini sangat popular dikalangan warga kota. Sesampainya kami di restoran itu, kelihatan mat-mat arab bersidai di sebelah belakang restoran. Ramai juga bilangannya. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Ada keraian atau pesta muda-mudi kah di situ? Namun tiada apa yang berlaku. Cuma mereka bersidai sahaja tanpa tujuan biarpon aku lihat semuanya kering, tidak perlu sidai menyidai. Lalu tanpa membuang masa, kami menuju ke dalam restoran ini kerana Doc Hadi sangat lapar. Kebetulan Hot Mama juga sudah tiba.

Dalam restoran ini ada berbagai juadah menarik. Ada berbagai nama. (aku dah lupa aku order ape). Tapi ada kebab, ada roti-roti, ada kek arab. Nama-nama juadah juga ala-ala Taliban. Semasa menjamu selera, tidak ketinggalan kami berulamkan She-Sha (betul ke aku eja?) (Maaf Cikgu Prit...She-Sha dan bukan Shasha ye!) Selang 15 minit kemudian, kelibat Hairul pula kelihatan. Seperti biasa, apabila berkumpul maka timbullah gosip-gosip panas dan aksi-aksi bakar garesan.(kahkahkah!) Dan tidak semena-mena, timbul pula idea hendak berkaraoke pada sebelah malamnya.

Ini sangat menarik!

Maka, bersurailah kami pada jam 7.20 petang dengan misi baru jam 10 malam ini pula. (hohoho!) Cikgu Prit dihantar polang ke hotel rasminya. (Chow Kit ada dibelakang hotel ini! kahkahkah!)

Hujan renyai-renyai. Mendung sepanjang hari. Namun hari yang mendung tidak mencacatkan langsung kegembiraan kami. Tepat jam 9.30 malam, aku, Hairul dan Doc Hadi menuju ke rumah Raisa. Kami perlu mengambilnya dan bawa dia ke tempat projek kami. (Ooo...yeah!) Tidak lupa, kami turut memungut Cikgu Prit yang kununnya ada mesyuarat sehingga jam 10 malam. Tanpa berfikir panjang, aku memecut laju bak cerita KL drift. Mencilok sana sini. Memotong tanpa belas kasihan. (Sila jangan percaya part ini...ini cuma penyedap cerita) Berhentinya kami adalah di Yaw Chuan. (Siapa yang bagi nama ini? saya tidak tahu.)

Hot Mama sudah pon berada di situ dan bersedia. Dengan berbekalkan 2 botol 1.5 L air berkarbonat dan makanan ringan, kami menuju bilik 35 dengan bergaya. Ini adalah bilik sulit. Ini adalah bilik luahan perasaan. Ini adalah bilik projek kami. (Jangan buat leceh,brader!) Di sini kami melalak terkeluar anak tekak. Di sini juga Zaki terkena sawan paling kronik. Mujur ade doktor, Doc Hadi. Di sini juga terberkesan di sudut paling dalam seketul hati yang kecewa apabila berdendang lagu duka. Mujur ada dewi yang sudi menyejukkan hati yang parah di lukai. (Wahahaha! Ini babak sinetron)

Jam 1 pagi. Kami berjaya menyudahkan projek kami. Hot Mama sudah pun pulang kerana bimbang Hot Papa naik hot. Namun begitu, kesemua kami kaku dan beku. Kami bagaikan terkurung dalam peti sejuk, dingin sekali. Sedingin poket yang tidak berduit ini. (kahkahkah!) Lalu kami keluar dan menuju ke NZ Garden untuk berdiskusi mengenai pitching dan tune suara kami tadi. Rata-rata kami mendapat markah yang sama dan mendapat pujian melambung-lambung dari kami sendiri.


Seperti biasa juga, Kami bergosip, bergambar, berkutukan sehingga keringnya idea dan air liur. Jam menunjukkan jam 3 pagi lalu kami bergerak pulang kembali ke pangkal jalan. Kepala hotak Hairul sudah pon memikirkan MC untuk esok hari. Manakala aku sudah tepu dan tak mampu berfikir lagi. Prit di hantar pulang dengan sekali lagi kejadian tawaf berlaku. Zaki pulang dengan Raisa. Kami polang dan terbongkang kepenatan. Namun sebenarnya ada projek di internet antara kami (Aku, Hairul dan Doc Hadi) semasa di rumah Hairul. kahkahkah! akhirnya gelap...ZZZzzz!

...bersambung lagi

7 ulasan:

Dari Jalan Kopi berkata...

chow kit road!! chow kit road!! haji taib road!! haji taib road!!

kahkahkah.

hot mama itu mempunyai anak yg cun dan bergetah. ingin sekali sy menjadi menantunya.

kahkahkah.

dari jalan kopi yang baek

Tanpa Nama berkata...

Babak sinetron seri dewi malam. "Yang dulu usah dirindu hilangkanlah dari hatimu".

Makcik misteri yang baik.

TehTarik.My berkata...

KAHKAHKAHKAHKAH....

aku x leh comment aa...cerita yang memang terharu...caya la Did...sila teruskan...

raisadora berkata...

ha3 terlibat dalam misi ini... ish ish ish... tp ada pembetulan phone itu bukan phone baru Did cuma baru dipakai ;p tp memang seronok dapat berkongsi cerita dan mengetahui segala yg mereka2 memendam rasa sekian lama melalui pemilihan lagu mereka lol...

fadzil hafiz berkata...

kalian kelihatannya sangat enjoy.baguslah begitu.jgn lupa dunia sudah.persoalannya kini.bersungguh benar ya kamu semua?kah kah kah juga...

deon berkata...

Bro, aku baru ketahuan pokleh ni ada blog rupanya! ciss...

Hanggokan berkata...

Deon, aku juga baru tahu yang ko baru tahu biarpon seblom ini aku buat-buat tak tahu yang pok leh ada blog. ;)

Iklan Tampal

Powered By Blogger