Kesah Sedih
Lagi kesah sedih di hari derita. Berlaku juga pada teman aku. Mengalir air mata berkesahkan cinta di khianati pihak ketiga..bukan aku yang mengalir air mata itu. Tapi dia. Dia seorang Lelaki. Lelaki yang tewas kerana cinta. Lelaki yang mengalir air mata kerana cinta. Cinta Agung adalah cinta yang tidak kesampaian. Cinta Agung adalah milik Yang Maha Agung. Cinta agung bukan milik Yang Di-Pertuan Agong. Aku hanya mampu berkata 'Sabar'. Perkataan yang pastinya tembus menerobos telus dari telinga kanan keluar telinga kiri...atau jika dia kidal, dari telinga kiri keluar telinga kanan. Begitulah sakitnya jiwa diluka kerana cinta. Selamat Datang ke Kelab Jiwa Luka, kawan! Kahkahkah!!! Sila amati kata-kata dari adinda Cekgu Farid..."Percayalah kepada hukum karma, setiap perbuatan ada balasan".
Kesah Hantu
Ini kesah lucu lagi menggerunkan. Worksyop fabrikasi di mana tempat aku bekerja adalah tempat kejadian. Projek sedang rancak berjalan. Semua pekerja teknikal perlu bekerja lebih masa. Tepat jam 12 malam kedengaran suara wanita bergelak nyaring. Salah seorang staf terlihat kelibat wanita berbaju putih berambut panjang di celah-celah tong gas welding. Kihkihkih...bunyi gelak tawa susok tuboh itu. Bergetar seluruh badan staf ini lalu berlari lintang-pukang keluar dari situ. Staf-staf lain tercengang. Sedangkan semua staf tahu yang sifatnya lebih dasyat dari hantu. kahkahkah! Terlupa aku ingin bertanya pada staf itu, apakah susok tubuh wanita itu mantol dan bergetah? Apekah beliau lebih mungil dari Rozita Che Wan? ataupun lebih mantap dari Chef Wan? Yang pastinya, aku sendiri pon dah tak berani lepak sampai malam kat opis. Kahkahkah!
Kesah Benar
Aku membawa bini aku CCJ686 buat pertama kalinya ke opis.
KahKahKah!!!
7 ulasan:
wahhh musti berasa gagah bersama bini baru mu harharhar :D
gagah?! kahkahkah...ayat anda terlalu 'keras'. kahkahkah!
hahaha aku tersesat di blog ni..tgk2 ada kisah kelakar.haha
kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.
-darijalankopi-
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Saya juga tersesat. Tak bolih keluar. Rasa nak terajang je Shamsul Shahrizal. Ada kena mengena? Kalau ada sila bawa dia ke sini. Saya mahu teranjang.
Kisah klasik ini sungguh menarik. Ini belum kisah lebong klasik dizaman sekolah.
Jaga Diri.
Salam singgah. (Macam celaka ayat ni..)
why u owez talk about ur wife.
Catat Ulasan