Rakan-rakan sekalian...
Ini ada berita panas. Ini berita sangat Cool! Aku telah menerima secupuk surat dari posmen hari ini.
Pertama sekali ingin aku memaki penulis surat tersebut kerana satelah bertahun aku berjanggut dan sejak kecil dia kenal aku dan janggutku, tak pernahnya nak betul dia mengeja nama aku. Tapi tak mengapa. Aku tidak mengambil pelabuhan (port). Aku ampunkan kesalahannya.
Aku buka sampul surat dan terdapat kad jemputan. Menurut kandungan kad itu, Pakcik Haji Mohammad Shariff bin Osman dan makcik Hajjah Khamsiah Binti Hassan dengan segala hormatnya menjemput aku dan rakan-rakan untok ke Majlis Perkahwinan kawan kita nih, Shakirin Binti Hj Mohamad Shariff. (Kawin akhirnya dia...alhamdulillah!)
Siapakah beliau?
Klik Sini: Kein
Tahniah!
Menurut kad ini lagi, kejadian bertempat di Kubang Pasu, Jitra, Kedah. (Ini pelabuhan orang tuanya) pada hari Ahad, 31 Mei 2009. Siapakah teruna itu? Menurut kad ini lagi, Encik Mohd Saiful telah bertuah setelah dipilih menjadi laki Shakirin. Ini perkara baik. Mari kita raikan. Kepada rakan-rakan yang ingin sertai rombongan ke majlis perkahwinan ini, mari kita berdiskusi bagi mengatur rancangan menyerbu beliau. Sila angkat tangan kepada mereka yang bolih hader.
Wassalam!
~buatlah apa saja asalkan baek~
4 ulasan:
kahkahkah. kubang pasu? bolih singgah penanti layan gulai itek.
bolih singgah kg pelet - bolih layan char kueh tiaw.
buatlah apa saja asalkan yang baek
Kubang Pasu? Saya begitu berharap agar saya tidak akan dikubangpasukan olih sesiapa di sana nanti.
Terima Kaseh
p/s : Singgah kedai bundle la brader.
mengkubangpasukan adalah satu amalan yang sangat keji.
sila jgn buat leceh!!
sepol bakal suaminya ke'in aku jumpa di jalan kopi. dia penyokong chelsea brader!!
jika berminat, hubungi saya.
kelak saya akan paparkan alamatnya.
terima kaseh.
antara chelsea dan arsenal, jalan kopi memilih chelsea. mungkin kerana chelsea ada awek cun bergetah. tapi kami lehat saja.
Catat Ulasan