Kesah semalam, aku berombong ke Klang meraikan kemenangan sepupu aku menyunting si dara. Ini perkara baik. Perkara yang baik harus dirai. Ibu bapaku dari Terengganu telah sampai ke rumah ku sehari sebelum itu dan kami akan bergerak bersama ke Klang.
Kami gembira setelah sekian lama tidak berjumpa saudara mara, kini hajat tertunai. Berjumpa saudara memang meriah! Ramai sepupu sudah berkahwin dan beranak pinak. Aku hanya tumpang gembira biarpun diri belum berjaya berkeluarga seperti mereka. Aku turut serta menolong dalam kenduri tersebut. Tepat jam 5 petang, kami sekeluarga bertolak pulang. Aku, abang dan mak ayah aku bersatu di dalam satu kereta. Biarpun perjalanan tidaklah begitu lama, hanya 3 jam setengah namun aku rasa sangat mengantuk. Ayah yang memandu pulang. Badan aku ni punya la penat sampai rasa cam nak angkat kepala pon berat.
Sampai sahaja di rumah, aku terjaga. Aku tak buang masa, terus ke pintu rumah dan buka pintu. Abang dan ayah aku angkat beg masuk rumah. Tiba-tiba mak memanggil aku.
"Did...tolong ma kejap", mak biasa membahasakan dirinya ma kepada adik-beradikku.
Aku yang kepenatan seakan malas nak layan tapi kerana rasa tanggung jawab sebagai anak masih tebal, aku terus kembali ke muka pintu kereta.
"Kenapa ma?", tanya aku lemah lembut. "Ma sakit kaki. Pinggang rasa sakit-sakit. Tolong pimpin ma masuk." katanya yang tercungap-cungap kerana mengidap asma. Aku terkejut. Rasa sangat bersalah kerana aku ada perasaan 'malas' di awal tadi. Aku pegang erat tangannya. Sejuk. Aku peluk bahunya. Perlahan-lahan aku pimpin mak. Terhincut-hincut mak masuk ke dalam rumah dan aku bawa terus ke biliknya. Mak baringkan badannya di atas katil dan terus terlelap.
Aku terus terkenang saat aku masih kecil. Bagaimana mak aku menggagahkan diri hantar ambil aku pulang ketika masih kecil. Mengusung aku setiap masa tidak jemu. Kini dia lemah tidak bermaya. Jasanya pada aku sangat besar jika ditulis di dalam blog ini pasti berdarah mata pembaca membacanya kerana tidak akan abis kisah pengorbanannya. Aku rasa sangat menyesal kerana aku masih ada sikap kurang ajar terhadap mak. Aku tahu badan yang mengayun buaian...yang memimpin aku melintas jalan...mendukung...menyuap... ah, terlalu banyak jasanya! kini di mamah usia. Semakin lemah tak berdaya.
Pernah dahulu aku berkorban masa meninggalkan pengajian semata-mata untuk menjaga mak. Ketika itu mak keseorangan di rumah dan keluarga alami krisis yang tenat. Biarpun aku bolih membuat rayuan untuk menyambung pengajian tapi aku abaikan, hanya kerana mak. Mak sedang mengalami penyakit asma yang kronik. Pernah sekali mak masuk ICU dan aku sangat risau akan kehilangannya. Setahun aku menjaganya dan alhamdulillah dia semakin sehat. Selepas itu, aku teruskan misi hidup aku dan kakak pula menjaga mak. Aku rasa itulah saat paling rapat antara aku dan mak.
Kini, setelah beberapa lama tidak bersama, aku sedar bahawa aku seakan 'terlupa' mengenai mak. Jika aku hidup lagi seribu tahun juga belum tentu aku berjaya membalas jasanya. Aku kini tawar hati untuk berkeluarga. Biarlah adik-beradikku berkeluarga dahulu. Aku ingin menjaga mak. Biarlah aku jaganya selagi berkesempatan. Maafkan aku mak.
Selamat Hari Ibu!
p/s: aku menangis beb...sila jangan buat leceh!
4 ulasan:
adoyai. gua turut rasa sedih la brader.
walaupun saat mengomen ini kau ada sebelah aku di kopi street.
adoyai!!! berat mata memandang berat lagi mata mengantuk
kahkahkah.
selamat hari ibu.
kepada mak saya yang sedang menjalar dirumah :
Oh Angin sampaikan bait-bait ini kepadanya.
aku syg dia mak. aku cinta dia mak.
dia. insan pertama yang kuchenta.
dia. insan prtama yaang brtakhta.
selamat hari ibu.
kahkahkah.
jgn sedih jgn muram.
hari ibu harus ceria.
cerialah!!
Catat Ulasan